Anda di halaman 1dari 4

TEKS MC MAJLIS PERASMIAN KARNIVAL BARAQAH POGOH 2019

PENGUMUMAN Minta perhatian. Hadirin diingatkan supaya menetapkan telefon bimbit


dalam mod senyap semasa majlis sedang berlangsung. Hadirin dipersilakan
berdiri sebaik sahaja ketibaan tetamu diumumkan. Terima kasih.

KETIBAAN VIP Mengumumkan ketibaan


Yang Berhormat, Dr. Sulaiman b. Mohd Nor
Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah

Diiringi oleh
Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos, Pegawai Pendidikan Daerah Segamat,
Cikgu Haji Jurimi bin Kasran, Guru Besar SK Pogoh
Dan En. Ibrahim b. Mohd Nor, Yang Dipertua PIBG SK Pogoh

NYANYIAN LAGU Hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Bangsa Johor dan
Negaraku.

Hadirin dipersila duduk.

KATA-KATA ALUAN Kompang Bergema Pusaka Bangsa


Dipalu oleh Si Anak Muda
Hadir Tuan Puan meriah suasana
Kami menyambut penuh gembira

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصالة والسالم على أشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى آله وأصحابه أجمعين‬

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera.

Yang Berhormat Dr. Sulaiman bin Mohd Nor,


Ahli Dewan Undangan Negeri Kemelah

Yang Berusaha, Cikgu Nasir bin Mohamed Yunos,


Pegawai Pendidikan Daerah Segamat,

Yang Berusaha, Cikgu Haji Jurimi bin Kasran,


Guru Besar SK Pogoh

Yang dihormati, En. Ibrahim b. Mohd Nor


Yang dipertua PIBG SK Pogoh

Yang dihormati,
1. En. Ma’mun bin Ab Rahman
(Pengerusi MPKK Kg. Pogoh 1)
2. En. Samad bin Sapari
(Pengerusi MPKK Kg. Pogoh 2)
3. En. Husin b. Md Salleh
(Pengerusi MPKK Kg. Pogoh 3)
4. Tn Hj. Iswadi b. Ahmad
(Pengerusi MPKK Kg. Pogoh Tengah)
Barisan guru penolong kanan SK Pogoh, Ketua-ketua Agensi Kerajaan dan
NGO, AJK PIBG SK Pogoh, barisan guru-guru, tuan-tuan dan puan-puan
yang dikasihi.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi


kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan waktu,
untuk sama-sama berkumpul di Dewan ini ini bagi MAJLIS PERASMIAN
KARNIVAL BARAQAH POGOH 2019.

Mawar di taman mekar nan indah


di rumpun serai harum mewangi
Terukir senyuman pembuka kalimah
Selamat datang tuan dirai.

BACAAN DOA Lebat kemiri pohonnya rendah,


Dahan terikat tali perkasa;
Sepuluh jari kami menadah,
Mohon berkat yang Maha Esa

Hadirin yang dihormati,


Bagi memberkati majlis, dijemput Ustaz Syapudin bin Shafiin untuk
mengetuai bacaan doa.

Amin ya rabbal alamin. Majlis mengucapkan terima kasih kepada Ustaz


Syapudin bin Shafiin atas bacaan doa sebentar tadi.

UCAPAN GB Majlis pada hari ini diteruskan dengan ucapan oleh Cikgu Haji Jurimi bin
Kasran, Guru Besar SK Pogoh. Majlis dengan segala hormatnya
mempersilakan.

Terima kasih kepada Cikgu Haji Jurimi bin Kasran atas ucapan sebentar
tadi.

UCAPAN YB Daun semulur di pekan sari,


(PERASMIAN Batang jerami rebah ke bumi;
KARNIVAL BARAQAH Madah dihulur sembah diberi,
POGOH) Kata perasmi hajatnya kami.

Hadirin yang dirahmati Allah sekelian,

Tanpa melengahkan masa, Majlis dengan dengan segala hormatnya


menjemput Yang berhormat Dr. Sulaiman bin Mohd Nor ADUN Kemelah
untuk memberikan ucapan seterusnya menyempurnakan majlis perasmian
Karnival Baraqah Pogoh.

Majlis dengan penuh takzim mempersilakan


Demikianlah tadi ucapan perasmian yang telah disempurnakan oleh Yang
berhormat Dr. Sulaiman bin Mohd Nor ADUN Kemelah. Majlis merakamkan
jutaan terima kasih di atas ucapan dan perasmian sebentar tadi.

GIMIK PERASMIAN Majlis diteruskan dengan menjemput YB Dr Sulaiman b. Mohd Nor, Ahli
Dewan Undangan Negeri Kemelah dan Cikgu Nasri bin Mohamed Yunos
Pegawai Pendidikan Daerah Segamat untuk menyempurnakan gimik
perasmian Karnival Baraqah Pogoh.

Hadirin diminta berdiri dan mengiringi YB untuk menyempurnakan gimik


perasmian tersebut. Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan.

PENYAMPAIAN Hadirin yang dihormati :


HADIAH
1. MEMASAK Majlis pada petang ini diteruskan dengan acara penyampaian hadiah bagi
2. GUBAHAN acara Karnival Baraqah Pogoh
3. BOLA BALING
P11 PIALA YB Majlis dengan segala hormatnya mempersilakan Cikgu Haji Jurimi bin Kasran,
DR SULAIMAN Guru Besar SK Pogoh untuk mengiringi Yang Berhormat Dr. Sulaiman bi.
4. Sijil Mohd Nor ADUN Kemelah untuk menyampaikan hadiah. Majlis dengan
penghargaan hormatnya mempersilakan.
dan cenderahati
pengadil bola Majlis dimulakan dengan penyampaian :
baling
Hadiah Pertandingan Memasak

Dijemput :

Hadiah Pertandingan Gubahan

Dijemput :

Hadiah Pertandingan Bola Baling P11 Piala YB Dr. Sulaiman

Dijemput :

Penyampaian sijil penghargaan dan cenderahati kepada pengadil bola


baling.

PENYAMPAIAN Hadirin yang di hormati,


CENDERAHATI
PERASMI Majlis merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Yang Berhormat Dr. Sulaiman b. Mohd Nor atas kesudian menyampaikan
anugerah sebentar tadi.

Sebagai tanda penghargaan, majlis mempersilakan Cikgu Haji Jurimi bin


Kasran Guru Besar SK Pogoh untuk menyampaikan cenderamata kepada
Cikgu Nasir b. Mohamed Yunos PPD Segamat atas kesudian hadir ke
Karnival Baraqah Pogoh.

Seterusnya sekali lagi dipersilakan Guru Besar untuk menyampaikan


cenderahati kepada Yang Berhormat Dr. Sulaiman b. Mohd Nor ADUN
Kemelah.
Majlis mengucapkan ribuan terima kasih kepada Cikgu Haji Jurimi bin
Kasran kerana sudi menyempurnakan penyampaian cenderahati sebentar
tadi.

BERSURAI Hadirin dan hadirat yang diRahmati sekelian

Maka majlis sudah sampai kepenghujungnya Dikesempatan ini juga, kami


seluruh warga kerja program Karnival Baraqah Pogoh ingin merakamkan
sekalung penghargaan dan terima kasih kepada semua yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam menjayakan Karnival Baraqah Pogoh
yang bakal dijalankan sepanjang dua hari ini.

Kami juga selaku pengerusi majlis memohon ribuan kemaafan andai ada
salah dan silap sepanjang saya mengacarakan Majlis ini.

JEMPUT VIP MAKAN Majlis menjemput YB Dr Sulaiman bin Mohd Nor, Cikgu Nasir bin Mohamed
Nor, PPD Segamat, Pengerusi-pengerusi MPKK Kampong Pogoh dan dif-dif
jemputan untuk meninggalkan dewan dan menikmati jamuan di Kafe Power.

SUNGAI DI SUSUR SEHARI HARI,


DALAM GELAP MENANGKAP IKAN,
KAMI SUSUN SEPULUH JARI,
SALAH DAN SILAP HARAP DI MAAFKAN,

Dengan itu majlis disudahi dengan wabillah……wassalamualaikum……


dan terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai