Anda di halaman 1dari 10

Konsepsi Dan Pemikiran Kualiti Organisasi

Langkah aktiviti

1. Anda dikehendaki membuat tinjuan perpustakaan, sila senaraikan nama sekurang-


kurangnya lima belas (15) buah buku dan Jurnal yang berkait dengan kualiti dan
pengurusan kualiti dalam organisasi yang boleh dijadikan rujukan akademik. Buku-
buku atau Jurnal yang dirujuk untuk disenaraikan mestilah terbitan terkini, iaitu terbitan
dalam lingkungan lima (5) tahun bermula daripada 2013 hingga 2018. Penyenaraian
mestilah berdasarkan format rujukan sebagaimana standard American Psychological
Association.

1. Salman Azhar, Syed M. Ahmed, Rizwan Y. Farooqui, Farzana Yasmin,


Abdullah Sarwar, Ahasanul Haque, Ali M, Al-Shehri et al. (2016). Total
Quality Management In Education. United Kingdom: Auris Reference
Limited.

2. Goetsch, D. L., & Davis, S. B. (2014). Quality Management For


Organizational Excellence. Upper Saddle River, NJ: Pearson.

3. Spaull, N. (2013). South Africa’s Education Crisis: The Quality Of


Education In South Africa 1994-2011. Johannesburg: Centre for
Development and Enterprise, 1-65.

4. Martin, M., & Parikh, S. (2017). Quality Management in Higher Education:


Developments and Drivers: Results from An International Survey. Paris:
UNESCO.

5. Shahmohammadi, N. (2017). The Evaluation of Teachers’ Job


Performance Based on Total Quality Management (TQM). International
Education Studies, 10(4), 58.

6. Alzhrani, K. M., Alotibie, B. A., & Abdulaziz, A. (2016). Total Quality


Management in Saudi Higher Education. International Journal of Computer
Applications, 135(4).

7. Takalo, S. K., Abadi, A. R. N. S., Vesal, S. M., Mirzaei, A., & Nawaser, K.
(2013). Fuzzy Failure Analysis: A New Approach To Service Quality

1
Analysis In Higher Education Institutions. International Education
Studies, 6(9), 93.

8. Mratinković (2017). Quality In Education. United States: 3g e- learning.

9. Mukhopadhyay, M. (2016). Quality Management In Higher Education. Los


Angeles, California: SAGE.

10. Sapiah Sulaiman, Mohd Shoki Md Ariff, Muhamad Zameri Mat Saman,
Shalini Muniandy, Norhayati Zakuan, & Rubaish, A. (2016). Total Quality
Management In Higher Education: A Critical Prespective. United Kingdom:
Auris Reference Limited.

11. Orsini, J. (2013). The Essential Deming: Leadership Principles from the
Father of Quality (Edwards Deming).

12. Ryan, Y., & Zuber-Skerritt, O. (2017). Quality in Postgraduate Education.


London: Taylor & Francis.

13. Malaysia. (2015). Quality Management Systems: Requirements (ISO


9001:2015, IDT) (Second revision.). Shah Alam: SIRIM.

14. Covey, S. R. (2013). The 7 Habits Of Highly Effective People: Powerful


Lessons In Personal Change. New York: Simon & Schuster.

15. Suskie, L. (2015). Five Dimensions Of Quality: A Common Sense Guide To


Accreditation And Accountability. San Francisco, CA: Jossey-Bass, a Wiley
brand.

2. Berdasarkan kepada buku-buku yang anda senaraikan, kemukakan definisi kualiti


yang telah dibincangkan oleh penulis/pengarang berkaitan. Sila berikan ulasan anda
terhadap definisi kualiti yang dikemukakan oleh penulis/pengarang berkaitan.

1. Pengurusan kualiti termasuk kawalan kualiti, jaminan kualiti bagi


memastikan semua aktiviti yang dijalankan oleh semua stakeholder
bertujuan untuk peningkatan berterusan (Ali M dan Al-Shehri, 2016). Oleh
itu, pengurusan kualiti boleh dikatakan bahawa peningkatan kitaran
berterusan dan progresif ataupun peningkatan selanjutnya.

2
2. Menurut Goetsch dan Davis (2014), kualiti adalah keadaan dinamik yang
berkaitan dengan produk, perkhidmatan, orang, proses dan persekitaran
yang memenuhi keperluan dan harapan pelanggan dan membantu
menghasilkan nilai yang lebih baik. Pendekatan yang digunakan oleh
Geotsch dan David menegaskan kualiti bukan sahaja menekankan kepada
kriteria-kriteria produk dan perkhidmatan yang diberikan malah juga
mempertimbangkan orang, proses dan persekitaran yang berkualiti.

3. Spaull (2013) mengatakan kualiti ialah satu konsep yang melibatkan


perubahan kepada dua aspek iaitu persekitaran tempat pembelajaran dan
manfaat dari segi pengetahuan, kemahiran dan nilai seseorang individu.
Dengan jelasnya, kualiti dalam pendidikan merujuk kepada kedua-dua
output dan input.

4. Kualiti adalah satu konsep yang relatif dimana perkara yang berbeza
bersesuaian dengan orang yang berlainan (Martin & Parikh, 2017). Kualiti
juga boleh ditaktifkan dengan kepelbagaian produk adalah untuk memenuhi
kehendak pelanggan yang berlainan.

5. Menurut Shahmohammadi (2017), pengurusan kualiti dalam organisasi


dipengaruhi oleh maklumat. Ini menunjukkan prestasi sesebuah organisasi
amat bergantung kepada maklumat yang diperolehi. Maklumat-maklumat ini
memberi impak yang besar kepada kepuasan pelanggan.

6. Kualiti dalam pendidikan dikaitkan dengan sumber perkhidmatan


pendidikan yang minimum yang diperlukan untuk kesempurnaan dan
kecemerlangan (Alzhrani, Alotibie & Abdulaziz, 2016). Secara umumnya,
kualiti adalah menggunakan sumber yang rendah untuk mendapat impak
yang besar dalam bidang pendidikan.
7. Kualiti dikaitkan dengan memberi tumpuan kepada pelanggan organisasi
tersebut dan juga kepuasan mereka (Takalo, Abadi, Vesal, Mizaei &
Nawaser, 2013). Jelasnya kualiti adalah sesuatu benda yang dapat
memenuhi harapan, kehendak dan keperluan pelanggan.

8. Kualiti adalah proses berstruktur untuk meningkatkan output yang


dihasilkan (Mratinković, 2017) . Pengurusan kualiti telah dibangunkan

3
daripada keperluan-keperluan pelanggan untuk memperbaiki keadaan kerja
bagi setiap pekerja. Kualiti juga memberi tumpuan kepada usaha positif
yang dikemukakan oleh individu .

9. Kualiti wujud dalam persepsi pelanggan dan bukannya dalam produk


(Mukhopadhyay, 2016). Ia boleh dikatakan kualiti yang hebat untuk
seseorang pelanggan mungkin juga tidak mencukupi untuk pelanggan yang
lain. Dengan kata lain, kualiti adalah relatif, tidak mutlak; kualiti adalah
dinamik, tidak statik; kualiti adalah perjalanan, bukan destinasi terutamanya
dalam bidang pendidikan.

10. Muhamad Zameri Mat Saman, Shalini Muniandy, Norhayati Zakuan &
Rubaish A. (2016) menjelaskan kualiti adalah mengikut keinginan standard
yang dikehendaki. Demikian kualiti adalah sesuatu yang memerlukan
keperluan dan kehendak pelangan dan terus untuk menjalankan fungsinya
untuk memenuhi pasaran.

3. Berpandukan pemahaman anda terhadap definisi-definisi yang dikemukakan, sila


nyatakan kata kunci-kata kunci berkaitan dengan kualiti dan pengurusan kualiti dalam
organisasi.

1. Peningkatan selanjutnya
2. Meningkatkan output yang dihasilkan
3. Melibatkan perubahan / dinamik
4. Memenuhi kehendak pelanggan
5. Dipengaruhi oleh maklumat
6. Untuk kesempurnaan dan kecemerlangan
7. Memberi tumpuan kepada pelanggan
8. Memberi tumpuan kepada usaha positif
9. Relatif
10. Mengikut keinginan standard yang dikehendaki

4
4. Berdasarkan pemahaman anda berkaitan dengan definisi kualiti dan pengurusan
kualiti, sila kemukakan definisi pegangan anda berhubung dengan kualiti organisasi
pendidikan dan kualiti pendidikan.

Kualiti adalah perubahan yang tidak penghujungnya. Sekolah sebagai sebuah


pusat pendidikan bagai melahirkan generasi masa depan yang berkemahiran dan
beraklah. Untuk memenuhi falsafah pendidikan negara, pihak Kementerian
Pendidikan Negara, Jabatan Pendidikan Negeri serta ahli-ahli organisasi sekolah
harus membuat penambahbaikan dari segi sistem pendidikan dan kemahiran
pengajaran dari semasa ke semasa agar meningkatkan daya bersaing dan
meningkatkan taraf pendidikan dunia.

Pendidikan adalah seseautu perkara yang tidak batasan, jika kita


menentukan matlamat, makanya kita akan sentiasa berada dalam zon selasa, tidak
akan mengambil sebarang tindakan ataupun usaha untuk berubah ataupun
penambaikan. Akhir sekali, kualiti pendidikan negara ketinggalan jauh, prestasi
negara dalam PISA dan TIMMS semakin merosot dan akhirnya kita tidak lagi
berupaya untuk bersaing. Demikian pendidikan memerlukan peningkatan yang
berlanjutan.

Kualiti adalah memberi tumpuan kepada pelanggan organisasi sekolah untuk


kesempurnaan dan kecemerlangan output sekolah. Dengan kata lain, pihak
sekolah menggunakan sumber yang rendah untuk mendapatkan impak yang besar
dalam prestasi murid. Bagi memberikan pendidikan yang sempurna dan cemerlang
kepada pelajar-pelajar, pihak sekolah tidak semestinya perlu menyediakan alat
bantu mengajar yang mahal seperti smartboard untuk menjalankan aktiviti PdPc
harian.

Dengan adanya matlamat, perancangan dan pelaksanaan yang jelas serta


pemantauan guru besar dari semasa ke semasa, guru juga berupaya melahirkan
modal insan yang cemerlang tak kira dari segi kurikulum ataupun kokurikulum
dengan menggunakan sumber yang rendah.

5
Kualiti juga adalah relatif. Satu produk ataupun perkhidmatan tidak mungkin
bersesuaian kepada semua pelanggan. Hal ini berlaku kerana setiap pelanggan
mempunyai keperluan yang berlainan. Jika produk ataupun perkhidmatan tidak
dapat memenuhi kepuasan pelanggan maka benda itu tidak berkualiti bagi
pelanggan itu. Oleh itu, pihak sekolah sama ada pengetua / guru besar dan guru
perlu mempunyai keupayaan untuk mendidik, melatih dan melahirkan insan yang
berkemahiran dan berakhlah dengan pengajaran yang kreatif dan inovasi agar
memenuhi kepuasan setiap pelajar meningkatkan minat serta kesungguhan belajar
berterusan pelajar-pelajar.

Untuk mempertingkatan kualiti pendidikan, teknologi maklumat juga


memainkan peranan yang penting dalam pengurusan kualiti dalam organisasi
pendidikan. Jika maklumat yang diperolehi oleh pelanggan adalah tidak tepat
makanya output tidak akan tercapai. Sebagai pemimpin sekolah sama ada
pengetua / guru besar dan guru, mereka perlu memastikan maklumat-maklumat
yang disampaikan adalah tepat dan jelas. Oleh itu, guru besar membuat
pemantauan dan penelitian dari semasa ke semasa bagi mengalakkan perbezaan
atau ketidaksamaan output. Perkongsian maklumat antara guru-guru juga dapat
mengelakkan daripada pemberian maklumat yang salah.

Kesimpulannya, kualiti adalah satu konsep yang melibatkan proses


perubahan dinamik dan relatif untuk memberikan perkhidmatan ataupun produk
yang berupaya untuk memenuhi harapan, kehendak dan keperluan pelanggan.

5. Rujuk kepada lampiran 1, sila baca secara kritis artikel yang dimuatkan dalam
lampiran 1.

a. Kemukakan analisis anda berkaitan dengan kepentingan meletakkan keutamaan


kualiti dalam pengurusan organisasi pendidikan.

Kualiti dalam pengurusan organisasi pendidikan adalah sesuatu yang tidak


boleh diabaikan oleh mana-mana pihak kerana pengurusan kualiti dalam
organisasi membolehkan organisasi pendidikan menyediakan satu

6
perkhidmatan dengan sumber yang sikit untuk mendapatkan kecemerlangan
dan keunggulan yang tinggi.

Dengan perkembangan pendidikan yang begitu tinggi, banyak organisasi


pendidikan telah menyedari kepentingan utama kualiti, bukan sahaja dalam
pengajaran tetapi juga dalam pengurusan organisasi pendidikan. Untuk terus
berdaya saing, mereka mula meningkatkan kualiti pendidikan dari segi produk,
perkhidmatan, proses dan sistem. Secara tidak langsung, persaingan antara
organisasi pendidikan bukan sahaja dapat mengelakkan daripada disingkir
malah dapat mempertingkatkan reputasi dan jenama organisasi pendidikan
seperti sistem pendidikan Finland.

Dengan adanya persaingan dan perlumbaan di antara satu sama lain


tanpa batasan, makanya setiap organisasi akan membuat perubahan positif dari
semasa ke semasa agar tidak ditewaskan ataupun ketinggalan jauh di belakang
serta dapat mengurangkan dan mengawasi risiko oganisasi.

Selain itu, kepentingan meletakkan keutamaan kualiti dalam pengurusan


organisasi pendidikan meningkatkan produktiviti semua orang. Dengan
matlamat yang jelas untuk mendapatkan output yang dikehendaki, semua orang
dari Pengarah Pendidikan kepada intern bersama-sama menuju mengikut
matlamat masing-masing bagi meningkatkan kualiti pendidikan menjurus ke
arah global.

Pengurusan kualiti dalam organisasi pendidikan melibatkan pemerhatian


dan penelitian pemimpin sekolah iaitu pengetua / guru besar dalam
pelaksanaan bagi memastikan usaha-usaha berada di landas untuk
menghasilkan sesuatu output yang dikehendaki dan lebih baik berbanding
sebelum ini. Pemerhatian dan penelitian yang berterusan akan mengurangkan
ketidaksamaan atau perbezaan output pada masa yang sama juga
meningkatkan reliabliti proses dan sistem yang dijalankan.

7
b. Bagaimanakah boleh dijelaskan kedudukan Pengetua dalam mempengaruhi
penyebaran pengetahuan serta memandu pelaksanaan kualiti dalam organisasi
pendidikan.

Pengetua sekolah juga sebagai penyebaran pengetahuan. Oleh itu, pengetua


sekolah mestilah memahami tindakan-tindakan melandaskan kualiti dan
falsafah pendidikan negara secara mendalam dan memastikan kedua-dua
unsur ini diterapkan dalam semua aktiviti sekolah yang dijalankan. Demikian
pengetua sekolah barulah dapat menyelaras kakitangan dan guru-guru sekolah
bagi memastikan aktiviti yang dijalankan oleh mereka adalah berorientasikan
kepada perkhidmatan yang berkualiti.

Untuk mendapatkan output yang diingini, pengetua sekolah memain


peranan yang penting untuk memimpin kakitangan sekolah dan guru-guru
bawahannya supaya matlamat ditetapkan dicapai untuk menjamin kualiti
pendidikan. Kepimpinan yang berkesan memberi impak yang besar terhadap
pengurusan kualiti pendidikan sekolah. Ini kerana tidak kira berapa banyak
wang yang dilaburkan dalam sistem pendidikan, jika seseorang pengetua tidak
memegang prinsip dengan kuat dan mengambil sikap tidak ambil peduli dalam
organisasi pendidikan untuk mencapai output yang ditetapkan, makanya ia
adalah pelaburan yang gagal dan output yang diingini tidak akan tercapai.
Kemungkinan besar sistem pendidikan negara kita semakin merosot. Akhirnya,
sistem pendidikan negara kita tidak lagi berupaya untuk bersaing dengan sistem
pendidikan negara lain.

Pengetua sekolah sebagai pemandu pelaksanaan kualiti dalam


organisasi pendidikan mempunyai tanggungjawab bagi memastikan kurikulum
yang dilaksanakan oleh guru-guru adalah berlandaskan sistem pendidikan yang
ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia dan aktiviti PdPc sentiasa
berlaku. Demikian pengetua sekolah mempunyai peranan untuk menyediakan
guru semua maklumat pendidikan yang terkini, melawat bilik darjah, sering
memerhatikan guru-gurunya mengajar, memeriksa buku rancangan harian,
buku latihan dan bantuan mengajar serta memberikan nasihat profesional untuk
peningkatan prestasi mereka dengan berkesan agar melahirkan hasil yang lebih

8
produktif, bermutu dan berkualiti. Pemerhatian dan penelitian yang berterusan
dapat memastikan proses dan sistem pendidikan sentiasa berada di landasan
yang ditetapkan.

Pengetua merupakan individu yang jawatan yang tertinggi di sekolah. Jika


guru besar berupaya untuk komunikasi yang ekstensif antara dia dengan
kakitangan serta guru-guru sekolah bukan sahaja berupaya untuk memberi
maklumat serta kemahiran pengajaran malah juga berupaya memberi inspirasi
kepada mereka untuk menangani segala masalah yang dihadapi.

Secara langsung, ia dapat mewujudkan suasana interaksi antara ahli


organisasi untuk memperbaiki kemahiran masing-masing agar pengajaran dan
pembelajaran dimaksimumkan. Pengurusan kualiti berpusatkan pasukan
adalah lebih berkesan dalam menghasilkan idea-idea yang keratif dan inovatif
serta mampu melaksanakan pembaharuan-pembaharuan dengan jayanya
berbandingkan bertindak secara persendirian.

6. Berdasarkan lampiran 1, anda dikehendaki membuat kajian lanjutan dan


menghuraikan kenyataan, “But quality isn't just about disaster prevention – it's about
achieving great results, and seizing opportunities to get better and better”, dalam
hubungan dengan pengurusan organisasi pendidikan.

Untuk menjayakan transformasi pendidikan negara, kita bukan sahaja kekal


dengan apa yang ada sekarang ataupun mengelakkan kemerosotan prestasi
pendidikan. Sebaliknya, semua pihak yang terlibat dalam kegiatan pendidikan
haruslah bekerjasama dan meningkatkan komitmen untuk mempertingkatkan
sistem pendidikan negara secara berterusan. Demikian pihak Kementerian
Pendidikan Malaysia mengambil peluang dan tindakan untuk menukar kurikulum
pendidikan negara yang sedia ada iaitu KBSR ke KSSR. Penukaran kurikulum
sekolah baharu berupaya mempertingkatan kemahiran menaakul, kreativiti dan
inovasi serta TMK pelajar secara eksplisit agar mereka berupaya untuk bersaing
pada peringkat global dan menjadikan pendidikan negara bertaraf dunia.

9
Untuk menjayakan pelaksanaan KSSR, pihak kementerian mengadakan
pelbagai bengkel yang berkaitan dengan silibus bagi setiap mata pelajaran KSSR
pada setiap tahun kepada guru-guru agar mereka dapat memperkasakan
kemahiran penyampaian mata pelajaran KSSR melalui kaedah PdPc yang
berkesan. Dengan ada pengurusan kualiti yang berterusan ini, makanya
pelaksanaan KSSR bukan sahaja mempertingkatkan hasil pengajaran guru malah
memberi peluang kepada murid-murid mempelajari sesuatu topik dengan lebih
mudah memahami.

Dalam organisasi pendidikan masa kita, pemimpin-pemimpin sekolah masih


melihat prestasi pentaksiran pelajar sebagai satu penunjuk kualiti. Pengurusan
kualiti bukan sahaja perlu memenuhi kepuasan pelajar malah juga perlu memenuhi
kepuasan guru-guru sekolah. Untuk membolehkan pelajar mendapat keputusan
yang cemerlang dalam peperiksaan awam kebanyakkan pemimpin sekolah
mengambil keputusan untuk mengadakan kelas tambahan pada waktu petang
ataupun musim cuti sekolah. Hal ini menyebabkan guru-guru mengorbankan masa
yang panjang untuk menjalankan aktiviti kelas tambahan atas perintah pemimpin
yang diberikan. Adakah mungkin untuk sesebuah organisasi pendidikan yang
bertujuan untuk mengkorbankan mereka yang bekerja di sana?

Usaha-usaha di atas tidak akan membawa impak positif yang besar terhadap
matlamat yang ditentukan malah kekal dalam keadaan yang sama. Oleh itu,
pemimpin sekolah juga harus memberi tumpuan terdapat guru-guru. Pelajar yang
lebih bahagia memerlukan guru yang lebih baik.

Untuk mencapai matlamat dengan impak positf semakin tidak boleh


mengabaikan kepuasan pekerjanya kerana tidak seseorang yang akan
membiarkan diri sendiri diperlakukan seperti robot. Kepuasan pekerja adalah faktor
utama yang mempengaruhi kepuasan pelanggan. Apabila pekerja berasa dihargai
dan berjaya mencari kepuasan diri di tempat kerja, mereka akan melakukan yang
terbaik untuk melebihi jangkaan mereka makanya dapat peluang untuk menjadia
lebih baik dan lebih baik.

10