Anda di halaman 1dari 2

1.2.

1 Kesan terhadap Kesihatan Manusia

 Masalah terhadap sistem pernafasan.


 Udara dan bahan cemar yang terperangkap didalamnya akan memasuki hidung atau mulut
manusia dan memasuki paru-paru melalui trakea.
 Karbon monoksida (CO) - meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah
 Nitrogen Oksida (NO2) - menyebabkan edema dan pendarahan pulmonary
 Bahan cemar gas ozon (O3) - menimbulkan kerengsaan .
 Habuk,asap, kabus, wap atau bahan-bahan lain juga menghalang penglihatan mata dan juga
menjejaskan mata manusia.

Indeks pencemaran udara (IPU)

IPU diperoleh daripada pengukuran habuk yang halus (10 mikron ke bawah) dan beberapa jenis gas
yang menjejaskan kesihatan iaitu karbon monoksida, sulfur dioksida, nitrogen dioksida dan ozon.

Nilai IPU

 0-50: Baik
 51-100: Sederhana
 101-200: Tidak sihat
 201-300: Sangat tidak sihat
 301-500: Berbahaya

1.2.2 Kejadian Hujan Asid

 Terbentuknya Hujan asid yang disebabkan oleh penggabungan gas-gas sulfur dioksida dan
nitrogen oksida dengan air hujan .
 Ianya berlaku apabila gas-gas sulfur oksida (SO2) dan oksida-oksida nitrogen (NOx)
dilepaskan ke udara dan bertindakbalas dengan wap air yang terdapat di atmosfera dan
seterusnya menjadi asid sulfurik dan asid nitrik.
 Asid ini terkumpul di dalam awan dan awan pula bergerak ke tempat-tempat lain dan
membawa asid-asid tersebut.
 Asid itu akan turun bersama-sama dengan hujan dan menimpa hidupan yang terdapat di
dunia.
 Ianya membunuh tumbuh-tumbuhan dan juga hidupan air.
 Ia juga boleh menghakis pakaian, kertas dan bahan binaan bangunan.
 Selain itu, asid tersebut juga meresap kedalam tanah dan menyebabkan kualiti tanah
berkurang dan menjadikannya tidak subur .

1.2.7 Kesan Rumah Hijau dan Pemanasan Global

 Kesan yang paling ketara dan sedang hangat deperkatakan oleh seluruh warga dunia pada
masa kini adalah kesan pemanasan global yang disebabkan oleh kesan rumah hijau .
 Kenaikan suhu bumi dan penipisan lapisan ozon menjadi punca kepada pemanasan global ini
yang dapat dirasakan oleh seluruh penduduk bumi.
 Kenaikan suhu bumi disebabkan oleh pembebasan gas-gas karbon dioksida dan terkumpul di
dalam udara.
 Gas karbon dioksida yang terlalu banyak menyebabkan haba di bumi terperangkap dan
akhirnya suhu bumi meningkat dan persekitaranya menjadi panas.
 Penyusutan lapisan ozon juga adalah factor utama kejadian pemanasan global ini.
 Pemanasan global menyebabkan keadaan bumi menjadi panas, ekosistem terganggu, banjir
berlaku secara kerap dan juga berlakunya kejadian alam yang tidak normal.
 Kebakaran hutan yang berlaku juga sedikit sebanyak memberi kesan kepada suhu di bumi ini
dan juga menjejaskan kualiti udara.

Anda mungkin juga menyukai