Anda di halaman 1dari 2

8 CARA JADI SUAMI TERHEBAT!

1. Imam Solat
Suami yang mampu menjadi imam dalam solat adalah amat jelas mampu memimpin rumah tangganya.
Maka isteri akan hormat kerana suaminya mempunyai kredibiliti yang sememangnya menjadi tuntutan
dalam berkeluarga. Mampu menjadi imam dalam solat adalah tanda bahawa suaminya mampu
memimpinnya ke jalan yang lebih baik dalam agama.

2. Mengajarkan ilmu-ilmu agama


Ini adalah perkara mencabar untuk anda wahai bakal suami dan para suami kerana bukan untuk kita
membimbing keluarga dengan ilmu-ilmu agama. Ramai di antara kita hari ini mampu menyediakan
peralatan hiburan di rumah tetapi tidak dapat menyediakan peralatan untuk mengajarkan ilmu-ilmu
agama. Sekiranya kita tidak mampu, carilah guru yang dapat membimbing kita dan keluarga kita.

3. Suami yang matang


Ramai suami nampak matang sebelum mendirikan rumah tangga, tetapi hakikatnya tidak setelah mereka
berkeluarga. Suami perlu matang dalam memberikan keputusan kerana isteri tetap akan meminta
pandangan suami walaupun dia mungkin dapat membuat keputusan terhadap sesuatu perkara.

4. Pandai Memasak
Suami adalah penjaga kepada isteri dan anak-anak. Jangan kita hanya menjadi suami yang hanya tahu
memakan air tangan isteri, kerana sebenarnya isteri juga akan lebih menyayangi suami yang pandai
memasak. Air tangan suami juga mampu mengeratkan hubungan antara suami isteri dan juga anak-anak.

5. Suami yang ‘independent’


Tahu menguruskan diri sendiri. Jangan hanya mengharapkan isteri untuk membasuh pakaian dan
menggosok baju kerana ada waktunya mungkin isteri kita tidak dapat melakukan itu semua. Suami yang
mampu melakukan kerja-kerja isteri mampu kelihatan comel dan romantik di mata si isteri. Cubalah,
anda pasti akan nampak hasilnya nanti!

6. Mempunyai prinsip dan pendirian


Suami tidak boleh kelihatan lemah dengan hanya mendengar dan mengikut pandangan ahli keluarga
sekiranya berlaku masalah keluarga. Pendirian ini akan menunjukkan bahawa anda suami yang hebat di
mata isteri. Pandangan ahli keluarga hanyalah pembimbing bukanlah keputusan kepada masalah anda.

7. Menjaga anak-anak bersama isteri


Banyak berlaku di kalangan kita, isteri ditatang bagai minyak yang penuh ketika sedang mengandung,
tetapi setelah selamat bersalin suami hanya menyerahkan penjagaan anak kepada isteri sepenuhnya.
Lebih-lebih lagi jika anak yang dilahirkan bukan anak sulong. Isteri mengalami kepenatan menguruskan
rumah tangga 2 kali ganda selepas melahirkan anak. Tanggungjawab ini juga perlu dirasai oleh suami.
Bersamalah bangun malam ketika anak menangis kelaparan. Pastinya isteri akan lebih menghargai
kerjasama yang anda berikan.
8. Jadilah suami serba tahu
Suami yang serba boleh dengan erti kata mempunyai pengetahuan yang serba-serbi. Isteri amat rasa
kagum apabila suaminya mempunyai pengetahuan dalam pelbagai bidang. Baik dari selok-belok rumah
tangga, ekonomi, politik, pendidikan dan sebagainya. Suami yang sebegini bukan sekadar disayangi isteri
bahkan juga disayangi mertua

Anda mungkin juga menyukai