Anda di halaman 1dari 2

HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING

BAB 1
1.4.1

LIMA MATLAMAT KAUNSELING

Kaunseling bermatlamat untuk;


1 Memudahkan perubahan individu.
2 Meningkatkan keupayaan klien untuk memulakan dan meneruskan perhubungan.
3 Membantu keberkesanan klien mengurus diri.
4 Menggalak proses membuat keputusan.
5 Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.
1. Memudahkan perubahan tingkah laku klien.
Matlamat kaunseling adalah untuk membantu klien membuat sesuatu perubahan tingkah
laku yang membolekan klien menjalani kehidupan yang lebih produktif dan memuaskan.
Contoh; Ahmad, (seorang guru) selalu memberi respond yang negatif kepada pelajar yang
lemah dalam kelas. Ini telah menyebabkan pelajarnya enggan berinteraksi dengannya
dalam kelas. Ini menimbulkan masalah dan menganggu keberkesanan pengajaran.
Dengan sesi kaunseling, Ahmad dapat menenal pasti masalah sebenar dan kaunselor
boleh membantu Ahmad mengubah tingkah lakunya, iaitu Ahmad sepatut memberi
sokonagn kepada pelajar yang berinteraksi dengannya dan membimbing mereka walaupun
jawapan yang diberi adalah salah.

2. Meningkatkan keupayaan klien memula dan meneruskan perhubungan.


Ramai dikalangann klien yang menhadapi masalah semasa berinteraksi dengan orang lain.
Ini berlaku kerana kurangnya klien mempunyai kemahiran komunikasi dan mempunyai imej
kendiri yang negatif. Matlamat kaunselor ialah mencari jalan supaya dapat meningkatkan
mutu cara klien berhubung dengan orang lain.
Contohnya;
Mona, seorang kerani ditegur oleh pengurusnya,Mona marah dan enggan mendengar apa
yang dikatakan ,lalu menyebabkan terputusnya aliran komunikasi antara keduanya. Mona
menganggap teguran itu adalah kritikan. Kaunselor boleh membantu Mona untuk
berhubung dengan lebih baik dengan pengurusnya.

1
HBEF 2203 BIMBINGAN DAN KAUNSELING
3. Membantu klien mengurus diri
Satu lagi matlamat kaunselor yang penting ialah membantu kliennya . Ekspektasi ibi dan
bapat erhadap anaknya seringkali memberi kesan yang tidak dijangka. Pola tingkah laku
yang dipelajari masa kecil akan menimbulkan masalah padanya di tempat kerja.Dalam
keadaan yang demikian , kaunselor akan melatih kliennya mengurus diri dengan lebih
berkesan terutama dalam situasi baru dan tuntutan baru.
Contoh; Ahmad sentiasa dikritik apabila gagal dalam mata pelajaran. Akhirnya, Ahmad
menjadi malas dan selalu ponteng kelas. Perangai ini terbawa ke alam perkarjaan, Ahmad
sentiasa datang lambat dan malas mencuba sesuatu yang baru. Kaunselor dapat
membantu Ahmad mengurus dirinya dengan lebih berkesan dan meningkatkan imej
kendirinya.

4. Menggalakkan proses membuat keputusan.


Kepada sesetengah orang, membuat sesuatu keputusan penting amat menyukarkan.
Matlamat kaunseling bagi klien sebegini ialah membantunya membuat sesuatu keputusan
penting dalam hidupnya. Keputusan muktamad diambil oleh klien sendiri klien mesti
memahami dan tahu kenapa dan bagaimana ia mencapai keputusan yang diambil.
Contoh; Ah Seng berasa tidak puas hati dalam pekerjaannya. Dia takut untuk membuat
sebarang perubahan. Kaunselor dapat membatu Ah Seng mencari punca tidak puas
hatinya. dan mencungkil nilai hidupnya. Kaunselor juga dapat membantu Ah Seng mencari
pelbagai alternative seperti menukar jabatan, berbincang dengan majikannya atau menukar
kerja.

5. Membantu perkembangan dan pencapaian potensi klien.


Membantu mengembangkan potensi yang ada pada klien. Matlamat ini bermaksud
memberi peluang kepada klien umempelajari cara-cara menggunakan kebolehan dan
minatnya ketahap yang paling maksimum. Matlamat kaunseling ialah mengurangkan atau
mengatsi apa sahaja yang menyekat dan membantutkan perkembangan potensi kebolehan
dan minat seseorang.
Contoh; Indra mempunyai cita-cita untuk menjadi seorang pelakon. Indra berasa tertekan
apabila dia asyik gugup dan takut semasa berdiri di khalayak ramai Ini memnbantutkan
cita-citanya.Kaunselor boleh membantu Indra berasa selesa apabila berdiri di depan
khalayak ramai dan secara tidak langsung mencapai cita-citanya.
Home

Anda mungkin juga menyukai