Anda di halaman 1dari 2

HARI TRANSISI DAN PENDAFTARAN TAHUN 1

SK TUALANG SEKAH, 2016


8.00 pg - Ketibaan ibu bapa / penjaga.
- Murid berkumpul di tapak perhimpunan.
- Guru kelas mengambil kehadiran murid dan menyusun murid ke kelas masing2.

8.30 pg  Assalammualaikum wth, Salam Sejahtera, Salam Satu Malaysia, Salam Perak Amanjaya, Salam Perak
Excellent, Salam Ceria pagi.

 Yang berusaha, Puan Norhashimah binti Othman, Guru Besar Sekolah Kebangsaan Tualang Sekah,

 Yang berusaha,

________________________________________,
________________________________________,
**Pegawai PPD Kinta Selatan, **

________________________________________,
**

 Yang berusaha,
Puan Zainun binti Ngah, Pen Kanan Pentadbiran, Puan Sakiah binti Yusof, Pen Kanan HEM, En Mohd Anuar
bin Hashim AMM.PPT, Pen Kanan Petang, En Khairul Azar bin Ibarahim, Pen Kanan Kokurikulum, guru-
guru, para ibu bapa, serta hadirin yang dikasihi sekalian.

 Saya mewakili barisan jawatankuasa Hari Pendaftaran dan Suaikenal Murid Tahun 1, peringkat SK
Tualang Sekah mengalu-alukan kehadiran semua yang hadir pada hari ini. Semoga dengan kehadiran tuan
puan akan sedikit sebanyak membantu kepada pencapaian objektif majlis kita.

 Hadirin yang dihormati,

Sebagai menyatakan kesyukuran, serta memohon keberkatan, marilah kita bersama-sama menadah
tangan mengaminkan doa, dengan pimpinan al-Fadil Ustaz Muhammad Faiz bin Abdullah. Sukacitanya
dipersilakan.

# Lafaz doa

 Amin, ya Rabbal al-Amin. Majlis merakamkan penghargaan terima kasih kepada Ustaz Muhammad Faiz
atas pimpinan doa sebentar tadi. Semoga majlis kita berjalan lancar dan diberkati Allah. InsyaAllah.

8.35 pg  Hadirin sekalian,

 Dimaklumkan bahawa anak-anak Tahun 1 akan dibawa ke kelas masing-masing, bersama guru kelas
sementara mereka, untuk menduduki Ujian Diagnostik. Ujian ini adalah bagi penentuan kelas sebenar.
Harapan kami, agar kesemua ibu bapa dan penjaga untuk tidak menjenguk mereka supaya memberi ruang
kepada mereka merasai suasana di kelas dan menduduki ujian secara telus bersama guru kelas masing-
masing.

 Sesi penyerahan dokumen dan pendaftaran pula akan dilaksanakan di belakang dewan selepas selesai
kesemua sesi taklimat.
HARI TRANSISI DAN PENDAFTARAN TAHUN 1
SK TUALANG SEKAH, 2016

8.40 pg  Baiklah, untuk tidak melengahkan masa, majlis seterusnya mempersilakan Yang Berusaha, Puan
Norhashimah binti Othman, guru besar SK Tualang Sekah untuk menyampaikan ucapan, seterusnya
memberikan taklimat tentang Program DLP iaitu Dual Language Programme. Dengan segala hormatnya
dipersilakan.

# Ucapan Guru Besar dan taklimat DLP.

 Demikian tadi ucapan dan penerangan daripada Puan Norhashimah binti Othman. Pihak majlis
merakamkan ucapan terima kasih.

 Hadirin sekalian, seterusnya, majlis menjemput, En Mohd Anuar bin Hashim AMM.PPT, selaku Penolong
Kanan Petang, untuk memberikan ucapan, seterusnya menyampaikan taklimat tentang peraturan sekolah.
Sukacitanya dijemput.

# Ucapan Pen Kanan Petang dan taklimat peraturan sekolah.

 Demikian tadi ucapan dan penerangan daripada En Mohd Anuar bin Hashim. Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih.
8.15 pg –
9.15 pg  Seterusnya, majlis kini menjemput Puan Annisa binti Saharuddin, selaku Penyelaras PBS dan LINUS
SK Tualang Sekah, untuk memberikan taklimat dan penerangan tentang pelaksanaan PBS, LINUS, dan
KSSR. Dengan segala hormatnya dijemput.

# Ucapan Penyelaras PBS, LINUS, KSSR.

 Demikian tadi sesi penerangan daripada Puan Annisa binti Saharuddin. Pihak majlis merakamkan
ucapan terima kasih.

** Hadirin sekalian, kesemua maklumat penting, telah pihak sekolah terangkan. Untuk itu, kami
membuka sesi soal-jawab bagi sebarang kemusykilan. Saya mempersilakan bagi sesiapa yang ingin
bertanya. Insyaallah sebarang kemusykilan akan kami cuba jawab.

9.15 pg  Baiklah, tamat sudah sesi penerangan, dan sesi soal-jawab. Maka dengan itu, kaunter pendaftaran dan
penyerahan dokumen akan dibuka di belakang dewan. Tuan-tuan dan puan-puan boleh bergerak ke
kaunter kelas anak masing-masing mengikut label pada meja.

 Dengan itu, saya menutup majlis dengan ucapan terima kasih.