Anda di halaman 1dari 47

KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

PROGRAM DIPLOMA PASCASISWAZAH PENDIDIKAN (PDPP)


MOD KURSUS DALAM CUTI (KDC)

MODUL PENGAJIAN UMUM

MPU2052
PENDIDIKAN MORAL

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA


KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
ARAS 1-3, BLOK 2250
JALAN USAHAWAN 1
63000 CYBERJAYA

Berkuat Kuasa Mulai November 2018

1
Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah


memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan
bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari
segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.

Falsafah Pendidikan Guru

Guru yang berpekerti mulia, berpandangan progresif dan saintifik, bersedia


menjunjung aspirasi negara serta menyanjung warisan kebudayaan
negara, menjamin perkembangan individu, dan memelihara suatu
masyarakat yang bersatu padu, demokratik, progresif dan berdisiplin.

Hak Cipta

Hak cipta terpelihara. Kecuali untuk tujuan pendidikan


yang tidak ada kepentingan komersial, tidak dibenarkan
sesiapa mengeluarkan atau mengulang mana-mana
bahagian artikel, ilustrasi dan kandungan buku ini dalam
apa-apa juga bentuk dan dengan apa-apa cara pun,
sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik,
rakaman atau cara lain sebelum mendapat izin bertulis
daripada Rektor Institut Pendidikan Guru, Kementerian
Pendidikan Malaysia.

MODUL INI DIEDARKAN UNTUK KEGUNAAN PELAJAR-PELAJAR YANG


BERDAFTAR DENGAN INSTITUT PENDIDIKAN GURU, KEMENTERIAN
PENDIDIKAN MALAYSIA BAGI MENGIKUTI PROGRAM DIPLOMA PASCA
SISWAZAH PENDIDIKAN .

MODUL INI HANYA DIGUNAKAN SEBAGAI BAHAN PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN BAGI PROGRAM-PROGRAM TERSEBUT.

Cetakan November 2018


Institut Pendidikan Guru Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia

ii
KANDUNGAN MUKA SURAT

Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Falsafah Pendidikan Guru ii


Kandungan iii
Panduan Pelajar iv
Agihan Tajuk vi

TAJUK KANDUNGAN

UNIT 1 Asas Moral 1

UNIT 2 Insan Bermoral 3

UNIT 3 Teori Etika Moral


15

UNIT 4 Peranan dan Tanggungjawab Agen Sosialisasi Dalam 27


Pendidikan Moral

UNIT 5 Isu-Isu Moral Tempatan 29

UNIT 6 Isu-Isu Moral Peringkat Global 31

Rujukan 33

Panel 34

Ikon 35

iii
PANDUAN PELAJAR

PENGENALAN

Modul pembelajaran ini disediakan untuk membantu pelajar menguruskan pembelajaran


agar lebih berkesan. Modul pembelajaran ini memberi peluang kepada pelajar untuk
mendapatkan matlamat dan gaya pembelajaran terkini.

SASARAN KURSUS

Pelajar Program Diploma Perguruan Malaysia (PDPP) yang mendaftar dengan Institut
Pendidikan Guru (IPG), Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

PEMBELAJARAN ARAH KENDIRI

Pembelajaran arah kendiri memerlukan pelajar membuat keputusan tentang


pembelajaran yang akan ditempuhi. Pembelajaran arah kendiri berkesan jika pelajar
dapat menentukan sasaran yang hendak dicapai. Ianya dibentuk agar pelajar mempunyai
autonomi dan bertanggung jawab ke atas pembelajaran sendiri.

JAM PEMBELAJARAN PELAJAR (JPP)

Berdasarkan standard IPG KPM dan MQA pelajar perlu mengumpulkan 40 jam
pembelajaran bagi setiap satu jam kredit. Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan
dilaksanakan secara Sepenuh Masa dalam bentuk Kursus Dalam Cuti (KDC), di mana
interaksi bersemuka dilaksanakan pada cuti persekolahan dan hujung minggu. Jumlah
pembelajaran secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara
kuliah /tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40%
lagi adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

iv
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

Pembelajaran dalam talian ini menggunakan saluran media terkini yang sesuai.
Pensyarah dan pelajar akan ditentukan masa yang sesuai untuk berinteraksi secara
langsung dalam talian. Tajuk dan jumlah jam yang akan dipelajari diambil dari Maklumat
Kursus (MK) mengikut kursus dan semester yang ditawarkan.

SUSUNAN UNIT MODUL

Modul ini ditulis dalam susunan Unit. Setiap unit mempunyai lima eleman asas yang
konsisten:

1. Hasil Pembelajaran Unit


2. Sinopsis
3. Kandungan Unit
4. Penulisan berkaitan kandungan unit
5. Latihan
6. Panduan pelaksanaan dalam talian bagi tajuk yang berkaitan

Pelajar boleh berbincang dengan pensyarah atau rakan pelajar melalui email atau alat
media yang sesuai jika terdapat masalah berhubung dengan modul ini.

IKON

Pelajar akan mendapati bahawa ikon digunakan untuk menarik perhatian pelajar agar
pada sekali imbas pelajar akan tahu apa yang harus dibuat.

PEPERIKSAAN DAN PENTAKSIRAN

Pelajar juga diperlukan untuk menduduki peperiksaan bertulis pada akhir kursus. Tarikh
dan masa peperiksaan akan diberitahu apabila pelajar mendaftar. Peperiksaan bertulis ini
akan dilaksanakan di tempat yang akan dikenal pasti.

Soalan peperiksaan akan meliputi semua tajuk dalam Maklumat Kursus (MK) yang pelajar
pelajari secara interaksi bersemuka, modul dan dalam talian.

v
PENGENALAN

Kursus ini ditawarkan supaya pelajar dapat menguasai ilmu berkaitan kurikulum dalam
Pendidikan Moral untuk diaplikasikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran di
sekolah rendah.

HASIL PEMBELAJARAN

1. Menjelaskan konsep asas moral dan nilai yang diamalkan dalam masyarakat
Malaysia.

2. Mengaplikasikan teori-teori etika moral dalam menyelesaikan isu-isu Moral


dengan merujuk pelbagai sumber.

3. Membentangkan peranan agen-egen sosial dalam menangani isu-isu moral


tempatan dan global.

vi
AGIHAN TAJUK
Panduan Kepada Pengguna

Modul pembelajaran ini dibina berdasarkan Maklumat Kursus (MK). Jumlah pembelajaran
secara bersemuka diperuntukan 60% (40% interaksi bersemuka secara kuliah
/tutorial/amali dan 20% interaksi bersemuka secara dalam talian). Manakala 40% lagi
adalah pembelajaran pelajar melalui modul pembelajaran.

JUMLAH JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
18 JAM
TAJUK/ TOPIK
KESELURUHAN KULIAH/
30 JAM TUTORIAL
DALAM
/
TALIAN MODUL
AMALI
20% 40%
40%
6 JAM 12 JAM
12 JAM

1. ASAS MORAL

 Konsep Asas Moral (M)


 Moral, akhlak dan etika
(DT)
 Konsep baik, benar dan
patut dalam moral (DT)
 Aliran pemikiran Moral
(DT)
- Naturalis
- Emotivis
- Intuisionis 3 2 1
-Rasionalis

 Jenis-jenis Nilai (DT)


-Instrumental dan
Intrinsik
-Subjektif dan Objektif,
-Relatif dan
Mutlak

vii
JUMLAH JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
18 JAM
TAJUK/ TOPIK
KESELURUHAN KULIAH/
30 JAM TUTORIAL
DALAM
/
TALIAN MODUL
AMALI
20% 40%
40%
6 JAM 12 JAM
12 JAM

2. Insan Bermoral (M)

 Konsep Insan Bermoral

 Dimensi moral

-Penaakulan Moral

-Perasaan Moral

-Perlakuan Moral

 Prinsip-prinsip asas 3 3
kemoralan

-Altruisme
-Keadilan
- Autonomi

 Profil insan bermoral

- Ciri-ciri insan
bermoral
- Peranan guru dalam
pembentukan insan
bermoral
3.Teori Etika Moral (M)

 Teori-teori Etika.

 Teori Kemoralan Sosial

 Teori Keperibadian
3 3
Mulia

 Teori Teleologikal

- Utilitarianisme
- Egoisme

viii
JUMLAH JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
18 JAM
TAJUK/ TOPIK
KESELURUHAN KULIAH/
30 JAM TUTORIAL
DALAM
/
TALIAN MODUL
AMALI
20% 40%
40%
6 JAM 12 JAM
12 JAM
 Teori Deontologikal
- Eksistentialisme
- Prinsip Kewajipan

4.Peranan dan
Tanggungjawab Agen
Sosialisasi Dalam Pendidikan
Moral

 Konsep asas
sosialisasi:
- Konsep sosialisasi (DT)
- Norma social (DT)
- Kawalan social ((K)
7 3 2 2
 Peranan dan
tanggungjawab agen
sosialisasi: (K)

- Guru
- Keluarga
- Rakan Sebaya
- Sekolah/Institusi
- Komuniti/masyarakat
- Media massa

5. Isu-isu Moral Tempatan


 Contoh-contoh isu
tempatan (DT)
- Ragut
-Penderaan kanak-
kanak 7 5 1 1
-Pengabaian
warga tua
-Pencemaran alam
-Pornografi
-Jenayah siber

ix
JUMLAH JAM
INTERAKSI
BERSEMUKA
60%
18 JAM
TAJUK/ TOPIK
KESELURUHAN KULIAH/
30 JAM TUTORIAL
DALAM
/
TALIAN MODUL
AMALI
20% 40%
40%
6 JAM 12 JAM
12 JAM
 Bincang setiap isu di
atas berdasarkan:
- Definisi isu moral (K)
- Punca berlakunya isu
moral (M)
-Kesan kepada diri,
keluarga, masyarakat,
negara dan
antarabangsa (K)
- Cadangan mengatasi
isu moral (K)
-Keratan akhbar
-Akta dan peraturan
negara (K)
- Statistik isu moral untuk
tiga tahun kebelakangan
(K)

x
6. Isu-isu Moral
Peringkat Global
 Contoh-
contoh isu
- Homoseksual (DT)
- Kloning/Genetik (K)
- Engineering
Terrorisme/
Keganasan
- AIDS (M)
-Budaya Gothik (K)
-Senjata
nuklear (M)
7 4 1 2
 Bincang setiap isu di
atas berdasarkan:
(K)

-Definisi isu moral


-Punca berlakunya isu moral
-Kesan kepada diri, keluarga,
masyarakat, negara dan
antarabangsa
-Cadangan mengatasi isu
moral
- Keratan akhbar
-Akta dan peraturan negara
-Statistik isu moral untuk tiga
tahun kebelakangan

JUMLAH 30 12 6 12

Nota:
K - Kuliah, T - Tutorial, A - Amali, M - Modul, DT - Dalam Talian

xi
UNIT 1 ASAS MORAL

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Pelajat dapat menguasai konsep asas moral

SINOPSIS

Pelajar mempelajari konsep asas moral, aliran pemikiran moral dan jenis-jenis nilai

KERANGKA TAJUK

1. Konsep Asas Moral.

• Moral, akhlak dan etika.


• Konsep baik, benar dan patut dalam moral.
• Aliran pemikiran Moral
- Naturalis
- Emotivis
- Intuisionis
- Rasionalis

2. Jenis-jenis nilai
- Instrumental dan Intrinsik,
- Subjektif dan Objektif,

3. Relatif dan Mutlak

1
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya
1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: ASAS MORAL

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


i. Moral, akhlak dan etika (DT)
ii. Konsep baik, benar dan patut dalam moral (DT)
iii. Aliran pemikiran Moral (DT)
- Naturalis
- Emotivis
- Intuisionis
-Rasionalis

iv. Jenis-jenis Nilai (DT)


-Instrumental dan Intrinsik
-Subjektif dan Objektif,
-Relatif dan Mutlak

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder)


sepanjang sesi pembelajaran dalam talian.

2
UNIT 2 INSAN BERMORAL

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. Menghuraikan ciri-ciri insan bermoral


2. Menghuraikan elemen-elemen dalamdimensi moral dan prinsip moral.
3. Membincang sifat-sifat individu bermoral dan mengaplikasikan dalam
menangani masalah dalam kehidupan seharian

SINOPSIS

Kursus ini membincangkan konsep insan bermoral berdasarkan kepada dimensi


moral dan prinsip moral. Di samping itu, membincangkan profil insan bermoral.
komponen dimensi moral yang terdiri daripada penaakulan, emosi dan tingkah
laku moral. Ketiga-tiga dimensi ini melihatkan potensi pemikiran, penghayatan,
dan amalan moral. Ini penting kepada individu untuk memnampilkan ciri-ciri insan
bermoral yang berpegang kepada prinsip-prinsip asas moral (altruisme, keadilan,
autonomi/kebebasan, menghormati setiap ahli masyarakat).

2.0 Pengenalan

Unit ini membincangkan dimensi moral yang meliputi penaakulan moral, emosi
moral dan tingkah laku moral. Unit ini juga akan menyentuh tentang sifat-sifat yang
perlu dimiliki oleh insan moral iaitu autonomi, keadilan dan altruisme. Selain itu,
insan bermoral mengikut perspektif islam turut dijelaskan dalam unit ini.

3
Seterusnya menampilkan beberapa model insan moral yang terdiri daripada
model tempatan dan model luar Negara.

1. KONSEP INSAN BERMORAL

Konsep insan bermoral boleh difahami dengan lebih lanjut berdasarkan kepada
dimensi moral dan prinsip-prinsip insan bermoral.

INSAN MORAL

DIMENSI MORAL PRINSIP-PRINSIP INSAN


MORAL

2.1 DIMENSI MORAL

Seorang insan yang berakhlak mulia seharusnya mengamalkan dimensi


moral.Secara amnya, kita boleh membahagikan dimensi moral kepada tiga
elemen, iaitu penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

Seorang insan yang berakhlak mulia seharusnya mengamalkan dimensi moral.


Secara amnya, kita boleh membahagikan dimensi moral kepada tiga elemen, iaitu
penaakulan moral, perasaan moral dan perlakuan moral.

4
2.1.1 PENAAKULAN MORAL

Penaakulan moral diertikan sebagai pemikiran moral dan pertimbangan yang


dibuat secara rasional dan bebas. Ini bermaksud seserong individu yang
mempunyaipemikiran moral dapat memikirakan sesuatu dilema moral dan
membuat pertimbangan berasaskan prinsip moral dan nilai-nilai moral yang
diterima oleh masyarakat setempat. Penaakulan moral juga boleh dikaitkan
dengan membuat keputusan secara rasional berasaskan fakta tanpa dipengaruhi
oleh emosi dan persekitaran.

Contoh Penaakulan Moral


Contoh 1:
Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas
selama 2 minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan
sekolah walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri. Keputusan yang
dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Seorang guru disiplin telah menjatuhkan hukuman menggantung kelas


selama 2 minggu kepada pelajar yang didapati merokok di kawasan
sekolah, walaupun pelajar itu merupakan anaknya sendiri. Keputusan yang
dibuat oleh guru disiplin adalah berdasarkan penaakulan moral tanpa
dipengaruhi oleh emosi dan persekitaran.

Contoh 2:
Seorang murid meniru dalam peperiksaan akhir tahun buat pertama kali
kerana ayahnya sangat garang dan telah mengugutnya jika dia tidak dapat
tempat pertama, dia tidak akan dapat pergi ke Australia menghadiri majlis
konvokesyen kakaknya. Sahsiah murid ini cukup menyenangkan guru
kelasnya. Walau bagaimanapun sebagai guru yang tegas dan adil, guru
itu terpaksa mengambil tindakan mengikut peraturan sekolah.

5
2.1.2 PERASAAN MORAL

Perasaan Moral merupakan kehalusan emosi individu yang mengandungi


sentimen, empati, simpati, prihatin, belas kasihan, bermotivasi dan murah hati.
Perasaan yang bermoral ini membawa kepada tindakan yangbermoral..Perasaan
ini akan membawa kepada perlakuan individu secara moral. Oleh itu, emosi moral
ini adalah penting untuk mengawal perlakuan, menghalang seseorang individu
membuat sesuatu yang bersifat anti sosial. Misalnya, perasaan empati dan
simpati akan menyebabkan seseorang individu sentiasa membantu orang miskin
atau cacat tanpa mengira kepentingan diri sendiri.

Contoh Perasaan moral


Contoh:
 Merasa sedih dengan mangsa-mangsa tsunami di Jepun.
 Bergembira dengan kejayaan yang dicapai oleh rakan-rakan dalam
peperiksaan.
 Marah kepada sesiapa sahaja yang membuang sampah di merata-
rata tempat.
 Bersimpati dengan nasib rakan-rakan yang ditimpa musibah banjir.

2.1.3 PERLAKUAN

Perlakuan Moral merupakan tingkah laku dan perlakuan individu terhadap


semua keputusan yang ditunjukkan dengan penuh tanggungjawab tetapi
mengikut kemampuan dirinya. Tindakan moral ini adalah hasil daripada
pemikiran moral dan perasaan moral yang mendorong seseorangbertindak
secara bermoral.

Contoh Perlakuan Moral


Contoh:
 Memulangkan dompet yang dijumpai di kantin kepada guru bertugas
dengan hati yang ikhlas
 Memimpin orang buta menyeberang jalan

6
 Tidak terjebak dalam rasuah walaupun pekerja-pekerja lain dalam
unit tersebut melakukannya kerana dia sedar bahawa rasuah akan
merosakkan sistem pekerjaan dan ditegah oleh agama
 Sebagai ibu tunggal yang mempunyai seorang anak cacat iaitu tiada
tangan dan kaki sanggup mendukung anaknya pergi balik ke
sekolah sejak Tahun 1 hingga Tahun 6.

2.2 PRINSIP-PRINSIP ASAS KEMORALAN

Terdapat berbagai pendapat dalam menentukan sifat-sifat insan bermoral kerana


masing–masing mempunyai fahaman yang tersendiri. Terdapat teori-teori yang
meletakkan kepuasan hati dan keseronokan sebagai sifat moral. Ada yang
mempertahankan egoisme sebagai moral dan sebagainya,yang mempunyai
kelemahan dan menerima berbagai kritikan. Ada yang menganggap peraturan
masyarakat sebagai asas penentuan nilai moral tetapi hakikatnya nilai-nilai dalam
masyarakat juga berbeza dan banyak bercanggah di antara satu sama lain.
Hakikatnya sukar dicari suatu persepakatan dalam menentukan nilai-nilai moral.
Pemikir-pemikir Pendidikan Moral mengemukakan tiga prinsip sebagai panduan
menentukan insan bermoral iaitu prinsip keadilan, prinsip altruisme dan prinsip
autonomi.

2.2.1 Prinsip Altruisme

Apa-apa sahaja yang dilakukan oleh individu akan melibatkan orang lain
terutamanya dalam membuat sesuatu pertimbangan. Pertimbangan tersebut akan
lebih berperikemanusiaan dan bermoral jika perhubungan itu berdasarkan belas
kasihan, simpati, memandang penting dan mengambil berat tentang kebajikan
orang lain. Amalan prinsip altruisme juga bermaksud individu akan menjauhi
daripada kejahatan dan mementingkan diri sendiri. Bak kata pepatah bagai enau
dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Prinsip altruisme melibatkan perlakuan yang mempunyai ciri-ciri bertujuan untuk


menjaga kebaikan orang lain lebih daripada kepentingan diri sendiri. Biasanya

7
keputusan yang diambil atau perlakuan yang dijelmakan bersifat moral dan
berkeperimanusiaan. Perasaan kasih sayang, simpati dan empati menghilangkan
rasa kepentingan diri sendiri, kebencian dan tamak.

2.2.2 Prinsip Keadilan

Ramai orang memperkatakan tentang keadilan. Ada pihak yang mengatakan


bahawa adil itu saksama, seimbang, sama rata, dan sama rasa. Namun begitu
sama rata tidak juga menunjukkan keadilan apabila seorang yang bekerja lebih
masa tetapi masih mendapat bayaran yang sama. Bayaran setimpal adalah
keadilan bagi mereka, bukan hanya sama dengan orang lain. Agama Islam pula
mendefinisikan keadilan sebagai “meletakkan sesuatu pada tempatnya,” iaitu
tempat yang sesuai dan sepatutnya .
Bagi Aristotle yang banyak menulis tentang konsep keadilan menyatakan adil itu
sebagai “ fair-minded”, tidak berat sebelah, sesuai dan berpatutan (reasonable
way). Di antara prinsip keadilan yang telah disebut oleh beliau ialah Prinsip
Keadilan Umum iaitu keadilan sosial yang mana masyarakat diorganisasikan
supaya semua individu memberi sumbangan kepada kebajikan umum. Keadilan
“distributive” ialah adil dalam agihan kebaikan dan beban juga menunaikan
perjanjian antara manusia. Ianya juga merangkumi kemahuan kepada peraturan,
kejujuran, equity, integrity dan lawfulness.

Keadilan merupakan satu piawai penting dalam penilaian moral dan prinsip ini
amat berkaitan dengan Teori Keadilan Sosial. Prinsip keadilan merupakan
prinsip moral yang mempertimbangkan prosedur untuk mengagihkan keuntungan
antara individu dan masyarakat. Tentunya juga keadilan membawa makna tidak
pilih kasih, tidak tamak untuk kepentingan diri sendiri.

2.2.3 Prinsip Autonomi

Adakah kita bebas membuat pertimbangan?. Persoalan ini ada kaitannya dengan
prinsip autonomi kerana prinsip ini menerangkan konsep pertimbangan bebas.
Andaian bahawa pertimbangan dan tingkah laku yang dibuat oleh seseorang
akibat paksaan dari luar tidak boleh dikategorikan sebagai moral. Ini disebabkan

8
individu yang berkenaan tidak berupaya bertingkahlaku secara rasional dan adil.
Individu itu tidak mengakuri tanggungjawab moral, tetapi hanya mematuhi perintah
dari kuasa luar. (Koo, 1990). Adakah anda setuju dengan pendapat ini?
Dari perspektif bahasa pula autonomi berasal dari suku kata Autos bererti diri
sendiri dan Nomos bererti undang-undang. Ini boleh diertikan sebagai penentuan
sendiri tentang peraturan dan kawalan berdasarkan pengalaman dan alasan
sendiri. Prinsip ini meliputi pertimbangan bebas dan kebebasan memilih.
Perlakuan dan pertimbangan individu merupakan hasil tekanan kuasa atasan
contohnya seorang guru disiplin mengenakan peraturan kepada pelajar-pelajar
atas arahan pihak atasan.

Kant menyatakan individu perlu dihormati kerana mereka adalah agen autonomi
untuk membuat keputusan dalam mengambil sesuatu tindakan. Sepatutnya
prinsip-prinsip yang universal, sejagat boleh dijadikan undang-undang yang
rasional pada mana-mana tempat sama ada di peringkat negara atau institusi,
syarikat, keluarga dan sebagainya.

2.3 PROFIL INSAN BERMORAL

Individu yang bermoral perlu mengikuti prinsip-prinsip moral, iaitu


keadilan,alturisme dan autonomi. Individu moral seharusnya peka dan memahami
terhadap keperluan peraturan dalam masyarakat, mempunyai sifat-sifat peribadi
mulia, mendokong etika seperti kemurahan hati, kemanusian, kerasionalan dan
kesejagatan.

Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan
Bermoral merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh
masyarakatnya dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan
oleh autoriti. Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi seperti:

a. Berbudi pekerti, bertingkah laku mulia serta berbudi bahasa


b. Tidak sombong, tidak menunjuk-nunjuk dalam pergaulan seharian.
c. Bergaul mesra, tidak mengasingkan diri serta sedia mengakui
kelemahan dan kekurangan diri.

9
d. Jujur- niat baik, amanah, ikhlas tanpa mengharapkan balasan.
e. Orang bermoral juga mempunyai sifat hormat-menghormati
terhadap:
i) Raja dan negara
ii) orang yang lebih tua, guru, rakan, dan jiran
iii) Ibu bapa
iv) Hak asasi manusia
v) Kepercayaan dan adat resam pelbagai kaum
vi) Sifat-sifat yang tersendiri pada setiap individu
vii) Undang-undang
viii) Maruah diri

Walaupun begitu pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah


dikembangkan untuk melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan
mengembangkan penaakulan mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini
penting supaya tidak terjadi kekeliruan atau konflik di antara nilai tradisi dengan
nilai Barat disebabkan pengaruh daripada media massa. Oleh sebab itu seseorang
insan bermoral seharusnya mampu:
(a) Mengenalpasti sesuatu situasi moral;
(b) Berfikir secara rasional mengenai sesuatu situasi itu serta membuat
pelbagai pilihan perlakuan yang berkaitan dengan situasi tersebut;
(c) Memilih sesuatu tindakan berasaskan sesuatu pertimbangan tertentu;
dan
(d) Bertindak terhadap sesuatu pilihan yang telah dipilih berdasarkan
peraturan dan prinsip moral yang asas.

Selain itu, seseorang insan moral perlu menguasai dimensi emosi simpati dan
empati. Mereka boleh meluahkan perasaan mereka secara betul dan bukan
sesuka hati sahaja. Diharapkan dimensi emosi atau perasaan ini akan membuat
pelajar memahami emosi diri sendiri secara rasional di samping memahami
perasaan orang lain.

10
2.3.1 Ciri-ciri Insan Bermoral

1. Menghormati autoriti (ibu bapa, guru, pemimpin negara dan agama) yang
menunjukkan contoh teladan serta amalan yang bermoral. Menghormati
agama dan kepercayaan orang lain serta menghargai nyawa sendiri dan
orang lain. Orang yang bermoral juga akan membuat keputusan moral
secara autonomous setelah menimbangkan segala fakta, alternatif dan
kesannya.
2. Melakukan sesuatu secara bebas tanpa sebarang tekanan, tetapi mestilah
berdasarkan sebab yang munasabah serta motif dan tujuan yang rasional.
Segala fakta yang berkaitan dengan isu yang dipersoal akan
dipertimbangkan secara objektif sebelum sesuatu keputusan dibuat.
3. Mempunyai pengetahuan dan pemahaman tentang perasaan orang lain di
dalam satu-satu situasi. Kesedaran tentang perasaan dan kepentingan
orang lain haruslah dititikberatkan dalam sesuatu situasi dan keputusan
moral.
4. Mempunyai emosi atau motivasi moral untuk melakukan sesuatu yang
benar selepas keputusan moral diambil. Seseorangakan sukar untuk
bertindak sekiranya dia tidak bermotivasi untuk melakukannya.
5. Mempunyai iltizam untuk melakukan sesuatu yang patut dilakukan secara
berterusan berdasarkan prinsip-prinsip dan peraturan yang asas.

1.3.2 Peranan guru dalam pembentukan insan bermoral

Guru Pendidikan Moral harus sedar bahawa kanak-kanak yang datang ke sekolah
telah mempelajari pendidikan moral di rumah daripada keluarga dan
masyarakat.Ini bermakna kanak-kanak telah mempunyai sikap, kepercayaan dan
tabiat tentang moral yang dipelajari mereka daripada pelbagai sumber sebelum
mereka ke sekolah. Kerencaman latar belakang ini mewujudkan pelbagai
persoalan moral dari segi pengetahuan amalan dan prinsip hidup kanak-kanak
yang masih boleh dilentur.

11
Guru Pendidikan Moral juga harus sedar bahawa sekolah itu sendiri merupakan
sumber pembelajaran moral secara tidak langsung. Suasana sosial di sekolah,
cara sekolah itu ditadbir dan bagaimana guru-guru bertingkah laku akan
memberikan pengaruh secara tidak langsung kepada pembelajaran moral kanak-
kanak di sekolah. Kanak-kanak yang belajar di sekolah ternama dan tinggi
penghayatan moralnya sudah tentu lebih beruntung dan lebih mudah proses
pemupukan nilai dilakukan berbanding dengan sekolah yang sebaliknya.

Guru Pendidikan Moral mesti menerima hakikat bahawa nilai-nilai moral sudah
tertanam dalam diri murid-murid. Guru haruslah bersedia untuk mengajar
Pendidikan Moral dengan mengambil kira pengetahuan dan pembelajaran moral
yang sedia ada. Guru dikehendaki memperkembangkan pengetahuan moral
murid-murid ini dan membimbing mereka semasa pengajaran Pendidikan Moral
dilaksanakan.Pendidikan Moral di sekolah digunakan untuk memperkembangkan
pengetahuan moral kanak-kanak ke arah mencapai matlamat kurikulum untuk
melahirkan individu yang bermoral tinggi.

Antara ciri-ciri sahsiah yang perlu ada pada guru Pendidikan Moral ialah :
 Mempunyai sifat dedikasi dan rajin dalam menjalankan tugasnya sebagai
seorang guru.
 Memiliki budi pekerti mulia seperti sabar, jujur, rajin, cekap dan bebas
daripada perasaan dengki, takabbur, riya’, tamak, pemarah dan
sebagainya.
 Sentiasa ikhlas dalam menjalankan tugasnya.
 Sentiasa menambah ilmu pengetahuan dan kemahiran serta membuat
pembacaan yang luas dan pengkajian yang berterusan bagi meningkatkan
keberkesanan pengajaran demi memantapkan diri dalam bidang
pendidikan.
 Mempunyai pengetahuan yang mendalam terhadap sesuatu bidang
pengkhususannya.
 Mengutamakan kepentingan pelajar-pelajar mengatasi kepentingan
peribadi.

12
 Tidak pilih kasih dalam kalangan pelajar berdasarkan rupa paras,
kebolehan, ras, status sosioekonomi dan sebagainya.
 Mempunyai kemahiran ilmu psikologi dan pedagogi yang tinggi serta
berkemampuan untuk menilai kecenderungan dan kegemaran pelajarnya.
 Amanah dan menyimpan rahsia pelajar supaya sentiasa diyakini dan
dipercayai.
 Memastikan perlakuan, tatacara,percakapan,tatahias dan kekemasan diri
sesuai dengan profesion perguruan.
 Membantu pelajar-pelajar bukan sahaja dalam bidang akademik tetapi
dalam mengatasi masalah moral.
 Suka bergaul mesra, mudah didekati, mesra dan tidak mengasingkan diri
serta sedia mengakui kesilapan dan kelemahan diri.
 Berpegang dengan prinsip-prinsip autonomi, keadilan dan altruism kerana
ketiga-tiga prinsip tersebut akan menjamin kewibawaan guru.
 Memiliki sifat-sifat dimensi moral yang meliputi aspek pemikiran, perasaan
dan perlakuan.

Sehubungan itu, tugas menyemai dan memupuk nilai-nilai murni dalam jiwa
pelajar kita adalah tanggungjawab guru Pendidikan Moral. Dengan menjalankan
tugas penuh dedikasi sebagai seorang pendidik, adalah diharapkan bahawa
matlamat pendidikan kebangsaan dapat dicapai, iaitu menghasilkan pelajar-
pelajar yang bertanggungjawab dan mempunyai akhlak yang bermoral tinggi serta
mulia..

13
AKTIVITI

1. Seseorang yang bermoral perlu memiliki dan menguasai ketiga-tiga


dimensi moral iaitu penaakulan moral, emosi moral dan tingkah laku moral.
Huraikan satu contoh untuk setiap dimensi moral dalam konteks anda
sebagai seorang guru.

2. Insan bermoral dapat dilahirkan dengan memberi tumpuan kepada usaha


memupuk kekuatan kerohanian dan kemoralan murid melalui penghayatan
dan amalan nilai-nilai murni masyarakat Malaysia.
Huraikan peranan murid-murid untuk menjadi insan yang bermoral.

3. Bina satu peta minda yang menunjukkan dimensi moral, prinsip-prinsip


Insan Moral dan profil Insan Moral.

Penyelidikan: Penerokaan Pelbagai Media

Anda boleh meluaskan pengetahuan anda tentang


konsep insan bermoral dengan melayari internet serta membuat bacaan lanjut
terhadap lain-lain sumber rujukan serta mengadakan perbincangan dengan
rakan-rakan

Berdasarkan penyelidikan yang anda buat


REFLEKSI : daripada pelbagai sumber, jelaskan sejauh
manakah konsep insan bermoral berkait rapat
dengan pendidikan agama. Insan bermoral
merupakan seseorang yang berkelakuan yang
boleh diterima oleh masyarakatnya dengan cara
mematuhi segala set peraturan yang ditetapkan
oleh autoriti. Sejauhmanakah anda bersetuju
dengan pernyataan ini.

14
UNIT 3 TEORI ETIKA MORAL

Hasil Pembelajaran Unit

Pada akhir unit pelajar dapat :

1. 1 Menjelaskan teori-teori etika seperti teori, teori teologikal , teori


deontologikal dan kemoralan sosial;
2. Membincangkan prinsip-prinsip yang terdapat di dalam teori
teologikal dan deontologikal;
3. Menganalisis teori-teori etika dan membuat justifikasi dalam
kehidupan seharian ;
4. Membincangkan perbezaan di antara teori teologikal dan
deontologikal dan
5. Menganalisis teori-teori etika dan mengaplikasikannya dalam
Pendidikan Moral.

Sinopsis

Unit ini bertujuan memberikan pengetahuan kepada pelajar tentang teori etika
Kefahaman tentang teori ini membantu pelajar melihat perbezaan pandangan
dalam membuat penilaian tindakan manusia daripada pelbagai asas teori.
Antaranya Teori Teleologi berasaskan kesan sesuatu tindakan, Teori Deontologi
melihat kepada motif tindakan manakala “Virtue” berdasarkan tindakan yang
disifatkaan sebagai “jalan tengah” dan berkeperibadian mulia. Dua jenis teori ini
adalah amat penting untuk difahami kerana ia menerangkan tentang perbezaan
tumpuan yang diberikan dalam mengenalpasti tindakan yang bermoral oleh
individu-individu yang berlainan.

15
Konsep etika dan kemoralan tidak diperjelaskan, pasti sukar untuk guru-guru
mengajar Pendidikan Moral kerana proses untuk mewujudkan insan terdidik dan
matang dari segi moral adalah rumit dan memerlukan kepakaran yang sewajarnya.

3.0 PENGENALAN

Unit ini membincangkan beberapa aliran dan pandangan tokoh barat tentang
kedudukan moral sekular dalam masyarakat. Beberapa persoalan yang berkaitan
dengan kemoralan seperti kepentingan mematuhi kehendak masyarakat,
memenuhi kepentingan individu, kebebasan dan kewajipan mematuhi kehendak
universal juga dibincangkan. Teori-teori etika menghurai dan menilai tentang
perlakuan manusia sama ada baik, betul, wajar, buruk dan tidak wajar
berdasarkan ukuran kerasionalan akal manusia. Semua teori etika ini memberi
pandangan dan pemikiran yang berbeza tentang konsep kemoralan sehingga
menjadikannya sesuatu yang menarik untuk kita teliti dan perbahaskan.

3.1 Teori-teori Etika


3.1.1 Teori Kemoralan Sosial

 Teori ini dipelopori oleh Hobbes (1588-1679), Durkheim (1858-1917) dan


Weber (1966).
 Teori kemoralan sosial menekankan bahawa segala peraturan, nilai, norma
dan tatasusila yang diwujudkan dalam sesebuah masyarakat itu adalah
sesuatu yang dipersetujui bersama.
 Kewujudannya juga adalah untuk kebaikan, kepentingan dan keselamatan
kumpulan masyarakat tersebut. Contohnya masyarakat menuntut nilai
berdikari, hormat-menghormati, kasih sayang, kebersihan, membantu,
kerjasama, syukur, hormati agama dan adat orang lain.
 Masyarakat juga menolak sifat tamak, mencuri, zalim, mabuk, zina dan
rasuah kerana menganggu kesejahteraan hidup bermasyarakat.
 Terdapat dua fungsi kepiawaian moral iaitu :
1) sistem kepiawaian moral dalam masyarakat akan mengenal pasti situasi
tertentu supaya setiap orang menolak sifat mementingkan diri sendiri.

16
2) Kepiawaian moral berfungsi sebagai resolusi atau penyelesaian bagi
konflik sosial dengan memberikan justifikasi yang boleh diterima oleh
orang ramai.
 Teori kemoralan sosial cuba mengaitkan kepiawaian moral, peraturan
masyarakat dan undang-undang negara atau alam sejagat dengan konsep
etika. Teori ini menekankan tentang tanggungjawab individu mematuhi
pemerintah atau autoriti. Kepatuhan kepada autoriti boleh menjadikan
masyarakat bersifat birokratik dan ini akan memberi kesan lain pula dari
segi kemoralan.
 Sebagai rumusannya, kita perlu mematuhi peraturan dan undang-undang
untuk menjamin kebahagiaan hidup bermasyarakat. Jangan selalu
mementingkan diri sendiri kerana manusia hidup dalam masyarakat. Setiap
tindakan perlu difikirkan kesan baik dan buruknya kepada orang lain. Nilai-
nilai kemasyarakatan seperti kerjasama, gotong royong dan kasih sayang
perlu dihayati. Manusia perlu taat dan patuh kepada autoriti selagi tidak lari
jauh daripada nilai agama dan nilai sejagat.

3.3 Teori Keperibadian Mulia ( Virtue)

 Konsep etika ini dipelopori oleh Aristotle (384-322 SM). Menurut Aristotle,
etika dikaitkan kepada keperibadian, sifat, perangai atau ciri-ciri
perwatakan. Moral seharusnya pembentukan watak mulia dan terbaik
bukan kepatuhan kepada peraturan masyarakat.
 keadilan, kemurahan hati, keberanian, kejujuran, kesabaran,
kebijaksanaan memainkan peranan penting dalam kehidupan moral.
 Teori ini menjelaskan bahawa memiliki peribadi mulia bukan semula jadi
maksudnya manusia tidak dilahirkan dengan sifat baik atau jahat. Menerusi
latihan dan pengamalan hingga menjadi kebiasaan, tabiat, cara hidup dan
menyenangkan diri sendiri.
 Sifat-sifat terpuji dan peribadi yang baik akan menyumbangkan kepada
kebahagiaan hidup. Contohnya sifat jujur dan amanah dapat mengelakkan
diri daripada gejala rasuah.

17
 Moral virtue - mengajar kita berkelakuan baik, dipelajari melalui
‘pengulangan’ contoh dalam melatih nilai berani/jujur, individu menjadi lebih
berani dan jujur.
 Dalam usaha untuk mencapai kemuliaan hidup, manusia perlu mengikut
‘jalan tengah’. Jalan tengah ialah tingkah laku yang sederhana iaitu tidak
berlebihan dan keterlaluan serta juga tidak terlalu kurang.
 Contohnya, jika perlakuan berani, jalan tengahnya ialah berani dengan
berhati-hati. Sementara yang tidka mengikut jalan tengah ialah terlalu
berani hingga gopoh dan membawa padaha atau tiada keyakinan
langsung, takut dan pengecut.
 Terdapat dua jenis keperibadian mulia iaitu keperibadian mulia intelektual
dan keperibadian mulia moral.
 Keperibadian mulia intelektual ialah kebolehan penaakulan, kebolehan akal
secara semula jadi. Keperibadian jenis ini juga boleh dipelajari. Sementara
keperibadian mulia moral pula tidak lahir atau diperoleh secara semula jadi
tetapi melalui latihan, amalan dan kebiasaan.
 Sebagai rumusannya, berusahalah bersungguh-sungguh untuk memupuk
kemuliaan peribadi dengan moral dan akhlak yang baik. Konsep
bersederhana dalam semua tindakan sangat digalakkan dalam agama
tetapi tidak boleh disamakan dengan konsep ‘jalan tengah’ yang mungkjin
mengelirukan. Guru perlu menjelaskan kepada murid konsep sederhana
sebagaimana yang patut dijadikan pegangan. Nilai agama dan nilai murni
sejagat boleh dijadikan asas kepada pembentukan peribadi mulia.

3.4 Teori Teleologikal

Teori ini mengatakan bahawa nilai ‘betul’ atau ‘salah’ bergantung kepada kesan
sesuatu perbuatan. Keputusan yang terakhir bergantung kepada jumlah
bandingan perkara-perkara baik atau betul yang dilakukan, sama ada secara
langsung atau tidak langsung, iaitu perbandingan antara baik dan buruk, betul
dan salah. Ini bererti sesuatu tindakan atau perbuatan perlu dilakukan sekiranya
perbuatan membawa lebih banyak atau bertujuan membawa lebih banyak
kebaikan daripada keburukan mengikut peraturan yang berkenaan. Teori

18
Teleologi amat mementingkan hasil akibat sesuatu tindakan. Teori ini terbahagi
kepada dua iaitu :

3.4.1 Teori Utilitarianisme

Pengasas aliran ini ialah Jeremy Bentham (1748- 1832) dan John Stuart Mill
(1806-1873). Aliran ini menekankan bahawa sesuatu tindakan itu dianggap betul
dan bermoral jika sesuatu tindakan itu dianggap betul dan bermoral jika sesuatu
tindakan itu akan memberi akibat atau kesan baik iaitu apa yang diinginkan itu
tercapai. Teori Ulitilitarianisme adalah berkaitan dengan tindakan seseorang yang
berasaskan tujuan memaksimumkan kebahagiaan atau keseronokan majoriti.

 Individu patut melakukan sesuatu tindakan yang menghasilkan kebaikan


maksimum kepada setiap orang/kebahagiaan maksimum kepada majoriti.
 Sesuatu perlakuan itu dianggap baik/benar mengikut kadar atau pertimbangan
kebahagiaan yang diharapkan dapat diperoleh.

Contoh: Peperangan dan cara peperangan dianggap wajar jika peperangan itu
menghasilkan kebahagiaan dan kebaikan melebihi kesengsaraan dan penderitaan
yang dialami dalam situasi tertentu dibenarkan melakukan perkara tidak baik demi
mengelakkan berlakunya perkara yang lebih buruk.

Contoh: Dalam Perang Dunia Kedua, bom atom telah digugurkan di Hiroshima dan
Nagasaki menyebabkan ribuan nyawa terkorban tetapi matlamat akhirnya ialah
untuk memaksa Jepun menyerah kalah, sekaligus menamatkan peperangan
tersebut.

Contoh: Mendera dengan keras orang yang melakukan kesalahan untuk


mengelakkan kekacauan, kerugian, kerosakan, kejahatan atau kecelakaan yang
lebih besar.

 Sebagai rumusan, teori ini tidak menentukan peraturan-peraturan dan


panduan-panduan yang boleh diikuti. Kanak-kanak yang tidak mempunyai

19
pengetahuan dan kesedaran moral tidak boleh dididik dengan cara ini.
Bertindak mengikut perasaan dan pemikiran sahaja tanpa bimbingan
agama akan merosakkan moral. Mungkin wajar dalam situasi tertentu untuk
membuat pilihan yang terbaik memerlukan kita memikirkan kesan tindakan
sama ada banyak menguntungkan semua pihak atau sebaliknya secara
perbandingan.

3.4.2 Teori Egoisme

 Teori ini dipelopori oleh Fried Rich Wilhelm Nietzsche (1844-1900).


 Teori egoisme ialah satu teori yang bertujuan untuk realisasi kendiri (self-
realization). Teori ini terbahagi kepada egoisme psikologi dan egoisme
etika.
 Teori ini berprinsipkan bahawa sebagai agen moral, individu
bertanggungjawab memajukan diri dengan seberapa banyak kebaikan.
Kebijaksanaan mementingkan diri dan mengutamakan diri merupakan satu
tindakan moral yang betul, benar dan mulia.
 Sebagai contoh, ramai pemimpin dunia yang memerintah negara secara
autokrasi atau ala autokrasi seperti kepimpinan Yahudi, Israel yang
menekan negara Arab dengan perundingan yang tidak pernah dipatuhi
kerana dasar egoisme. Begitu juga halnya dengan pemimpin Amerika
Syarikat yang melaksanakan dasar-dasar luar yang double standard hanya
untuk menjaga kepentingan negara dan sikap egoisme.

 Egoisme boleh dibahagikan kepada egoisme psikologi dan egoisme etika.

1. Egoisme psikologi –satu teroi deskriptif yang mengatakan bagaimana


orang melakukan tindakan. Egoisme ini berepndapat bahawa semua
orang adalah selfish. Manusia perlu bertindak untuk kebaikan atau
mementingkan diri sendiri dan itulah pilihan yang wajar dan tiada pilihan
lain.

2. Egoisme etika- Egoisme ini memberitahu tentang bagaimana manusia


bertindak. Semua orang perlu bertindak secara selfish. Manusia bebas
bertindak, memilih alternatif asalkan untuk kebaikan diri sendiri.

20
 Terdapat beberapa faktor yang menggalakkan aliran egoisme ini
berlaku iaitu :

1.Pengaruh persekitaran sosial

Pertimbangan moral, pengalaman moral, tabiat dan kelakuan manusia


banyak ditentukan dan dilazimkan dalam hubungan sosial. Persekitaran
sosial berbeza mempengaruhi sikap egoisme.

2.Sikap mempertahankan diri sendiri atau sikap mengagumi diri


sendiri
Keadaan ini wujud kerana keinginan untuk mempertahankan diri daripada
perasaan malu dan berdosa. Manusia berusaha meyakinkan diri sendiri
bahawa hak keistimewaan mempertahankan ego ini adalah untuk
keperluan hidup dan tindakan itu dianggap bermoral.

3.Ketidakanjalan dalam motif dan dorongan


Setiap motif personaliti boleh dikaitkan dengan perkembangan individu.
Motif dan dorongan manusia tidak mudah berubah kerana menjaga
kepentingan individu. Seorang egois tidak memikirkan tentang kebaikan
dan keburukan orang lain. Sekiranya ia berfikir untuk orang lain, itupun
kerana ada kaitan dengan kebaikan diri sendiri.

 Sebagai rumusan, prinsip moral egoisme ini tidak sesuai untuk


dikembangkan dalam sistem pendidikan kita kerana aliran ini tidak
mengenal Tuhan dan sikap mementingkan diri sendiri yang keterlaluan.
Semua manusia ada ego masing-masing tetapi ego tersebut bukan untuk
disuburkan sehingga menjadikan sikap mementingkan diri dalam semua
tindakan dianggap bermoral. Ego manusia perlu dididik dengan agama dan
ilmu pengetahuan.

21
3.5 Teori Deontologis

 Aliran deontologis berpandangan bahawa perlakuan moral itu mestilah


melibatkan kesedaran diri pelaku (nilai intrinsik) iaitu menekankan sifat
perlakuan manusia. Manusia dikatakan melakukan sesuatu atau tidak
semata-mata kerana perkara itu difikirkan baik atau buruk, bukan kerana
adanya sesuatu kesan perbuatan tersebut. Hal ini bermaksud kita
melakukan perbuatan bermoral kerana nilai perbuatan tersebut bukan
kerana kebaikan terbanyak yang diperoleh daripada perbuatan tersebut.
 Terdapat dua bentuk teori Deontologi iaitu Teori Eksistensialisme dan Teori
Prinsip Kewajipan.

3.5.1 Teori Eksistensialisme

 Teori ini diasaskan oleh Soren Kiekergaad, Albert Camus dan Jean Paul
Sartre (1905-1980).
 Aliran Eksistensialisme ini menekankan kepentingan individu untuk
memenuhi kehendak peribadi. Manusia bebas dan tidak terikat dalam
menentukan pilihan-pilihan dalam kehidupan mereka. Manusia juga
bertanggungjawab dengan pilihan dan tindakan yang dilakukan oleh
mereka.
 Aliran ini menolak idea, norma-norma, peraturan dan kuasa yang datang
dari luar kerana manusia menentukan untuk dirinya sendiri. Manusia
bertanggungjawab atas dirinya sendiri untuk menetapkan matlamat dan
membuat keputusan atau pilihan yang bebas daripada norma dan
peraturan masyarakat.
 Konsep manusia mengikut aliran ini adalah bebas, tiada ikatan,
menentukan baik atau buruk untuk dirinya sendiri serta mencorakkan
kehidupannya sendiri.
 Nilai-nilai moral aliran ini adalah subjektif, berubah-ubah, tidak kekal dan
tidak sejagat. Nilai moral sentiasa berubah mengikut tanggapan dan
tafsiran manusia dan mengikut keperluan situasi semasa.
 Sebagai rumusan, aliran ini menafikan Tuhan, hidup tanpa pegangan dan
matlamat hidup yang kabur. Tidak wajar boleh dijadikan ikutan khususnya
dalam sistem persekolahan. Manusia dikurniakan akal dan pergunakanlah
22
akal tersebut dengan sebaik mungkin berlandaskan ilmu dan agama.
Setiap orang boleh memilih nilainya sendiri secara bebas. Situasi ini
menyebabkan guru tidak boleh mengenakan disiplin kepada muridnya
kecuali peraturan yang boleh diterima oleh pelajarnya sendiri, Sifat
individualistik dan kebebasan secara mutlak sukar diwujudkan dalam
situasi kehidupan bermasyarakat yang berpegang kepada agama.

3.5.2 Prinsip Kewajipan

 Satu prinsip kemoralan dalam teori Deontologi peraturan yang


dikemukakan oleh Immanuel Kant (1724-1804) ialah prinsip kewajipan
(principle of duty) yang menegaskan “duty for the sake of duty” dan
membawa maksud tanggungjawab dilaksanakan semata-mata kerana
amalan itu merupakan satu tanggungjawab.
 Tanggungjawab dianggap sebagai satu nilai utama dalam etika kemoralan.
 Bukan semua tanggungjawab adalah tanggungjawab kemoralan.
(Contohnya: tanggungjawab ketepatan masa, sebagai ibu, suami, pemain
dalam pertandingan, walaupun kadang kala tanggungjawab itu dianggap
tanggungjawab etika)Tanggungjawab kemoralan adalah janaan masalah
kemoralan sendiri, contohnya tidak bertanggungjawab.
 Semua orang mesti mematuhi tanggungjawab mereka.
 Manusia perlu bertindak dan merujuk mengikut peraturan asas sejagat
(universal). Pertimbangan moral sama ada benar atau salah bergantung
kepada kepatuhan peraturan universal.
 Untuk memastikan tindakan itu bermoral maka ia perlu memenuhi kriteria
berikut : 1. Kebebasan keinginan manusia 2.Keadilan 3. Kebijaksanaan
4. Pilihan yang betul (peraturan sejagat –maxim).
 Ramai ahli kemoralan merumuskan tanggungjawab kemoralan
berdasarkan keagamaan, tetapi terdapat tanggungjawab yang tidak
berubah mengikut agama ataupun adat resam, contohnya tidak
membunuh, tidak berzina dan sebagainya.
 Kecuali ‘good will’ / tekad baik (taakulan praktikal), tiada yang baik
tanpa syarat.

23
 Kesemua - ‘bakat minda’ (kecerdasan, kebijaksanaan, pertimbangan),
- ‘hadiah alam’ (kekuasaan, kekayaan, kehormatan) dan
- ‘ciri watak’ (keberanian, ketabahan, kecekalan hati dll),
Tidak boleh dianggap sebagai baik tanpa syarat contohnya dengan tidak
mengeksploitasi orang lain serta menceroboh ketenteraman masyarakat.
 Tumpuan kepada ‘niat’, tujuan/motif seseorang dan bukan atas apa yang
dilakukannya
 Sesuatu tindakan tidak bernilai moral jika ia berkaitan dengan kepentingan
diri.
 Menurut Kant, kelakuan atau tindakan semata-mata kerana kecenderungan
dianggap tiada nilai moral. Yang baik dan patut ialah mengamalkan
kewajipan.
 Individu yang baik (dari segi moral) dengan tekad baik yang mutlak ialah
yang sentiasa berkelakuan atau bertindak atas dasar kewajipan atau
kerana menghormati undang-undang (prinsip moral).
 Kita patut memilih kewajipan bukan kecenderungan sebagai prinsip moral
 Prinsip moral yang ditetapkan oleh individu untuk dirinya sendiri mestilah
juga dipatuhi orang lain, misalnya individu mestilah bertindak sebagaimana
dia ingin orang lain bertindak.
 Prinsip moral individu sepatutnya melambangkan undang-undang objektif
dan sejagat.
 Kemanusiaan hendaklah sentiasa menjadi matlamat dan bukan alat
perlakuan individu contohnya menculik untuk mendapat wang tebusan.
 Tekad orang yang menggubal undang-undang moral sejagat ialah tekad
individu yang rasional, contohnya, jangan mungkir janji kerana rasionalnya
orang akan hilang kepercayaan kepadanya.
 Sebagai rumusan, prinsip moral adalah kewajipan, keutamaan moral ialah
mengamalkan kewajipan. Pematuhan peraturan moral atau undang-
undang adalah wajib. Niat dan tujuan betul menentukan perlakuan itu
bermoral atau tidak. Mengutamakan kepentingan diri dianggap tidak
bermoral dan menolak kewujudan Tuhan bercanggah dengan prinsip hidup
masyarakat Malaysia.

24
Pengalaman

AKTIVITI 1

1. Sebagai seorang Pengarah Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, anda


memerlukan kerjasama daripada staf anda untuk mempertingkatkan kualiti
perkhidmatan dan seterusnya membanteras gejala rasuah. Apakah keperibadian
mulia yang anda harap dapat diperolehi daripada staf anda? Senaraikan ciri-ciri
keperibadian mulia tersebut.

2. Buat analisis contoh-contoh perlakuan bermoral atau tidak bermoral berikut


mengikut prinsip kewajipan.

Perlakuan Analisis Status

Perwira yang terkorban Bermoral


mempertahankan negara

Perwira yang terkorban Tidak


mempertahankan negara bermoral

Menderma darah Bermoral

Menderma darah Tidak


bermoral
Seseorang mencalonkan
dirinya menjadi wakil rakyat Bermoral
Seseorang mencalonkan
dirinya menjadi wakil rakyat Tidak
bermoral
Guru merotan murid kerana
murid sering membuat bising Bermoral
di dalam kelas
Guru merotan murid kerana
murid sering membuat bising Tidak
di dalam kelas bermoral

Sukarelawan menolong Bermoral


mangsa bencana yang berada
dalam kesusahan

Sukarelawan menolong
mangsa bencana yang berada Tidak
dalam kesusahan bermoral

25
4. Semua teori etika yang dibincangkan bersifat sekular. Sejauh manakah
teori-teori tersebut selari dan menyimpang daripada nilai agama.

AKTIVITI 2

Dengan mendapatkan maklumat daripada sumber rujukan buku,


jurnal dan internet hasilkan sebuah peta konsep i-Think
(Peta Pokok) berasaskan kefahaman anda tentang teori-teori etika
yang telah dipelajari.

26
PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AGEN SOSIALISASI
UNIT 4
DALAM PENDIDIKAN MORAL

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Pelajar dapat mengetahui Peranan dan Tanggungjawab Agen Sosialisasi Dalam


Pendidikan Moral dan peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi

SINOPSIS

Membincangkan peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi dalam pendidikan


moral dan peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi seperti guru keluarga
rakan sebaya, sekolah/institus, komuniti/masyarakat dan media massa

KERANGKA TAJUK
1. Konsep asas sosialisasi
- Konsep sosialisasi
- Norma sosial
- Kawalan sosial

2. Peranan dan tanggungjawab agen sosialisasi


- Guru
- Keluarga
- Rakan Sebaya
- Sekolah/Institusi
- Komuniti/masyarakat

3. Media massa

27
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya
1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Peranan dan Tanggungjawab Agen


Sosialisasi Dalam Pendidikan Moral

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


1. Konsep asas sosialisasi:
- Konsep sosialisasi (DT)
- Norma social (DT)

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder)


sepanjang sesi pembelajaran dalam talian.

28
UNIT 5 ISU-ISU MORAL TEMPATAN

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Pelajar dapat mengetahui isu-isu moral tempatan dan dapat membincangkan isi-
isu moral

SINOPSIS

Membincangkan isu-isu moral tempatan dan dapat membincangkan isi-isu moral


seperti ragut penderaan kanak-kanak, pengabaian warga tua, pencemaran alam,
pornografi dan jenayah siber serta punca berlakunya isu moral

KERANGKA TAJUK

1. Contoh-contohisu;
- Ragut
- Penderaan kanak-kanak
- Pengabaian warga tua
- Pencemaran alam
- Pornografi
- Jenayahsiber

2. Bincang setiap isu di atas berdasarkan


- Definisi isu moral
- Punca berlakunya isu moral
- Kesan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa
- Cadangan mengatasi isu moral
- Keratan akhbar
- Akta dan peraturan negara

3.Statistik isu moral untuk tiga tahun kebelakangan

29
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 2 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya
1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Isu-isu Moral Tempatan

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:


Contoh-contoh isu tempatan (DT)
- Ragut
- Penderaan kanak-kanak
- Pengabaian warga tua
- Pencemaran alam
- Pornografi
- Jenayah siber

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder)


sepanjang sesi pembelajaran dalam talian.

30
UNIT 6 ISU-ISU MORAL PERINGKAT GLOBAL

HASIL PEMBELAJARAN UNIT

Pelajar dapat mengetahui isu-isu moral peringkat global dan dapat


membincangkan untuk mendapat pengajarannya

SINOPSIS

Membincangkan isu-isu moral peringkat global seperti homoseksual,


kloning/genetik, engineering terrorisme/keganasan, aids, budaya gothik dan
senjata nuklear serta dapat mengetahui punca berlakunya isu moral dan kesan
kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa

KERANGKA TAJUK

1. Contoh-Contoh isu
- Homoseksual
- Kloning/Genetik Engineering
- Terrorisme/Keganasan
- AIDS
- Budaya Gothik
- Senjata nuklear

2. Bincang setiap isu di atas berdasarkan


- Definisiisu moral
- Punca berlakunya isu moral
- Kesan kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan antarabangsa
- Cadangan mengatasi isu moral
- Keratan akhbar
- Akta dan peraturan negara
- Statistik isu moral untuk tiga tahun kebelakangan

31
PEMBELAJARAN DALAM TALIAN

A. Media Digunakan
i. WhatsApp
ii. Masa 1 jam. Pelaksanaan PnP dalam talian sekuarang-kurangnya
1 jam bagi satu sesi. (rujuk Agihan Tajuk)

B. Tajuk Pembelajaran: Isu-isu Moral Peringkat Global

C. Pecahan tajuk/ Isi pengajaran:

i. Contoh-contoh isu
-Homoseksual (DT)

D. Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:


i. Semakan kehadiran
ii. Penerangan pensyarah berkaitan tajuk
iii. Interaksi pelajar dengan pensyarah berkaitan tajuk
iv. Kesimpulan

E. Pensyarah merakam dan menyimpan (save) dalam Fail (Folder)


sepanjang sesi pembelajaran dalam talian.

32
RUJUKAN

Bahan Cetakan:

Abdullah Zhidi Omar, Mahdi Shuid, Dr. Mazlan Aris, Mohd Fu’ad Sam & Dr
Roslina Suratnu. (2014). Pengantar Pendidikan Moral.
IPTA,IPTS,IPG&KOLEJ. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.

Abdul Rahman Md Aroff.(1999). Pendidikan Moral : Teori Etika dan Amalan


Moral. Serdang. Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Azrina Jonit (2004). Keperluan dalam Pendidikan Moral Untuk menghadapi


Cabaran Era Pasca Modenisme. In : Seminar Antarabangsa Nilai dalam
Komuniti Pasca Modenisme (SIVIC) 2004) , 4-6 September 2004, Hotel
City Bayview Langkawi.

Eow Boon Hin (2002). Pendidikan Moral. Selangor: Longman Malaysia. Sdn.
Bhd.

Vishalache Balakrishnan (1999). Pendidikan Moral Untuk Universiti dan Kolej.


Selangor. Arah Pendidikan Sdn Bhd.

33
PENYELARAS MODUL PDPM (PENDIDIKAN ISLAM)

Nama Pegawai Akademik

Othman bin Loman Bidang Pendidikan Islam

PANEL PENULIS MODUL PEMBELAJARAN


MPU2052 PENDIDIKAN MORAL

NAMA KELAYAKAN AKADEMIK

1.PN. J. KRISHNA KUMARY Master Sains Pendidikan Moral .UPM


A/P JUVAL Sarjana Muda (Hons)( Sejarah dan Geografi),
USM.
Diploma Pendidikan (Pedagogi) USM

M Ed .(Pendidikan Bahasa)-UM
2.PN. VIJAYALETCMY BA.(Hons)- Pengajian Mealyu dan Pengajian
MUNIYANDY Tamil- UM
Sijil Perguruan (PSR- PT) MPSK,KL

Sarjana Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling


3.PN. SITI FATIHAH BINTI Universiti Teknologi Malaysia (UTM).
OSMAN Sarjana Muda Pendidikan Islam
Universiti Malaya (UM)

Sarjana Muda Sains Pembangunan(Kepujian)


4.EN. MUHAMMAD ASRI BIN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
MADI Diploma Perguruan
Institut Pendidikan Sultan Idris (IPSI)

34
LAMPIRAN A

SILA GUNAKAN SIMBOL-SIMBOL BERIKUT


BAGI TUJUAN / MAKSUD SEPERTI YANG DINYATAKAN

Gunakan pita rakaman audio atau radio.

Dokumen atau tugasan perlu juga disimpan atau diserahkan kepada


pensyarah dalam bentuk ‘soft copy’.

Masa rehat (panduan sebelum dan selepas sesi pembelajaran).

Gunakan bahan-bahan multimedia.

Rancangkan jadual aktiviti mengikut masa yang ditentukan.

Rujuk kepada individu tertentu yang pakar atau mahir.

Buatkan ujikaji.

Hasilkan bahan dengan disokong dengan grafik atau ilustrasi.

Senarai semak.

Senarai buku-buku rujukan yang digunakan oleh penulis dalam


penyediaan modul.

Latihan untuk menguji kefahaman konsep-konsep, isu-isu penting


dengan membuat ulasan.

Buatkan catatan atau nota-nota penting.

Akses CD-Rom untuk bahan-bahan seperti yang dinyatakan dalam


modul.

Senarai penerangan makna bagi sesuatu istilah.

35
Akses bahan pembelajaran dalam bentuk video atau VCD.

Layari laman web untuk mendapatkan maklumat tambahan.

Rujukan surat khabar.

Panduan kepada pengguna.

Dapatkan seberapa banyak maklumat di perpustakaan atau pusat


sumber yang berdekatan.

Sediakan geraf yang sesuai supaya dapat memberi gambaran yang


lebih jelas.

Fikir mengenai soalan yang diberikan. Satu soalan yang dibentuk untuk
membawa pelajar secara beransur-ansur ke isi pelajaran.

Hasilkan interpretasi anda mengenai sesuatu bahagian yang telah


dibaca dengan cara lukisan atau lakaran (peta konsep, rajah, jadual,
lukisan).

Aktiviti Tutorial

Itu saja yang perlu anda lakukan.......SELAMAT BERJAYA.

36

Anda mungkin juga menyukai