Anda di halaman 1dari 1

Selamat pagi dan salam sejahtera kepada

Yang berusaha Tuan guru besar SK Senadin Encik James anak Nibong,

Tetamu jemputan kita Puan Jeet selaku Penyelaras ES Tutorial Sahabat DBP,

Penolong kanan Pentadbiran Encik Nuing anak Jimbai,

Penolong kanan HEM Puan Sana Musa,

Penolong kanan Ko-kurikulum Encik Ahamad bin Eni

Semua rakan guru serta anak-anak didik yang dikasihi sekalian.

Terlebih dahulu saya mewakili pihak sekolah ingin mengalu-alukan kedatangan Puan Jeet
ke SK Senadin untuk berkongsi teknik dan cara menjawab soalan UPSR utk kertas Bahasa
Melayu bersama-sama anak didik kita. Utk makluman semua, Program Jerayawara UPSR ini
adalah satu program anjuran ES Tutorial/Sahabat DBP bersama-sama PPD Miri dalam
usaha menjulang pendidikan negara kita.

Baiklah tanpa melengahkan masa kita menjemput Puan Jeet untuk menyampaikan ceramah
beliau.. Dipersilakan..

Demikian tadi tips2 yang sangat berguna yang telah disampaikan oleh penceramah kita..

Sekalung terima kasih kepada Puan Jeet diatas perkongsian yang sangat berharga itu tadi..

Cenderahati

Sebagai tanda terima kasih dari pihak sekolah, majlis mempersilakan guru besar SK Senadin
En. James anak Nibong untuk menyampaikan memorandum jaringan kepada Puan Jeet..
Dipersilakan…

Terima kasih kepada tuan guru besar..

Dan terima kasih sekali lagi kepada Puan Jeet..

Jamuan

Dijemput Puan Jeet ke bilik mesyuarat untuk sediat jamuan ringan.

Baiklah murid-murid aturcara kita berakhir disini,

Anda mungkin juga menyukai