Anda di halaman 1dari 1

SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA Telefon :

JALAN SENAI UTAMA 07-5989323 - PejabatAm


TAMAN SENAI UTAMA 07-5989322 - Bilik Guru Besar
81400 SENAI, JOHOR Faksimili :
07-5989323
_____________________________________________________________________________________
Ruj. Kami : JBA8027/SN/2017(06)
Tarikh : 12 FEBRUARI 2017
Kepada :

Encik Nor Azman Bin Hasbullah


Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)
Sekolah Kebangsaan Senai Utama

Tuan / Puan,

MEMOHON SUMBANGAN BAGI MENAMPUNG KEPERLUAN PANITIA MATEMATIK SK SENAI UTAMA TAHUN
2017

Dengan segala hormatnya perkara di atas dirujuk.

2. Sukacita dimaklumkan bahawa Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Senai Utama berhasrat untuk
memohon sumbangan daripada pihak Tuan bagi menampung keperluan kami sepanjang tahun 2017.

3. Untuk pengetahuan pihak Tuan, antara keperluan Panitia Matematik Sekolah Kebangsaan Senai
Utama pada tahun ini ialah untuk mengadakan Program Minggu Matematik, mengadakan kelas tambhan
Gerak Khas Operasi Asas dan memperbanyak Bahan Bantu Mengajar (BBM) untuk kegunaan pembelajaran
murid dan pengajaran guru.

4. Sehubungan dengan itu, pihak kami memohon jasa baik pihak Tuan untuk menyumbang dalam apa
jua bentuk bagi menampung kos yang dirancang panitia Matematik dan keperluan-keperluan lain yang
sewajarnya bagi melancarkan proses pembelajaran dan pengajaran murid-murid di sekolah ini. Pihak kami
juga mengalu-alukan sebarang kerjasama dalam menjayakan program-program anjuran bersama pihak Tuan
& Panitia Matematik sekolah ini.

5. Jasa baik dan kerjasama daripada pihak Tuan kami dahulukan dengan ucapan jutaan terima kasih.
Pihak Tuan boleh hubungi 012-7041070 (Pn Zalifah bt abd Aziz, Ketua Panitia Matematik SK Senai Utama)
sekiranya mempunyai sebarang pertanyan berkenaan hal yang berkaitan.

Sekian, terima kasih.

”BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Yang menurut perintah,

.......................................
(ZALIFAH BT ABD AZIZ)
KETUA PANITIA MATEMATIK
SEKOLAH KEBANGSAAN SENAI UTAMA