Anda di halaman 1dari 9

SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA

155 A, Jalan Puteri Hang Li Poh,


75100 Melaka.

KERTAS KERJA

Program Pendidikan Khas Integrasi


(Pembelajaran)

PROGRAM INTENSITI AKADEMIK


DAN SOSIALISASI MURID PPKI(P) SKBC
“Motivasi, Kurikulum, Pengurusan Diri dan Kokurikulum ”

2 – 25 NOVEMBER 2016

ANJURAN :

Program Pendidikan Khas Integrasi (P)


Sekolah Kebangsaan Bukit China
KERTAS KERJA
PROJEK KHAS KEUSAHAWANAN PPKI (P)
SEKOLAH KEBANGSAAN BUKIT CHINA

1.0 PENGENALAN

Projek Khas Keusahawanan merupakan program PPKI SK Bukit China yang pertama kali diadakan
bagi membimbing murid-murid khas ini supaya lebih berdikari, berdaya saing, dan berusaha sendiri
bagi mencapai kualiti hidup yang sempurna didalam bidang keusahawanan dan boleh berusaha dengan
sendirinya pada masa akan datang. Ini adalah usaha melahirkan murid-murid yang berpengetahuan dan
berkemahiran di samping melibatkan diri murid-murid didalam aktiviti keusahawanan dan sosial yang
berkaitan. Penyertaaan murid khas sama ada secara langsung atau tidak langsung di dalam atau di luar
sekolah merupakan intipati di dalam dunia Pendidikan Khas yang perlu didedahkan kepada setiap
murid khas. Sehubungan dengan itu, Projek Khas Keusahawanan ini telah dirangka bagi mencapai
tujuan di atas. Ia merupakan titik tolak bagi melahirkan murid khas yang berupaya berdikari, mampu
merancang dan seterusnya dapat mengaplikasikan kemahiran di dalam menguruskan kehidupan
seharian kelak.

Salah satu aktiviti pembelajaran untuk murid-murid Pendidikan Khas adalah berbentuk
program pembelajaran di luar kelas. Ini kerana, murid-murid diberi pendedahan dan melihat sendiri
apa yang berlaku di sekitar mereka. Antara program luar yang dirancang adalah aktiviti Hari
Keusahawanan, Program Masakan dan apa jua program luar yang diyakini sesuai dan memberi
manfaat yang baik untuk semua murid khas. Ia merupakan satu program untuk membantu
meningkatkan potensi diri murid-murid dari segi fizikal dan kognitif.

Bagi tahun 2016 ini, tema projek ini ialah ” Kemenjadian Murid secara Kreatif dan
Gembira “. Aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan dimantapkam lagi selaras dengan Matlamat
Kementerian Pendidikan Malaysia kearah merealisasikan “ Pembangunan Individu dalam
Menenuhi Aspirasi Negara ”.

Selain itu, program ini juga dapat mengeratkan silaturrahim dan menzahirkan semangat
kekitaan antara semua warga SK Bukit China terutamanya antara murid berpendidikan khas dengan
murid aliran perdana.

2.0 MATLAMAT
PENDAHULUAN
Di dalam amalan kehidupan sehari-hari, pengurusan diri dan sahsiah diri amat perlu bagi
melahirkan insan yang bermoral dan beretika serta mampu berdikari. Selaras dengan
matlamat Negara Malaysia untuk mewujudkan masyarakat yang mempunyai nilai jati diri
yang tinggi, berakhlak mulia serta mampu berdikari, satu program telah dirancang di
sekolah khususnya kepada murid-murid yang bermasalah dalam pembelajaran. Kem
Pengurusan Kehidupan Dan Sahsiah Diri ini dicetus untuk merealisasikan hasrat dan aktiviti
yang dirancang dengan memberi peluang kepada murid pendidikan khas bermasalah
pembelajaran untuk menimba seberapa banyak pengetahuan dan pengalaman dalam
aktiviti ini. Di harap program ini mampu memenuhi keperluan murid dalam mengukuhkan
sahsiah dan mempertingkatkan kebolehan pelajar serta mampu mengaplikasikan komponen
kemahiran hidup dan pengurusan diri di samping memberi pendedahan kepada murid
dalam menjalankan aktiviti seharian secara berdikari.
Matlamat pendidikan keusahawanan sekolah ialah untuk membentuk murid khas sebagai pencipta
kerja yang berpotensi dan bukan sebagai sebagai pencari kerja. Bekerja sendiri dan memiliki
perniagaan adalah satu obsyen yang realistik untuk murid khas yang mempunyai kemahiran vokasional
dan teknikal.
Matlamat projek ini adalah untuk member pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan kemahiran
pengurusan yang perlu ada didalam diri semua murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk
meningkatkan keyakinan diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap murid. Aktiviti
,produk dan modul yang disusun di dalam program ini adalah bertujuan untuk menonjolkan bakat dan
kemahiran semua murid khas dalam menempuh cabaran globalisasi yang bakal mendatang.
Rasionalnya juga ia memberi pendekatan berkaitan kepimpinan,disiplin dan kemahiran pengurusan
yang perlu ada dalam diri setiap murid Pendidikan Khas. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan
diri dan ketajaman mental serta ketahanan fizikal setiap murid.
Pelan Strategi Projek Keusahawanan Pendidikan Khas ini dirancang dan akan dibina untuk
membolehkan pengajaran secara hand-on dapat dilakukan. Ia menjadi matlamat semua guru dan
terutamanya guru Kemahiran Hidup dan Matematik supaya murid-muridnya memperolehi kemahiran
yang setimpal dengan segala kemudahan yang akan disediakan bagi menjamin masa depan mereka jika
mereka keluar dari sekolah ini.
Diantara ciri-ciri bagi merealisasikan matlamat ini adalah :
1. Mempunyai barisan pemimpin pengurusan pendidikan yang berintegriti.
2. Mempunyai sumber manusia yang berkualit dari segi keilmuan , kemahiran dan sahsiah.
3. melahirkan insan berkualiti yang dapat memenuhi keperluan global.
4. mencapai prestasi cemerlang dalam pentaksiran dan penilaian.
5. mempunyai kemudahan pendidikan yang berkualiti.
mempunyai sistem pengurusan yang cekap dan berkesan.

3.0 OBJEKTIF

a. Mendapatkan dana bagi pelbagai aktiviti murid PPKI


b. Memberi pendedahan kepada murid mengenai kaedah perniagaan dan mengaplikasikan
pembelajaran di dalam kehidupan seharian.
c. Melibatkan murid dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan
d. Membolehkan pelajar khas menjalankan kerja buat sendiri,menyenggara dan membaik pulih
mudah dan menyedari potensi kea rah keusahawanan.
e. Meluaskan pemahaman dan mengamalkan prinsip asas perniagaan dan keusahawanan supaya
boleh bertindak sebagai seorang pengguna atau pengeluar yang sejajar dengan nilai etika
perniagaan.
f. Memupuk sifat kreatif ,inovatif ,suka berusaha ,jujur,bekerjasama dan mengamalkan cara kerja
yang bersistem ,tabiat kerja yang selamat,sihat dan bertanggungjawab.
g. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk merasai pengalaman berniaga.
h. Memberi peluang kepada pelajar khas untuk berinteraksi dengan murid perdana, masyarakat dan
sebagainya.
i. Memupuk, menyemai dan melahirkan budaya keusahawanan di kalangan murid-murid khas.
j. Melatih pelajar-pelajar khas dalam bidang perniagaan secara amali.
k. Memberi pendedahan peringkat awal kepada murid-murid khas tentang pelbagai cabaran dan
persaingan dalam dunia perniagaan.
l. Meningkatkan ilmu pengetahuan dalam pengurusan perniagaan dan melatih mengamalkan nilai-
nilai etika dan perniagaan.
m. Melahirkan usahawan dari PPKI SEK KEB BUKIT CHINA yang berkualiti dan berdaya maju
menjelang tahun 2020.

5.0 STRATEGI

Strategi untuk menjayakan program ini ialah:


1) Pengurusan yang cekap
2) Sentiasa mengemaskini fail harta modal dan inventori program
3) Kerjasama diantara guru dan PPM
4) Mendorong pelajar supaya minat didalam kemahiran
5) Menguruskan sumber Kemahiran Hidup dari segi Peralatan, Bahan DLL dengan
efisien

6.0 TEMA

“ KEMENJADIAN MURID SECARA KREATIF DAN GEMBIRA”

7.0 VISI

MENJADI SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS YANG TERBAIK DAN TERSOHOR DIDALAM


DAERAH HINGGA KE NEGERI DIDALAM MATA PELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP
MELALUI BUDAYA CINTAKAN KEMAHIRAN DAN TEKNOLOGI SERTA SEMANGAT KERJA
SEPASUKAN SEBELUM 2016

8.0 MISI

MEMBANGUN POTENSI INDIVIDU MELALUI PENDIDIKAN DAN KEMAHIRAN YANG


BERKUALITI SERTA SISTEM PENGURUSAN PROGRAM KEMAHIRAN HIDUP YANG
KONDUSIF BAGI MELAHIRKAN MURID YANG SEIMBANG SERTA CEMERLANG
DIDALAM BIDANG KURIKULUM, KOKURIKULUM, BERKEMAHIRAN YANG TINGGI
SERTA BERSIFAT PENYAYANG DAN MEMPUNYAI SAHSIAH YANG TERPUJI.

9.0 JANGKA MASA PERLAKSANAAN


Januari hingga November 2016
( Sila rujuk Lampiran Perancangan Strategik Projek Khas Keusahawanan Pendidikan Khas SK
Bukit China 2016)

10.0 SUMBER KOS


1. PCG
2. Peruntukan Projek Keusahawanan
3. Peruntukan Luar

11.0 SUMBER TENAGA


Guru Mata Pelajaran Kemahiran Hidup, Matematik dan PPM.

12.0 TEMPAT
Tempat yang dipilih untuk aktiviti ini adalah di Bilik Dapur kerana kesesuai bagi semua aktiviti
keusahawanan ini. Kelas dan bilik ini dipilih kerana tempat yang terbuka dan sesuai untuk aktiviti yang
akan dijalankan. Bagi aktiviti lain ia berpandukan kepada kesesuai tempat untuk aktiviti tersebut yang
belum ditentukan dengan secara khususnya.

13. KUMPULAN SASARAN


12.1 Murid Aliran Perdana
12.2 Guru-guru SK Bukit China
12.3 Murid-murid Khas serta para pelawat dari sekolah-sekolah yang lain.

Disediakan oleh ; Disemak Oleh ;

…………………………………. ……………………………………..
(Puan Rosnani Mohd Tahir) (Puan Siti Aisyah binti Adenan)
Penyelaras Program GPK Pendidikan Khas (P)
Sekolah Kebangsaan Bukit China Sekolah Kebangsaan Bukit China
Diluluskan oleh ;

………………………………………….
(Encik Muhammad Nor bin Hamzah)
Guru Besar
Sekolah Kebangsaan Bukit China
LAMPIRAN A

Perancangan Aktiviti Program Intensiti Akademik dan Sosialisasi Murid 2016

Bil Aspek Aktiviti Cadangan Tarikh Tujuan Sasaran Guru


Pelaksanaan Bertanggungjawab
1 Program Hal Ehwal Motivasi Diri 2 Nov 2016  Menanam sifat yakin diri dan Semua Murid En. Mohd Hassan
Murid Sosialisasi 3 Nov 2016 keberanian. PPKI(P) Pn. Liana
2 Program Sinar Rerama – Pendidikan Islam / 4 Nov 2016  Meningkatkan disiplin dalam En. Adnin Naim /
Akademik Pendidikan Moral membentuk imej diri. Pn. Siti Junaidah
Kenegaraan 8 Nov 2016  Pendedahan kepada Pn. Liana
Bahasa Melayu 9 Nov 2016 sosialisasi kehidupan. Pn. Siti Aisyah
Bahasa Inggeris 10 Nov 2016  Boleh berinteraksi dengan Pn. Intan Baizura
Matematik 11 Nov 2016 masyarakat luar. Pn. Rosnani
3 Program Dunia Ice breaking 14 Nov 2016 Pn. Siti Sefiah
Kesukanan – Permainan 15 Nov 2016 En. Mohd Al
Kokurikulum Tradisional Ferddaus
Bola Sepak / 18 Nov 2016 Pn. Siti Sefiah
Bola Jaring
Senam Robik / 21 Nov 2016 Pn. Mazura
Senam Tari
4 Program Kemanuasiaan Nyanyian Lagu 22 Nov 2016 En. Mohd Hassan
Rakyat / Pakaian
Beragam
Cita-Cita Saya 23 Nov 2016 Pn. Liana
Bicara Berirama / 24 Nov 2016 Pn. Siti Aisyah
Spontan
Majlis Penutup 25 Nov 2016 Pn. Siti Sefiah

Catatan: Jadual di atas mungkin akan mengalami sedikit perubahan. Aktiviti akan diselaraskan mengikut kesesuaian takwim sekolah.
LAMPIRAN B

ANGGARAN PERBELANJAAN

Bil. Perkara Jumlah Jumlah Besar


1. Program Hal Ehwal Murid
 Bahan Cetakan Motivasi Diri & Sosialisasi RM 20.00 RM 20.00

2. Program Sinar Rerama – Akademik


 Bahan Cetakan Intensiti Akademik RM 30.00 RM 30.00

3. Program Kokurikulum Rerama


 Peralatan Sukan RM 30.00 RM 30.00

4. Program Kemanusiaan
 Pakaian Beragam RM 50.00 RM 50.00

5. Majlis Penutup
 Sijil RM 20.00 RM 700.00
 T-shirt Program Intensiti Akademik RM 580.00
RM100.00
 Makan & Minum Murid

JUMLAH BESAR RM 830.00

Catatan: Yuran aktiviti yang telah ditetapkan dan dipersetujui melalui Badan Kebajikan
PPKI(P) dan peruntukan LPBT.

Anda mungkin juga menyukai