Anda di halaman 1dari 9

Laporan Kajian Kes

1
PENDAHULUAN

Matematik ialah satu bidang ilmu yang mengkaji kuantiti, struktur, ruang dan
perubahan. Subjek ini menggunakan kebolehan untuk berfikir secara logik bagi
menyelesaikan masalah, melihat pola dan membuat ramalan. Teknik tentang operasi asas
pengiraan yang betul akan membantu murid untuk menyelesaikan permasalahan dalam
subjek matematik sekolah rendah dengan betul, cepat dan tepat. Selain itu, guru perlu
bersungguh-sungguh ketika menerangkan sesuatu konsep matematik agar asas mereka dalam
sesuatu topik adalah kukuh dan ini sekaligus akan memudahkan dan menambahkan minat
murid untuk belajar matematik.

Kementerian Pelajaran Malaysia (2006) telah menggariskan matlamat Kurikulum


Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) bertujuan untuk membina pemahaman murid dalam
konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Skop bagi bidang nombor yang perlu dipelajari
oleh murid ialah nombor bulat, pecahan, perpuluhan, pengukuran, wang dan peratus.
Kefahaman yang kukuh dalam skop ini sangat penting bagi membantu murid mengendalikan
urusan harian secara berkesan serta menjadi asas kepada aspek pembelajaran murid di
peringkat yang lebih tinggi. Justeru, permasalahan yang berlaku dalam kalangan murid di
sekolah rendah perlulah diatasi bagi membolehkan mereka menguasai kemahiran asas
matematik.

2
Laporan Kajian Kes

Untuk laporan tugasan ini, saya telah mengkaji satu kes berkenaan miskonsepsi murid
dalam mata pelajaran matematik yang melibatkan pengajaran geometri, sukatan dan
pengendalian data. Untuk kajian ini, saya memfokuskan pada bab penukaran unit panjang yang
mana berlaku banyak miskonsepsi di dalamnya. Dalam kajian kes ini, pengkaji juga telah
menyatakan punca-punca berlakunya miskonsepsi ini.

MIskonsepsi adalah satu daripada masalah yang sering dihadapi oleh murid dalam
pembelajaran matematik dan sering menjadi penghalang kepada mereka untuk memahami
konsep-konsep matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.
Miskonsepsi umum dalam matematik adalah seperti berikut;

- Pemahaman yang kurang lengkap dalam fakta-fakta nombor. Contohnya komputasi


asas seperti 9 + 3 = 12 atau 2 x 8 = 16. Mengingati kembali dengan efisien fakta-fakta
asas seperti ini adalah penting kerana ia membolehkan murid membuat pendekatan
kepada pemikiran matematik yang lebih lanjut tanpa diganggu oleh fakta-fakta asas
tersebut.
- Kelemahan dalam komputasi/pengiraan. Terdapat murid yang memahami konsep
matematik tetapi tidak konsisten dalam pengiraan. Mereka melakukan kesilapan
disebabkan oleh membuat kesilapan dalam membaca simbol atau teknikpenyelesaian
operasi yang salah.
- Kesukaran dalam memindah pengetahuan. Yang sering berlaku ialah kurang kemahiran
dalam pemindahan konsep matematik yang abstrak atau aspek konseptual dengan
kenyataan. Kefahaman mengenai perwakilan simbol alam dunia yang fizikal adalah
penting untuk bagaimana dan berapa mudahnya murid mengingati sesuatu
konsep.Contohnya, menyentuh dan memegang bentuk segi empat tepat memberi erti
kepada murid dari hanya diajar mengenai bentuk secara abstrak.
- Membuat perkaitan. Terdapat murid yang mengalami kesukaran untuk membuat
perkaitan dalam pengalaman matematik. Contohnya, murid mungkin menghadapi
kesukaran untuk membuat perkaitan antara nombor dengan kuatiti. Tanpa kemahiran ini
akan menyukarkan murid mengingat kembali danmembuat aplikasi dalam situasi yang
baru.
- Kefahaman yang kurang lengkap mengenai bahasa matematik. Bagi sebahagian dari
murid, kelemahan dalam matematik mungkin disebabkan oleh kurang mahir membaca,
menulis dan bercakap. Dalam matematik, masalah ini akan lebih ketara dengan adanya

3
istilah matematik yang sebahagiannya mereka yang belum pernah dengar di luar bilik
matematik ataupun mempunyai erti yang berlainan.

Untuk miskonsepsi dari sudut, terdapat beberapa jenis miskonsepsi yang dapat dikesan
berlaku semasa murid menjawab soalan yang berkaitan dengan pembelajaran ukuran.yang
pertama ialanh ukuran panjang. Jika murid-murid diberikan petak berukuran 1 sm 2 murid
dikehendaki melukis satu garisan, murid-murid tidak mengikut petak yang disediakan dan tidak
menggunakan alat pembaris. Murid-murid akan mengukur garisan yang diberikan dengan
menggunakan pembaris yang disertakan. Murid-murid akan melakukan kesilapan apabila
mereka hanya melihat penghujung garisan sahaja tanpa melihat permulaan garisan.

Pada awal penulisan kajian kes, pengkaji telah menyatakan abstrak kajian yang mana
merangkumi kajian terhadap masalah kefahaman murid bagi topik penukaran unit panjang
dalam kalangan murid. Pengkaji turut menyatakan tinjauan awal terhadap murid yang mana
sememangnya menunjukkan masalah dalam penukaran unit ukuran panjang kerana tidak
menghafal formula dan memahami konsep-konsep berkenaan penukaran unit dalam ukuran
panjang. Pengkaji menyatakan masalah ini merangkumi penukaran unit dari unit millimeter,
sentimeter, meter dan kilometer. Murid telah menghadapi masalah dalam memahami konsep
penukaran unit samaada dari unit kecil ke unit besar dan sebaliknya atau penukaran unit yang
melibatkan perpuluhan. Melihat kepada kesemua isu-isu dan kes-kes yang dihadapi, pengkaji
memberikan kesan yang buruk terhadap pemahaman murid dalam topik ini.

Untuk fokus kajian pula, pengkaji memfokuskan beberapa perkara penting bagi
memperlihatkan lagi berkenaan miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid-murid
berkenaan dengan penukaran unit dalam pengukuran panjang. Antara perkara yang yang
difokuskan adalah kebanyakan murid lemah dalam bahagian melakukan operasi darab dan
bahagi. Kelemahan pada kemahiran ini sebenarnya menyumbang besar kepada berlakunya
miskonsepsi ini. Hal ini kerana jika kita perhatikan dengan lebih jelas, sebenarnya penukaran
unit ini banyak melibatkan operasi pendaraban dan bahagi. Sekiranya murid tidak dapat
menguasai kemahiran ini dengan baik, maka sememangnya penukaran unit dalam pengukuran
panjang akan gagal difahami dan berlakunya miskonsepsi yang banyak. Selain itu, pengkaji
turut memfokuskan kepada penggunaan bentuk lazim dalam menyelesaikan soalan dan juga
peletakan tempat titik sama ada ke hadapan atau kebelakang. Dalam perkara ini juga, kita
dapati ianya juga sebenarnya berpunca daripada bagaimana murid-murid menguasai
kemahiran membahagi dan mendarab. Untuk menentukan tempat titik yang perlu diletakkan

4
sama ada belakang atau hadapan, murid-murid perlu memahami terlebih dahulu kemahiran
membahagi dan mendarab dan kemudiannya mengaplikasikannya dalam bentuk lazim.

Dalam kajian yang dijalankan, pengkaji meletakkan satu objektif khusus untuk kajian
kesnya. Objektif yang digariskan adalah bagaimana membantu meningkaktkan pencapaian
murid dalam menukar unit ukuran panjang yang melibatkan unit millimeter, sentimeter, meter
dan kilometer. Pengkaji melihat bahawa masalah penukaran unit bagi topik ukuran khususnya
ukuran panjang haruslah dikuasai oleh semua murid. Jika murid gagal menguasai kemahiran
ini, mereka akan menghadapi masalah terutama untuk masalah penambahan dan penolakan
nilai yang mempunyai unit yang berbeza. Oleh itu, guru tidak seharusnya memandang
enteng kepada permasalahan ini. Dengan adanya kajian ini, diharapkan dapat memberi
kepentingan dalam meningkatkan penguasaan murid untuk menukar unit dari unit kecil kepada
unit besar dan sebaliknya.

Untuk mengatasi miskonsepsi yang terjadi dalam kalangan murid berkenaan dengan
penukaran unit dalam pengukuran panjang, beberapa aktiviti boleh dirancang dan dilaksanakan
bagi membolehkan murid memahami semula konsep yang di pelajari. Kesukaran tidak
menghafal rumus tentunya akan menghalang murid-murid daripada melakukan proses kerja
matematik dengan baik. Hal ini berlaku kerana, matematik merupakan mata pelajaran yang
melibatkan proses menghafal berbagai-bagai jenis rumus sama ada melibatkan tajuk-tajuk
tertentu dalam bidang asas ukuran mahupun asas nombor. Bagi kesukaran ini murid keliru
dalam menggunakan rumus, dan menggunakan rumus bukan pada soalan yang dikehendaki.

Contoh : 41.62 kg + 980 g = _________ kg

= 9 8 0 g ÷ 1 0 0
= 9 . 8 0 kg
Rumus
4 1 . 6 2 kg
+ 9 . 8 0 kg

1kg =5 1000
1 g. 4 2 kg

dan bukannya 100

5
Bagi soalan ini kesilapan yang ditunjukkan oleh murid ialah menggunakan nilai 100 bagi
menukar g kepada kg, walhal rumus yang sebenar ialah dengan membahagi nilai dengan 1000.
Kesilapan seperti ini akhirnya membawa kepada miskonsepsi murid kepada konsep timbangan
berat. Kesilapan ini juga berlaku sekiranya murid gagal menguasai rumus bagi tajuk-tajuk
ukuran yang lain seperti isipadu cecair, ukuran panjang dan masa dan waktu. Kaedah yang
boleh digunakan adalah guru menggunakan tetingkap rumus.

Tetingkap rumus merupakan satu bahan bantu belajar yang mana mempunyai senarai
formula yang tertera pada setiap perubahan unit. Dalam tetingkap ini juga ditunjukkan operasi
yang terlibat seperti darab dan bahagi. Ini akan memudahkan murid-murid merujuk kepada
rumus semasa aktiviti berlangsung. Untuk aktiviti ,guru boleh mengadakan aktiviti suai padan
antara nombor. Untuk aktiviti ini. ,kumpulan murid akan murid akan berjalan dengan murid akan
bertukar-tukar kad yang mereka ada untuk mendapatkan 4 padanan sebelumboleh dihapuskan.
Kumpulan yang berjaya menghabiskan kesemua kad yang mereka ada akan menang. Dalam
aktiviti ini, kita dapat lihat bahawa murid-murid akan mempelajari dengan pantas penukaran
ukut dengan melihat perkaitan antara satu kad dengan kad yang lain. Oleh yang demikian,
seandainya mereka ingin menyemak, mereka boleh menggunakan tetingkap bagi mendapatkan
jawapan akhir.

Kesimpulannya, miskonsepsi – miskonsepi yang dibincangkan di atas adalah perkara


yang serius dan perlu diatasi. Pengetahuan murid yang terbatas dalam mempelajari matematik
hendaklah diubah dan diperbaiki. Bahasa matematik merupakan perkara yang sering
membatasi pemahaman murid mengenai konsep-konsep matematik. Murid-murid mempunyai
kefahaman konseptual yang sangat rendah dalam bahasa yang digunakan dalam soalan yang
diberi. Kelemahan ini mungkin berasal daripada kelemahan pelajar itu sendiri dan pendekatan
pengajaran guru yang kurang menekankan pembinaan konsep (Dr. Jamil Ahmad, 2008).
Masalah miskonsepsi yang dihadapi oleh pelajar berkait rapat dengan miskonsepsi mereka
terhadap pengajaran asas nombor iaitu, nombor bulat, pecahan, perpuluhan dan peratus dan

6
tidak dapat dibetulkan dengan cara latih tubi atau drill tetapi ia perlu diselidiki secara mendalam
bagaimana miskonsepsi ini berlaku.

Guru yang berjaya memulihkan pelajar daripada berlakunya miskonsepsi secara


berterusan bukan sahaja membantu pelajar dalam pembelajaran tetapi mereka juga
memudahkan urusan pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Guru seharusnya berhenti
seketika dan reflek tentang apa yang berlaku dalam sesi pengajaran mereka. Setiap
miskonsepsi atau apa kesilapan pelajar akan dapat diperbetulkan besama guru dan pelajar (Dr.
Jamil Ahmad, 2008). Penggunaan sesuatu istilah atau perkataan dalam matematik adalah
mengikut terminologi matematik. Ini menyebabkan penggunaan sesuatu perkataan atau istilah
dalam mata pelajaran matematik kadangkala berbeza daripada pengggunaanya dalam
matapelajaran bahasa Melayu. Oleh yang demikian, penggunaan bahasa dalam matapelajaran
matematik menjadi lebih kompleks dan berbeza daripada penggunaannya dalam matapelajaran
bahasa Melayu. Keadaan ini seringkali mendatangkan masalah kepada pelajar, terutamanya
dalam aspek pemahaman semasa pembelajaran dan penyelesaian masalah matematik.

Menurut Mohd Dahlan (1992), penggunaan pelbagai alat bantu mengajar mengikut cara
yang bersesuaian dapat meningkatkan mutu atau tumpuan murid– murid terhadap
pembelajaran. Pengunaan bahan bantu mengajar juga turut memudahkan guru dalam
penyampaian konsep kepada pelajar (Noor Azlan A.Z, Nurdalina D). Matematik merupakan
jentera atau penggerak kepada pembangunan dan perkembangan dalam bidang sains dan
teknologi. Oleh itu pihak yang terlibat dalam bidang pendidikan perlu bekerjasama dalam
memastikan pelajar dapat menguasai matematik dengan baik supaya hasrat negara untuk
menjadi sebuah negara yang maju dan bersaing di peringkat global tercapai.

1612 patah perkataan

7
Rujukan

Ahmad Sunawari Long, (2008), Metodologi Pendidikan, Kuala Lumpur, Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Ainon Mohd & Abdullah Hassan,1996. Pemikiran Logikal dan Kritikal. UtusanPublications &
Distributors Sdn. Bhd., K.L.

Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (2008). Buku manual kajian
tindakan. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia

Barrett, J. E., Jones, G., Thornton, C., & Dickson, S. (2003). Understanding children’s
developing strategies and concepts for length. In D. H. Clements & G. Bright
(Eds.),Learning and teaching measurement, Reston, NCTM.

Battista, M. T. (2003). Understanding students’ thinking about area and volume measurement.
In D. H. Clements & G. Bright (Eds.), Learning and teaching measurement, (pp. 122-
142).Reston, NCTM.

Berk, L.E, (1997), Child Development,4th Edition, Boston, Allyn and Bacon. Clements, D. H.
(1999). Teaching length measurement: Research challenges. School

Science and Mathematic.

Charles, Randall., et al.,2001. Scott Foresman-Addison Wesley MATH. GlenviewIII:Pearson


Education Inc.

Mok Soon Sang, 2004. A Primary Education Course in Mathematics for Post GraduateDiploma.
Subang Jaya: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

8
Omar bin Ahmad @ Mamat,1999. Koleksi 55,66,77,88,99, Rekreasi Matematik, KotaBahru: M.
A. R. Publishing (M).

Anda mungkin juga menyukai