Anda di halaman 1dari 4

KOSA KATA DALAM BAHASA MELAYU MENJADI ASAS PEMBENTUKAN

PERPADUAN KAUM.

Bahasa dan Kebudayaan mempunyai hubungan yang koordinatif, yakni hubungan


sedarjat yang keduduknnya sangat tinggi. Kebudayaan dan bahasa merupakan suatu sistem
yang melekat pada manusia. Atau dengan kata lain kebudayaan adalah suatu sistem yang
melekat pada manusia mengatur interaksi manusia didalam bermasyarakat, maka bahasa
adalah suatu sistem yang berfungsi sebagai langkah untuk berlangsungnya interaksi tersebut.
Sebagai sarana kebudayaan, dilihat dari pemerkayaan kebudayaan Malaysia melalui daerah
dilakukan dengan menggunakan bahasa Malaysia. Seperti dimaklumkan penerima kebudayaan
hanya mampu terjadi apabila budaya itu dipahami dan dijunjung masyarakat yang memakai
bahasa tersebut. Bahkan sering dinyatakan bahawa kebudaya dapat terjadi apabila mempunyai
sesuatu bahasa tersendiri, kerana bahasalah yang melambang dan membentuknya sesuatu
bangsa dan budayaan.
Bukan itu sahaja, disisi lain tingkah laku, adat istiadat, dan cara berpakaian dan unsur
budaya lain juga mampu disampaikan atau ditransmisi melalui bahasa. Bahkan kebudayaan
nenek moyang dapat diterima dan kita wariskan kepada anak cucu kita melalui bahasa.
Kebudayaan nenek moyang yang terkandung didalam naskah-naskah lama, yang mungkin
ditulis beratus tahun lalu, mampu kita nikmati sekarang ini hanya kerana ditulis dalam
bahasa. Pengetahuan tentang budaya sebagai unsur untuk kita mengajar kepada murid dan
anak cucu kita bagi mereka memahami budaya bahasa di Malaysia.
Penglibatan Kosa Kata di kalangan masyarakat kini menjadi impak yang besar bagi
pembentukan masyrakat berbilng kaum. Kosa Kata merupakan salah satu cara bahasa tertinggi
dalam tataran linguistik. Kosa kata boleh dijumpai didalam lisan dan tulisan. Kosa kata juga
berupa bentuk pengungkapan pikiran dan gagasan tentang suatu yang didunakan di masyarakat
setempat. Analisis tentang kosa kata merupakan suatu kajian yang meneliti atau menganalisis
bahasa yang digunakan secara alamiah baik dalam bentuk lisan maupun tulisan. Kosa kata
khususnya kosa kata bertulis perlu dianalisis atau dikaji secara krusus oleh pemakai bahasa
kerana kosa kata digunakan untuk meyajikan segala informasi yang berguna bagi penerima.
Penerima dapat mengetahui isu atau fenomena yang sedang terjadi di berbagai tempat dengan
adanya kosa kata. Dalam menyampaikan informasi dalam penggunaan kosa kata semakin
berkembang, bahkan digunakan sebagai saranan pertarungan antara kaum untuk
menyampaikan aspirasinya.
Kosa kata memiliki pengaruh yang luar biasa bagi penerima dalam mengungkap
fenomena yang terjadi terutama pada sesetiap kaum. Bagi sebagian orang kosa kata yang
digunakan dalam surat kabar kadangkala hanya sebagai bacaan pengisi waktu luang. Padahal
jika kita analisis secara kritis kita dapat menemukan ideologi seorang penulis dalam tulisan
yang dibuatnya. Hal ini, penulisan yang ditulis oleh penulis tersebut mampu memberikan
keserpaduan masyrakat untuk mempergunakan perkataan itu. Kadangkala, untuk
memperjuangkan ideologi yang dianutnya, maka secara langsung atau tidak langsung penulis
juga memarjinalkan ideologi yang lain. Oleh karena itu, pembaca yang kritis dapat memahami
kosa kata dari sudut pandang yang berbeza dengan menerapkan analisis kosa kata kritis dalam
mengkaji fenomena yang terjadi.
Seperti yang kita ketahui asas dalam pembentukan perpaduan itu haruslah dipupuk
sedar dari awal lagi, iaitu bermula dari kanak-kanak sehinggalah kedewasa. Bagi membentuk
rasa cintakan Negara dan bangsa Malaysia, kanak-kanak dari peringkat prasekolah, sekolah
hinggalah ke peringkat pengajian tinggi perlu memahami dan menguasai bahasa kebangsaan
dengan baik. Ini kerana dalam budaya yang berbilang kaum, bahasa Melayu adalah wadah
utama bagi rakyat Malaysia untuk berkomunikasi anatara satu sama lain. Bahasa Melayu bukan
sahaja mempunyai kosa kata, malah turut mempunyai wacana dan tatabahasa yang perlu
dipahami oleh setiap bangsa. Hal ini demikian, penggunaan Bahasa Melayu yang betul
dikalangan masyarakat perlulah dipraktikkan bagi menjadikan bahasa utama dalam menyatu
padukan warganegara yang berbilang kaum dan majmuk.
Penggunaan Bahasa Melayu adalah tulang belakang dalam nilai kesenian budaya
bahasa di Malaysia kerana ia adalah merupakan alat perhubungan bagi sesebuah etnik
menyampaikan perasaa atau pemikiran dalam bentuk tulisan, lisan atau isyarat kepada etnik
lain. Negara Malaysia yang mempunyai berbilang bangsa dapat disatukan dengan
menggunakan bahasa komunikasi yang dapat dipahami oleh semua masyakat. Bahasa
komunikasi yang dapat dipahami oleh semua masyrakat amat penting bagi megutarakan
sesuatu pendapat. Setiap pendapat yang ingin dilontakan perlu disampaikan dalam bentuk yang
gramatis serta berkualiti untuk diterima dan diguna pakai di dalam masyarakat. Tambahan pula,
jika seseorang itu mempunyai penguasaan kota kasa yang sangat baik ia memberikan impak
yang besar dalam berkomunikasi dengan yang lain. Sebagai contoh, “Dalam hal ini, kita perlu
bersepakat” di dalam perkataan itu mengandungi kosa kata iaitu “dalam” ia tergolong dalam
beberapa jenis kosa kata mengikut fungsi masing masing. Jelaslah, bahasa berkomunikasi
menggunakan kosa kata yang betul dan tepat amat penting dan akan dapat mempertingkatkan
hubungan dan menambah kualiti berkomunikasi antara satu sama lain.
Slogan “Bahasa Melambangkan Bangsa dan Bahasa Jiwa Bangsa” adalah antara slogan
yang dapat menaikkan semangat patriotism dan kemerdekaan daripada penjajah yang lebih
mengutamakan bahasa mereka. Slogan ini begitu dihayati oleh pejuang bahasa yang mahu
bahasa melayu diangkat semula sebagai bahasa intelektual, bahasa falsafah serta bahasa ilmu.
Tiada bahasa lain yang dapat membentuk ketamadunan sesuatu bangsa itu melainkan bahasa
bangsa itu sendri termasuk ketamadunan bangsa melayu oleh bahasa melayu. Justeru itu,
cabaran dan halangan yang terpaksa dihadapi oleh bahasa Melayu hari ini haruslah ditanganu
dengan sewajarnya oleh semua golongan khsusnya pihak kerajaan. Mermatabatkan bahasa
Melayu merupakan satu proses pembinaan bahasa yang dijalankan secara berterusan.
Pembinaan bahasa dimaksudkan sebagai usaha kearah memantapkan Bahasa Melayu dari sudut
sistemnya iaitu system ejaan, sebutan, tatabahasa, perisilahan, kosa kata dan laras bahasa.
Dengan mempercekap dan memantapkan system bahasa dari segi kosa kata adalah persediaan
menjadi bahasa yang cekap dan yang mempunyai daya pengunkapan hal ehwal ilmu, teknologi
dan segala bidang untuk kehidupan moden telah mencapai tahap yang kukuh walaupun proses
ini masih berterusan dan masih memerlukan pemantapan untuk mermartabatkan penguasaan
kosa kata dalam bahasa Melayu.
Kosa kata di dalam bahasa Melayu sewajarnya dijadikan medium utama dalam
pembuntukan masyrakat yang ideal di Negara ini, terutamanya dalam kalangan pelajar. Kosa
kata yang sekarang digunakan dalam bidang pendidikan memainkan peranan yang penting
sama ada sistem kosa kata itu akan berkembangan atau terus pudar ditelan zaman. Dari sehari
ke sehari peningkatan penggunaan kosa kata dalam bahasa Melayu dalam masyrakat dunia kian
ketara sehingga wujud banyak bidang pengajian Melayu di pelbagai universiti. Bahkan
dikatakan merupakan anatara enam bahasa yang mampu bertahan dalam tempoh 100 tahun lagi
malahan mampu hidup untuk selamanya terutama jika bahasa Melayu diguna pakaikan dengan
betul sistemnya. Sejarah Melayu menceritakan bahawa para pedagang berusaha untuk
mempelajari serta menguasai bahasa Melayu bagi memudahkan mereka berkomunikasi dengan
pemimpin dan masyrakat di Tanah Melayu untuk berdagang. Berdasarkan penelitian ini,
bahasa Melayu pernah menjadi punca penyapaduan bangsa sejak dahulu lagi iaitu bermula
pada zaman kesultanan Melayu Melaka pada abad ke-15 lagi. Kosa kata di dalam bahasa
Melayu adalah nilai seni budaya bahasa yang diterapkan dalam bidang perdagangan dan
hubungan diplomatik. Walaupun keadaanya berbeza sekarang, kosa kata dalam bahasa itu akan
memainkan peranan penting dalam pembinaan bangsa dan Negara.
Peranan Dewan Bahasa dan Pustaka turut membantu dalam usaha membentuk
perpaduan ini. Dewan Bahasa dan Pustaka telah ditubuhkan pada 22 Jun 1956. Dewan Bahasa
dan Pustaka telah diarahkan untuk mencipta ejaan, istilah,kamus dan tatabahasa bagi
menyatukan bahasa Melayu dalam segi ejaan, sebutan, tatabahasa, perisilahan, kosa kata dan
laras bahasa serantau dan mengembangkan sastera Melayu. Pada tahun 1959, Dewan Bahasa
dan Pustaka telah dinaiktarafkan menjadi sebuah badan berkanun. Maka dengan itu, Dewan
Bahasa dan Pustaka dalam kandungan Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka telah diberi kuasa
untuk menggubal dasarnya yang khusus, menyusun rancangan pembinaan dan pengembangan
bahasa dan sastera serta menjelaskan kegiatan penerbitan dan perniagaan buku-buku yang sama
dengan sekolah swasta. Penggunaan buku-buku teks dalam bahasa Melayu bagi mata pelajaran
Bahasa Melayu, Sastera ,Sejarah dan sebagainya merupakan salah satu usaha Dewan Bahasa
dan Pustaka dalam bidang pendidikan. Dalam menghasilkan karya bahasa Melayu terutama
dalam sistem kosa kata seperti puisi, pantun dan sebagainya. Ahli bahasa di Malaysia tidak
kurang hebatnya. Dewan Bahasa dan Pustaka banyak menerbitkan buku yang berunsurkan
bahasa Melayu dan sastera untuk kegunaan golongan masyarakat. Perkataan-perkataan baru
yang digunakan dalam kamus diberi pengertian yang sejelasnya bagi memudahkan pemahaman
orang ramai. Kempen Bulan Bahasa turut dirancang dan diadakan bagi menyemai dan
mengukuhkan peranan bahasa Melayu dalam kehidupan masyarakat majmuk. Berbagai-bagai
jenis aktiviti yang diadakan seperti Pertandingan Mendeklamasikan Sajak,pidato dan
sebagainya. Kesemua aktiviti yang dijalankan bermatlamat supaya kosa kata di dalam bahasa
Melayu menjadi keutamaan dalam penyatuan kaum di Malaysia.
Bahasa menjadi lambang jati diri sebagai penduduk tetap Malaysia. Setiap negeri di
dunia ini mempunyai bahasa kebangsaan sendiri bagi menunjukkan jati diri masing-masing.
Bahasa Melayu merupakan salah satu jati diri etnik dan memberi takrifan sebagai komuniti
bahasa. Komunikasi bahasa diertikan sebagai satu kumpulan manusia yang menuturkan bahasa
yang sama. Dalam erti kata lain, sekumpulan manusia diterima sebagai komuniti bahasa jika
ahli kumpulan itu menggunakan satu bahasa yang sama di dalam hubungan komunikasi
mereka. Komuniti am pula ialah sekumpulan masyarakat yang berketurunan sama yang
berkongsi nilai-nilai yang sama manakala komunikasi bahasa pula merupakan sekumpulan
manusia yang berkongsi bahasa yang sama. Komuniti Melayu adalah golongan yang
berketurunan Melayu yang memiliki jati diri Melayu, bahasa agama, budaya dan adat istiadat
Melayu tetapi komuniti bahasa Melayu pula ialah golongan manusia yang tidak semestinya
berketurunan sama tetapi menuturkan bahasa Melayu dalam pertuturan seharian mereka. Dasar
bahasa di Malaysia, kalangan penutur bahasa Melayu terdiri daripada orang
Melayu,India,Cina,etnik bumiputera dari negeri Sabah dan Sarawak dan kumpulan etnik
minoriti yang lain.
Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhamad dalam ucapan beliau pada
majlis Perasmian Gerakan Cintailah Bahasa Kita pada 11 Disember 1987 di Kuala Lumpur
menyatakan bahawa kecintaan terhadap bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan merupakan
salah satu asas kecintaan terhadap negara yang perlu dipupuk dan diperkembangkan dengan
dijadikan ‘amalan’. Dengan amalan itulah yang akan menjadi ‘bukti’ bagi menyuburkan dan
memekarkan peranan cinta serta member keyakinan untuk terus mencintai bahasa kebangsaan
tersebut. Tambahnya, tanpa mengamalkannya iaitu kosa kata yang betul dalam bahasa Melayu
sukar untuk meyakinkan diri kita dan orang lain bahawa kita mencintai bahasa kebangsaan
kita, dan inilah unsur rohaniah yang perlu disemadikan dalam sanubari rakyat Malaysia,
khususnya. Bahasa Melayu turut melambangkan kesantunannya. Peningkatan ilmu dan
kepenggunaannya boleh dijadikan kayu ukur kepada kesantunan bahasa Melayu tersebut.
Bahasa Melayu mencakupi ciri-ciri dan nilai-nilai ketimuran berbahasa seperti bersifat budi
bahasa,beradab dan memiliki nilai-nilai itulah yang telah dicuba untuk diterapkan dalam
kehidupan rakyat yang berbilang bangsa iaitu dengan menggunakan bahasa Melayu dan sekali
gus mengamalkan budaya Melayu dalam kehidupan seharian mereka.
Penggunaan bahasa Melayu dalam masyarakat jelas semasa musim perayaan. Tradisi
kunjung-mengunjung antara jiran yang berbilang kaum dengan berkomunikasi dalam bahasa
Melayu terutama kosa kata yang digunakan ketika itu. Begitu juga amalan bergotong-royong ,
menghadiri majlis perkahwinan dalam budaya pelbagai kaum serta sambutan rumah terbuka
yang diadakan di tempat masing-masing. Amalan bergotong-royong dalam masyarakat
menunjukkan sikap bermasyarakat yang baik. Mereka berkomunikasi dalam bahasa Melayu
dari segi sistem kosa kata yang mudah difahami. Kosa kata turut dijadikan sebagai cara
perhubungan antara kaum yang berbilang bangsa. Dengan menguasai komunikasi berbahasa
ini, hubungan yang baik akan mudah terjalin. Amalan hormat-menghormati dan sikap toleransi
antara kaum perlu diamalkan sekiranya kita ingin melihat perpaduan terlaksana.

JORNUAL
 Farid M.Onn, “A Generative Approach”, Aspect of Malay Phonolgy and Morphology,
Uniersiti Kebangsaan Malaysia, 1980
BUKU
 Kamus Dewan Bahasa, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1994