Anda di halaman 1dari 3

JURNAL REFLEKTIF MINGGU 1

(30 JULAI 2018 – 3 OGOS 2018)

(Pendidikan Muzik)

Proses Pengajaran Dan Pembelajaran Tidak Dapat Dimulakan Tepat Pada Masa

Masalah

Perhimpunan sebelum masuk kelas untuk masa pertama dan selepas waktu rehat menganggu
masa pengajaran dan pembelajaran (tidak mencukupi).

Analisis Masalah

Pada minggu pertama di Sekolah Kebangsaan Pauh Jaya ini, satu isu yang menarik perhatian
saya adalah rutin harian yang dijalankan di sekolah ini iaitu perhimpunan harian sebelum masuk
kelas untuk masa pertama dan selepas waktu rehat yang menganggu masa Pengajaran dan
Pembelajaran. Saya menyedari isu ini apabila masih melihat murid-murid masih berlegar di luar
bilik darjah apabila loceng sesi Pengajaran dan Pembelajaran dibunyikan setiap pagi dan begitu
juga dengan loceng habisnya waktu rehat. Contohnya, sesi pembelajaran kelas Tahun 1
Cendekia dan juga 4 Dinamik tidak dapat dimulakan tepat pada masa. Hal ini kerana, waktu
mula subjek Pendidikan Muzik ialah pada waktu pertama selepas rehat dan waktu pertama
selepas perhimpunan pagi.

Cadangan

Oleh kerana perhimpunan harian ini sudah menjadi rutin sekolah ini maka saya tidak boleh
mencadangkan sebarang penambahbaikan yang boleh dilaksanakan untuk mengubah isu ini.
Walaubagaimanapun, untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran yang dirancang dapat
dijalankan dengan lancar dan teratur, saya telah mengurangkan masa untuk set induksi dan
mengurangkan masa untuk aktiviti. Ini untuk memastikan Pengajaran dan Pembelajaran saya
tetap berjalan dengan lancar dan teratur walaupun masa pelaksanaan tidak mencukupi.
Menurut Fatimah Saleh (2008), guru tidak seharusnya mengejar masa dalam konteks
memastikan kualiti pendidikan terjamin. Hal ini akan menyebabkan guru kesuntukan masa dan
memberi tekanan terhadap guru serta boleh membawa kepada keciciran matlamat dalam
kurikulum pendidikan.

Tempoh Penyelesaian

Tempoh masa yang saya tetapkan untuk melaksanakan penambahbaikan ini adalah sepanjang
saya menjalankan praktikum di sekolah ini iaitu 12 minggu bermula dengan minggu kedua
praktikum.

Tindakan Susulan

Dalam menjalankan penambahbaikan isu ini, saya telah melaksanakan perbincangan dengan
guru pelatih yang lain. Melalui perbincangan ini, saya mendapat panduan di mana saya kena
memendekkan masa untuk set induksi dan aktiviti supaya Pengajaran dan Pembelajaran saya
dapat dijalankan seperti yang dirancang.

Kesimpulan

Kesimpulannya, langkah-langkah penambahbaikan yang telah saya ambil membantu saya


mengatasi masalah yang timbul dalam Pengajaran dan Pembelajaran akibat isu yang
dinyatakan iaitu menganggu kelancaran Pengajaran dan Pembelajaran. Walaupun masa
singkat namun saya dapat melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran dengan terancang
kerana persediaan telah dilakukan. Perkara-perkara yang saya titikberatkan semasa
Pengajaran dan Pembelajaran yang dipendekkan ini adalah menekankan objektif yang hendak
dicapai, penglibatan murid dan penguasaan murid terhadap topik yang diajar. Saya
mengurangkan masa untuk set induksi dengan memikirkan dan merancang aktiviti atau kaedah
yang tidak memakan masa untuk set induksi dan mengurangkan masa untuk menjalankan
aktiviti. Oleh itu, saya boleh katakana bahawa langkah yang saya ambil ini berhasil kerana
hampir keseluruhan murid dapat menjawab soalan dan lembaran kerja yang diberikan.
Rujukan

Fatimah Saleh (2008), Ketirisan waktu pengajaran guru di Sekolah diakses 3 Ogos 2018
daripada
https://www.google.com/#q=mengurangkan+masa+set+induksi+kerana+masa+tidak+mencukup
i

Anda mungkin juga menyukai