Anda di halaman 1dari 16

PENGHARGAAN

Setinggi tinggi penghargaan diucapkan kepada pensyarah kami Cik Nurfariza Binti Pa’ee
kerana dengan tunjuk ajar serta bimbingan beliau dapat kami menyiapkan kertas kerja untuk
tugasan berkumpulan kami dengan baik.

Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada ibu bapa kami berempat kerana telah banyak
menyokong kami dari belakang. Mereka juga turut membantu dari segi kewangan yang
diperlukan.

Seterusnya ucapan terima kasih ini juga ditujukan kepada rakan-rakan kami yang lain kerana
walaupun berbeza kumpulan namun mereka tidak juga ketinggalan untuk berkongsi ilmu dan
sedia memberikan tunjuk ajar yang kami perlukan terutamanya dari rakan yang mempunyai
pengalaman dalam pembuatan kertas kerja ini.

Dan tidak lupa juga kepada diri kami sendiri kerana telah berjaya menyiapkan tugasan yang
diberi ini.

1
PENGENALAN
Teori pelbagai kecerdasan telah dikemukakan oleh Howard Gardner (1983). Beliau
mengemukakan lapan kecerdasan manusia yang dapat diperkembangkan sepanjang hayat.
Menurut Gardner, manusia mempunyai kesemua lapan kecerdasan. Beliau telah membuat
kajian terhadap pelbagai lapisan masyarakat kanak-kanak biasa dan istimewa, juga kelompok
penduduk yang mempunyai kriteria yang istimewa (special population). Gardner juga
mengatakan bahawa kecerdasan bukanlah semata-mata diwarisi. Jika kedua-dua ibubapa
dikategorikan sebagai bodoh mengikut ukuran IQ tidak semestinya anak-anak mereka juga
bodoh, begitulah juga sebaliknya. Kajian terhadap kanak-kanak istimewa mendapati ada di
antara murid-murid yang lemah daya ingatnnya adalah dilahirkan oleh ibubapa yang kedua-
duanya adalah profesional.

Setengah orang mungkin mencapai tahap yang tinggi dalam setengah kecerdasan dan
tahap yang rendah dalam yang lain, manakala ada orang yang mempunyai kecerdasan yang
tinggi dalam hampir kesemua lapan kecerdasan ini. Hampir semua orang boleh
diperkembangkan dalam kelapan-lapan kecerdasan yang disenaraikan ke tahap yang tinggi,
jika keadaan-keadaan seperti penggalakan, pengkayaan dan pengajaran adalah sesuai
(Armstrong, 1994).

Sembilan kecerdasan ini adalah saling berkait secara kompleks bila seseorang
melakukan sesuatu aktiviti. Tambahan pula, bagi sesuatu kecerdasan itu, seseorang mungkin
berbeza dalam tahap pencapaian kebolehannya.

2
LATAR BELAKANG
Howard Gardner seorang ahli psikologi
perkembangan yang terkenal mendapat pendidikan di
Universiti Harvard. Beliau telah menulis banyak buku
berkenaan dengan psikologi perkembangan yang
mengetengahkan kerja-kerjanya dalam bidang
perkembangan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan
orang dewasa. Gardner juga sangat dikenali melalui
hubungannya dengan kerja-kerja yang berkaitan
dengan perkembangan artistik. Minatnya dalam
kreativiti bermula pada awal tahun 1970-an semasa beliau mengkaji perhubungan seni dan
perkembangan manusia. Bukunya Artful Scribbles yang dihasilkan dalam tahun 1980
mengkaji kehebatan kreativiti di kalangan kanak-kanak dan kreativiti ini berkurangan apabila
kanak-kanak itu menjadi semakin matang. Gardner membuat kesimpulan bahawa pada
peringkat akhir permulaan kanak-kanak tersebut, mereka lebih memberi perhatian kepada
kemahiran linguistik mereka yang kian berkembang dan tidak lagi berminat untuk
berkomunikasi dalam bentuk nonverbal seperti melukis.

Sebagai seorang ahli psikologi pendidikan, Gardner adalah lebih dikenali melalui
sumbangannya dalam bidang perkembangan intelektual dengan teorinya yang diberi nama
Kecerdasan Pelbagai (Multiple Intelligence). Penyelidikan Gardner berkisar di sekitar
kemahuannya untuk melepaskan diri daripada ujian-ujian dan kolerasi antara ujian-ujian dan
memandang di sebalik sumber informasi semulajadi tentang bagaimana manusia di dunia
memperkembangkan kemahiran-kemahiran yang penting untuk kehidupan mereka.

Dalam penerbitannya pada tahun 1983, bukunya Frames of Mind menjadi titik
permulaan kejutan bagi pendidik. Dalam buku yang berpengaruh ini Gardner melayari
pelbagai sifat kecerdasan manusia. Beliau menunjukkan terdapatnya tujuh kecerdasan
manusia yang boleh dibahagikan dalam tiga kumpulan iaitu kecerdasan berdasarkan
perkaitan objek yang melibatkan matematik dan logik, kecerdasan tanpa objek yang
melibatkan muzik dan bahasa dan kecerdasan personal atau persepsi psikologikal yang kita
dan orang lain miliki. Masalah yang diketengahkan oleh Gardner ialah sistem pendidikan kita
tidak bersedia untuk memenuhi keperluan semua kecerdasan manusia dan mengenepikan
keperluan perkembangan beberapa perkara yang berkaitan dengannya.

3
Gardner berjuang untuk membuktikan bahawa kecerdasan yang berasaskan aras
kesatuan bukan merupakan satu ukuran keupayaan intelektual seseorang yang sempurna.
Gardner mendakwa bahawa teori Kecerdasan Pelbagai mengetengahkan fakta bahawa
manusia wujud dalam satu konteks yang pelbagai dan konteks ini digunakan untuk membajai
kelainan-kelainan susunan dan himpunan kecerdasan. Gardner seterusnya menggunakan
teori Kecerdasan Pelbagai dalam bukunya The Unschooled Mind: How Children Think and
How Schools Should Teach (1991). Dalam buku ini beliau membincangkan pelbagai gaya
pembelajaran dan menyarankan supaya meninggalkan pendekatan pintas dalam bidang
pendidikan untuk mendidik semua kanak-kanak dan melihatnya mudah untuk belajar secara
tradisional.

Dr. Howard Gardner menerima MacArthur Prize Fellowship pada tahun 1981 di
Harvard Universiti. Beliau merupakan murid kepada Piaget. Beliau tidak bersetuju dengan
pendapat Piaget yang dianggapnya mempunyai pandangan yang sempit terhadap
kecerdasan manusia. Gardner menilai semula teori-teori yang dikemukan oleh Piaget sebagai
“too narrow a notion of how the human mind works.” Beliau tidak mempercayai kewujudan
satu bentuk kognitif yang menguasai semua bentuk pemikiran manusia. Gardner
memerhatikan bahawa terdapat sekurang-kurangnya tujuh kecerdasan manusia dan setiap
satu kecerdasan itu mempunyai keupayaan intelektual yang tersendiri.

Seterusnya, Gardner menulis tentang pemerhatiannya terhadap kepelbagaian


kecerdasan yang kemudiannya telah dijadikan buku seminar dalam komuniti pendidikan,
Rangka Minda yang telah diterbitkan dalam tahun 1983. Teori Kecerdasan Pelbagai yang
dicadangkan dalm bukunya telah menjadi pusat perbincangan dan sebagai rangka kerja bagi
strategi pendidikan kini yang menjana kejayaan dalam mempertingkatkan pencapaian para
pelajar. Gardner menyebut walaupun ia tidak semestinya bergantung sesame sendiri, namun
kecerdasan tersebut kerap beroperasi secara berasingan. Setiap individu yang normal
memiliki kadar yang berbeza-beza terhadap setiap satu daripada kecerdasan ini, tetapi cara-
cara bagaimana kecerdasan itu bergabung dan bercampur adalah berbagai-bagai sama
seperti bagaimana muka dan personaliti individu tersebut berbeza-beza.

4
Dr. Gardner ialah Pengarah bersama Project Zero dan Pofesor Pendidikan di Sekolah
Pendidikan Siswazah Harvard. Beliau juga adalah Profesor Pendidikan Tetamu di Jabatan
Neorologi di Universiti Boston di bahagian Sekolah Perubatan dan pakar penyelidik psikologi
Pusat Perubatan Pentadbiran Vateran Boston. Dr. Gardner telah menghasilkan pelbagai
penulisan yang berkaitan dengan minda manusia seperti The Mind’s New Science, To Open
Minds, The Unshooled Mind, Multiple Intelligences, Creating Minds dan Leading Minds.

5
Bagi Gardner (1993), kecerdasan melibatkan kebolehan menyelesaikan masalah atau
fesyen produk yang merupakan kesan dalam budaya atau komuniti tertentu. Beliau menolak
pendapat yang mengatakan bahawa kita boleh mempelajari tentang kecerdasan dengan
mengkaji bagaimana manusia menjawab soalan-soalan ujian. Bagi Gardner, kita hanya boleh
belajar tentang kecerdasan dengan mengkaji proses kognitif yang digunakan oleh manusia
apabila mereka menyelesaikan masalah budaya yang penting atau mencipta produk budaya
yang penting.

Gardner telah mengenalpasti tujuh kecerdasan yang terlibat dalam penyelesaian


masalah dan beliau mempercayai kesemua tujuh kecerdasan ini boleh diajarkan di sekolah.
Bagi Gardner, penyelesaian masalah adalah penting untuk kecerdasan. Ini adalah konsisten
dengan kebanyakkan pengetahuan tradisional terhadap kecerdasan. Bagaimanapun,
Gardner menekankan bahawa penyelesaian masalah boleh dipelajari dengan memerhatikan
manusia menyelesaikan masalah atau mencipta produk yang penting kepada mereka dan
bukan dengan memberikan ujian-ujian yang telah distandardkan. Namun pada 1997, Gardner
telah menambah satu lagi kecerdasan iaitu kecerdasan naturalis. Menurut Gardner, setiap
insan mempunyai bukan satu tetapi lapan kecerdasan yang berbeza. Pada 1999, Gardner
menambahkan “Existential Intelligence” yang berkaitan dengan keadaan kerohanian manusia.
Beliau belum bersedia menerima “Spiritual Intelligence” sebagai kecerdasan kesembilan dalm
teorinya.

Gardner juga menekankan perkara-perkara yang berkaitan dengan konteks budaya


kecerdasan pelbagai. Umpamanya, Gardner (1983) membincangkan keupayaan spatial yang
tinggi orang-orang Puluwat yang tinggal di pulau-pulau Caroline yang menggunakan
kemahiran-kemahiran ini untuk menjelajahi lautan dengan kenu-kenu mereka. Gardner juga
membincangkan keseimbangan kecerdasan personal yang diperlukan dalam masyarakat
jepun. Teori Kecerdasan Pelbagai ini berkongsi beberapa idea umum dengan teori-teori lain
yang menyentuh kelainan-kelainan individu seperti yang terdapat dalam saranan Carnbach &
Snow, Guilford dan Sternberg.

6
Sembilan Jenis Teori Kecerdasan Pelbagai
 Logikal Matematik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan logik, abstrak, penaakulan, dan nombor.
Kebolehan dominan di bahagian kiri otak membolehkan individu menaakul secara deduktif
dan induktif serta berfikir secara konseptual. Walaupun ia sering dianggap bahawa mereka
yang mempunyai kecerdasan ini secara semula jadi cemerlang dalam bidang matematik,
catur, pengaturcaraan komputer dan aktiviti lain yang logik atau berangka, tempat takrif yang
lebih tepat kurang penekanan kepada keupayaan matematik tradisional dan lanjut mengenai
keupayaan penaakulan, mengenal pasti pola abstrak, pemikiran saintifik dan penyiasatan dan
keupayaan untuk melaksanakan penaakulan kiraan. Logikal kompleks berkait rapat kepada
kepintaran bendalir dan keupayaan umum.

Individu yang mempunyai kecerdasan logikal matematik yang tinggi memperlihatkan


minat yang besar terhadap kegiatan yang berbentuk eksplorasi. Individu ini sering bertanya
tentang berbagai-bagai fenomena yang dilihat yang berlaku di sekeliling. Individu ini suka
menuntut penjelasan logik dari setiap pertanyaan. Selain itu, individu ini suka
mengklasifikasikan benda untuk mudah mengira. Contohnya, saintis, jurutera, arkitek dan
doktor lazimnya memiliki kecerdasan ini.

 Spatial / Visual Ruang

Kecerdasan ini memperkatakan tentang penghakiman ruang dan keupayaan untuk


menggambarkan dengan mata minda. Kerjaya yang sesuai dengan mereka dengan
kepintaran jenis ini termasuk artis, pereka dan arkitek. Individu yang mempunyai ciri-ciri ruang
visual ini juga baik dalam puzzle. Keupayaan spatial merupakan salah satu daripada tiga
faktor di bawahnya dalam model hierarki kepintaran. Individu ini berkebolehan menceritakan
dan menggambarkan pengalaman yang pernah dilalui serta bijak menghubungkaitkan antara
objek-objek dalam ruang. Kecerdasan ruang visual membolehkan individu
mempersembahkan idea-idea visual dan ruang berkecenderungan dalam aspek imaginatif
dan kreatif.

Kecerdasan ini juga mampu membuat individu selalu sedar akan posisi relatifnya dalam
koordinat ruang dan waktu. Individu yang ruang tingkat kecerdasan ruang visual rendah akan
selalu berasa bingung untuk mengingat jalan dan tempat di mana dia tinggal meskipun sudah
tinggal di tempat tersebut dalam jangka masa yang agak lama. Individu yang tersesat di dalam
perjalanan adalah individu yang mengalami gangguan orientasi ruang. Individu ini termasuk

7
dalam golongan tidak cerdas ruang. Manakala individu yang cerdas ruang mampu
menggunakan warna secara sempurna, membaca peta dengan baik serta mempunyai daya
imaginasi yang kuat. Individu yang mahir dalam bidang ini seperti juruterbang, ahli pelayaran,
angkasawan dan juga termasuk pelukis, arkitek, dan perancang bandar. Contohnya, Azhar
Mansor dan Yuri Gagarin.

 Linguistik

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan kata-kata, lisan atau bertulis. Orang dengan
kecerdasan verbal-linguistik tinggi memaparkan kemudahan dengan kata-kata dan bahasa.
Individu ini biasanya yang baik untuk membaca, menulis, bercerita dan menghafal kata-kata
bersama-sama dengan tarikh. Individu ini sensitif terhadap makna perkataan dan mahir untuk
memanipulasikannya. Mereka cenderung untuk belajar dengan lebih baik dengan membaca,
mengambil nota, mendengar kuliah, dan dengan berbincang dan berdebat mengenai apa
yang mereka pelajari. Individu yang mempunyai kecerdasan verbal-linguistik mempelajari
bahasa asing dengan mudah kerana mereka mempunyai ingatan yang tinggi lisan dan
ingatan, dan kebolehan untuk memahami dan memanipulasi sintaks dan keupayaan struktur.
Verbal adalah salah satu kebolehan yang paling tinggi dalam diri kebanyakan individu.

Individu ini pandai berbicara, gemar bercerita dan tekun mendengar cerita atau
membaca. Kecerdasan jenis ini membolehkan individu tersebut menyimpan pelbagai
informasi yang bererti dan berkaitan dengan pemikirannya. Individu yang mahir dalam bidang
ini adalah seperti pengarang, pensyarah, wartawan, penyunting, penyair, penulis skrip dan
novelis. Contoh di Malaysia seperti Munshi Abdullah, A.Samad Said dan di luar negara seperti
William Shakespeare, dan Enid Blyton.

 Kinestetik

Unsur-unsur utama badan-kinestetik mengawal gerakan badan seseorang dan kapasiti


untuk mengendalikan objek mahir. Gardner memberikan secara terperinci untuk mengatakan
bahawa kecerdasan ini juga termasuk rasa masa, rasa yang jelas matlamat tindakan fizikal,
bersama-sama dengan keupayaan untuk melatih jawapan supaya mereka menjadi seperti
refleks.

Secara teori, orang-orang yang mempunyai kecerdasan badan-kinestetik perlu belajar


lebih baik dengan melibatkan pergerakan otot (contohnya bangun dan bergerak ke dalam
pengalaman pembelajaran), dan secara amnya baik pada aktiviti-aktiviti fizikal seperti sukan

8
atau tarian. Mereka boleh menikmati bertindak atau membuat persembahan, dan secara
umumnya mereka baik di bangunan dan membuat perkara-perkara. Mereka sering belajar
dengan lebih baik dengan melakukan sesuatu secara fizikal, dan bukannya dengan membaca
atau mendengar tentang hal itu. Mereka yang mempunyai kuat badan-kinestetik perisikan
seolah-olah menggunakan apa yang mungkin diistilahkan sebagai memori otot – mereka ingat
perkara melalui badan mereka seperti memori lisan.

Kerjaya yang sesuai dengan mereka yang mempunyai kecerdasan ini termasuk atlit,
juruterbang, penari, pemuzik, pelakon, pakar bedah, doktor, pembina, pegawai polis dan
askar. Walaupun kerjaya ini boleh disalin melalui simulasi maya, mereka tidak akan
menghasilkan pembelajaran sebenar fizikal yang diperlukan dalam badan perisikan ini.
Contohnya, Shalin Zulkifli, Nicole David, dan Lim Chong Wei.

 Muzik

Kecerdasan ini berkaitan dengan kemampuan untuk menggemari, mendiskriminasi dan


meluahkan perasaan melalui muzik. Hal ini kerana kecerdasan muzik yang terdapat dalam
diri seseorang individu membolehkannya mengesan bunyi tanpa lisan, muzik serta irama yang
terdapat di persekitarannya. Individu yang mempunyai kelebihan ini sangat sensitif kepada
bunyi-bunyian atau suara yang wujud dan timbul di dunia ini, baik yang berasal daripada suara
alat muzik ataupun yang timbul dalam daripada gejala alamiah seperti suara manusia,
binatang, guruh serta suara-suara yang lain. Individu ini berupaya menggunakan set asas
atau elemen-elemen muzik serta dapat bermain alat muzik dan menghafal lirik muzik dengan
baik. Selain itu, individu yang cenderung dalam kecerdasan ini boleh menggubah rentak dan
tempo muzik dan mudah mengenali dan mengingati nada-nada bunyi atau muzik.

Individu ini juga mampu untuk menggubah kata-kata menjadi lagu dan boleh mencipta
berbagai-bagai alat dan permainan muzik. Individu ini pintar melantunkan nada lagu dengan
baik, pandai menggunakan kosa kata muzikal dan peka terhadap ritma, ketukan, melodi atau
warna suara dalam sebuah komposisi muzik. Semua orang mempunyai kecerdasan untuk
menikmati dan menghayati pengalaman muzik yang ada berdasarkan tahap yang berbeza-
beza. Contohnya, kehebatan P.Ramlee dengan ciptaanya yang evergreen, Manan Ngah,
Habsah Hassan, Beethovan, Kitaro, dan Kenny G.

9
 Interpersonal

Kecerdasan ini merupakan kemampuan individu dalam mendiskriminasi antara pelbagai


petanda interpersonal dan kebolehan untuk berkomunikasi dengan berkesan secara
pragmatik terhadap petanda tersebut. Kecerdasan interpersonal membolehkan seseorang itu
memahami perasaan, motivasi, tabiat dan hasrat orang lain. Seterusnya, mereka dapat
berinteraksi dengan mudah dan boleh bekerjasama dengan orang lain secara praktikal untuk
menghasilkan sesuatu yang berfaedah. Mereka yang mempunyai kecerdasan interpersonal
yang menonjol biasanya memiliki interaksi yang baik dengan orang lain.

Selain itu, mereka juga mampu berasa sensitif dan memahami emosi, perasaan, fikiran,
tingkah laku dan harapan orang lain. Pada tahap yang mudah, kecerdasan ini termasuk
kemampuan seseorang anak mengenal dan sensitif terhadap perasaan orang dewasa di
sekitarnya. Murid-murid yang mempunyai kecerdasan ini akan belajar dengan berkesan
melalui pembelajaran, bekerjasama dengan rakan sebaya dan mudah terlibat dengan sebuah
pergaulan. Individu yang mahir dalam bidang ini adalah seperti pendakwah, kaunselor,
jururunding dan imam. Contohnya, Dato’ Dr. Fadzilah Kamsah.

 Intrapersonal

Kecerdasan intrapersonal merupakan kesedaran tentang diri sendiri, berfikiran


metakognitif dan berkebolehan untuk menilai diri sendiri. Orang yang memiliki kecerdasan
intrapersonal yang tinggi selalunya dapat mengenali diri sendiri secara mendalam dan
mempunyai tanggapan tentang kekuatan dan kelemahan diri sendiri. Kebolehan ini memberi
keyakinan diri yang tinggi kepada mereka tentang kebolehan yang terdapat dalam diri mereka
sendiri. Selain itu, mereka pandai menentukan hala tuju kehidupan serta mempunyai
pegangan, prinsip dan azam yang kuat serta boleh berdikari.

Secara keseluruhannya, orang yang mempunyai kecerdasan intrapersonal yang tinggi


biasanya kelihatan murung dan suka mengelamun, tetapi pada masa yang sama mereka juga
sentiasa berwaspada dan berwawasan dalam melakukan sesuatu. Orang yang seperti ini
akan lebih menyukai belajar secara bersendirian di perpustakaan dan gemar melakukan
renungan yang mendalam dan termenung di persekitaran yang sangat sepi. Biasanya individu
dengan tingkat kecerdasan ini mempunyai peribadi yang tertutup.

Disamping itu, mereka juga memiliki kepekaan terhadap perasaan dalam situasi yang
sedang berlangsung, memahami diri sendiri dan seterusnya mampu mengendalikan diri
dalam situasi konflik. Mereka mengetahui apa yang dapat dilakukan dan apa yang tidak dapat
dilakukan dalam persekitaran sosial serta mengetahui kepada siapa harus mereka meminta

10
bantuan pada saat-saat yang diperlukan. Contohnya, pemimpin, ahli falsafah, pendeta dan
pemikir.

 Naturalis

Kecerdasan ini mempunyai kaitan dengan memupuk maklumat berkaitan persekitaran


semulajadi. Individu yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi biasanya
merupakan seseorang pencinta alam yang dapat mengenali dan mengklasifikasikan flora,
fauna, dan galian dengan mudah. Mereka akan lebih banyak menghabiskan masa di luar dan
gemar mendengar bunyi-bunyian yang terdapat dalam alam sekitar. Mereka mempunyai
tarikan yang besar terhadap alam sekitar termasuk binatang. Dengan itu, mereka merupakan
individu yang sensitif terhadap alam sekitar dan dapat menghubungkait antara kehidupan flora
dan fauna.

Contohnya termasuk mengklasifikasikan bentuk-bentuk semula jadi seperti haiwan dan


spesis tumbuhan dan batu-batu dan jenis gunung dan pengetahuan yang digunakan semula
jadi dalam perladangan, perlombongan, dan lain-lain Kerjaya mereka dengan kecerdasan ini
termasuk alamiah, petani dan tukang kebun.

Pelajar yang mempunyai kecerdasan naturalistik akan lebih berkesan kecerdasanya


dengan mengadakan aktiviti luar kelas. Ahli biologi, zoologi, petani, nelayan, ahli botani,
perancang bandar, ahli geologi, dan pendaki gunung adalah kerjaya yang sesuai bagi mereka
yang mempunyai kecerdasan naturalistik yang tinggi.

 Spiritual / Eksistensialisme

Individu yang mempunyai kecerdasan ini memiliki ciri-ciri yang lebih cenderung untuk
bertanya mengenai segala kejadian kewujudan manusia, erti kehidupan, mengapa manusia
mengalami kematian dan juga realiti yang dihadapi oleh manusia dalam hidup. Kecerdasan
ini telah diperkenal dan dikembangkan oleh Gardner pada tahun 1999.

Individu ini mampu menelaah nilai-nilai yang berkembang di tengah-tengah kehidupan


masyarakat, sama ada nilai-nilai tradisional ataupun nilai-nilai baru yang sedang berkembang.
Untuk meningkatkan kecerdasan ini seseorang boleh membaca banyak buku falsafah dan
menyoal diri sendiri tentang pertanyaan yang membolehkannya menelaah jawapan secara
mendalam.

11
BAGAIMANA TEORI HOWARD GARDNER
DIGUNA PAKAI PADA ZAMAN INI
Teori kecerdasan banyak membantu para guru melaksanakan tanggungjawab bagi
mendidik anak bangsa bagi mendapatkan ilmu pengetahuan. Terdapat tiga peringkat dalam
melaksanakan teori kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran. Antara
peringkat-peringkat tersebut ialah peringkat padanan, percubaan dan peningkatan.

Pada peringkat pertama, guru perlu memadankan pengajaran dan pembelajaran


dengan kecerdasan pelbagai murid. Guru perlu mengenalpasti kecerdasan pelajar-pelajarnya
bagi memudahkan proses pembelajaran. Sebagai contohnya, jika majoriti pelajar dalam
sesebuah kelas mempunyai kecerdasan kinestetik, maka guru tersebut, perlu melakukan
aktiviti yang melibatkan pergerakan seperti melakukan ujikaji, senaman dan sebagainya bagi
menarik minat pelajar, walau bagaimanapun aktiviti-aktiviti lain juga perlu bagi mengasah
kecerdasan yang dimiliki oleh pelajar. Hal ini di sebabkan pelajar mempunyai kebolehan yang
berbeza.

Peringkat kedua bagi melaksanakan atau mengaplikasikan teori kecerdasan pelbagai


dalam pengajaran ialah percubaan. Pada peringkat ini, guru perlu memikirkan bagaimana
teori kecerdasan pelbagai boleh di aplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran seharian.
Terdapat persoalan-persoalan yang membantu para guru bagi meyediakan rancangan
pengajaran, melalui verbal-linguistik, melibatkan persoalan “Bagaimanakah saya boleh
menggunakan bahasa lisan , bacaan dan penulisan?”. Selain itu, persoalan logik-matematik
ialah “Bagaimanakah saya boleh memasukkan nombor, pengiraan, pengelasan atau
menggalakkan pemikiran kritis?”. Melalui visual-ruang melibatkan soalan “Bagaimanakah
saya boleh menggunakan alat bantu mengajar visualisasi, warna, seni, metafora atau
penyusun grafik?”. Seterusnya elemen muzik, bagaimanakah saya boleh menggunakan
muzik, bunyi-bunyian persekitaran atau unsur ritma dan melodi?, elemen kinestetik pula
bagaimanakah saya boleh melibatkan pengalaman pergerakan seluruh badan atau aktiviti
‘hands-on’?. Di samping itu, elemen interpersonal melibatkan persoalan bagaimanakah saya
boleh melibatkan pelajar dalam perkongsian rakan sebaya, pembelajaran kerjasama atau
simulasi kumpulan?, elemen intrapersonal pula bagaimanakah saya boleh memberi pilihan
kepada pelajar merangsang perasaan kendiri?. Akhir sekali elemen naturalis ialah
bagaimanakah saya boleh membawa alam semula jadi ke dalam bilik darjah atau membawa
murid ke luar ke alam semula jadi?

12
Pada peringkat kedua ini juga, guru memikirkan cara memaksimumkan potensi
persekitaran terutama sekali keadaan di dalam bilik darjah. Menghias bilik darjah dengan
maklumat yang boleh dihargai oleh setiap kecerdasan, contohnya, murid yang cenderung
kepada verbal-linguistik menyediakan poster beberapa orang penulis terkenal. Membawa
murid keluar dari bilik darjah juga merupakan aktiviti yang dapat menarik minat pelajar, supaya
guru dapat memerhati dan memahami bagaimana setiap individu mempunyai dan
menggunakan kecerdasan pelbagai masing-masing.

Pada peringkat ketiga, iaitu peningkatan, guru perlu mengaitkan teori kecerdasan
pelbagai dengan kemahiran berfikir untuk perkembangan murid. Melalui peningkatan ini,
murid dapat mengaplikasikan apa yang di ajar dalam hal tertentu. Dalam visual-ruang, murid
dapat melakar, membuat peta minda, membayangkan masalah dan penyelesaiannya. Melalui
kinestetik pula, murid boleh memanipulasi alat, bahan untuk menyelesiakan masalah. Melalui
muzik, murid memahami ritma, harmoni, mengenalpasti masalah dan penyelesaiannya.
Peningkatan dari segi interpersonal pula, murid mendapat pelbagai idea melalui interaksi
dengan orang lain mengenai masalah dan penyelesaiannya. Peningkatan intrapersonal,
murid membuat refleksi secara mendalam berasaskan pengalaman, perasaan diri mengenai
masalah dan penyelesaiannya. Akhir sekali, naturalis, murid menggunakan contoh daripada
alam semula jadi untuk mengkaji masalah dan penyelesaiannya.

Melalui peningkatan kecerdasan pelajar, kreatviti dan inovasi dapat dicungkil daripada
pelajar. Pelajar juga dapat memperolehi pelbagai perspektif mengenai sesuatu perkara serta
mengaplikasi pengetahuan yang sedia ada dalam situasi dan konteks yang baru dan
berlainan. Aktiviti bilik darjah boleh dipelbagaikan dengan menggunakan strategi Teori
Kecerdasan Pelbagai untuk peningkatan perkembangan kognitif mengikut Taksonomi Bloom.

13
PENUTUP

14
LAMPIRAN

15
16

Anda mungkin juga menyukai