Anda di halaman 1dari 110

RM BIG FAMILIA 16/17

#HEALING_UMMAH

“ umpama satu binaan,


RAKAN MASJID dan kitalah batu-batanya.
Posisikanlah diri kita, isilah lopong-lopong yang ada. Andai
‘lopong’ jawatan sudah diisi, masih banyak lagi batu-bata lain
yang diperlukan untuk Rakan Masjid terus kuat berdiri. Kita

””
saling memerlukan kerana,
KITA ADALAH SATU.

“ 1
ISI KANDUNGAN

Kandungan Muka
Surat
Persada Kata
▪ Kalam Timbalan Pusat Islam 3
▪ Kalam Penasihat Rakan Masjid 4
▪ Kalam Preisden Rakan Masjid 5
Pengenalan RM 6
Tinta Dai’e
▪ Sajak 8
▪ Pantun 19
▪ Cerpen 23
▪ Tazkirah 58
▪ Love Letter 65
▪ Komik 85
Nostalgia Program RM Semester 1 100

2
KALAM Timbalan Pengarah PI
Assalamualaikum WRT dan salam sejahtera,

Syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izin-Nya saya diberikan ruang untuk
memberikan kata alu-aluan dalam buku Contengan RM Edisi Pertama pada tahun
2017 ini.

Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pihak yang telah berjaya
menyiapkan buku ini. Kejayaan ini sesungguhnya telah membuktikan bahawa
terdapat kerjasama yang utuh dalam kalangan warga Rakan Masjid sidang
2016/2017.

Sebagai penaung Sekreteriat Rakan Masjid, saya amat menggalakkan untuk ahli
Rakan Masjid mempelbagaikan lagi teknik dakwah yang penuh hikmah dengan
tidak sekadar mengadakan ceramah semata-mata sebagai medium penyampaian
dakwah. Mengikut serta dalam penghasilan sebuah buku yang bermanfaat ini
merupakan langkah yang terbaik menvariasikan teknik dakwah. Semoga ia menjadi
latihan untuk menggilap bakat-bakat yang sedia ada dalam diri setiap ahli Rakan
Masjid menghasilkan karya-karya kreatif dan sarat dengan pengisian mendekati
Tuhan.

Besar harapan saya agar setiap ahli Rakan Masjid keseluruhannya mampu menjadi
dai’e yang akan membela agama diluar kelak dengan menjadikan Rakan Masjid
sebagai platform membina jati diri dan seterusnya mampu berdakwah dengan
penuh hikmah menyebarkan keindahan Islam kepada ummah.

َ‫فَا ْست َ ِق ْم َك َما أ ُ ِم ْرت‬


“Maka tetaplah kamu pada jalan yang benar…”
(Surah Hud: 112)
Akhir kalam, semoga buku ini membawa manfaat dan mampu menyentuh hati-hati
para pembaca untuk lebih mendekati Tuhan.

Sekian, terima kasih.

PROF. MADYA DR. HJ. WAN NUDRI BIN WAN DAUD


Timbalan Pengarah Pusat Islam,
Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan.
3
KALAM Penasihat RM
Sering diungkapkan; tidak mengapa jika kakimu yang sakit, asalkan hatimu sihat. Dengan
kaki yang sakit, kita mungkin tidak boleh berjalan. Tetapi, kita akan kehilangan tujuan dan
harapan dengan hati yang sakit. Berapa ramai orang yang mempunyai fizikal yang sihat, tetapi
apabila hatinya sakit, hidupnya melarat. Dia menjadi insan yang miskin dalam limpahan
kemewahan. Hidup derita walaupun dikelilingi keseronokan.

Allah Yang Maha Adil tidak meletakkan kebahagaiaan kepada rupa, harta, kuasa dan
nama. Allah tidak zalim kerana meletakkan kebahagiaan pada ketenangan “hati emas” – hati
yang mampu dimiliki oleh si miskin atau si kaya, si buruk atau si jelita dan hamba atau raja.

Di mana akan kita temui hati emas seperti itu? Hati itu ditempa dan disesah oleh
mujahadah di jalan Allah. Umpama intan yang dipanasakan oleh haba dengan kepanasan
berganda atau emas yang disepuh oleh api yang menyala-nyala, maka begitulah hati manusia.
Hanya akan bercahaya oleh siraman keringat, deraian air mata dan aliran darah oleh insan yang
bermujahadah di jalan-Nya.

Saat diuji itulah segala mazmumah akan dimamah. Ego, bangga, rendah diri, kecil hati,
kecut, penakut sudah “dibakar” dalam relau kehimmahan seorang “hamba”. Dan saat itulah
kita layak menerima anugerah. Yakni, bingkisan ijazah daripada “universiti mujahadah”. Tiada
gelaran, tidak ada sanjungan… hadiahnya hanya; hati emas!

Memburu selain-Nya hanya akan mengecewakan. Pergilah setinggi puncak karier,


rebutlah setinggi nama, carilah sebanyak harta, tanpa hati emas, kau hanya akan meninggikan
tempat jatuh. “Berjaya” tanpa keperibadian yang kukuh hanya mendedahkan diri kepada lebih
banyak stress dan kebosanan.

Tidak ada jalan dan ikhtiar lagi kecuali kembali kepada Allah. Perkukuhkan solat lima
waktu dengan sunat rawatib. Luangkan dan lapangkan masa dengan membaca al-Qur’an dan
berselawat. Kurangkan makan dan lisan. Bercakap hanya yang baik atau diam.

Uzlahkan diri jika terasa mata dan telinga terlalu liar untuk ditundukkan. Tersenyumlah
dengan penghinaan. Redalah dengan kesepian. Jangan takut kepada kelicikan , tipu daya dan
kezaliman.

Hayatilah sebuah sabda; jika kita menjaga Allah, Allah akan menjaga kita. Tidak mengapa
jika dipinggirkan, malah dilupakan… kerana selamanya orang lain tidak akan tahu, betapa
lapang dan bahagianya apabila memiliki hati emas itu!

Inilah pesan tersirat di sebalik “Contengan RM” ini.

ASHEEF BARKHIA YAHYA


Penasihat Rakan Masjid

4
KALAM Presiden RM
Assalamualaikum WBT dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah SWT kerana dengan limpah
dan kurnia dan izin-Nya, ‘Contengan RM’ daripada Rakan Masjid sidang 2016/2017 dapat
dikeluarkan buat pertama kali dengan jayanya. Seterusnya selawat serta salam keatas junjungan
besar Nabi Muhammad SAW diatas segala pengorbanan dan kejayaan perjuangan baginda yang
dapat kita rasai sehingga kini.

Dikesempatan ini, saya ingin mengucapkan syabas, tahniah dan jutaan terima kasih kepada
kesemua ahli Rakan Masjid sidang ini yang sama-sama membantu menghasilkan dan menjayakan
‘Contengan RM’ ini. Tidak dilupakan juga setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Pihak Pusat Islam Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan diatas bantuan tunjuk ajar dan
keizinan yang diberikan untuk menerbitkan buku ‘Contengan RM’ ini.

Sebagai mahasiswa dan masyarakat yang tidak berada dalam kerugian, kita seharusnya arif
dengan pembahagian dan penggunaan masa seharian kita. Seharusnya dengan nikmat masa yang
diberikan oleh Allah SWT, kita haruslah memanfaatkan masa kita dengan perkara-perkara dan
aktiviti yang berfaedah sama ada untuk diri sendiri, agama, mahupun kepada orang lain. Melalui
penggunaan masa ini juga, Allah SWT juga berfirman,

“Demi Masa (1). Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian (2). Kecuali orang-orang yang
beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta
berpesan dengan sabar (3).”
[Surah: Al-Asr]

Akhir kata, marilah kita sama-sama manfaatkan waktu kita, dengan mengecapi kejayaan dan
kebahagiaan seiring dengan kerahmatan dan keredhaan Allah SWT dan saya berharap
‘Contengan RM’ ini dapat memberikan sedikit sebanyak faedah dan ilmu yang bermanfaat
kepada kita semua.

MUHAMMAD FARIDZUAN FAIZ BIN SAID


Presiden,
Rakan Masjid USMKK 16/17.

5
R akan Masjid merupakan sebuah sekreteriat berdaftar
yang menaungi mahasiswa Islam USM, Kampus Kesihatan
dibawah naungan Pusat Islam USMKK. Sebuah sekreteriat yang
bertanggungjawab memeliharaq dan menghidupkan ‘biah
Kepimpinan RM 16/17 solehah’ (suasana yang
a baik) di kampus khususnya, seterusnya
Berperana nmelahirkan mahasiswa yang seimbang.
Penaung
Prof.Madya Dr Hj. Wan Nudri bin Wan Daud

Penasihat
Ustaz AsheefBarkhia bin Yahya
Ustazah Wan Noraynie binti Wan Mokhtar
MISI
Presiden Mentransformasikan mahasiswa professional kearah
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said
melestarian biah solehah dengan memartabatkan
Naib Presiden 1 syariat Islam secara holistik
Muhammad Firdaus bin Jaafar

Naib Presiden 2
Nur SyaminiBegum binti Naushad Ali
Melahirkan

VISI
Setiausaha mahasiswa yang
Nur Ain Atikahbinti Safruddin Atma Negara
produktif melalui
Bendahari sistem tarbiyah
Siti Munirah binti Mahmud yang efektif

Lajnah Tarbiyah dan Kepimpinan Membina


Melahirkan
Ahmad IzzulHakimi bin Mohd Zubir personaliti unggul
mahasiswa
Nurul Syakirah binti Abdullah dalam kalangan
cakna dunia mahasiswa
Lajnah Stratergi dan Dakwah
Muhammad Wafi Wajdi bin Nor Azlan Menyebarkan
Siti Nurshafikah binti Musa dakwah dengan
Membina biah membina ukhuwah
Lajnah Pemikir Muda solehah dalam
Ahmad Tirmizi bin Ghani antara pelbagai
kampus dengan agama
Nurul Atiqah binti Saiddin
melaksanakan ‘amar
Lajnah Hal Ehwal Siswi makruf nahi
Nurul Hasanah binti Noor Mohd Sapian mungkar’
Nadzirah binti Zulkefli

Lajnah Informasi dan Multimedia


Muhammad Aiman bin Rahimi
Maisarah binti Samsul

Lajnah Kesukarelawanan dan Kesukanan


Ahmad Muhsi bin Sulaiman
Muhammad Khairul Azhar bin Zohari
Nur Aini binti Daud
#HEALING_UMMAH

6
“Andaikan kekurangan diri dijadikan alasan bagi
tidak berdakwah, nescaya tiadanya dakwah yang
akan berjalan di muka bumi Allah ini.”
Imam Hassan Al-Banna

7
\

8
Hidup
Permulaan hidup dihitung detiknya,
Terkadang tepat,
Terkadang ralat.
Semua tergantung pada tangan yang Maha Hebat.

Namun,
pengakhiran kita tiada siapa yang tahu.
siapa yang pulang dulu,
di mana kita terkujur,
bagaimana kita menghembus.

Perginya dia takkan kembali.


Hidupnya kita harus berjuang lagi.
Tidak mengapalah jika ingin bersedih hati.
Tapi, tiba masa kita perlu berhenti.

Nukilan,
Fandhimoshu

9
Hilang
Hilang,
Dulunya kaulah panglima pejuang,
Fikiranmu dikerah mengatur langkah,
Bibirmu basah menggerak ummah,
Untuk terus bangkit tidak menyerah.
Kau berdiri megah berdakwah dengan gagah,
tidak kau peduli segala mehnah,
Kau berjihad tanpa dikerah.

Hilang,
Namun hanya dulu, sekarang panglima itu hilang.
Ummah dahaga panglima pejuang,
Kemana hilangnya dai’e yang pantang ditentang?
Kau, dai’e yang hilang.
Semangatmu luntur dari medan dakwah,
Seruanmu luntur dari telinga ummah,
Kau, daie yang hilang.

Hilang,
Tidak kau kalah dengan pedang,
Tidak kau kalah walau darah kau tumpah,
Namun mudah kau hanyut, dengan hiburan dunia.
Lemahkah kau pejuang agama?

Sedarlah wahai daie yang hilang,


Bangunlah dari lena yang panjang,
Kembali bangkit untuk ummah.
Menegak kalimah Syahadah,
Mencantas segala perosak aqidah,
Agar ummah imannya gagah.

Wahai dai’e yang hilang,


Kembalilah kau ke pentasmu.

-Siti Munirah-

10
Ilusi Nyata
Langkah demi langkah,
Semuanya berhalusinasi,
Yang melibatkan ribuan akar laluan,
Halus bagai kulit sang bayi,
Dalam usaha mencari cahaya mentari.

Menyelak helai demi helaian,


Dalam misi mencari berlian dunia,
Gigih membina tawa dan raya,
Di bawah sedar semuanya,
Yang cuma Ilusi Nyata.

Dalam sepi kita mengabai,


Siapa milik siapa,
Tidak bisa mengenal perbezaan,
Antara syurga dan neraka,
Kerana semua jatuh leka.

Dia segalanya,
Dia yang berkuasa,
Usah kita letakkan dia merata,
Tetapkan dia dalam dada,
Itu semestinya.

Kerana Dia,
Kekal selamanya,
Kerana Dia,
Tuhan yang Maha Esa.
Dia,
Allah SWT.

Semuanya duniawi,
Ingatlah wahai umat "Sang Sempurna",
Bangun dan sedar dari mimpi,
Dunia tidak lama lagi,
Ini cuma Ilusi Nyata.

Nukilan,
Hazeeq Azhar

11
Jodoh Dinanti
Satu hari nanti jasad ini akan dibasahi Kepada Tuhan yang rindukan tangisan
air buat kali terakhir, hamba-Nya.
Satu hari nanti kita akan dilitupi
dengan pakaian yang serba putih, Titipkanlah doa buat ibu bapa yang
Satu hari nanti jasad ini akan pergi, sudah tiada bersama,
Bukan kaki yang melangkah, Sedekahkanlah hartamu dikala susah
Tetapi sekujur badan yang diusung. dan senang,
Manfaatkanlah ilmu yang ditimba,
Hakikatnya, setiap tubuh bernyawa Kerana dengan itu, hanya dengan itu,
pasti akan menerima kunjungan Menjadi tali yang masih bersambung
tetamu Izrail. hingga ke hari pengakhiran.
Hakikatnya, hembusan yang bermula
ini pasti akan ternoktah. Biarlah siapa kita yang semalam,
Hakikatnya, kita akan merasai rasa Lihatlah siapa kita hari ini,
keseorangan dialam barzakh. Untuk menentukan nasib kita selepas
ini.
Keluarga, sahabat, kenalan akan tinggal
kenangan. Mati,
Harta, pangkat, darjat sudah tiada lagi Pasti,
maslahat. Sangat pasti.
Segalanya, adalah perjalanan lalu yang
akan tamat tempohnya. Sebaik-baik kehidupan ialah kehidupan
yang diakhiri dengan husnul khatimah,
Yang lena, bangunlah. penghunjung yang baik.
Yang leka, sedarlah.
Yang lalai, kembalilah, Nukilan,
Ahmad Tirmizi bin Ghani.

12
Sajak Layakkah Aku Menasihati?
Melihatnya aku ke lautan luas, Insan yang harus memesan,
Menggenggam buku lima yang masih belum Kerana kita juga perlu peringatan.
jumpa ruas,
Sambil pejam mata tidak terbuka luas, Manusia mungkin padang hina,
Air mata jantanku mula mengalir deras, Tetapi tahula ada juga yang akan terpesona,
Kata kita hanya penyampaian,
Terngiangkan pesanan guru tentang Kerana yang sebenar datang daripada
peringatan, Tuhan.
Nasihatkan insan yang menuju
kemaksiatan, Allahu,
Tetapi... Kuatkan aku,
Dalam perjuangan menghujahkan lisanku
Layakkah aku menasihati, ini,
Kesilapanku sendiri tidak diubati, Sebagai hambamu yang ingin mentaati.
Segan dan malu dalam diri,
Untuk melangkah demi syurgawi, Nukilan,
Tetapi… Hadif

Apakah aku ingin terus dengan mahmudah,


Sedangkan di ukhrawi ianya tidak menjadi
mudah.
Aku perlu tahu esok lusa pastiku pergi,
Sudahkah aku berbaris saf dengan yang
akan pergi.

Adakah aku sudah bersedia.


Dipersoalkan oleh orang yang kubiarkan,
Orang yang kuabaikan,
Dan orang yang sebenarnya memerlukan,
Nasihat daripada aku sebagai insan.

Ibu menepuk bahuku,


Nasihat bukan kerana kita sempurna,
Tetapi kerana kita tahu kita siapa,

13
Sabar
Sabar itu sakit,
Sabar itu perit,
Sabar itu pedih,
Sabar itu jerih.

Mahu atau tidak, aku perlu lalu,


Kerna ku yakin yang namanya ujian itu akan berlalu,
Meski seluruh jasad diselimuti pilu,
Namun aku pasti Tuhan Maha Tahu.

Dia ada dalam setiap tangisanku,


Dia dekat di dalam doaku,
Dia dengar setiap rintihanku,
Dia genggam setiap mintaku.

Sabar itu menuntut perjuangan,


Perjuangan itu menuntut kekuatan.

Duhai makhluk bernama hati,


Usahlah dikau kecewa lagi,
Sudah tiba masa untuk bangkit kembali,
Kerna perjalananan kita masih jauh lagi,
Di akhirat jua kekal abadi.

Nukilan,
Fandhimoshu.

14
Salah Sangka
Ya Allah,
Kau tahu keadaan hati itu sekarang,
terbalut luka kesilapan semalam.
Ya Allah,
hari ini hari baru,
mungkinkah akan ada perubahan?
Sangka hatinya,
doanya sudah terhijab,
tidak lagi Kau dengari,
lalu Kau gagalkan dia,
berkali-kali,
hingga remuk sang hati,
sampai-sampai dirinya pasrah lalu percaya bahwa memang benar,
Kau tidak mendengarkan rintihannya lagi,
sampai-sampai dia merasa malu untuk meminta lagi.

Ya Allah,
masihkah Kau mendengar,
akan luahan hamba itu?
yang sudah sangat leka dengan dunianya,
lalu saat dia tersedar lantas mahu memalingkan semula hatiNya padaMu,
sudikah lagi Kau menerima?
Bersangka-sangka itu,
bersarang dalam diri si hamba.
Tatkala tersedar dari beribu sangka,
Hati remuk itu,
Diserahkan kembali padaMu.
Kerna dia cukup tahu,
Kadang segala pintanya itu,
Tidak seperti perancanganMu,
Yang terbaik buatnya,
kerana Kau Maha Tulus.
Maha Mengetahui Segala isi Hati

-Nor Shahada Ismail-

15
Surat Buat Hati
Mungkin kau kata dari kecil, semuanya tidak Lalu kau terus melangkah demi selangkah
indah. Menanti kesudahan yang disebut dalam Ad-
Mungkin kau kata itu takdir, nasibmu Dhuha.
tersilap langkah. Quran kau genggam masjid kau datang.
Mana kebahagiaannya? Tubuh kau berat namun hatimu kuat.
Mana kasih sayangnya? Hatimu kuat kerana Allah itu dekat.
Mana yang aku sepatutnya punya? Hatimu kuat kerana Allah Maha Melihat.
Kau cari, tapi tak jumpa. Hatimu kuat kerana Allah satu-satunya
tempat.
Awan di langit mewakili mata, Allah…pengubat.
Bukan air mata yang turun namun hati Matlamat.
terasa bias,
Orang tanya kenapa? Ya, itulah dikau seorang mukmin yang
Senyum. Berjaya.
“Mana ada apa-apa” Engkaulah umat Muhammad yang bangga.
Senyum, Kerana apa ertinya iman kalau bukan
Dari situ kau belajar betapa kuasanya percaya?
senyuman. Mana buktinya Islam kalau hati jua tidak
Diam, sejahtera.
Dari situ kau belajar betapa indahnya Senyum, diam, percaya.
bersabar. Kelak kau bakal menyaksikan cahaya
wajahNya.
Rasulullah SAW, Bersiap sedialah dengan segala yang
Melalui baginda kau belajar betapa kuatnya dipinjamkanNya.
seorang hamba. Untuk membentangkan persembahan akhir
Kau pahat di dada. yang paling sempurna.
ّ ْ َ ُ ّ ُ ِّ َ ُ َ
‫ٱَلل ن ف ًسا ِإَل ُو ْس َع َها‬ ‫َل يكلف‬
“Allah tidak membebani seseorang melainkan “Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan
apa yang terdaya olehnya” kami apa yang tidak sanggup kami
ً ْ ‫َف إ ّن َم َع ْال ُع ْْس ُي‬
‫ْسا‬ memikulnya
ِ ِ
“Bahawa sesungguhnya setiap kesukaran Maafkanlah kami, ampunilah kami, dan
disertai kemudahan” rahmatilah kami
Jangan bersedih, sesungguhnya Allah Engkaulah Penolong kami, maka tolonglah
bersama kita. kami terhadap kaum yang kafir.”
‫ـۡلخِ َرة ُ خ اَير لَّكَ مِنَ ااۡلُ او ٰلى‬
ٰ ‫َولَ ا‬
“Dan sesungguhnya kesudahan keadaanmu
adalah lebih baik daripada permulaanmu” -Aminah-

16
Tuhanku
Allah tidak pernah
persiakan,
Setiap kata, perbuatan
dan titisan air mataku,

Di setiap pintaku,
DIA punya solusi terbaik,
Untuk kasihkan
hambaNya.

Di saat jatuh, keliru,


hiba, lelahnya aku,
Allah kirimkan sesuatu
yang indah.
Pelangi tak akan muncul
sebelum hujan,
Allah gantikan duri
kehidupanku dengan
bunga yang indah.
Indahnya bunga hingga
mengeluarkan haruman,
haruman sehingga orang
sekeliling merasainya.

Dinukilakan oleh,
Ain Atikah.

17
“Jangan takut untuk salah,
kerana dengan kesalahan pertama kita
dapat menambah pengetahuan untuk mencari
jalan yang benar pada langkah kedua”

18
19
Kelana Seorang Musafir
Duduk berteduh di pohon rendah,
Ditiup semilir jauh disana;
Jasad dan roh bersatu sudah,
Lahirlah musafir ke dunia yang fana.

Puteri bentam menyulam labuci,


Duduk berdua berteman srikandi;
Ibarat rentang putih nan suci,
Diconteng rangtua membentuk peribadi.

Indahnya malam ditanah jawa,


Tenang nurani mengalun puisi;
Andai islam selamatlah jiwa,
Bimbang nasrani atau majusi.

Airnya jernih di hujung paya,


Sampan bertaut mentari kemilau;
Kembanglah benih pewaris anbiya,
Jatuh ke laut menjadi pulau.

Barangan pukal letak di Kedah,


Pedagang berehat dihujung sana;
Carilah bekal berinti ibadah,
Kelak diguna di hujung kelana.

Cuaca redup di Gunung Tahan,


Terdengar siulan penuh berhemat;
Hakikat hidup adanya Tuhan,
Penyuluh jalan agar selamat.

Seninya halus penuh teliti,


Diukir arjuna buat kesuma;
Nafas berhembus bakal terhenti,
Moga syurga teratak bersama.

Nukilan,
Ahmad Tirmizi bin Ghan

20
Kita Hamba
Mendayung perahu kehulu kota,
Menuju kearah mentari terbenam;
Kalau nak tahu kenapa diciptanya kita,
Cuba rujuklah Dzaariyaat: 56.

Encik Haslam si penjual kunci,


Menjual kunci ditengah pekan;
Agama Islam agama yang suci,
Murninya lagi jika diteguhkan.

Cahaya terang sinari Arafah,


Terang sinarnya tidak dilupa;
Sudah terang kitalah khalifah,
Masih ditanya dakwah tugas siapa?

Harumnya Dahlia dipetik pemuda,


Dipetik sebelah perigi buatannya;
Begitu mulia perjuangan Baginda,
Kini kitalah penyambung dakwahnya.

Indah sawah disinari purnama,


Indah mempersona ditemani unggas;
Sebaran dakwah harus bukan kerna nama,
Yang utama biarlah adanya ikhlas.

Ikan Gelama, Ikan Sepat,


Dibeli Pak Mad untuk isterinya;
Bantu agama apa yang kita dapat?
Terjemahan Muhammad: 7 ada jawapannya.

Nukilan,
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said

21
“Kehidupan ini cuma 3 detik;
Sesaat yang berlalu tidak dapat kita ubah lagi,
Sesaat yang sedang dilalui ini manfaatkan sebaiknya,

Dan sesaat yang belum tiba belum pasti kita temui.”


(Imam Al-Ghazali)

22
23
Abe
Kerana rindu itu tak akan pernah terhenti….

‘….wahai Tuhan kami, kurniakanlah kebaikan kepada kami di dunia dan di akhirat serta
jauhkanlah kami daripada azab api Neraka. Seutama-utama selawat dan selengkap-lengkap
kesejahteraan ke atas penghulu kami, Nabi Muhammmad, penutup sekalian nabi dan rasul, juga
ke atas ahli keluarganya, dan para sahabatnya sekaliannya. Maha Suci Tuhanmu (wahai
Muhammad), Tuhan yang memiliki kekuasaan daripada apa yang mereka sifatkan.
Kesejahteraan ke atas para rasul, dan segala puji hanyalah bagi Allah Tuhan sekalian alam’.

Kedua-dua belah tangan diraup ke muka, mengaminkan doa yang dibaca ayah sebentar
tadi. Kaki segera bangkit dari tikar merah yang menjadi alas duduk sejak mula-mula sampai tadi.
“Pia, nanti lipat tikar ni ye”. Kepala dipusing ke kiri, memandang ibu. Tanpa membantah kepala
diangguk. Namun, ada sesuatu yang membuat aku untuk terus menatap wajah yang semakin
dimamah usia itu. Ada genangan air mata yang cuba ditahannya. Aku memandang semula ke
hadapan, tepat ke arah batu nisan yang makin pudar warnanya itu. Aku kembali duduk di hadapan
pusara itu. Pusara arwah Abe. Hati tiba-tiba dipagut rasa hiba. Sedar tidak sedar, sudah hampir
lima tahun rupanya Abe pergi meninggalkan kami.

Entah kenapa dua tiga hari belakangan ini, aku teringat pada arwah. Rasa rindu untuk
menatap wajahnya, rindu untuk mendengar gelak tawanya. Sungguh, aku rindu segalanya tentang
dia. Abe, dia yang paling baik, paling memahami dan dia yang selalu mendamaikan. Kerana rindu
itu, aku ajak ayah dan ibu ke sini, ziarah pusara arwah Abe. Mungkin rasa rindu ini akan berkurang
dengan melihat tanah kuburnya. Setiap kali datang ke sini, setiap kali itu jugalah aku lihat mata ibu
berair.

Tapak tangan menyentuh tanah pusara yang kebasahan dek embun pagi itu, lantas mata
dipejam. Nafas ditarik, dihembus perlahan. Abe, tak akan pernah luput dari ingatan aku. Dia
pernah mewarnai zaman kecilku, pernah hadir di usia belasanku dan pernah menjadi hero dalam
cerita hidupku…

Lima tahun yang lalu

Hati mula gelisah. Hujan lebat turun sejak semalam. Kata ayah air sungai belakang rumah
semakin naik. Andai hujan lebat berterusan begini, banjir la jawabnya.

“Pia, kenapa?”, soal Abe. Payung biru itu setia berada dalam genggamannya, tolong payungkan
aku sebelum aku melangkah masuk ke kawasan sekolah. Tahun itu merupakan tahun aku
menduduki peperiksaan SPM, bulan 12, kebiasaannya musim hujan dan kawasan kampung aku
selalu dilanda banjir pada musim sebegini. Pagi itu, ayah dan Abe hantar aku ke sekolah.

24
“Pia risau..kalau rumah kita banjir, Pia nak balik macam mana petang nanti?” Muka Abe
dipandang.

“Ahh, Pia jangan risau”. Abe senyum sebelum meneruskan kata-katanya. “Abe kan ada.
Kalau Pia takut sejuk nak redah banjir tu, Abe boleh kendongkan”, Abe sengih sambil mengangkat
keningnya. Di sebalik kata-katanya itu aku tak tahu dia bergurau ke serius. “Iye-iye la tu Abe nak
tolong kendongkan”, aku menjuihkan bibir, tak percaya kata-katanya sebentar tadi. Abe dah mula
gelak, mungkin lucu mendengar jawapanku. “Dah, Pia nak masuk ni, student lain dah mula
berkumpul dah tu”. Rutin biasa sebelum masuk dewan peperiksaan, iaitu berkumpul mendengar
amanat Tuan Pengetua. Tangan ayah dan Abe kusalam. “Doakan Pia”. Ayah mengusap kepala aku.
“Bismillahirrahmanirrahim…” lantas langkah diayun ke dalam kawasan sekolah meninggalkan abe
dan ayah.

Pada petangnya, habis kertas III subjek Fizik, Abe datang berseorang menjemput aku.
Seperti yang kujangkakan pagi tadi, kawasan rumah dah penuh dengan air, menjadi seperti pulau
dan dipisahkan dengan jalan raya yang masih tidak tenggelam. Biasanya kami sekeluarga jarang
berpindah ke pusat pemindahan kerana struktur rumah yang tinggi, tidak tengggelam dan masih
selamat untuk dihuni. Kereta ayah yang Abe guna untuk ambil aku diletak di tepi jalan raya yang
kedudukannya lebih tinggi agar tidak tenggelam dek air bah. Selain kereta ayah, ada beberapa
kenderaan lain yang turut sama dialih ke atas jalan raya itu.

“Abe, macam mana ni?”, soal aku pada Abe sambil mata menghala ke arah rumah.

“Kita redah je la Pia. Tadi pun Abe redah je air ni masa nak ambik Pia kat sekolah”. Ohh,
patut la seluar Abe macam basah je masa mula-mula dia sampai kat sekolah tadi. Nun di sana
kelihatan rumah aku yang umpama pulau di kelilingi air bah. Untuk sampai ke rumah, aku dan Abe
perlu redah air yang kira-kira paras lutut itu.

Hujan masih renyai-renyai. Aku dan Abe masih di tepi jalan raya. Aku masih berkira-kira.
Nak naik ke tak? Asar belum lagi ni dan tak lama lagi maghrib bakal menjelma.

Abe tiba-tiba bersuara, “Pia, cepat la naik”.

Abe sudah bersedia membongkokkan sedikit bahagian belakangnya. Dia membelakangi aku
agar aku boleh panjat bahagian belakangnya. Nampaknya Abe betul-betul maksudkan apa yang dia
katakan pagi tadi. Dia nak kendong aku seberang air untuk sampai ke rumah. Aduhai, macam mana
ni. Aku segan, biarpun masa kecil-kecil dulu selalu panjat belakang dia. Tapi sekarang aku dah
besar. Dah 17 tahun, takkan abe nak kendong lagi. Waaaaa…aku berperang dengan perasaan
sendiri.

“Abe, kalau Pia tak nak Abe kendongkan boleh? Pia boleh jalan sendiri. Pia redah je la air
kat depan tu, bukannya dalam sangat”. Aku cuba memujuk Abe. Abe tegakkan semula badannya,
lantas berpusing menghadap aku.

25
“Pia, kalau Pia redah air bah tu, Abe takut nanti Pia demam. Air bah tu sejuk sangat tau.
Esok Pia ada paper lagi kan? Kalau demam macam mana nak pergi exam?”. Abe cuba berdiplomasi,
dia tahu benar tentang diri aku yang selalu demam, tak tahan dengan sejuk dan panas melampau.

“Tapi Pia malu la, segan. Tu ha orang tengok” Aku juihkan bibir pada budak-budak motor
yang lalu lalang di jalan itu sambil memerhatikan gelagat mereka dua beradik. Kebiasaan musim
banjir macam ni, banyak kenderaan lalu, ‘bersiar-siar’ menikmati panorama banjir.

“Laa..malu kenapa, Pia bukan kendong dengan sapa-sapa pun, dengan Abe kan, ABANG
SENDIRI.” Perkataan abang sendiri tu ditekan, jelas kedengaran di telinga.

“Tapi..”, aku cuba beralasan lagi.

“Pia..”, getar suara Abe sudah berbunyi lain, tapi macam biasa masih tetap tenang dan lembut.

“Alaa Abe.., boleh la”, aku cuba memujuk lagi.

“Nurul Afia binti Ahmad, cuba dengar cakap Abe kali ni boleh?”. Haisshh, aku kalau dengan abang
yang sorang ni, tak kan boleh kata ‘NO’.

“Iyelah, iyelah, Pia ikut cakap Abe”. Aku terpaksa mengalah.

“Haa, macam tu la adik Abe”, Abe dah tersenyum. Tanda menang.

“Jap Abe”. Letak beg sandang putih hitam di bahu itu dibetulkan. Kain sekolah biru gelap
itu disingkapkan sedikit. Nasib baik pakai seluar panjang tracksuit kat dalam. Lalu, belakang Abe
aku panjat perlahan-lahan. Leher Abe aku paut kemas, takut jatuh. Apabila dah sedia, Abe
menggendong aku redah air bah sampai ke rumah. Grrrrr..angin bertiup bersama hujan renyai-
renyai itu pun sudah terasa sejuknya, apatah lagi air bah ni, pasti sejuknya sampai menusuk tulang
sumsum.

Abe turunkan aku betul-betul atas tangga depan rumah yang masih tak tenggelam. Aku
tengok abe dah agak kesejukan.

“Abe, masa Abe kendong Pia tadi, Pia ni berat tak?”, aku cuba berseloroh dengan abe.

“Tak ah, kalau tambah Pia sorang lagi pun abe masih mampu lagi”, Abe jawab sambil gelak.

Dan itu merupakan kali terakhir aku bermanja dengannya sebelum dia pulang ke bandar
menerusakan pengajiannya. Abe pergi menemui Penciptanya dua bulan selepas itu. Masih
terngiang-ngiang di telinga, saat ayah menyampaikan berita sedih itu. Dan saat menerima berita
kematian Abe melalui satu panggilan telefon pada petang rabu itu, ibu rebah. Kini, Abe, anak
sulungnya sudah tiada. Jujur, aku sangat terkilan. Terkilan kerana Abe tidak sempat melihat
keputusan SPM aku. Terkilan sebab aku belum puas bermanja lagi dengan sorang abang yang
kupanggil Abe.

26
Pemergian Abe secara tiba-tiba menyedarkan aku bahawa dalam hidup ini kita perlu
bersedia dengan apa sahaja kemungkinan. Bersedia dengan kematian orang yang kita sayang dan
paling penting bersedia dengan kematian diri sendiri. Ajal dan maut itu pasti. Tiada siapa yang akan
terlepas. Cuma saat dan ketika hanya Allah Taala yang tahu.

Dan benarlah janji Allah Taala,

‘Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan
kebaikan sebagai cobaan yang (sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu
dikembalikan.’

[Al Anbiyaa’: 35]

Buah kelapa muda di batang yang tegak berdiri pun boleh luruh bila-bila masa tanpa tunggu
saat matangnya, apatah lagi manusia, usia yang muda bukan jaminan maut tidak akan datang
menjemput. Muda atau tua, ajal pasti datang andai sudah tiba saat dipanggil Ilahi. Pemergian
arwah Abe tak dijangka sama sekali, dan untuk redha dan menerima takdir itu yang payah. Mulut
mudah menyebut redha namun hanya hati yang merasa, bahu yang memikul dan kaki yang
melangkah juga yang terasa berat dan pahitnya. Redha memerlukan masa. Tak mudah. Namun,
asalkan hati yakin dan percaya ketentuanNya, pasti ada ganjaran yang menanti. Walau apapun jua
yang terjadi, hidup perlu diteruskan. Ya, yang masih hidup tetap perlu teruskan hidup.

Serak suara ibu menyedarkan aku dari lamunan singkat itu. “Pia, jom kita balik”, ajak ibu.

Kepala didongak ke langit. Matahari sudah makin meninggi memancarkan cahaya pagi.
Kawasan sekeliling pusara abe sudah bersih, tiada lagi lalang yang menghalang pandangan.
Nampaknya, ayah terlebih dahulu menyelesaikan tanggungjawabnya membersihkan kawasan
kubur yang sudah lama tidak dijenguk itu. ‘Kejap ibu, Pia nak cabut rumput ni’. Tangan segera
bergerak ke arah rumput-rumput kecil yang melingkari batu nisan di pusara itu. Memang hajat dari
awal sampai tadi, aku ingin membuang rumput-rumput kecil itu. Jika dibiarkan, nanti makin
panjang. “Dah siap?”, soal ibu. Wajah ibu dipandang lagi. Pinggir bibir ditarik. Ah, sudah masa untuk
pulang. Tangan ibu dicapai, kaki diayun perlahan mengikuti langkah ayah yang sudah jauh ke
hadapan menuju pintu pagar tanah pekuburan itu.

Selamat tinggal Abe, lain waktu aku datang lagi. Selamat tinggal Abe, moga di sana kita akan
berjumpa lagi.

Andai masih ada waktu


Andai kasih dipertemu
Cinta pasti menunggu

27
Untuk dia dan aku

Nukilan,
Wafa.

28
Hikmah Rindu
Sambil mengenakan pin tudung dibahu kanan sebagai dandanan terakhir, sempat lagi aku
menghayati kebesaran dan keindahan ciptaan Allah yang jelas terpancar dicermin.

“Subhanallah, cantik juga aku nih! Hihihi…”

Foto lama diatas meja bagai memanggilku untuk menatapnya. Maka terimbaulah segala
kenangan lalu yang benar-benar mengusik jiwa. Inilah foto lama yang sarat dan padat dengan
nostalgia lalu bersama sahabat seperjuangan, menelusuri hari-hariku yang baru sahaja bertatih
untuk berhijrah. Sungguh, dia yang aku rindu!

Aku teringat kalam indah yang keluar daripada bicara sahabatku ketika dia memberikan
tazkirah. Katanya, “…Maka ikatkanlah hati-hati kalian dengan ukhuwah dan iman. Tahukah kamu
apakah itu kemanisan ukhuwah? Kemanisan ukhuwah itu hakikatnya adalah rindu dan ia bermula
saat pertama kalian berpisah kerana-Nya…”

Aku merasai manis itu. Aku turut merasai rindu itu. Manakan mampu tidak terlintasnya
rindu jika dulu hari-hariku sentiasa terisi dengan bicara mendekati Ilahi daripada seorang sahabat
yang benar-benar memimpin aku untuk istiqomah dijalan-Nya.

“Assalamualaikum….”

Tak menyempat jawab salam, lintang-pukang aku berlari membuka pintu menyambut
sahabat yang terlalu aku rindu.

“Nuruuul! Rindunyaaaaa… Tengok sikit hidung. MasyaAllah masih sama macam dulu.
Tinggi pun masih tak berubah. Enti sihat?”.

Nurul dengan gaya biasanya yang bersahaja tersengih dan menggelengkan kepala.

“Enti dah jawab salam ana belum? Jawab salam tu wajib tau!” Hahaa.. aku tergelak kecil
dan menjawab salamnya.

Setelah 4 tahun terpisah, Alhamdulillah direzekikan untuk kami dapat berjumpa lagi.
Inilah hari yang aku nantikan untuk melepaskan segala rasa rindu. Nurul berjanji untuk membawa
aku berjalan-jalan bersama sebelum kembali ke Jordan.

Gelak tawa kami sepanjang perjalanan terhenti tatkala terlihat seorang tua yang berjalan
lemah dengan kedua tangannya penuh barangan. “Kasihannya dia…” Simpati itu tak dapat aku
simpan. Manakan tidak, sudah lah tua berjalan sendiri, disimbah pula dengan terik mentari.

29
Tatkala aku sekadar simpati, Nurul memberhentikan keretanya untuk menumpangkan si
tua itu. MasyaAllah, lencun tubuhnya bermandi peluh dengan muka penuh risau. Kami
menjemputnya masuk dan membawanya ketempat yang ingin dituju. Banyak soalan yang kami
tanya, tetapi hanya dibalas senyum dan menunjukkan arah ke tempat ingin ditujunya dengan
isyarat tangan. Rupanya, pak cik tua ini ingin ke hospital. Sebelum turun dari kereta, pak cik ini
meminta kertas dan pen yang terletak kemas diruang depan kereta. Matanya berkaca-kaca dan
senyum penuh gembira menghilangkan segala kerut diwajah risaunya dan memberikan sekeping
nota sebelum turun dari kereta.

“Terima kasih, nak. Pak cik ni bisu. Tak dapat nak jawab semua soalan anak tadi. Isteri pak
cik sakit tenat di atas sana. Tak ada kenderaan nak ke hospital. Baiknya hati anak berdua tolong
pak cik. Semoga Allah rahmati anak berdua.”

Tergamam seketika tatkala membacanya. Tidak hairanlah segala pertanyaan hanya


berbalas senyuman. Aku memuji perbuatan Nurul yang menumpangkan keretanya buat pak cik
tadi. Dia menggenggam tanganku sambil berkata, “Allah yang menggerakkan hati kita untuk
tolong pak cik tadi. Alhamdulillah, semoga Allah memudahkan urusannya.”

Kami kemudiannya meneruskan perjalanan. Katanya ingin membawa aku ke taman.


Semasa dalam perjalanan, aku sengaja mengusik Nurul.

“Ana ada satu teka-teki. Cubalah enti teka. Apa beza taman dengan enti?”. Nurul bergelak
kecil tidak dapat menjawab soalan ini.

“Hahaha… Soalan apa tuh? Lain macam bunyi dia. Apa jawapannya?”.

“Kalau taman itu terasa indah buat sesiapa yang memandangnya, enti pula akan terasa
indahnya ukhuwah buat sesiapa sahaja yang bersahabat dengan enti.”

Ketawa besar Nurul yang mahal itu, keluar juga akhirnya. Alhamdulillah, sampai juga kami
di taman.

Disaat aku asyik dengan kesegaran bau pohonan, dan tenggelam dalam kehijauan yang
menenangkan, Nurul memecah lamunanku dengan mentadabbur alam.

Katanya, “Enti terpukau dengan indahnya pohon? Ana pun. Tapi alangkah hebatnya kita
sekiranya mampu menjadi akar pohon ini yang jauh lebih indah pengorbanannya. Ikhlas
memberikan segala meski si pohon sekali pun tidak pernah melihatnya. Keikhlasan itu akhirnya
menjadikan si pohon teguh dan menabur manfaat buat sesiapa sahaja yang memerlukan.”

Semakin terpesona aku dengan ciptaan tuhan bernama pohonan. Aku sendiri masih
bertatih belajar ikhlas dalam setiap perkara yang aku lakukan.

30
Borak panjang kami dihentikan dengan tangisan anak kecil yang tersedu-sedu duduk
dibangku.

“Adik, kenapa nangis ni?”

Dia mengangkat wajahnya yang merah dan basah dengan air mata, “Mereka tak nak
kawan dengan saya.”

Aku tergelak kecil. Manakan tidak, ingatkan nangis sebab hilang emak, atau ditinggal
bapak. Dengan spontan tangan halus Nurul singgah ke pinggangku dicubit perlahan, “Tak baik
gelakkan orang.” Aku tersengih menggaru kepala. Nurul menghulurkan sebungkus coklat dari
begnya.

“Adik ambillah. Kongsi dengan kawan-kawan yang main di taman sana. Katakan kepada
mereka semua, saya cuma nak berkawan.”

Tak sempat bertanya nama, adik itu terus berlari menuju kawan-kawannya dan berkongsi
coklat pemberian Nurul itu tadi. Kami perhatikan gelagat mereka dari jauh. Tangis diwajahnya
hilang bertukar tawa. Hanya dengan sebungkus coklat, pergaduhan kecil bertukar mesra.
Hebatnya kuasa berkongsi. Tapi hebat lagi rasa bahagia yang tiba-tiba menyinggah ke hati tatkala
berjaya meleraikan pergaduhan anak-anak kecil itu.

‘Kruk...Kruk... ‘

“Bunyi apa tuh?”

Aku senyum-senyum malu,

“Itu bunyi perut ana yang berlagu merdu.”

Tergelak Nurul mendengarnya. Lalu, kami berjalan menuju kedai makan berdekatan
ditaman. Semasa menuju ke kedai makan, kami terserempak pakcik buta berjalan sendiri. Entah
kenapa terasa ringan mulut untuk menyapa.

“Assalamualaikum pakcik. Sorang jalan nih, nak ke mana?”.

Sapaan kami disambut mesra dengan senyuman dibibirnya.

“Pakcik saja berjalan kat taman nak hirup udara segar.”

Nurul tanpa segan silu mempelawa pakcik buta itu untuk makan bersama. Sambil
menunggu pesanan makanan sampai, kami bersembang panjang mendengar cerita hidup pakcik
itu. Biasalah hidup si buta tidak mendapat perhatian orang sekeliling dan sukar mendapat tempat
dalam masyarakat untuk bekerja.

31
“Tapi saya suka tengok pak cik. Walaupun hidup dengan sedikit kekurangan, pak cik
nampak sangat tenang dan gembira.”

Tergelak kecil pak cik itu mendengarnya lalu dia berkata, “Alhamdulillah, pak cik tak
pernah merasa butanya mata pak cik sebagai satu kekurangan melainkan satu kelebihan yang
patut pak cik syukuri.”

Allah… dengan ujian sebegini berat dia masih mampu melafaz syukur.

“Pak cik memang tak dapat melihat macam anak berdua. Tapi ini juga hadiah Allah supaya
pak cik tak nampak perkara yang haram dilihat. Dan tak nampak juga kelemahan keburukan
manusia lain untuk pak cik boleh bersangka-sangka yang cuma bagi dosa.”

Aku menghayati satu persatu bicara yang keluar dari bibir pak cik ini sehinggakan tak
perasan makanan dah sampai.

“Irah, kata lapar tadi. Makanan tu tak masuk mulut kalau tak disuap.”,usik Nurul.

Bau nasi goreng yang sedap ini kembalikan bunyi keroncong perutku yang lama hilang
mendengar cerita pak cik tadi.

‘Kruk… Kruk...’

Tergelak kami semeja mendengarnya.

Selepas pak cik itu meminta diri, kami pun berjalan menuju ke parking kereta untuk
pulang setelah puas berjalan ditaman. Kisah pak cik tadi masih bermain di fikiran. Kagum aku
dengan si buta yang bersyukur dengan kekurangannya. Melihat aku termenung jauh, Nurul
seakan memahami apa yang aku fikirkan.

“Indanya kalau kita memandang segala yang berlaku dengan pandangan hikmah. Ana
percaya kalau kita sentiasa bersangka baik dengan aturan Allah, pasti hati sentiasa tenang dan
lapang walau sebesar mana ujian yang datang.”

Seperti biasa, kata-kata sahabat aku yang seorang ini sentiasa membasahi ruang hati buat
sesiapa sahaja yang mendengarnya. Semakin tertaut hatiku dengan Ilahi tatkala bersamanya. Ya
Allah, kau berikanlah rahmatMu kepada dia yang aku sayangi keranaMu.

Perjalanan hari ini tidak sekadar menjadi penawar rindu, tetapi penuh hikmah untuk aku
hayati. Sungguh, jangan diremeh walau sekecil-kecil kebaikan. Kerana sekecil-kecil kebaikan itu
mampu mengubah duka menjadi suka, mengubah musuh menjadi kawan, mengubah tangis
menjadi tawa.

Semua manusia itu fitrahnya cinta kepada kebaikan. Kebaikan itu dapat didengar oleh si
pekak, dapat dilihat oleh si buta, dapat dirasa oleh si kudung, dan dapat dibicara oleh si bisu.

32
Indahnya manusia jika dihiasi dengan kebaikan, membawa kesejahteraan buat dirinya dan orang
sekelilingnya.

Perjalanan pulang semakin menghampiri rumahku. Ah! Sebak mula menyinggah ke hati.
Aku belum puas melepaskan rindu dengan sahabat aku.

“Sedihnya, sekejap lagi dah nak berpisah lagi.”

Bicaraku perlahan sambil menunduk wajah kerana tak mampu menatap sahabatku
disebelah takut tertumpah air mata. Entah bila lagi dapat berjumpa selepas ini.

“Irah, enti janganlah sedih sebab pertemuan kita hari ini berakhir. Tapi gembiralah sebab
kita dapat jumpa hari ni. Buruk tau muka tu sedih-sedih. Dah macam cekodok hangus ana tengok.
InsyaAllah, panjang umur kita jumpa lagi.”

Kata-katanya disusuli seyuman mekar dibibirnya, memujuk hati supaya hilang sedih tadi.
Setibanya dirumah, Nurul mendakap erat aku sambil membisik ditelinga.

“Saya sayang awak kerana Allah.”

Air mata yang sekian lama bertakung itu tumpah juga akhirnya. “Semoga kita berjodoh
lagi sahabat.” Tangan kananku melambai mengiringi kepulangannya kembali ke Jordan.

Sungguh beruntung aku miliki sahabat bernama Nurul. Melihat wajahnya, tenang sang
hati. Mendengar ucapannya, teringat akan Ilahi. Merenung tingkahnya, mengingatkan diri saat
mati sentiasa mendekati. Semoga doa ekspresi rindu ini menjadi pengikat hati walau terpisah
dibenua berbeza. Walau sejauh mana jarak memisahkan kita, destinasi kita tetap sama. Syurga.

Nukilan,
Siti Munirah binti Mahmud.

33
Sebening Wajah Ibu
Ubun-ubun itu aku kucup dengan penuh syahdu. Setitis demi setitis air mataku mengalir
lembut membasahi pipinya. Belakang tubuhnya aku usap beberapa kali. Wajah itu aku tenung
sepuas-puasnya... kerana aku tahu, selepas ini, mana mungkin aku berpeluang melihat wajah itu
lagi. Oh ibu!

*****
Sehari sebelum cuti semester...

"Assalamualaikum ibu. Ibu buat apa tu? Ifti nak bagitahu yang esok Ifti naik bas pukul 8
pagi. InsyaAllah dalam pukul 4 petang macam tu Ifti sampai," ucap Ifti dengan girangnya.

"Waalaikumussalam Ifti. Ibu tiada buat apa. Ifti sampai esok ye nak? Ya Allah.
Seronoknya ibu. Satu-satunya anak ibu nak balik. Nanti ibu masak sedap-sedap ye. Ifti nak makan
apa?" jawab si ibu, penuh berbunga-bunga.

"Ifti tak kisahlah ibu nak masak apa. Yang penting, air tangan ibu. Hihi." balas Ifti tak
kurang gembiranya.

"Amboi. Ni mesti rindu sangat ni kat ibu. Baiklah, baiklah! Untuk anak ibu, ibu masak
special esok. Supriseee!" balas si ibu.

Dalam kepalanya, sudah bermacam-macam gambar lauk yang dah keluar. Bibirnya pula
tidak lekang dengan senyuman. Siapa yang tak seronok nak jumpa anak yang sudah 3 bulan tak
jumpa?

*****
Hari ke-7 cuti semester…

"Ifti..Ifti nak ikut ibu pergi pasar pagi tak?" tanya si ibu dengan lemah lembut sambil
menarik selimut yang membaluti tubuh anaknya.

Ifti yang sedang mamai, terus menarik kembali selimut itu.

"Hmmm tak naklah ibu. Ifti stay up semalam buat kerja. Ngantuklaa..."rengek si anak.

Ibu yang kasihan melihat keadaan anaknya terus mengangguk.

"Yelah, yelah. Tapi kejap lagi kita masak sama-sama, boleh ye?" Tanya si ibu dengan
penuh lemah-lembut.

Ifti yang terus tertidur tidak memberi apa-apa respon. Si ibu tersenyum kecil. Lalu,
langkah kaki dibawa keluar dari bilik anak gadisnya.

*****

34
Hari ke-14 cuti semester…

“Ifti, jom solat jemaah dengan ibu.” laung si ibu dari luar bilik.

“Ibu solatlah dulu. Ifti nak siapkan kerja sikittttt lagi ni. Sikit lagi” balas Ifti dari dalam
bilik. Walhal dia hendak menghabiskan episode terakhir drama Korea ‘Legend of The Blue Sea’.

Selang beberapa minit…

“Ifti, mari kita mengaji sama-sama nak. Sudah lama ibu tidak dengar bacaan Ifti,” sekali
lagi si ibu melaung dari luar bilik.

“Errr.. kejap ye bu. Ifti baru siap mandi, Ifti solat dulu ye,” balas Ifti. Walhal dia baru
sahaja menyambar tualanya untuk mandi.

*****

Hari berikutnya…

"Ifti.. jom teman ibu masak," pelawa si ibu.

Ifti yang sedang melayan drama Korea dari lappynya terus tekan butang 'pause'. Lalu
langkah diatur menuju ke dapur.

"Ibu, apa yang Ifti boleh bantu?" tanya Ifti lembut.

Si ibu tersenyum gembira mendengar anak gadisnya bertanya apa yang boleh dibantu.
Sudah hampir 2 minggu di rumah, ini baru pertama kali Ifti sudi 'turun padang'. Sebelum ini, bila
disuruh buat kerja, macam-macam alasan diberikan. Ada kerja nak kena buatlah, assignment
perlu dihantar segeralah dan macam-macam lagilah.

"Ifti, tekak ibu ni asyik nak makan asam pedas ikan tenggiri je. Boleh tak Ifti masakkan
ibu lauk tu? Ibu rindula nak makan masakan Ifti," minta si ibu dengan penuh gaya, sambil
tangannya buat-buat mengusap leher.

Ifti tersenyum melihat 'drama' ibunya.

"Iye. Apa pula tak boleh? Untuk ibu, apa sahaja boleh." jawab Ifti penuh manja.

Si ibu tersenyum girang. Akhirnya dapat juga merasa air tangan anaknya.

Baru sahaja Ifti hendak mengambil pisau, telefonnya berdering tanda Whatsapp masuk.

Ifti memandang ibunya.

"Ibu, kejap ye. Ifti pergi check telefon jap," ujar Ifti selamba.

35
Ibunya yang tadi tersenyum girang, tiba-tiba menjadi muram. Sudah tahu dah, babak
yang sama akan berulang. Kejap lagi, pasti Ifti akan bagi macam-macam alasan lagi. Pasti dia lagi
yang kena masak hari ini.

"Ibu...ibu...ibu..." rengek Ifti.

Ifti berjalan perlahan-lahan menuju ke dapur, lalu mendapatkan ibunya.

Si ibu cuma melihat anaknya. Dah mula lah tu.

"Ibuuuu...Ifti ada ker..." tanpa sempat Ifti menghabiskan ayatnya, si ibu memotong.

"Iye. Pergilah nak buat kerja. Ibu faham. Tak mengapalah. Yang ini ibu boleh uruskan."
potong si ibu laju. Sedikit kecewa bunyinya.

"Errrr...Ibu marah ke?" tanya Ifti lagi.

Ibunya cuma menggeleng kepala, tanda tidak. Walhal, jauh di sudut hati, tiada siapa
yang tahu.

Seperti biasa, babak-babak seperti itu akan berulang setiap hari.

Ifti tersengih sambil buat muka pura-pura bersalah. Kemudian, langkah kaki terus diatur
ke dalam kamarnya.

Si ibu terus menggeleng kepala. Aduhai si anak. Namun begitu, dia sebagai seorang ibu,
cuba untuk memahami kerja anaknya. Tambahan lagi status anaknya sebagai seorang pelajar
tahun akhir. Ditambah pula dengan jawatan yang disandang. Dia pasti banyak tanggungjawab
yang perlu dijalankan.

Namun begitu, jauh di dasar hati, dia berasa sedikit kecewa akan perubahan sikap
anaknya. Tanggungjawab persatuan diutamakan, namun tanggungjawab sebagai seorang anak
diabaikan. Allah!

*****
Si ibu mengintai anaknya dari luar kamar. Kelihatan anaknya tengah tersengih-sengih
seorang diri melihat telefonnya. Sementara di satu sisi lagi, kelihatan drama Korea tengah
bermain di layarnya.

Si ibu mengeluh. Mungkin sudah tiba masanya untuk dia bercakap dengan anaknya.
Menegur perubahan sikap anaknya, yang makin lama makin menjadi-jadi.

Tok..tok..tok..

"Come in," terdengar suara dari dalam.

Lantas si ibu memulas tombol pintu bilik anak gadisnya.

36
"Eh ibu," tegur Ifti. Lantas badannya ditukar ke posisi duduk. Sambil sebelah tangannya
ralit menekan keypad telefon.

Si ibu cuma memperhatikan sahaja aksi anaknya.

Selang beberapa minit, si ibu duduk bersebelahan anak gadisnya.

"Ifti buat apa tu? Sibuk ke?" tanya si ibu lemah-lembut.

"Takdelah sibuk sangat ibu. Cuma ada kerja persatuan sikit ni haa," jawab si anak sambil
matanya memandang skrin telefon, tangannya pula ligat menekan keypad telefon.

Tanpa sedar, si ibu mengeluh halus. Jika dulu, setiap kali dia bercakap dengan anaknya,
pasti anaknya akan memandang matanya. Tangannya pula sentiasa memeluk lengannya,
manakala kepalanya pasti lentok di bahunya. Tapi kini, apatah lagi tangan dan kepala, di mata
pun tidak sudi untuk pandang.

Ifti yang mendengar keluhan itu terus angkat kepala.

"Ibu? Ibu okey ke?" tanya Ifti, namun tangannya masih ligat menekan butang keypad
pada telefonnya.

Ibunya cuma melihat pergerakan anaknya. Lama kelamaan perasaan amarah makin
membuak dalam dirinya. Lantas tangan Ifti yang sedang memegang telefon dirampas dan
dipegang kemas.

Terkejut Ifti dibuatnya. Matanya sedikit terbeliak. Tidak pernah mengjangkakan


tindakan ibunya itu.

"Ibu minta maaf sebab terpaksa sedarkan kamu dengan cara sebegini. Ibu minta maaf sebab
terpaksa curi masa kamu. Ibu minta maaf sebab terpaksa berkasar dengan kamu. Ibu minta maaf
sebab ibu, kamu terpaksa membalas lewat mesej kawanmu.

Ibu nak kamu tahu, sepanjang ibu hidup dengan kamu, ini pertama sekali ibu rasa cukup
sunyi. Ibu rasa terabai. Ibu rasa ibu kehilangan kamu, walau kamu ada di depan mata ibu. Ibu
tidak tahu seberat apa tugas kamu tu sampai masa kamu dengan keluarga, masa kamu dengan
ibu, kamu abaikan. Tidak boleh ke kamu luang masa dengan ibu walau 10 minit? Ibu rindu kamu.
Ibu rindu nak dengar celoteh kamu. Ibu rindu nak dengar cerita dan luahan hati kamu. Ibu rindu
nak masak-masak dengan kamu. Ibu rindu nak pergi bershopping dengan kamu. Tapi walau sehari
pun, kamu tidak pernah luangkan masa dengan ibu. Sedangkan solat jemaah dengan ibu pun
kamu abaikan, ibu ajak makan sekali pun kamu tolak, hal-hal mutabaah kamu singkirkan, di mana
terletaknya ibu di hatimu nak? Di mana terletaknya ibu di hatimu nak?

Dekat mana ibu salah ajar kamu selama ini, Ifti? Anak syurga ibu yang ibu didik dari
kecil, makin besar makin lupakan ibunya." teresak-esak Ifti mendengar rintihan jiwa ibunya.

37
Kepalanya tertunduk ke bawah. Tidak sanggup melihat ibu yang dia 'abaikan' tanpa sedar. Tangan
ibunya digenggam kemas, lalu dipeluk dan dicium.

"Ibu sudah tiada ayah di sisi, ibu sudah tiada siapa-siapa lagi nak...melainkan kamu
sorang je. Jika kamu sisihkan ibu, siapa lagi yang nak jaga ibu, dengan siapa lagi ibu nak
menumpang kasih sayang?" Sambung si ibu dengan air mata terjurai-jurai.

Ifti menggeleng-geleng kepalanya. Tanda menidakkan kata-kata ibunya. Lidahnya tidak


mampu untuk berkata-kata. Rasa sedih dan kesal begitu menyelubungi dirinya.

Kemudian, tubuh si ibu dipeluk dan dicium bertalu-talu. Ucapan maaf tidak henti-henti
keluar dari bibir Ifti. Dia baru sedar, selama ini cuti dia cuma dipenuhi dengan membalas
Whatsapp, skrol Facebook, Twitter, Instagram, menonton drama-drama Korea, membuat
assignment yang tidak pernah siap-siap, sampaikan masa dia dan ibunya terabai. Dia akui itu. Ibu
tidak tipu. Dia baru sedar apa yang dikatakan ibunya tadi, semua betul!

Setiap kali ibu mengajak solat berjemaah, dia sentiasa menyuruh ibunya solat dahulu.
Setiap kali ibu mengajak mengaji Al-Quran, dia sentiasa cakap 'nanti', setiap kali ibu mengajak
buat itu dan ini, pasti banyak alasan yang dilontarkan.

"Ya Allah, teruknya aku. Mana janjiku hendak menjaga ibuku? Mana janjiku hendak
berbakti kepada ibuku? Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku dan juga ibu ayahku. Kau pimpinlah aku
menjadi anak yang terbaik untuk ibu ayahku, di dunia dan juga di akhirat,"

*****

Hari terakhir cuti semester…

Sebelum menaiki bas untuk pulang semula ke pusat pengajian, ibu sempat berpesan
kepadaku.

“Perempuan boleh mengangkat dirinya di mata masyarakat melalui 3 perkara. Pertama,


agamanya. Kedua, harga dirinya dan ketiga, kebijaksanaannya. Cinta, kasih sayang, ilmu,
ketabahan dan kekuatan adalah dalam lingkungan ketiga-tiga perkara itu.”

Aku tersenyum dan mengangguk-angguk mendengar pesanannya. Namun begitu, jauh


dari sudut hati, aku agak tersentap mendengar pesanannya. Jika difikir-fikir secara mendalam,
sangat susah untuk menjaga 3 benda tersebut.

Lantas aku menyalami tangan ibu. Kemudian, aku memeluk tubuhnya erat-erat. Semasa
aku hendak mengangkat kepala, ibu mengeratkan kembali pelukannya.

“Ibu harap Ifti tidak sisihkan ibu lagi. Walau sepandai mana pun kamu belajar, sehebat
mana pun pencapaian kamu, hidup kamu tidak akan pergi jauh tanpa keredhaan dari ibu dan
ayah. Ifti kena ingat, keredhaan Allah itu terletak pada keredhaan ibu dan ayah, dan kemurkaan
Allah itu juga terletak pada kemurkaan ibu dan ayah.” Tutur si ibu dengan penuh lemah-lembut
tapi penuh tegas.

Habis sahaja si ibu memberi pesanan, tiba-tiba datang satu perasaan bersalah yang amat
sangat. Mata mulai rasa hangat. Air mata mula bertakung ditubir mata. Sedih…untuk

38
meninggalkan ibu dan lagi satu sedih bila memikirkan dosa-dosa yang aku buat tanpa aku sedar.
Lantas tangan ibu aku kucup bertalu-talu dengan ucapan maaf tidak lekang dari bibir.

“Ibu, maafkan Ifti. Maafkan Ifti ibu sebab Ifti selalu mengecewakan ibu. Terlalu banyak
salah yang Ifti buat dekat ibu, sampai ibu terluka. Maafkan Ifti ibu sebab Ifti sentiasa abaikan ibu,
Ifti sentiasa lawan cakap ibu, tidak mendengar kata ibu, tolak ajakan ibu. Maafkan Ifti ibu.
Maafkan ifti..Ifti tak nak jadi anak derhaka bu, Maafkan Ifti…” tutur Ifti sambil tersedu-tersedan
menahan tangisan.

Ibu mengangguk-angguk, lalu memaksa aku mengangkat wajah. Malu melihat orang di
sekeliling yang mulai tertarik dengan ‘drama’ swasta kami. Namun, sedikitpun aku tidak merasa
malu malah merasa cukup lega, apabila melihat wajah ibu mengangguk-angguk menandakan ‘ibu
maafkan aku’.

Ibu mengesat air mata yang mengalir di pipiku. Lalu, senyuman paling manis dihadiahkan
kepadaku.

“Walaupun sebesar gunung sekalipun salah kamu terhadap ibu, sebesar zarah pun ibu
tidak pernah ambil hati nak. Ibu cakap je macam tu, tapi sebenarnya walau 1 saat, ibu tidak
pernah untuk tidak meredhai hidup kamu nak. Kamu anak syurga ibu. Malah setiap saat ibu
mendoakan kesejahteraan buat kamu. Ibu sentiasa mendoakan supaya Allah jagakan kamu,
lindungi kamu sebab ibu tidak mampu untuk menjaga kamu di sana. Kamu adalah anugerah yang
Allah bagi kepada ibu, ” tutur ibu lagi.

Makin mengalir air mataku mendengar kata-kata ibu. Ibu yang melihat aku hendak
menangis semula, lantas cepat-cepat menolak tubuhku supaya menaiki bas. Aku tahu, bukan
sebab dia malu dengan orang sekeliling tapi dia tidak mahu melihat aku bersedih.

Sebelum aku menaiki bas, sekali lagi aku memeluk tubuh ibu. Ubun-ubun itu aku kucup
dengan penuh syahdu. Setitis demi setitis air mataku mengalir lembut membasahi pipinya.
Belakang tubuhnya aku usap beberapa kali. Wajah itu aku tenung sepuas-puasnya... kerana aku
tahu, selepas ini, mana mungkin aku berpeluang melihat wajah itu lagi. Oh ibu!

Mungkin aku perlu tunggu 3 atau 4 bulan lagi. Jarak tempat pengajian aku dengan tempat
tinggalku yang agak jauh menjadi agak mustahil untuk aku pulang kerap kali.

Ibu melambai-lambai tangannya kearahku.

“Jaga diri baik-baik nak. Solat jangan tinggal. Assalamualaikum,” laung ibu.

Sepanjang dalam bas, mulutku tidak henti-henti beristigfar. Memohon keampunan dari
yang Maha Esa. Takutnya aku andai menjadi anak derhaka.

Nauzubillahu min zalik.

Semoga kita semua tidak terdorong dalam golongan tersebut.

39
"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan
hendaklah kamu berbuat baik pada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di
antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, maka
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan janganlah kamu
membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia."

(QS. at-Isra: 23)

40
What Will Make You Stay?
Kepala rancak bergerak mengikut rentak lagu yang berdentum di telinga. Tangan tersisip
kemas dalam poket jeans. Tubuhnya santai bersandar di dinding memerhati sekeliling. Nafas
dihela perlahan.

Bohong kalau hati tak memberontak. Tipu kalau dia kata hati dia tenang selepas berborak
dengan Abang Zahid tadi.

Dia memejamkan matanya. Menahan air mata daripada mengalir di pipi. Entah kenapa
hati rasa berbuku dan sesak.

'Lelaki tak menangis lah bodoh!' Hatinya membentak.

Tepukan di bahu mengejutkan dia. Mata dibuka perlahan. Air mata ditepis laju daripada
pipi. Dia tahu dia dah kantoi, tapi dia buat tak peduli. Perlahan-lahan headphone yang dipakai
diturunkan dari kepala.

"Hm asal?" Bibirnya menggumam bertanya perlahan.

"Kau menangis? Atau habuk masuk mata? Which one?" Tanyanya dengan senyum senget
di pinggir bibir.

Direct betul mamat ni. Apa salahnya kalau cover buat tak nampak. Tak bagi peluang
langsung. Haih! Dia menghela nafas berat.

"Takde apa lah. Aku cuma ambil angin. Ha betul lah apa yang kau cakap, mata aku berair
sebab masuk habuk." Adam membalas selamba.

Khaled dihadapannya menarik senyum di bibir tanda faham dengan nada suaranya.

“Ala relaks lah Adam. Asal emo sangat ni. Kau kenapa? Nak share dengan aku?”

Adam hanya mengerling sekilas Khaled di sebelah. Member paling rapat sejak kecil. Saja
lah tu tanya soalan macam tu. Macam lah dia ada orang lain untuk berkongsi masalah. Tapi buat
pertama kali, dia terasa berat untuk meluahkan pada Khaled.

Suasana hening seketika. Khaled faham yang dia tak boleh memaksa Adam untuk
bercerita. Bila Adam bersedia, Adam akan bercerita juga padanya. Dia hanya diam berdiri di sisi
Adam.

“Khaled.”

Akhirnya Adam bersuara. Dia tahu dia dah tak mampu nak tanggung seorang diri.

41
“Ye sayangku.” Jawab Khaled dalam nada mengusik.

“Kenapa kau Islam?” Tanya Adam perlahan.

Khaled terkedu. Soalan luar alam apa yang Adam tanya ni? Tapi dia cuba untuk cool dan
memikirkan jawapan yang sesuai.

“Sebab aku lahir dari keluarga Islam dan mak ayah aku Islam. Tak ke?” Ragu-ragu Khaled
menjawab.

“Maksudnya kita Islam sebab keturunan? Sebab mak ayah kita Islam, then kita lahir pun
sebagai Islam? Tapi kau rasa cukup ke sampai situ? Macam mana kalau tiba-tiba one day mak
ayah kita decide untuk keluar Islam, kau rasa kau akan ikut?” Tanya Adam.

“Kau kenapa tiba-tiba ni Adam? Soalan kau luar alam sangat. Aku tahu kau suka tanya
soalan random tapi ni terlampau random. Sampai aku tak boleh nak hadam.” Luah Khaled.

“Kau tak jawab lagi soalan aku Khaled.” Dia berpaling menghadap Khaled.

“Aku tak tahu nak jawab apa. Tapi murtad kan haram. Berdosa besar kot.” Jawab Khaled.
Sejahil-sejahil dia pun, dia tak pernah langsung terfikir nak buat benda tu.

“So kau tak nak keluar Islam sebab haram? Bukan sebab kau sayang Islam? Bukan sebab
kau sayang Allah? Bukan sebab kalau kau tinggal Islam, maksudnya kau tinggal Allah? Bukan
sebab hidup dan mati kau untuk Islam?” Tanya Adam bertalu-talu.

Khaled terkedu. Sungguh dia terkedu sampai dia tak mampu nak membalas.

“Aku faham apa yang kau rasa. Jawapan kita sama.” Sambung Adam.

“Maksud kau?” Tanya Khaled dengan nada keliru.

“Soalan tu Abang Zahid tanya aku tadi. Dan aku jawab sama macam yang kau jawab.”
Jawab Adam sambil tersenyum pahit.

Abang Zahid. Senior mereka di kolej. Nampak sahaja biasa namun semua tahu ilmu
agamanya bukan biasa-biasa. Dia kenal dan dia juga senang dengan Abang Zahid. Abang Zahid
bukan jenis yang cepat menghukum orang. Lagaknya selamba namun tutur katanya sentiasa
berisi.

“Masa Abang Zahid tanya, aku betul-betul tersentak. Aku cuba tanya diri aku apa yang
akan buat aku stay dengan Islam kalau nanti seisi dunia menolak. Aku cuba cari tapi aku sedar,
aku tak cukup kenal Islam. Aku kenal Islam yang sangat basic. Yang basic tu pun terkapai-kapai
lagi nak bagi sempurna. Merangkak-rangkak lagi nak bagi lengkap”, sambung Adam.

“Bitter truth.” Balas Khaled dengan senyum yang jelas tiada perasa.

42
Suasana pada ketika itu seolah-olah terasa menyesakkan dada. Rasa yang tak terungkap.
Seolah-olah terbangun dari lena yang panjang.

“Tak terlambat ke kita nak berubah Adam?”

“Better late than never huh? Selagi kaki masih memijak di bumi dan selagi nyawa masih
dalam jasad. We will go through this together bro. Aku janji.”

“It will cost blood and tears for a start huh?”

“Probably yes. But worth it apa. Allah ada, remember?”

Dua-dua melakarkan senyuman di bibir. Hati berperang hebat dengan pelbagai rasa
namun tersisip rasa tenang yang entah datang dari mana.

Adam mendongak melihat langit malam yang terbentang luas. Air mata yang turun di pipi
dibiar mengalir tanpa disapu. Tak salah nak menangis sebab Dia pun kan? Dia tersenyum dalam
mata yang berkaca.

Peluang dari Tuhan takkan mati, selagi jasad masih hidup.

Cuma kau yang boleh ubah. Makin dekat atau makin jauh dari Dia.

Only you can decide what make you stay.

-MC-

43
Aku Bukan ‘Malaikat Maut’
Nama aku Joe. Aku membesar di dalam sebuah bandar metropolitan yang sangat maju
yang mengikut arus kemajuan dan kemodenan semasa. Bandar ini sangat terkenal sebagai
‘bandar hiburan’ kerana terdapat banyak hiburan yang ada di bandar ini. Hiburan di bandar ini
terdapat banyak peringkat daripada hiburan untuk kanak-kanak sehingga hiburan untuk dewasa.
Mata hati manusia-manusia yang tinggal di Bandar ini sudah ditutupi dengan terlalu banyak
hiburan sehingga mereka lupa akan hari pembalasan iaitu hari kiamat. Pengaliran duit-duit haram
lebih banyak berbanding pengaliran duit-duit halal dek kerana kebanyakan hasil yang diperolehi
daripada hiburan-hiburan yang melalaikan.

Terlalu susah untuk aku melihat orang yang berpenampilan mengikut sunnah Nabi
Muhammad S.A.W.. Manusia-manusia yang tinggal di bandar ini berlumba-lumba mengumpul
harta dan membina bangunan-bangunan yang tinggi mancakar langit agar mereka dapat
bermegah dengan kekayaan yang dimiliki dan untuk mendapatkan kemahsyuran daripada orang
sekeliling. Orang yang banyak harta akan dipandang mulia manakala orang yang punya sedikit
atau tidak mempunyai harta akan dipandang hina oleh masyarakat sekeliling. Harta menjadi kayu
pengukur kemuliaan di mata masyarakat di bandar ini.

Disebabkan kemajuan yang membangun begitu mendadak, maksiat-maksiat seperti zina,


pencabulan dan sebagainya sudah sebati dengan masyarakat sekeliling sehingga mereka tidak
lagi menganggapnya sebagai suatu dosa yang bila-bila masa sahaja boleh menyebabkan bandar
tersebut ditimpa bala musibah. Terkadang aku sedih melihat wanita-wanita yang sepatutnya
darjatnya lebih tinggi daripada lelaki menjadi pelacur yang berkeliaran di Bandar untuk mencari
harta agar dapat terus melangsungkan hidup kerana persaingan pekerjaan dalam kalangan
wanita sangat hebat. Ada juga diantara mereka yang menjadi pelakon filem lucah kerana tiada
pilihan lain untuk mendapatkan pendapatan.

Aku bekerja sebagai seorang pembunuh upahan yang terkenal dalam kalangan mafia atau
gangster yang terdapat di bandar ini. Mereka akan mengupah aku untuk membunuh atau
menjadikan musuh atau pesaing mereka hidup dalam keadaan menderita iaitu dengan
membunuh ahli keluarganya.

44
Mereka membayar aku dengan upah mahal kerana kerja yang aku lakukan tidak mampu
untuk dilakukan oleh semua orang. Aku perlu menanggung risiko yang sangat tinggi semasa
melakukan kerja ini, iaitu dengan mempertaruhkan nyawa aku sendiri. Aku memilih kerja ini
kerana ini sahajalah kemahiran yang aku miliki. Susah untuk hidup di bandar ini jika tidak
menguasai banyak kemahiran.

Kemahiran yang aku miliki ini ialah hasil daripada khidmat aku di dalam tentera. Aku
adalah bekas tentera yang berkhidmat di dalam bahagian special force. Hanya orang tertentu
sahaja yang boleh berkhidmat di dalam bahagian ini kerana kerjanya yang susah iaitu menyokong
tentera-tentera biasa semasa berperang dan perlu menjalankan misi-misi yang sukar seperti
membuat intipan dalam kawasan pihak musuh.

Telah ramai kawan aku yang mati semasa menjalankan misi mereka kerana ditangkap
oleh pihak musuh. Aku telah melihat banyak penderitaan kawan-kawan aku yang disiksa oleh
pihak musuh apabila tertangkap. Ada diantara mereka dikerat-kerat anggota badan, ada juga
yang disiat kulit, ada yang disembelih dan ada juga yang ditanam hidup-hidup oleh pihak musuh.
Sedih dan takut apabila aku melihat mereka diperlakukan sebegitu rupa tetapi aku tetap
menguatkan diri ini kerana aku dan kawan-kawanku gembira dapat membantu negara tercinta
berada dalam keadaan aman walaupun perlu mengorbankan nyawa sendiri. Kekuatan yang ada
dalam diri kami adalah datangnya daripada latihan-latihan yang dijalankan. Sebelum dapat
memasuki special force ini, aku perlu menjalani banyak latihan kekuatan mental dan kekuatan
fizikal untuk menghadapi situasi-situasi seperti yang aku nyatakan tadi.

Aku dikenali sebagai pembunuh upahan jarak jauh kerana aku menggunakan senapang
jenis sniper untuk melakukan pembunuhan. Pembunuhan melalui jarak jauh sukar untuk dikesan
oleh sesiapa pun kerana jarak aku dengan mangsa sangat jauh sehingga boleh mencapai jarak
antara ground floor dengan top floor sebuah bangunan. Disebabkan oleh aku membunuh pada
jarak jauh, aku sama sekali tidak mempunyai musuh kerana aku tidak boleh dilihat oleh orang
lain.

Tapi aku akui bahawa membunuh menggunakan sniper sangat sukar berbanding
membunuh jarak dekat yang menggunakan pistol biasa. Kebarangkalian untuk aku menyelesaikan
tugas aku dengan jayanya adalah 50-50 tetapi dengan kemahiran yang aku miliki, aku berjaya
menyelesaikan semua tugasan yang diberikan kepadaku.

45
Kemahiran menembak jarak jauh yang aku miliki ini adalah hasil daripada latihan aku
semasa berada di dalam special force. Aku digelar pro sniper oleh kawan-kawanku yang turut
sama berlatih bersama-sama dengan aku semasa berada di dalam special force kerana tembakan
selalu mengenai sasaran. Aku mendapat banyak pingat daripada orang atasan kerana aku berjaya
menyelesaikan setiap misi yang diberikan kepadaku.

Aku telah melihat banyak pertumpahan darah berlaku dihadapan aku, ibu bapa dibunuh
dihadapan anak-anak mereka dan kanak-kanak yang tidak mengetahui apa erti hidup dibunuh
tanpa belas kasihan. Disebabkan oleh situasi-situasi begitulah, aku seperti sudah tidak
mempunyai perasaan belas kasihan dan hati aku sudah hitam legam seperti arang. Aku tidak
mempunyai apa-apa peraasaan semasa melakukan kerja pembunuhan aku walaupun perlu
membunuh mangsa aku dihadapan ahli keluarganya.

Dalam kalangan ahli kongsi gelap, aku digelar ‘malaikat maut’ kerana aku berjaya
membunuh semua mangsa dengan jayanya tanpa dikesan oleh orang lain. Aku dibayar beribu-
ribu ringgit untuk satu tugasan dan aku hidup sangat mewah hasil daripada kerja itu. Tetapi aku
tidak mempunyai kebahagiaan dalam hidup. Walaupun hidup aku mewah, aku hidup seorang diri
dan selalu dalam kesunyian kerana aku takut untuk berkeluarga.

Aku sudah lama hidup seorang diri kerana sejak lahir lagi aku adalah seorang yatim piatu.
Aku tidak mendapat kasih sayang yang secukupnya daripada ibu bapa seperti kanak-kanak lain.
Andai aku merasa bosan, aku boleh membeli perempuan-perempuan dengan kemewahan yang
aku miliki tetapi hanya untuk sementara waktu kerana aku tidak merasa bahagia walaupun ada
peneman yang hanya menunggu bayaran daripada aku dan bukannya ikhlas untuk bersamaku.

Kadang-kadang aku terasa hidup aku tidak berguna kerana kerja yang aku lakukan dan aku
tidak mempunyai arah tuju untuk dicapai di dalam hidupku, hidup aku ibarat hanya menunggu
mati dan mendapat balasan yang setimpal dengan apa yang aku lakukan. Aku sudah lama
melakukan kerja pembunuhan ini iaitu sudah selama 10 tahun aku melakukan kerja ini. Aku
merasakan bahawa membunuh dengan jiwaku sudah sebati sehingga aku tidak merasa apa-apa
semasa membunuh orang asalkan kerja aku selesai dan mendapat bayaran aku. Bayaran untuk
membunuh seorang mangsa sekitar 5000 dollar dan ke atas. Dan dalam sehari boleh dikatakan 5
orang mangsa aku yang biasanya terdiri daripada ketua kongsi gelap ataupun ahli perniagaan.

46
Sekali-sekala, terdetik di dalam hatiku ini untuk berubah dan meninggalkan semua kerja
yang aku lakukan, berubah kearah kebaikan tetapi aku berkata kepada hatiku bahawa aku juga
menunggu masa untuk berubah walaupun aku tahu perubahan tidak akan berlaku sendirinya jika
kita tidak memulakan langkah pertama. Hakikatnya, aku masih lagi gembira dengan kehidupan
aku sekarang yang serba mewah walaupun terkadang aku bosan kerana aku berfikir bahawa
dengan adanya wang, aku mampu untuk membeli apa yang aku inginkan kecuali kebahagiaan.

Di dunia sekarang ini, wang lebih berkuasa daripada segala-galanya. Dengan adanya
wang, manusia boleh membeli kuasa. Dengan adanya wang, maruah manusia boleh dibeli
dengan sangat mudah seperti maruah manusia sudah tidak bernilai dimata manusia sedangkan
maruah tidak ada nilainya dan tidak boleh dibandingkan nilainya dengan wang ringgit.

Pada suatu malam, setelah menyelesaikan tugasan yang diberikan, aku menaiki motor
untuk pulang ke rumah. Semasa dalam perjalanan, aku melalui sebuah surau yang ada di
kawasan rumahku, tiba-tiba aku terdengar sepotong ayat daripada penceramah yang memberi
ceramah yang berbunyi,

“Malaikat Izrail adalah utusan Allah S.W.T mengambil nyawa manusia yang hidup,
manusia tidak boleh mengambil nyawa sesama manusia”.

Sesampainya aku dirumah, aku melakukan rutin selepas menjalankan tugasan iaitu
membuka televisyen untuk menonton berita untuk memastikan mangsa aku betul-betul mati dan
kebiasaannya aku berjaya menyelesaikan tugasan aku tetapi hari malam itu, aku mendapat tahu
daripada berita bahawa mangsa tersebut terselamat daripada tembakan aku. Aku terus teringat
akan ayat daripada penceramah semasa aku dalam perjalanan pulang ke rumah tadi dan aku
berkata di dalam hati aku bahawa aku bukan ‘malaikat maut’ seperti yang digelarkan yang boleh
mengambil nyawa manusia seperti malaikat Izrail.

Selepas peristiwa tersebut, aku terus meninggalkan bandar itu dan keluar jauh ke tempat
yang lebih baik dan aku juga meninggalkan kerja dan segala kemewahan yang aku miliki. Aku
berazam untuk berubah ke arah yang lebih baik seperti yang dituntut oleh Islam.

Nukilan,

John Lejen

47
Contengan Diriku
“Lauk dah terhidang ni. Jomlah makan, Amir”. Panggilan ini masih terngiang di telingaku.
Disampuk rindu agaknya.

Sudah hampir tiga bulan aku memasuki asrama. Alhamdulillah, dengan keputusan tak
seberapa Penilaian Menengah Rendah (PMR) dahulu telah melayakkan aku memasuki Sekolah
Berasrama Penuh yang terletak di Muar.

Pada mulanya, aku tidak terlintas untuk menuntut di sekolah jenis berasrama penuh ni.
Kalau tidak kerana hasrat orang tuaku, pasti aku tidak menjejakkan kaki ke sini.

Seperti biasa, awal-awal pagi lagi kami dikejutkan dengan jam loceng Subuh daripada Pak
Yusoff, warden asrama kami. Ya, sama sahaja jenis loceng di rumah. Tetapi di rumah tidaklah
direnjis air oleh ibu seperti yang dilakukan Pak Yusoff.

Ternyata liat untuk kejutkan pelajar-pelajar di asrama memaksa Pak Yusoff menggunakan
cara istimewa untuk kejutkan kami semua dan ternyata amat berkesan. Pengalaman disiram sudah
sebati dalam fikiran pelajar sini.

Aku masih ingat tatkala di hari pertama aku di asrama, Pak Yusoff dengan bersemangat
beroperasi tanpa pemberitahuan. Pada mulanya, aku ingatkan ahli bomba yang sedang bertugas
memadamkan api tapi hanya warden yang tidak akan berhenti menyembur air selagi kami tidak
bangun. Hari pertama jugalah pelbagai alasan untuk mengelat diberikan. Habis basah katil aku
dibuatnya.

Disana juga, kami dikerah bersiap ke surau untuk solat Subuh berjemaah. Kekuatan untuk
pergi berjemaah di surau ini merupakan suatu kejayaan bagiku jika dibandingkan dengan tabiat
‘Subuh Gajah’ apabila di rumah. Melangkah ke sekolah ini seperti melangkah ke dunia lain bagiku.
Mungkin dunia lebih baik? Banyak hikmahnya aku ditarbiyah di asrama ini.

Diriwayatkan oleh Imam Muslim dengan sanadnya daripada Saiyidinah Aishah r.a., isteri
Rasulullah SAW, bahawa Baginda telah bersabda: “Solat dua rakaat (sebelum) Solat Subuh itu
lebih baik daripada dunia dan segala isi buminya”

Budaya ini mungkin dipandang remeh tapi budaya ini jika ditekankan amat besar ganjaran-
Nya. Begitulah kata ustaz yang memberi sedikit perkongsian setiap kali selepas Solat Subuh
berjemaah di surau kami. Sejarak 500 meter untuk berjalan ke surau dari blok A iaitu kediaman
aspura dan blok B yang didiami aspuri. Kedua-dua blok tersebut dipisahkan dengan Dewan Selera
yang semestinya sentiasa menggugat seleraku untuk menikmati makanan didalmnya. Surau Al
Muttaqin, bermaksud orang yang beriman dan beramal soleh, sesuai dengan tempatnya iaitu
lambang kesucian umat Islam. Kedua-dua tempat inilah yang menghidupkan suasana sepanjang
aku disini.

48
“Dah siap ke belum Amir? Bersiap mengalahkan perempuan! Melaram ke?”, kata Aliff
dengan muka selamba.

Aliff ialah rakan baikku, dialah rakan sebilik, dia juga lah rakan sekelas, rakan makan, rakan
seronok dan rakan semua lah di sekolah ini.

“Sabar lah Amir. Sikit lagi ni nak siap. Islam kan mementingkan kekemasan. Tengok aku.
Kemas kan? Hehe…”,pantas aku menjawab.

Menjadi rutin kami, pelajar di asrama akan menyinggah ke Dewan Selera atau nama
manjanya, DS untuk bersarapan sebelum masuk ke kelas. Dewan Selera inilah syurga bagi kami
kerana makanan disediakan sangat sedap dan itu mungkin menjadi faktor para pelajar tidak pernah
‘miss’ makan. Ketua tukang masak yang dikenali Cik Pah juga amat baik dengan pelajar-pelajar.

“Dari rupa paras dan gaya pemakaiannya, aku agak dia ni berumur 40-an”.

Aliff hanya mengendahkanku. Mungkin khusyuk menikmati sarapannya dan kebetulannya


menu hari ni telur separuh masak yang menjadi kegemarannya. Namun bagiku, sesedap mana
masakan DS ini, masakan rumah is always the best!

Setiap pagi juga Pak Yusoff selaku warden akan memastikan dorm kami kosong sebelum kelas
bermula. Walaupun Pak Yusoff ditakuti oleh pelajar-pelajar kerana kegarangannya bak harimau.
Tapi tak ramai yang tahu bahawa beliau serorang yang sangat peramah.

“Sudah jam pukul berapa Aliff?” Aku bertanya sambill menguap.

“Baru pukul 12.30 tengah hari.”, balas Aliff yang melihat jam G-shock bewarna putih di
tangannya.

Bagi ku, waktu ini la kemuncak segala tahap mengantuk ditambah apabila dengan subjek
menghafal seperti Sejarah. Mendengar kata-kata Cikgu Suriani dalam kelas ini macam masuk
telinga kanan keluar telinga kiri sahaja. Maklumlah, fikiran dan hati mula countdown untuk rehat
tengah hari yang berbaki 30 minit lagi. DS sekali lagi menjadi tempat tumpuan para pelajar. Rehat
selama satu jam diisi dengan makan dan solat zohor. Dan jika mempunyai masa, sempat juga untuk
qailullah iaitu tidur sebentar di siang hari dan Surau Al-Muttaqin menjadi tempat rehat kerana
lokasinya yang berhampiran dengan blok akademik.

Kelas dimulakan dan diteruskan sehingga petang. Kebiasaanya akan berhenti pada pukul
4.30 petang untuk memberi laluan para pelajar solat asar berjemaah walaupun segelintir pelajar
yang nakal akan balik terus ke blok dengan alasan penat. Ustaz Syukri, guruku yang mengajar
subjek Pendidikan Islam pernah berkata bahawa,

“Barangsiapa yang solat kerana Allah selama 40 hari secara berjamaah dengan
mendapatkan takbiratul pertama, maka ditulis untuknya dua kebebasan, iaitu kebebasan dari
api neraka dan kebebasan dari sifat kemunafikan.” Dipetik daripada HR. Tirmidzi.

49
Amat besar manfaatnya jika semua orang menghayatinya namun manusia sering terleka
dengan kesibukan dunia.

Waktu petang pula akan diisi dengan riadah di padang. Kebiasannya padang bola dipenuhi
pelajar lelaki dan padang bola keranjang sebaliknya. Mungkin ini menjadi lumrah permainan
berdasarkan jantina yang lelaki terdorong kepada jenis permainan yang lebih lasak sedikit
berbanding perempuan. Mungkin juga kerana untuk melatih lelaki kerana mereka dilahirkan untuk
menggalas tanggungjawab yang berat sebagai pemimpin sama ada pemimpin kepada keluarga
mahupun pemimpin kepada negara.

Berbaju melayu menjadi peraturan yang ditetapkan oleh pihak sekolah untuk ke kelas prep
malam. Jadi tidak peliklah jika setiap pelajar mempunyai 5-6 helai baju melayu. Maklum lah hari-
hari kena memakainya. Selepas waktu makan, Pak Yusoff sekali lagi mengarah pelajar-pelajar untuk
terus solat maghrib berjemaah di surau. Jika melihat para pelajar jalan itik ke surau, sudah pasti
tu pelajar yang lambat untuk datang ke surau. Kalau di kira, lebih kurang sepuluh kali aku
dikenakan hukuman sebegitu.

Pasti akan terbit niat hati untuk memberontak disebakan hukuman yang terpaksa
menanggung malu tu. Pernah ada juga kes pelajar sanggup berhenti sekolah kerana tidak sanggup
ditadbir dengan peraturan seperti ini.

Di antara maghrib dan isyak, kebiasanya akan di isi dengan kuliah oleh ustaz-ustaz daripada
kalangan guru disini. Kelas prep malam bermula selepas isyak dan habis dalam kira-kira jam 10
malam. Bagiku, kelas prep malam hanya efisien apabila di minggu peperiksaan sahaja. Manakan
tidak, riuh suasana kelas prep malam ini sudah seperti keadaan pasar malam. Nasib baiklah tiada
jual beli berlaku disini.

Selepas dua tahun berlalu melalui hari-hari di asrama, aku dan Aliff akhirnya berpisah
mengikut haluan masing-masing berdasarkan minat dan impian yang hendak dikecepai. Aliff
mengambil kursus Alquran dan Sunnah di Universiti Islam Antarabangsa dan aku pula di Universiti
Kebangsaan Malaysia mengikuti kos Sains Sukan.

Memang tidak dinafikan university life dengan school life amat berbeza. Mungkin dulu kau
impikan untuk hidup dengan tidak ada sebarang peraturan. Namun, kepatuhan dan disiplin diri
yang akan membentuk peribadi diri pada hari ini. Kenangan manis dan pahit terutamanya dengan
pelbagai jenis denda diterima masih terpahat di fikiranku.

Sememangnya sukar untuk kita hidup tanpa peraturan kerana kita diibaratkan hidup tanpa
arah tujuan. Sama juga bila kita tak hidup berlandaskan Al-Quran dan Sunnah yang sepatutnya
menjadi kompas kehidupan kita.

Nukilan,
Von

50
2 Dunia, 2 Tanggungjawab Berbeza
Kini, aku menjadi seorang mahasiswa USM cawangan Kampus Kesihatan di Kubang Kerian,
Kelantan negeri aku membesar dari kecil. Aku bukanlah berasal dari golongan berada mahupun
dari yang kurang kecukupan. Alhamdulillah, aku dan keluarga diberi nikmat yang cukup dari Allah
SWT. Namun, setiap kehidupan mesti ada dugaan. Ayah diserang penyakit angin ahmar (stroke)
ketika aku di tingkatan 2 pada tahun 2010 yang lalu. Kami sekeluarga redha dengan apa yang diberi.

Hendak dipendekkan cerita, semua adik beradik perlu berjauhan daripada ibu bapaku
termasuk aku yang perlu meneruskan pelajaran ke peringkat matrikulasi. Hanya tinggal abang aku
yang berhenti kerja untuk meringankan beban ibu menjaga ayah.

Kisah aku di matrikulasi, berdepan dengan kesusahan untuk mengejar dan menyesuaikan
diri dengan kehidupan di sini. Tapi, disinilah tempat yang banyak mengajar aku untuk benar-benar
mencari Tuhan. Setiap perkara yang aku belajar dalam kelas tidak masuk dalam kepala. Aku terfikir
kenapa boleh jadi sebegini. Aku tertekan dengan masalah belajar demi kejayaan aku dihadiahkan
kepada ibu bapaku.

Alhamdulillah, aku di hadiahkan seorang sahabat yang suka menasihati untuk sering
mendekati-Nya. Katanya “Sentiasalah luangkan masa untuk bersama dengan Allah, masa yang kita
guna untuk-Nya akan dibalas dengan masa yang lapang untuk kita”.

Dari hari itu, aku berusaha untuk sentiasa turun ke masjid bersama sahabat disetiap waktu
Maghrib dan Isya’. Selang antara waktu, kami solat taubat, hajat dan membaca al-Quran serta tidak
lupa juga untuk qiam setiap malam. Setiap hari, aku mendoakan kesejahteraan ibu bapaku yang
tidak dapat aku membalas jasa mereka ketika mereka susah. Itulah tanggungjawab aku terhadap
ibu bapaku kerana tiada apa yang dapat aku lakukan ketika berjauhan dengan mereka. Semenjak
dari itu, aku sudah terbiasa dengan amalan itu dan aku tambah lagi dengan memaksa diri untuk
menangis ketika menghadap Allah SWT. Setiap hari juga, aku bertanyakan khabar orang tuaku di
rumah dan meminta restu dengan mereka. Aku bersyukur diberi ketenangan dan dapat merasai
kemanisan itu. Alhamdulillah… tanpa diduga, aku mendapat kejayaan yang aku inginkan ketika
berada di sana. Dapatlah aku melihat senyuman kegembiraan pada wajah ibu bapaku dengan
menghadiahkan kejayaan aku.

Semester 3 di USM ini, semasa minggu ulangkaji bermula aku terpaksa pulang ke kampung
halaman untuk menjaga ibu dan ayah aku dirumah oleh kerana semua abang-abang aku sudah
merantau di negeri orang untuk mencari rezeki. Pada awalnya, aku redha dengan ujian ini. Aku
perlu menyusun jadual ulangkaji untuk hadapi peperiksaan dengan sebaik mungkin dengan tidak
mengabaikan tanggungjawab terhadap ibu bapaku dan tidak lupa juga untuk menjaga Mutaba’ah
aku ketika di rumah.

51
Pada suatu hari, aku merasa terbeban dengan semua ini. Peperiksaan tinggal beberapa hari
sahaja lagi, ibu menyuruh aku lakukan itu dan ini tanpa mengetahui jadual peperiksaan aku yang
sangat padat. Aku juga perlu menguruskan ayah setiap hari.

Aku menangis dan mengeluh, “Ya Allah, kenapa aku diuji sebegini, aku satu-satunya anak
perempuan dalam keluarga ini, aku lemah, aku tak mampu pikul amanah ini, aku tak mampu
memikul tanggungjawab ini, aku tak mampu untuk hadapi semua ini tanpa sokongan dan bantuan
abang-abangku dan orang-orang yang aku sayang.” Tambahan, kami diuji lagi dengan kehilangan
ibu saudara sebelah ayah.

“Adik…..ooooo adik….”

Panggilan ibu menyedarkan aku dari lamunan…

Astaghfirullahhal A’zim… aku beristighfar, ya Allah apa yang aku telah lakukan. Aku
mengeluh dengan tanggungjawab yang Engkau amanahkan padaku hanya dalam beberapa hari?
Sedangkan ibu bapaku telah menjaga aku sudah berapa tahun, inikah balasan aku terhadap orang
tuaku? Ikhlaskah aku? Patutkah aku? Dugaan yang sedikit tidak mampu untuk aku hadapi, aku
terfikir kenapa sampai begini. Sekarang aku faham, aku terlalu mengejar dunia, terlalu mengejar
kejayaan peperiksaan tanpa aku faham yang semua ini adalah ujian dari Allah untuk menyedarkan
aku bahawa kejayaan dunia tidak dapat kau kecapi jika tiada restu dari ibu bapa dan keberkatan
dari-Nya.

Aku juga teringat dengan kata-kata ibu ketika aku memuji kecantikan sebuah kereta yang
lalu di hadapan rumah semasa aku dan ibu sedang bersantai.

Kata ibu, “Ibu tidak mahu semua itu, ibu hanya mahukan kebahagiaan” ya Allah… aku cuba
untuk tidak menitiskan air mata di hadapan ibu. Kata-kata ibu sungguh menikam kalbuku.

Setelah sedar dan faham situasi yang berlaku dalam hidup aku, aku berserah kepada Allah
disamping usaha dan doa tidak pernah aku lupakan.

Satu keajaiban yang aku perasan, meskipun setiap kali hari peperiksaan aku dan ibu
mencari orang sekeliling untuk menghantar dan mengambil aku pulang, aku sentiasa berasa
tenang. Setiap kali sampai di dewan, aku adalah orang yang paling lewat. Namun, aku tidak merasa
debaran sedikitpun.

Sekarang aku faham, manusia sekarang terlalu mengejarkan akan kemewahan dunia
termasuk aku sendiri walaupun kita tahu bahawa kita tidak perlu mengejar dunia, hanya
mengejarkan akhirat, dunia akan menyusul. Tidak lupa juga, setiap tanggungjawab yang
diamanahkan oleh kita perlu di pikul dengan sebaik mungkin termasuk dengan menjaga orang tua
kita semasa mereka sudah tua. Satu ayat yang tidak pernah aku lupakan, “Kita merancang, Allah

52
juga merancang, dan sebaik-baik perancang adalah Allah SWT”. Ayat yang selalu mengingatkan aku
untuk sentiasa bersangka baik terhadap Penciptaku.

“Cukuplah Allah bagi kami dan Dialah sebaik-baik penjaga.”


(Al-Imran:173)

Pengajaran: Bagi yang telah kehilangan atau masih mempunyai ibu bapa, berbuat baiklah kepada
mereka kerana mereka adalah salah satu punca keberkatan dalam hidup kita. Berbaktilah kepada
mereka dengan mendoakan mereka dan menjaga rohani dan jasmani mereka. Sayangi ibu bapa
selagi Allah masih pinjamkan nyawa mereka untuk kita.
Wallahu a’lam.

Nukilan,
Nur Aini binti Daud

53
MencariNya
HTC M8 di sebelah, earbud Ipod di telinga sambil jari jemari yang tidak henti menekan
keyboard laptop. Masa berbaki tinggal dua hari lagi untuk menyiapkan assignment yang sudah
diberi sebulan lebih awal. Lagu Greenday – 21 Guns diputar di telinga. Album 21st Century
Breakdown banyak kali juga dikhatam hari ini. Dari pukul 2 petang hingga 6 petang, laptop Vivo
menjadi saksi kesungguhan Amir dan Asar entah letak di mana. Mata meneliti setiap perkataan
ditaip. Mungkin kerana Assignement yang membawa 40% carry marks. 4 jam tidak cukup untuk
menyiapkan assignment yang diberi tempoh sebulan tapi sudah lumrah last minit bagi seorang
pelajar.

“Malam nanti pula sambung kalau tidak boleh meletup otak kau macam tu,” berkata Ashraf
atau dipanggil Ash.

Ash merupakan salah satu roommate Amir bersama seorang ahli rakannya iaitu Hafizuddin
atau lebih gemar dipanggil Din.

Ketiga-tiga kami bagai isi dengan kuku sejak hari mula perkenalan lagi. Setiap kami
mempunyai latar belakang yang berbeza termasuk mengikuti kursus yang berbeza di Universiti
Kebangsaan Malaysia. Namun begitu, disatukan melalui minat yang sama iaitu muzik. Dikenali
ramai sebagai Trio Band di univerisiti kerana hampir telah membuat persembahan hampir di semua
event dalam universiti. Dalam band ini, Din sebagai vocalist, Ash sebagai drummer dan Amir
sebagai guitarist. Seperti biasa, tiap malam hujung minggu, jamming di studio milik keluarga Din.
Kalau nak dilihatkan, hidup Din paling dicemburui kerana dilahirkan dalam kelurga yang berada
dan pelajar pintar juga di kelasnya. Mungkin kerana rezekinya.

“Minggu ni kita ada perform mana mana event ke?” ujar Amir kepada Din selaku ketua Trio
Band itu.

“Tiada, boleh la kita relax minggu ni,” balas Din.

Hampir nak mati juga dibuatnya kerana jemputan persembahan kadangkala ada juga
daripada pihak luar. Namun kalau dah minat, penat pun tak mengadu.

Walaupun jauh dan sudah lama berpisah, Amir masih lagi contact Aliff iaitu rakan sekolah
menengahnya. Dari zaman sekolah hingga sekarang Aliff menjadi pendengar setia segala cerita
Amir. Dari cerita baik hingga cerita buruk. Kami biasanya berbual di talian chat Skype. Dari tidak
matang hingga matang ku mengenali Aliff ini yang boleh dianggap seperti abang. Dialah yang
membantu ketika Amir menghadapi masalah. Aliff juga mengetahui minat Amir yang mendalam
terhadap muzik. Suddenly Aliff bertanya out of the blue,

“Dalam bidang muzik ini kau dapat kecapi tak kebahagiaan apa yang kau hendaki?”

54
“Erm kenapa tanya?” balas Amir teragak-agak.

Rasanya ini lagi susah daripada soalan final exam difikiran Amir. Yelah, seumur hidup tidak
pernah ada orang mengacukan soalan itu.

“Random, tak mengapa, kalau kau ada jawapan bagi tahu aku”, balas Aliff menutupi chat
pada hari itu.

Assignment Amir berjaya disiapkan pada waktunya yang membuatnya tidak tidur malam.
Weekdays dipenuhi dengan kelas dan weekends diisi dengan jamming ataupun lepak bersama
kawannya. Itulah aktiviti harian Amir yang boleh dianggap rutin orang bujang atau orang muda.
Ipod sering di bawa mana-mana. Boleh jadi Ipod menjadi kawan karibnya. Kalau ada masa lapang
pun, Amir mencuba chord baharu guitarnya di internet. Minat muzik terbit oleh abangnya yang
melatih Amir menggunakan alat muzik. Abangnya juga merupakan ahli muzik.

‘Mana nak tumpah kuahnya, kalau tidak ke nasi.’

Sudah tiga hari berlalu dan soalan yang ditanyakan oleh Aliff masih menghantui fikiran
Amir. Bagi Amir, memang benar muzik seperti sudah mengalir dalam tubuh badannya. Tetapi
adakah kebahagiaan yang nak kecapi dalam hidupnya? Boleh menjadi kusut mencari jawapan nya.

“Esok ini kita ada event dekat Seremban”, ujar Din. Amir dan Ash hanya mengangguk tanda
setuju.

“Event apa minggu ni Din?” pantas Ariff bertanya.

“Event kahwin katanya.” Lalu Din menjawab.

“Haih teringin juga nak ada persembahan band waktu kahwin aku nanti, kalau aku invite
korang kena bayar tak?” tanya Ash kepada sahabatnya,

“Jangan risau Ash, kalau sahabat sejati takkan lah kami nak kenakan bayaran cuma nak
sponsor makanan kami je nanti, kambing golek seekor pun molek”, ujar Amir yang suka bergurau.

“Mereben la hampa ni, kalau ayam golek boleh kita nego lagi”, terkeluar juga loghat Kedah
dari Ash yang merupakan anak jati Kedah. Kadang kala seronok apabila kita berkawan dengan
orang luar negeri ni. Pelbagai budaya dan loghat boleh dibanggakan. Seperti Amir dan Din yang
berasal dari iburaya Kuala Lumpur hanya mampu membanggakan pembangunan sahaja.

Setelah tamat mendedangkan Lagu Selamat Pengantin Baru, tamatlah persembahan kami
pada hari tersebut. Band kami tidak mengkhususkan genre jemputan lagu, hanya balun sahaja
apabila mendapat jemputan event. Rata-rata tetamu jemputan juga terhibur dengan persembahan
kami. Pujian dari tetamu menghilangkan penat persembahan. Nasi Briyani dan Ayam Gulai kenduri
menjadi lauk makanan tengahari. Kira duit lunch pun dapat save dengan cara macam ni.

“Terbaik catering dia hari ni tambah lauk sedap ni”, ujar Ash yang kalau bab makanan
memang nombor satu.

55
Kalau kat hostel pun, dia bagai chef bagi kami. Walaupun sebagai lelaki, skills dia kira hebat
bagi orang bujang. Masakan kampung kebanyakan semua dah master dan paling sedap masakan
Asam Pedas. Kalau dah terasa tu pasti akan tambah makannya!

“Guys nak tanya something boleh?” Tanya Amir tetiba dalam mood serius.

“Ya mir, awat? Hang nak kahwin ke?” Balas Din sambil meratah baki isi ayam di tangannya.
Tiba-tiba terkeluar loghat utara yang mana entah muncul dari budak KL ni pun tidak tahu la.
Mungkin pengaruh yang kuat daripada Ash.

“Haish ke situ pulak, nak tanya apa erti kebahagiaan yang korang nak kecapi sepanjang
dalam bidang muzik ini?” Bertanya Amir sambil mengunyah kerepek yang disediakan di atas meja
tetamu.

Kedua dua mereka hanya tergamam. Mungkin benar soalan itu lagi susah daripada soalan
final.

Jawapan yang nak dicari masih tidak dijumpai. Adakah kebahagiaan itu bila kau ada kereta
mewah? Atau wang harta? Atau pangkat tinggi? Ya, memang semua itu perkara yang mampu
membahagiakan kita tetapi adakah itu yang kita betul betul hendak kecapi?

Genap seminggu, Amir mengambil langkah untuk bertanya kepada Aliff tentang soalan itu.

“Aliff, aku minta maaf tak dapat menjawab soalan kau minggu lepas, terlalu banyak perkara
nak memberi kebahagiaan tetapi tak dapat dapat nak decide yang mana yang utama”, taip Amir
dalam ruangan chat yang disediakan.

“The Criterion,” balas pendek Aliff di ruangan chat tersebut.

“Apakah yang maksud Aliff tu, adakah itu jawapan kebahagiaan itu” bermonolog sendiri
Amir.

Rakan rakan terdekat termasuk Din dan Ash juga tidak dapat memberi maksud sebenar
perkataan itu. Kalau taip perkataan di Google Translate bermaksud kriteria. Tetapi apakah kriteria
apa yang dimaksudkan. Pernah terdetik beranggapan ia adalah tajuk buku atau movie tetapi puas
mencari di library dan laman sesawang tetapi masih tidak menjumpainya.

Cuti pertengahan semester hampir bermula. Seperti biasa, masing-masing akan pulang ke
kampung halaman walaupun tempoh cuti seminggu sahaja. Din akan menghantar Amir dahulu ke
rumahnya di Damansara sebelum berangkat ke Gombak. Manakala Ash pulang ke Kedah menaiki
bas. Sehari sebelum masing-masing menjadi hari mengemas sedunia bagi kami. Biasalah keadaan
rumah lelaki bujang dan wanita bujang amat jauh berbeza dari segi kebersihan dan kekemasannya.
Lelaki ini bukan tidak pemalas tetapi hanya malas menunjukkannya sikap kerajinanya.

Guitar yang menjadi nadi hidup Amir di lap dan disarungkan ke sarungnya. Buku-buku Amir
yang berselerak di atas meja study turut dikemaskan olehnya. Di sudut mejanya, terlihat buku

56
berkulit hitam pekat seperti novel yang berhabuk. Rupanya Tafsir Al Quran Ibnu Kathir yang sudah
lama juga tidak dibuka apatah lagi membacanya. Tafsir tersebut ditiup dan dilap agar habuk
habuknya hilang. Terketika Amir membelek halaman tafsir itu, mata Amir ditangkap oleh perkataan
‘The Criterion’ di halaman muka surat yang terbuka itu.

“Yes i’m finally found!” Jerit Amir yang turut didengari oleh Din dan Ash.

Sampai sahaja di rumah, Amir melabuhkan diri ke kerusi biliknya sambil memegang tafsir
Al Quran yang tidak mahu ditanggalkan di hostel. Dibuka halaman yang mengandungi perkataan
The Criterion. Berdasarkan tafsir tersebut The Criterion merujuk kepada surah yang ke 25 di dalam
Al Quran iaitu Al Furqan. Ia mengandungi 77 ayat dan diturunkan di Mekah. Ayat tafsir pertama
dan kedua di baca Amir,

Blessed is He who sent down the Criterion to His Servant that it may be an admonition to all
creatures. (1) He to whom belongs the dominion of the heavens and the earth: no son has He
begotten, nor has he a partner in His dominion: it is He who created all things and ordered them
in due proportions. (2)

Ayat pertama menerangkan bahawa Allah menurunkan Al-Furqan iaitu Al-Quran kepada
hambanya, Nabi Muhammad SAW untuk menjadi peringatan dan amaran kepada semua makhluk
di alam ini. Ayat kedua pula menerangkan bahawa keesaan Allah yang tidak mempunyai anak, tidak
mempunyai sekutu, menguasai apa yang di langit dan bumi ini dan menentukan ketentuan takdir
dengan sempurna.

Sudah lama lidah ini tidak mengucapkan kalimah kalimah Allah.

“Nak di fikirkan hanya memikirkan Allah di dalam solat tetapi di luar solat?”

Termenung Amir dengan pertanyaannya sendiri. Amir kembali meneruskan bacaannya.

Blessed is He who, if that were His will, could give the better (things) than those, Gardens beneath
which river flow an He could give the palaces (secure to dwell in). (10) Nay they deny the hour
(of the judgement to come) but We have prepared a blazing fire for such as deny the hour. (11)

Ayat 10 menceritakan bahawa Allah yang berkuasa mengadakan apa yang disebut sebut
baik itu iaitu syurga yang di bawah mengalirnya sungai serta mengadakan istana istana yang
tersegam indah. Ayat 11 menerangkan jika sebaliknya sesiapa yang mendustakan hari khiamat.
Allah telah sediakan api yang menjulang-julang baginya.

Harta? Pangkat? Kereta mewah? Bukan semua itu kebahagiaan yang kita cari. Manusia yang
bertuhankan hawa nafsu akam mendapat kebahagiaan dunia tetapi manusia yang bertuhankan
akhirat akan mendapat kebahagiaan hakiki.

Dan Kami turunkan kepadamu Al-Qur’an, agar kamu menerangkan kepada ummat manusia apa
yang telah diturunkan kepada mereka dan supaya mereka memikirkan.

57
[An-Nahl: 44]

Nukilan,
Von

58
Monolog Hatiku
‘Kenapa aku rasa bad mood tanpa sebab ni.’
‘Kenapa rasa down tanpa sebab ni.’
‘Kenapa aku rasa kosong ni.’
‘Kenapa….’

Lama aku duduk termenung mencari dari mana datangnya semua rasa kosong ini. Al-Quran
dimeja itu bagai memanggilku.

‘Ushk… Sudah 3 hari aku tak baca Al-Quran. Patutlah mood aku teruk.’

‘Tak hairanlah mood aku teruk. Zikir macam tak pernah dah meniti dibibir. Nak sebut Subhanallah
5 kali sehari pun payah.’

‘Aku down sebab diri aku sendiri rupanya. Hati fitrahnya tunduk pada Allah. Tapi terpaksa tunduk
pada kemalasan aku sendiri. Baca quran malas, zikir pun malas.’
‘Teruknya aku…’

‘Ah! Teruknya aku… Sikit pun aku tak mengharap bahagia dari Allah. Sibuk berharap bahagia dari
manusia. Aku lupa Allah yang beri bahagia, bukan manusia yang aku suka. Nah! Sekarang aku
kecewa kerana hakikatnya manusia tak mampu beri segala.’
‘Akhirnya, aku hanya merajuk. Bergaduh. Merajuk dan gaduh lagi. Memanjang mood aku teruk.’

Sebak. Sesak dada aku. Aku memalingkan wajah ke katil, lalu tidak sengaja terlihat sejadah
terlipat kemas di almari sebelah katil. Tertunduk aku sebak.

‘Dah lah solat pun lewat. Macam mana lah mood aku tak teruk. Pernah juga aku tinggal solat.
Bukan mood aku jer teruk. Resah! Gelisah! Hilang tenang!’

‘Ni kalau tiba-tiba aku dah terbiasa tinggal solat, boleh jadi satu hari nanti rasa kosong! Resah
gelisah pun tak mampu nak rasa. Alah biasa tegal biasa.’
‘Teruknya aku…Jarang sekali dahi ni tersentuh sujud diatas tikar sejadah. ’

Sesungguhnya semua kekuatan kepunyaan Allah. Bukan daripada manusia. Jika kau bersandar
pada Allah, maka hati kau akan kuat. Jika kau bersandar pada manusia, maka hati kau selemah
hati manusia. Justeru, jika terasa ‘bad mood’ entah kenapa, semak semula, tanyakan kepada diri
kita kenapa, dan mengapa…
Dinukilkan oleh,
Siti Nurshafikah Binti Musa

59
Teguhkan Durimu, Mawarku
Hujan yang masih gerimis membasahi muka bumi yang sentiasa dahagakan air bagi
menyuburkan tanah, begitu juga dengan hati manusia yang sentiasa memerlukan kasih dan cinta
dari pencipta agar hati itu sentiasa subur terus mewangi bersama cinta yang mekar kepada sang
pencipta.

Dakwah memerlukan perjuangan dan perjuangan mengajar erti sebuah pengorbanan yang
telus dari hati sanubari. Namun, dalam sebuah perjuangan itu bukanlah semudah yang kita sangkal
kerana jalan mujahadah itu penuh dengan duri dan liku-liku pancaroba yang mampu meruntuhkan
kekuatan iman. Petang yang hening ini, membawa aku mengimbau kembali kisah silamku yang
membawa kepada penghijrahanku ini.

“Ehem, ehem di sini ya kamu berdua.” Ucap Aiman kepada Arif dan Husna.

“Weh Man, kau janganlah kacau. Haha… Dah-dah pergi sana.” Dengan lantang Arif
bersuara.

Keadaan yang bingit di kelas 5 Berlian jauh kedengaran dengan hiruk pikuk apabila tiba
waktu rehat sekolah. Husna dan Arif. Siapa yang tidak kenal pasangan sepadan itu bak kata orang
bagai pinang di belah dua. Arif dan Husna sering menghabiskan masa keluar bersama-sama tanpa
segan silu.

“Husna, kenapa kau sekarang dah berubah? Kau dah lupa akan janji kita dahulu?”, suara
sayu Aisya menyapa Husna.

“Janji apa Aisya?”, ujar Husna dengan nada sinis.

“Janji untuk menjaga maruah diri sebagai seorang muslimah,” tutur Aisya lalu berlalu pergi
meninggalkan Husna di kelas 5 Berlian itu. Deraian air mata gugur membasahi pipi Aisya.

“Aku sayangkan kau Husna,” rintih Aisya dalam benak hatinya.

Husna dan Aisya sudah menjadi sahabat baik sejak dari mereka kecil. Aisya tidak
memahami, punca Husna berubah sebegitu rupa. Namun Aisya tahu Husna berubah sebegitu
kerana tragedi kemalangan jalan raya yang meragut nyawa ibu dan bapanya yang dikasihi. Husna
terus menjadi pemdiam dan berubah menjadi budak liar dan bukan lagi Husna yang sopan dahulu
yang mempunyai ciri-ciri muslimah sejati. Aisya tahu hati Husna belum lagi keras, cuma Husna
merasa keseorangan dan kekesongan itu dia memilih jalan yang salah dengan mengisi cinta
daripada yang dicipta melebihi yang pencipta cinta untuk yang dicipta.

“Aisya, maafkan aku”, lirih Husna bersama deraian air mata. Kelas 5 Berlian menjadi saksi
betapa Husna amat merindui kehidupannya dahulu bersama Aisya. Kenangan yang indah berusrah

60
bersama-sama menggamit kembali rasa untuk ditarbiyah tetapi Husna menjadi malu untuk bersua
muka dengan rakan-rakan usrah seperjuangan.

“Sungguh diri ini tidak layak dan kotor untuk bersama mereka lagi,” hati kecil Husna
berbisik.

Sekolah Menengah Sains Permai riuh dengan perkhabaran pelajar baharu yang memasuki
sekolah mereka pada hari itu lebih-lebih lagi pelajar 5 Berlian. Khabarnya pelajar baru tersebut
seorang pelajar tahfiz dan baru sahaja berpindah di kampung berhampiran Sekolah Menengah
Sains Permai.

“Assalamualaikum semua, saya perkenalkan kawan baru kamu semua Muhammad Annas”,
jelas Cikgu Sharifah memecah kebingitan pelajar kelas 5 Berlian.

Semua pelajar perempuan 5 Berlian menjadi tidak keruan sejak akhir-akhir ini. Itulah
kehidupan remaja masa kini yang mudah terpengaruh dengan budaya barat, namun bagi Husna
dia berasa malu dengan Annas, pelajar baru di kelasnya itu kerana acap kali Husna berjumpa
dengan Arif “berdating”, pasti Annas akan melalui kawasan itu seolah-olah seperti pegawai JAIS.
Annas menjadi sebutan cikgu-cikgu di sekolah kerana pencapaian akademiknya yang sangat
cemerlang tambahan pula dengan penglibatan yang sangat aktif dalam bidang kokurikulum lebih-
lebih lagi kearah kerohanian.

Masa berlalu dan hari berganti hari. Kini Husna dan rakan-rakannya sudahpun berjaya
menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Ketika Husna asyik mengemas mejanya
buat kali terakhir, sepucuk sampul surat putih jelas kelihatan di sebelah kiri laci mejanya. Tanpa
ragu-ragu Husna membuka sampul itu. Husna terpaku. Surat itu tertulis sebuah puisi yang sangat
mendalam maksudnya.

Beritahu pada muslimah itu


dirinya ibarat kaca;
disentuh terguris,
dihantuk serpih,
dihempap berkecai.

Beritahu pada muslimah itu


jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci,
terlalu rendah dipijak pula,
cakap sombong mengundang lawan,
hati-hati meluah kata,
kerana pulut santan binasa,
kerana mulut badan binasa.

61
Beritahu pada muslimah itu
jaga tingkah laku;
harga diri letaknya di situ,
jangan meluru ikut telunjuk nafsu,
sesekali tersilap langkah,
akan dihukum selamanya,
keturunan dicerca payah,
menyesal kemudian bukan faedah.

Beritahu pada muslimah itu


jaga pakaian;
ia cermin peribadi,
juga lambang bangsa,
di mana dan dalam keadaan macam manapun,
biar orang kenal...Dia orang ISLAM.

Beritahu pada muslimah itu


simpan secebis malu;
kerana malu itu,
sebahagian dari iman...

Husna terkejut dari lamunan, tiada siapa tahu hidayah milik Allah. CintaNya yang mekar
terus subur mewangi di hatinya. Husna sudah kembali kepada dirinya yang sebenar, muslimah
sejati. Siapa tahu perancangan Allah, DIA yang MAHA agung mengatur semuanya, menggerakkan
dan membolak-balikkan hati manusia. Husna tahu akan kesilapannya, dia tidak akan tersilap
langkah lagi, bagi Aisya dia sangat berbangga dengan Husna.

Siapakah pengutus surat itu, yang mampu menegurnya untuk kembali kepada jalanNya,
Husna masih tertanya tanya, sehingga sekarang umurnya mencapai 23 tahun. Bagi Husna kisah
percintaannya dengan Arif sudah lama ditanam dan dipadam dan disimpan rapi di dalam diari
seolah-olah kisah mereka itu telah dihanyutkan oleh arus deras, Husna tidak mahu
mengenangkannya kembali.

“Pagi tadi ada orang masuk meminang kakak”, tutur ibu Husna dengan lembut.

“Ibu dan ayah sangat berkenan dengan ciri-ciri dan perwatakkannya.” Jelas ibunya panjang
lebar.

Husna tahu ibu dan ayahnya lebih tahu yang terbaik buat dirinya dan setelah berfikir
panjang Husna menyatakan hasrat hatinya dengan menyetujui pernikahan mengikut pilihan ibu
bapanya.

62
Alhamdulillah setelah bertungkus lumus selama tiga bulan persedian majlis walimatul urus
Husna dan bakal imamnya, majlis berjalan dengan lancar sekali dengan dihadiri rakan-rakan dan
sanak saudara yang terdekat sehinggalah pada detik akad pernikahan bagi menandakan penyatuan
antara dua jiwa adam dan hawa. Husna menanti dengan penuh sabar. Akad yang dilafazkan begitu
sempurna menandakan halal bagi pasangan ini dan bermulah perjalanan dan tanggungjawab bagi
seorang isteri dan suami dalam melengkapi kehidupan masing-masing.

Hati Husna sungguh berdebar sekali, salam dihulurkan, perlahan-lahan Husna mendongak,
inilah kali pertama dia melihat suaminya itu. Sungguh senyuman manis terukir di wajahnya, insan
yang bergelar suaminya itu adalah Muhammad Annas Bin Rahman, pelajar baru di sekolahnya
suatu ketika. Lebih mengejutkan Husna, dia sudah menemui pemilik surat itu dan pengutus itu
adalah suaminya kini. Syukur ya Allah, atas rahmat dan kasihMU kepada hambaMu yang banyak
melakukan kesilapan. Manusia itu tidak sempurna namun dengan ujian yang diberikan
menjadikannya begitu kuat dan menjadi yang lebih baik. Duhai muslimah, khabarkanlah bahawa
engkau bagaikan sekuntum mawar merah, teguhkanlah durimu kerana dirimu itu sangat bernilai.

63
“Jangan pernah menganggap umur belasan atau awal 20-an itu
terlalu muda untuk kita bertaubat. Siapa kita yang dapat
menduga bahawa umur yang masih muda itu bersamaan
dengan sedikit dosa yang dilakukan?”
(Khadijah Khalilah Abd. Rashid)

64
65
The Beauty Of ‘Sabr’
Oleh: Hairul Hakimi

Dengan nama Allah yang menggenggam jiwa ini, aku memulakan penulisan.

Hijrah, siapa kata susah? Mudah, mudah yang amat sangat.

Apa yang susahnya? Ya, istiqamah dan sabar.

Nak maintain dalam berhijrah, tiada siapa yang boleh beri jaminan melainkan hidayah Allah.
Pakai tudung labuh itu, mudah. Cuma apabila nak hadapi suara-suara busuk manusia itu, payah.
Tambah-tambah lagi, jika keluarga sendiri yang menghalang. Nak simpan janggut itu, senang.
Cuma kekentalan hati apabila diperli dan dikeji, entah sampai bila boleh tahan. Nak tundukkan
pandangan daripada melihat yang haram itu, simple. Nak istiqamah? Allahurabbi.

Nasihat Shaykh Ahmad Musa Jibril ‫ تعالى هللا حفظه‬ketika memberi penerangan bagi Kitab Usul ath-
Thalatha:

“Bersabarlah. Bersabarlah terhadap perkataan kesat yang kalian dengar,


terhadap tuduhan yang dilontarkan, kata-kata ejekan terhadap gaya hidup
Islam yang kalian amalkan yang mana ia mungkin boleh menyakitkan hati
kalian. Hal ini telah terjadi kepada para Salaf sebelum kalian!

Jika anda diejek disebabkan sehelai niqab diwajah anda, jika anda diejek
disebabkan janggut didagu kalian, disebabkan kalian solat ditempat awam,
(disebabkan) da’wah atau ideologi yang menuruti Quran dan Sunnah serta
para Sahabat juga para Salaf as-Soleh, ketahuilah semua ini telah berlaku
kepada orang-orang sebelum kalian (para salaf as-soleh).

Ia telah terjadi kepada insan yang lebih baik daripada kita.”

Jannah, for those yang sabar dan istiqamah. Kata Allah ‫ تعالى‬,

66
“Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami
ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat
kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang
(dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita,
dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan
kepada kamu.”1

1 Surah Fussilat, 41:30

67
Ayuh, Sahutlah Pangilan Berjemaah!
Oleh: Ahmad Izzul Hakimi bin Mohd Zubbir

Ini adalah kisah bagaimana aku terdetik hati untuk solat berjemaah di masjid. Mudah-mudahan
coretan ringkas ini dapat memberi sedikit sebanyak input yang berguna untuk diri yang sedang
membaca.

Sesungguhnya sebagaimana sedia maklum, solat berjemaah itu mempunyai sangat besar
fadhilat dan kelebihannya.

Daripada Ibnu Umar r.a. Rasulullah s.a.w. bersabda:


"Sembahyang berjemaah itu lebih afdhal daripada sembahyang bersendirian dengan
dua puluh tujuh kali ganda."
[H.R Bukhari dan Muslim]

Bukan ini sahaja, bahkan dalam hadis yang lain juga nabi Muhammad SAW ada menyebut
orang yang menunaikan solat Isyak berjemaah itu pahalanya sama seperti qiamullail separuh
malam manakala solat Subuh berjemaah pula diibaratkan pahalanya menyamai qiamullail
sepanjang malam. Sungguh besar pahala bagi sesiapa yang istiqamah mengerjakan solat
berjemaah ini terutamanya kaum Adam.

Dipendekkan cerita, ia bermula ketika zaman aku sekolah menengah dahulu.


Alhamdulillah, aku ditakdirkan untuk menyambung pelajaran aku di Sekolah Menengah
Kebangsaan Agama (SMKA). Sungguh takku sangka takku duga, pengalaman bersekolah di SMKA
ini banyak mengajar dan mengubah diriku yang dahulunya sangatlah jahil. Namun, bukan niatku
untuk menceritakan segalanya disini, akan tetapi point penting yang aku cuba sampaikan adalah
bagaimana hatiku terdetik untuk solat berjemaah di masjid.

Untuk pengetahuan, kesemua para pelajar diwajibkan untuk menunaikan solat zohor
berjemaah di sekolahku dahulu. Kebiasaannya para pengawas dan juga guru disiplin akan
bertugas untuk memastikan kesemua para pelajar pergi ke surau untuk menunaikan solat.
Walaupun berstatus sekolah agama, tetapi tidak dinafikan ada juga segelintir pelajar lelaki yang
kaki ponteng. Mungkin mereka solat berjemaah di masjid luar kot, wallahualam.

Back to the point, ceritanya bermula sewaktu aku tingkatan 4 di sekolah tersebut. Seusai
sahaja menunaikan solat zohor berjemaah di surau sekolah, imam yang biasanya terdiri daripada
kalangan pengawas akan membacakan kitab hadis ‘Fadhail Amal’ karya Syaikh Muhammad
Zakariyah AI-Kandahlawi (salah satu tokoh Jama’ah Tabligh). Pada hari tersebut ditakdirkan imam

68
yang bertugas itu membacakan hadis berkaitan solat berjemaah di masjid. Hadis tersebut
berbunyi,

‘Demi yang jiwaku ada ditanganNya, sungguh aku telah berniat kuat untuk
memerintahkan agar dikumpulkan kayu bakar kemudian aku perintahkan solat dan
dikumandangkan adzan untuk solat, kemudian aku perintah seseorang untuk
mengimami manusia dan aku akan mendatangi orang-orang yang tidak menghadiri
solat maka akan aku bakar rumah-rumah mereka. Demi yang jiwaku ada di tangan-Nya,
seandainya salah seorang dari mereka mengetahui bahwa dia akan mendapatkan
sekerat daging atau dua tiga kambing yang bagus pasti dia akan menghadiri solat Isya’.
(Riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim, dari lafaz Imam Bukhari)

Itulah pertama kali diriku mendengar hadis ini dan ketika itulah terdetik di dalam hatiku
perasaan menyesal kerana tidak menunaikan solat berjemaah di rumah Allah selama ini.
Bayangkan baginda sendiri menyebut baginda ingin membakar rumah orang-orang yang tidak
menghadiri solat berjemaah. Tidakkah terkedu kita saat mendegarnya?

Namun, sebagaimana yang kita sedia maklum, di dalam Mazhab Syafie tidak mewajibkan
solat berjemaah. Ia hanya sunat muakkad. Walaubagaimanapun, terdapat banyak pendapat
berkaitan hukum solat berjemaah ini, tetapi pointnya disini bukanlah untuk membincangkannya
kerana diriku bukanlah ahlinya. Akan tetapi, point yang utamanya adalah persoalan terhadap diri
kita sendiri terutamanya kaum Adam, sejauh manakah kita menghayati dan merasakan panggilan
azan yang berkumandang 5 kali sehari itu kita hayati dan tunaikan?

Benar, kata orang ‘life is a choice’. Kita yang memilih untuk menyahut seruan berjemaah
itu ataupun menghiraukannya. Akan tetapi jangan sesekali dilupakan ‘every choices has its
consequences’. Ingatlah, sesungguhnya solat itulah merupakan amalan yang paling utama yang
akan dihisab oleh Allah SWT kelak. Adakah kita ingin memilih fadhilat yang sedikit atau fadhilat
yang banyak? Tepuk dada tanya iman.

Wahai kaum Adam, berusahalah untuk solat berjemaah di masjid/surau walaupun bukan
5 kali sehari. Sesungguhnya insyaallah penat lelah kita itu dikira pahala disi Allah. Bak kata
pepatah ‘berakit-rakit kita ke hulu, berenang-renang kita ketepian, bersusah-susah dahulu,
bersenang-senang kemudian’.
Wallahualam..

69
Teguran
Oleh: Penawar Hati

Teguran atau nasihat itu amat penting dalam kehidupan seorang insan yang bernama
manusia ini demi memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik. Namun, teguran atau nasihat
perlulah dilakukan dengan cara yang penuh hikmah supaya dapat diterima baik oleh si yang
dinasihati. Bukan dengan menegur dan memberi nasihat yang memalukan seperti di khalayak
yang ramai kerana ia mengaibkan si yang dinasihati. Kata Imam As-Syafie:

"Sesiapa yang menasihatimu secara sembunyi-sembunyi, maka dia benar-benar menasihatimu.


Sesiapa yang menasihatimu di khalayak, dia sebenarnya sedang menghinamu"

Si penerima teguran seharusnya menerima teguran dengan terbuka kerana ianya adalah
untuk manfaat dirinya juga.

Mendapat teguran bukanlah suatu kecacatan,


Mendapat teguran bukanlah suatu keburukan,
Mendapat teguran bukanlah suatu kehinaan,
Tetapi yakinlah itu adalah anugerah Allah kepada hamba yang dikasihiNya.

Kerana Allah menyedarkanmu dari lembah kesalahan disebabkan kasihNya kepadamu,


Jadi bersyukurlah diri pabila menerima teguran,
Dengan cara lafazkan lah Alhamdulillah di bibirmu
Kerana inilah peluang muhasabah diri.

Seorang penegur yang merawat hatinya takkan memandang hina kepada orang yang
ditegur dan menerima teguran daripada orang yang beliau tegur apabila beliau membuat
kesalahan serta tidak mengungkit-gungkit kesilapan yang dibuat oleh orang yang ditegur.

Sedarlah si penegur,
Tak perlu mendabik dada pabila kamu menegur seseorang,
Kerana dirimu itu hanyalah pinjaman sementara untuk menegur hamba yang
disayangiNya,
Kerana dirimu masih belum pasti mendapat keredhaanNya,
Dan kerana dirimu juga masih belum pasti lagi hala tuju akhirat sana.
Hari itu mungkin Allah datangkan awak untuk memperbaiki diri saya,
Hari ini mungkin Allah datangkan saya untuk memperbaiki diri awak,
Mana tahu esok lusa, Allah datangkan orang lain pula untuk memperbaiki diri awak dan
saya,
Jadi tak nak ke, sama-sama menerima bagi memperbaiki diri AWAK, SAYA dan SEMUA.

70
Sebab kita ini hanya berstatus hamba je,
Kedhaifan, kelemahan dan kesilapan diri pasti ada,
Jadi terima lah apa jua teguran dengan ikhlas bagi membina diri,
Hatta ianya keluar dari bibir seorang budak kecil sekalipun,
Memanglah pada awalnya pahit ditelan,
Tapi pada akhirnya, manisnya pasti dirasa.

71
“Sesiapa yang memagari ‘ibadah’ itu dipagar masjid
sahaja, maka dia telah meyempitkan keluasan Islam
itu sendiri.”
(Hilal Asyraf)

72
73
Love Letter 1.0: IKHLASKAH AKU?

Manusia.
Memang fitrahnya ingin dipuji.
Terkadang rasa ingin dihargai dan disukai.

Kononnya ikhlas,
Tapi menagih puji apabila berjaya.
Kononnya ikhlas,
Tapi sedih tatkala dikritik jika gagal.
Kononnya ikhlas,
Tapi merungut letih tatkala menuntut pengorbanan.
Kononnya ikhlas.

Ikhlas?
Ikhlas kerana Allah atau kerana manusia?

Tajdidlah niat!
Perbaikilah niat!
Apakah benar aku dilandasan ikhlas?
Atau terbabas ke lembah riak semata?

"Katakanlah: 'Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah,
Tuhan semesta alam'"
(Al-An'am: 162)

Ikhlaslah terhadap suatu perkara.


Ikhlaslah tanpa mengharapkan ganjaran dunia.
Biar lakukan suatu perkara,
Umpama semut hitam diatas batu yang hitam pada waktu malam.

Dinukilkan oleh,
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said,
Presiden Rakan Masjid USMKK 16/17.

74
Love Letter 2.0: ISLAMKAH AKU?

Soalan yang perlu dijawab oleh diri sendiri.


Islamkah aku?
Atau aku hanya islam pada nama sahaja?
Pernahkah kita terfikir?
Kita kata beriman kepada Allah,
Namun, dosa kecil dan maksiat acap kali dilakukan walaupun selepas taubat.

Kita cakap beriman kepada Rasul,


Tapi ajaran dan sunnah semakin dilupakan.
Kita ucap beriman kepada Al-Quran,
Tapi Al-Quran hanya dijadikan sebagai perhiasan tanpa amalan.
Mungkin kita sudah lupa pada perjanjian hakiki kita iaitu,

‘Dan kenanglah nikmat Allah (yang telah dikurniakanNya) kepada kamu serta ingatlah
perjanjianNya yang telah diikatNya dengan kamu, ketika kamu berkata: "Kami dengar dan
kami taat (akan perintah-perintah Allah dan RasulNya)" Dan bertaqwalah kamu kepada Allah,
kerana sesungguhnya Allah Maha Mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada.’
(Al-Maidah: 7)

Maka ayuh bersama kita menjadi the real muslim.


Titik permulaan merupakan langkah yang memerlukan pengorbanan.
Namun jika diselitkan dengan istiqamah, insyaAllah menjamin kita di syurga Firdaus.
Tegakkan Islam di hatimu sebelum kamu menegakkan islam di muka bumi ini.

Penyunting,
Muhammad Firdaus Bin Mohd Jaafar,
Timbalan Presiden 1 Rakan Masjid 16/17.

75
Love Letter 3.0: AL-BAARI

Setiap kali kita buka mata dari tidur, secara automatik otak kita mula merancang untuk aktiviti
yang perlu dilakukan sepanjang hari. Adakalanya, merancang untuk bermain badminton tapi
court penuh. Maka kita pun balik ke bilik dengan perasaan tidak puas hati.

Ketahuilah, manusia tidak kira pangkat atau gelaran tinggi manapun memang akan gagal juga
dalam perancangan.

Perancangan manusia itu usaha, perancangan Allah itu takdir.

Maka, tibalah masanya untuk kita muhasabah diri. Jika sesuatu yang diimpikan tak dapat,
janganlah meraung sekuat hati. Cuba untuk beristighfar dan yakin bahawa ada hikmah
disebaliknya.

"Janganlah kamu berputus asa atas rahmat serta pertolongan Allah. Sesungguhnya tidak
berputus asa dari rahmat dan pertolongan Allah itu melainkan kaum yang kafir"
(Surah Yusuf 12:87)

Mari kita bersama-sama perbaiki diri. Jadikan hari esok lebih awesome dari hari ini.

Disunting oleh,
Nur Syamini Begum Bt Naushad Ali,
Timbalan Presiden 2 Rakan Masjid USMKK 16/17.

76
Love Letter 4.0: SENTIASA MEMBERI KEMAAFAN

"Daripada Aishah r.a katanya, "Rasulullah SAW tidak pernah memukul sesuatu dengan
tangannya sama ada isteri atau khadam melainkan baginda berjuang pada jalan Allah SWT,
baginda tidak pernah menuntut bela kerana sesuatu yang menyakiti dirinya terhadap yang
melakukannya. Melainkan jika perbuatan itu melanggar perkara yang diharamkan oleh Allah.
Baginda akan menuntut bela kerana Allah SWT."
(H.R. Muslim)

Terkadang manusia merasakan memaafkan itu rasa tercabar, hina dan malu. Tetapi impak yang
akan kita dapat apabila memaafkan walau itu bukan salah kita, akan rasa tenang.
memaafkan merupakan langkah pertama ke arah jalan penyelesaian.

Disunting oleh,
Nur Ain Atikah Bt Safruddin,
Setiusaha Rakan Masjid USMKK 16/17.

77
Love Letter 5.0: En. ‘biasa-biasa’

Kacak!
Bahunya luas, lengannya terlipat kemas, tali lehernya terletak rapi. Dia lelaki acah-acah idaman
Malaya, pemilik kereta ‘Wak Segan’ berwarna merah menyala. Silau! **sakit mata**

Aku nih apa ada.


Muka biasa-biasa jer. Poket pun biasa-biasa jer. Kadangkala poket ni luar biasa juga kosongnya.
Telefon pintar aku pun biasa-biasa juga pintarnya. Bukan TV aku jer HD. Rumah dan kereta aku
yang biasa-biasa ni pun HD (Hutang Dahulu). Baju yang dipakai pun biasa-biasa. Makan minum
aku pun biasa-biasa juga. Memang semuanya ‘biasa-biasa’ jer lah!

Huh! Itulah hikayat En. ‘biasa-biasa’. Apa yang anda rasa setelah membaca hikayat En. ‘biasa-
biasa’ nih? Mesti anda rasa biasa jer kan! Anda nak jadi biasa-biasa seperti dia?
“TAK NAAAAAAAAK!!!” Saya juga!

Tapi… Bagaimana caranya untuk menjadi luar biasa? Saya tak ada kuasa seperti Superman,
Sailormoon apatah lagi Ultraman. Nak jadi selebriti jauh sekali. ‘Selebet’riti bolehlah! Apakan
daya. Muka tak seberapa.

Wahai saudaraku yang disayanagi kerana Allah,


Walaupun berkepuk duit dipoket,
Walaupun berderet kereta dan rumah,
Walaupun dekan setiap kali ‘exam’,
Walaupun kacak dan jelita,
Semua itu tetap ‘biasa-biasa’ sekiranya solat kita entah kemana, quran dibiar tidak dibaca, bibir
kering dari lafaz zikrullah…
Apalah semua itu di ‘mata’ Allah sekiranya hati tidak tertaut pada-Nya. Kerana hakikatnya semua
itu milikNya.

“Diriwayatkan dari Abu Hurairah Abdirrahman bin Syahrin R.A, Rasulullah SAW bersabda,
‘Sesungguhnya Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada rupa kalian,
tetapi Dia melihat kepada hati kalian’.”
(H.R Muslim)

Luar biasakanlah diri kita dengan iman dan taqwa.

Lihatlah bagaimana kekuatan Mus’ab bin Umair yang masih meneruskan perang meskipun kedua
tangannya telah terputus dipotong.

78
Lihatlah kesanggupan Abdurrahman bin Auf dan Suhaib Ar-Rumi yang teramat kaya, sanggup
meninggalkan segala hartanya sehingga sehelai sepinggang untuk menyahut seruan hijrah.
Begitu juga Saidina Abu Bakar yang menyumbangkan seluruh hartanya buat islam.
Lihatlah juga bagaimana Bara’ bin Malik meletakkan dirinya kedalam manjanik untuk dilempar
kedalam kota musuh untuk membuka pintu kota dari dalam agar kemenangan menjadi milik
orang yang beriman sedang dia mengetahui betapa penuh musuh didalam mengancam
nyawanya.
Lihatlah pula Abu Talhah yang menjadi perisai semasa perang dengan berdiri dihadapan
Rasulullah menghalang panah-panah musuh yang menghujani medan Uhud.

Allah!! Allahu Akhbar!!

Hari ini, atas darah-darah dan harta-harta mereka,


Islam itu sampai kepada kita dan kita merasai nikmatnya! Ini barulah namanya LUAR BIASA!!

Meskipun kita tidak mampu menjadi seperti Sultan Muhammad Al-Fateh dan Salahuddin Al-
Ayubi, jadilah kita seorang hamba Allah yang beriman yang menabur kebaikan, juga memberi
manfaat buat ummah walaupun sedikit! Ayuh!! Bersama bangunkan ummah!

Daripada biasa menjadi luar biasa.

Disunting oleh,
Siti Munirah binti Mahmud,
Bendahari Rakan Masjid USMKK 16/17.

79
Love Letter 6.0: 24 JAM AKU MILIK SIAPA?

1 hari, kita ada 24 jam.


1 hari, kita ada 1440 minit
1 hari, kita ada 86400 saat.

Lalu terfikir sejenak.


Berapa lama kita peruntukkan masa belajar?
Berapa lama pula kita habiskan masa bersosial media?
Berapa lama kita habiskan masa dengan ber‘lagha’?
Berapa lama pula kita peruntukkan masa bersama DIA?

Milik siapakah sebenarnya masa yang kita punya?


Diri sendirikah? kekasih hatikah? Atau milik orang tersayang?

DIA!
Pemilik keseluruhan masa yang kita punya.
Tapi,
Dalam harianku, waktu bila kita habiskan untuk-Nya?
Berapa banyak majlis ilmu kita pergi?
Berapa perkara kita buat hanya kerana Ilahi?

Duhai hamba,
Sedarlah kita hanyalah seorang hamba.
Hamba kepada Sang Pencipta segalanya.
Apa kepunyaan kita, Dia yang empunya sebenarnya.
Apa susah kita luangkan masa untuk-Nya seketika?

Majlis ilmu.
Satu cara meluang masa untuk-Nya.
Biar tak lama, biar tak panjang, asal ada untuk DIA

Disunting oleh,
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said
Presiden, Rakan Masjid USMKK 16/17.

80
Love Letter 7.0: ANDA DAN USIA

“Alaaaa kita relax dulu, masa muda ni lah nak seronok, kejar harta dan kejar pangkat.”

Ya tidak dinafikan, usia muda ini lah kita mempunyai kudrat dan bersungguh mencari
kemewahan dan kesenangan dunia.

Namun adakah kesungguhan kita itu sama seperti kesungguhannya mencari kesenangan akhirat?

‘Barangsiapa menghendaki perbuatannya untuk akhirat, dan dia melakukannya dalam keadaan
beriman kepada Allah dan pembalasan-Nya, maka perbuatan mereka diterima Allah dan akan
menerima pahala atas perbuatannya.’
[17:19]

Pintu taubat sentiasa terbuka untuk seorang pendosa bernama manusia,

Namun begitu angkuhnya manusia ini sehingga tidak ada masa memikirkan mengenai kematian.

Maka ayuh lah, sahabat sekalian,


Kalau tidak dipecahkan ruyung, Manakan dapat sagunya,
Apa erti usia muda di mata kita?

Disunting Oleh,
Firdaus Jaafar,
Naib Presiden 1 Rakan Masjid USMKK 1617.

81
Love Letter 8.0: DUNIA LADANG AKHIRAT

“Dan sekiranya segala pohon yang ada di bumi menjadi pena, dan segala lautan (menjadi
tinta), dengan dibantu kepadanya tujuh lautan lagi sesudah itu, nescaya tidak akan habis
kalimah-kalimah Allah itu ditulis. Sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”
(Surah Al-Luqman: 27)

Subhanallah!!
Begitulah perumpamaan ilmu Allah yang Maha Luas. Tidaklah ia ilmu akhirat semata, malah
meliputi seluruh aspek kehidupan dan pengertian alam untuk kita selami.

Merendahkan darjat ilmu dunia berbanding ilmu akhirat yang menyebabkan masyarakat islam
merosot kerana membiarkan diri dijajah oleh anasir-anasir yang tidak diingini.

Terlalu fokus pada akhirat bukannya tidak baik, tetapi kita akan terlepas pandang pada kezaliman
yang berlaku disekeliling kita. Golongan yang tertindas akan terus tertindas, dan golongan yang
menindas akan meneruskan penindasan mereka.

Marilah kita bersama-sama melakukan amal soleh untuk menambah saham di dunia dan akhirat.
Peringatan ini untuk diri saya juga.

“Dunia merupakan tempat untuk bercucuk tanam dengan amalan-amalan soleh, manakala
tempat untuk melihat hasilnya sama ada baik atau buruk.”
Diekstrak dari buku ‘Kita dengan Islam Tumbuh tiada Berbuah, Syed Hussein Al-Attas’.

Disunting oleh,
Nur Syamini Naushad Ali,
Timbalan Presiden 2 Rakan Masjid 16/17.

82
Love Letter 9.0: MENJADI LEBIH BAIK

Hasan Basri ditanya: Apa rahsia zuhudmu di dunia ini?

Beliau menjawab: “Aku tahu rezekiku tidak akan diambil oleh orang lain, kerana itu hatiku
tenang. Aku tahu amalku tidak akan dikerjakan oleh orang lain, kerana itulah aku sibuk
beramal soleh. aku tahu Allah Ta'ala selalu memerhatiku, kerana itulah aku malu jika Allah
melihat aku sedang dalam maksiat. Dan aku tahu, kematian itu sudah menungguku, kerana
itulah aku selalu menambah bekal untuk hari pertemuanku dengan Allah.”

Secara kesimpulannya,
Teruslah berbuat baik,
Berniat untuk jadi lebih baik,
Berkata yang baik- baik,
Memberi nasihat yang baik,
Dan terus memanfaatkan sesuatu yang baik untuk orang lain.

"Berlumbalah dalam melakukan kebaikan!"

Disunting oleh,
Nur Ain Atikah Safruddin,
Setiausaha, Rakan Masjid USMKK 16/17.

83
Love Letter 10.0: AKU BUKAN CINDERELLA

Cinderella,
Memiliki rupa paras jelita, mengenakan pakaian yang indahnya bagaikan permata, bersarungkan
sepatu kaca, mencuri perhatian ribuan mata, disambut mesra seorang jejaka, menyelamatkan
dari cengkaman ibu dan kakak tiri yang penuh dengki semata.

…and the Prince was finally married Cinderella and lived happily ever after…

“Auuuwwww… sweetnyaaaa… Kalaulah aku Cinderella yang berkasut kaca, sudah tentu akulah
orang paling bahagia di dunia ini.”

“Sesungguhnya dunia itu adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan adalah wanita solehah.”
(Hadis Riwayat Muslim no. 1467)

Wahai Muslimah,
Tidak perlu kau bayangi dunia fantasi untuk menjadi yang terindah.
Tidak perlu kau menanti jejaka untuk miliki bahagia.
Tidak perlu kau memilih untuk diselamatkan kerana kau mampu menyelamatkan.
Kerana kau tersedia indah.
Indah dengan ketegasanmu dan kelembutan yang penuh kesantunan.
Kerana wanita solehah itu,
Pewira agama.

Lihatlah kelincahan Khaulah Al-Azwar dengan pedangnya dimedan jihad membunuh ramai Kuffar.
Lihatlah pengorbanan Khadeejah yang menyerahkan segalanya buat agama.
Lihatlah ketaqwaan Sumayyah yang menjadi syahidah pertama.
Lihatlah ketajaman aqal Aisyah yang meriwayatkan 2210 hadis menjadi rujukan para ulama’.
Lihatlah keimanan Asiah yang taqwanya tidak goyah sedikitpun meski berdamping dengan insan
sekejam Firaun.

Mereka semua muslimah,


Muslimah pewira agama.
Muslimah yang mulianya tidak dapat dibanding,
Dengan intan permata, apatah lagi kaca.

Wahai muslimah,
Kenakanlah dengan pakaian taqwa,
Maka kau akan jadi yang tercantik.

84
Setiap langkah dan tindakanmu,
Hendaklah bermanhajkan kepada Al-Quran dan As-Sunnah,
Jangan biarkan orang lain mengeksploitasikan dirimu untuk kepentingan tertentu.
Sesungguhnya Allah telah mengangkat martabatmu sebaris dengan kaum Adam.
Kau harapan ummah wahai muslimah.
Pagarilah dirimu dengan benteng keimanan.
Pelihara auratmu, pelihara tutur katamu, pelihara ibadahmu, pelihara maruahmu.
Moga terpilih menjadi yang terindah,
Terindah didunia dan akhirat.

Aku bukanlah Cinderella.


Aku wanita muslimah.

Disunting oleh,
Siti Munirah binti Mahmud,
Bendahari Rakan Masjid USMKK 16/17.

85
Love Letter 11.0: AKU, DIA & HARAPAN

Tersandar ditiang, terduduk kaku,


Keringnya fikiran sehingga air mata jatuh ke pipi.

Kenapa semua ini jadi pada aku?


Kenapa aku diuji hingga begini?

Dahulu lagi,
Apa yang aku rancang, sukar dikecapi,
Apa yang aku ingin, susah jadi realiti.

Result exam?
Kos universiti?
Kawan-kawan?
Duit?

Semuanya sama sahaja.


"A" yang aku nak, "B" yang aku dapat.
Dimanakah DIA, ketika aku perlukan semua ini?
Benarkah DIA yang memahami, pemurah dan penyayang?
****
Sedarlah, tatkala segala apa yang terjadi tidak sama seperti keinginanmu.
Itulah tanda Allah ingin mengingatkanmu bahawa hidupmu bukanlah dalam kuasamu.
Allah tak pernah mengecewakanmu.
Akan tetapi kamu dikecewakan oleh HARAPANMU, dan HENDAKMU.

Kepada diri yang dihiasi iman,


Letaklah Allah dihadapanmu sebelum kamu letakkan segala harapan, dan hendakmu.

Bukankah Allah maha mengetahui?

"...dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu
suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah yang
mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[Al-Baqarah: 216]

Disunting oleh,
Muhammad Faridzuan Faiz Bin Said,
Presiden Rakan Masjid USMKK 16/17.

86
Love Letter 12.0: IBADAH SUNAT JE

“Jom sedekah, takpe sunat je.”


“Jom mengaji, takpe sunat je.”
“Jom selawat, takpe sunat je.”

Mungkin kita anggap ibadah sunat ini remeh-temeh namun,

Pernah suatu ketika Sahabat Ubay bin Ka'ab menghadap Baginda Rasulullah SAW lalu bertanya:

Wahai Rasulullah. Aku banyak bersalawat untukmu,


sebaiknya berapa kali aku harus bersalawat untukmu?

Rasulullah menjawab: Terserah kepadamu.

Ubay bin Ka'ab: Bagaimana kalau satu per empat?

Rasulullah menjawab: Terserahmu. Jika kamu tambahi tentu lebih baik.

Ubay bin Ka'ab: bagaimana kalau satu per dua?

Rasulullah menjawab: Terserahmu. Andai kamu lebihkan jadi lebih baik.

Ubay bin Ka'ab: Bagaimana kalau dua per tiga?

Rasulullah menjawab: Terserahmu. Jika kamu tambahkan lagi pasti lebih baik.

Ubay bin Ka'ab: Bagaimana kalau seluruh masaku untuk selawat kepadamu?

Rasulullah menjawab: Kalau kamu lakukan itu, segala perasaan gelisah akan hilang dan dosa
kamu akan terampun.

(HR. Imam Ahmad, At-Tirmidzi, Al-Hakim, At-Thabrani)

Kan, besar manfaat ibadah yang dipandang ringan ini di laksanakan secara istiqamah.
Ibadah yang sunat ini jugalah yang akan menjadi pemberat bersama amalan wajib kita di Hari
Perhitungan kelak, insyaAllah.
Maka ayuh mantapkan ibadah wajib, dan pertambahkan ibadah sunat kita bersama.

Disunting oleh,
Firdaus Jaafar,
Timbalan Presiden 1 Rakan Masjid USMKK 16/17.

87
Love Letter 13.0: MOTIVASI YANG DICARI

Pertama sekali, penulisan saya ini bukan untuk memberi motivasi tetapi ia lebih kepada
mengenali maksud motivasi dan jenis-jenisnya. Saya bukanlah orang yang paling sesuai untuk
menulis tentang ini sebab saya belajar pun dari pembacaan saya. Jadi, jika ada yang nak tambah
atau komen amat dialu-alukan.

Isi-isi penulisan saya diekstrak dari buku Psychology from Islamic Perspective oleh Dr Aisha Utz
(Assistant Professor di King Saud University of Health Sciences, Riyadh, Saudi Arabia)

Sebelum itu, jom kenal dulu definisi motivasi. Motivasi bermaksud keperluan dan keinginan yang
memberikan tenaga kepada tingkah laku dan bagi mencapai matlamat.

Dr Aisha Utz membincangkan pembahagian motivasi kepada tiga jenis iaitu rohani, fisiologi dan
psikologi.

Motivasi rohani datang secara semula jadi dalam setiap individu dan memacu untuk memenuhi
objektif utama dalam kehidupan. Ia memerlukan seseorang untuk merefleksi diri dan mengingati
tujuan hidup di muka bumi ini supaya dapat mencapai kejayaan di akhirat kelak. InsyaAllah.

Motivasi Fisiologi lebih kepada pemeliharaan diri sendiri. Sebagai contoh, manusia akan lapar,
dahaga dan penat. Jadi bagi memenuhi keperluan tersebut kita perlu makan, minum dan rehat.
Tetapi, memenuhi keperluan hendaklah berlimit dan berlandaskan Syariah Islam supaya dapat
mencapai keredhaan-Nya.

Motivasi Psikologi pula lebih menfokuskan pada 'what drives human to achieve their needs and
desire'. Sebagai contoh, kita bekerja untuk menyara diri dan keluarga. Dengan adanya gaji, kita
akan sentiasa berusaha untuk meningkatkan prestasi kerja dan mengelakkan curi tulang di
pejabat. Memang fitrah manusia memerlukan ganjaran dan balasan untuk berusaha dan beramal
soleh. Allah berfirman,

88
“Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh, Kami akan masukkan mereka ke dalam
syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-
lamanya. Mereka beroleh dalam syurga itu pasangan-pasangan, isteri-isteri yang suci bersih,
serta Kami masukkan mereka ke tempat yang teduh yang sentiasa dinaungi.”

[An-Nisā':57]

Disunting oleh,
Nur Syamini Naushad Ali,
Timbalan Presiden 2 Rakan Masjid USMKK 16/17.

89
Love Letter 14.0: SAHABAT

Pesan murabbi,

Apabila kita bersahabat tengok tujuan utama kita bersahabat. Kalau kita masih menjatuhkan
sahabat kita, itu masih belum dikira bersahabat tapi sekadar menjadi insan yang "TAK NAK
KALAH". Tidak boleh tengok orang lain senang.

Check balik hati kita, muhasabah balik tujuan kita, kalau minta pujian manusia, maka pujian
sahajalah yang kita dapat. Kalau minta redha Allah, kita akan dapat dua-dua, Allah dan sahabat.

Kita sering dimomok "EGO",

“AKU BETUL KAU SALAH!!”

Sedar, bila kita nampak satu kesalahan dia, terus kita salahkan dia, tuding jari. keruhkan keadaan.

Allahurabbi, sedarkah kita?

Selama mana kebaikan yang dia pernah bagi kita walaupun satu senyuman yang pernah diukir
yang buat kita tenang, tapi kita lupa hanya kerana 1 kesalahan dia, terus sahaja menuding.

Disebabkan apa?

EGO.

Ya, kita ego.

Kita perlu sedar apa tujuan bersahabat dan persaudaraan.

Allah tak akan hadirkan seseorang tanpa sebab melainkan bersebab.

Sebaik-baik sahabat, sahabat yang sentiasa mengingatkan kita dekat Allah.

Nukilan,
Ain Atikah Safruddin,
Setiausaha, Rakan Masjid 16/17

90
Love Letter 15.0: ITU BUKAN CARA KITA

“Peargh! Mat sekarang dah pandai pergi masjid.”

“Amboi Minah, sejak bila jadi ustazah pakai tudung tutup dada nih?”

“Alaaaaaahai, setakat nak berubah jadi baik 2 ke 3 hari je baik tak payah laaaa!!”

…dan semakin kau mengatur langkah mendekati Tuhan, semakin perit kata mereka yang kau
telan, semakin dosa-dosa lalu menghambat kau dari menghadapi hari mendatang. Lalu kau lemah
dan hilang tabah.

Namun harus kau ingat,


PUTUS ASA ITU BUKAN CARA KITA!!

“…Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah hanyalah orang-orang kafir.”
(Yusuf; 12:87)

Wahai hati yang mencari fitrah sebenar,


Perbetulkan kompasmu agar ia benar-benar menuju Tuhan. Pekakkan sahaja telinga dari cacian
dengki. Kerana harus kau tahu jalan murni ini sememangnya tidak dihampar dengan karpet
merah melainkan duri-duri yang mencucuk. Tapi, jalan inilah yang bakal membawa ke syurga
yang kekal abadi.

Namun, jangan dibiar menanti tanpa mencari petunjuk Ilahi. Kerana hidayah (petunjuk) tidak
datang sendiri tanpa dicari. Analogi seorang musafir yang tersesat dalam kembara perjalanan,
takkan bertemu penyelesaian jika dia tidak mencari.

“Wahai orang yang beriman! Bertaqwalah kepada Allah dan carilah wasilah (jalan) untuk
mendekatkan diri kepadaNya dan berjuanglah dijalanNya agar kamu beruntung.”
(Al-Maidah; 5:35)

Jom kita mulakan dengan solat berjemaah di masjid, melazimi bacaan Al-Quran dan mendekati
orang-orang soleh. Semoga langkah-langkah kita terpandu dengan redha-Nya.

91
Jangan berputus asa dipertengahan hijrah.
Luruskan niatmu sahabatku.
Suci niatmu untuk kembali kepada fitrah.
Semoga Allah permudahkan jalanmu ke syurga.

Disunting oleh,
Siti Munirah binti Mahmud,
Bendahari Rakan Masjid USMKK 16/17.

92
93
Wafi Wajdi

Wafi Wajdi

94
Wafi Wajdi

95
Wafi Wajdi

96
Wafi Wajdi

Wafi Wajdi

97
Wafi Wajdi

98
Wafi Wajdi

Wafi Wajdi

99
HAMBA ALLAH vs HAMBA EXAM EXAM

Minggu
Peperiksaan
Jom solat
jemaah.

Tahajjud
Akhirnya habis
jom malam
juga semua
nih.
exam.

Okay!

Nanti kita
Dah Asar. Jom Nan…ti…la
tahajjud Erk…
solat sama-sama. …
macam Tengok
haritu ye. dulu lah
ye.

Kau nak tahu…


. . . . . . .
Sebenarnya
kita ni hamba
Allah, bukan
hamba exam.

Muhammad Faridzuan Faiz

100
AL-QURAN DAH BACA?

Ahhhh Kau
h!. . . Kenapa
. . . ?

Aku
FB dah…
bosan
Whatsapp dah…
laa…
Insta dah…
Twitter dah…
Apa lagi yang
belum eah?

Al-Quran
dah? . . . .
.

Muhammad Faridzuan Faiz

Khairul Amri

101
102
103
104
105
Hana Hamzah

106
HOME
Have you ever had a feeling, when you meet someone with the
same intention and belief, same goal and justice, that you feel
so content and peaceful, so sudden but blissful. You feel so
belonging, so much like you are part of a family. Like you are
home; heart.
It's the beauty of Islam I believe. The taste and reality of the
word 'Ummah'. We are heading towards the same destination,
hoping for the same invitation.
So please, keep me with this feeling constantly. Feed me with
hopes without hypocrisy.
Even with ‘solah jamaah’.
- Aminah-

107
KHIDMAT KOMUNITI 2.0
Jun 2016

QARIAH RAMADHAN (TADARUS AL-QURAN)

September 2016
SEMINAR AKIDAH

WORLD QURAN HOUR JALINAN MAHABBAH

108
Oktober 2016

HALAQAH ILMIAH MAJLIS KACAU BUBUR ASYURA DSYPNEA KEHIDUPAN KELAS KAK LENNY

TURKI KEMBALI BERTARING EDARAN PEMPLET SUKAD JUALAN MEGA RM HALAQAH ILMI AH

BACK TO BASIC

November 2016

KURSUS KAHWIN JUALAN MEGA RM HALAQAH ILMIAH

Disember 2016

CERAMAH ANJURAN SKB HARI TAMAK PAHALA KHIDMAT KOMU NITI 3.0

109
Judul Buku:
Contengan RM

Penulis:
Ahli Rakan Masjid 2016/2017

Cetakan Pertama 2017

Editor:
Siti Munirah binti Mahmud
Muhammad Aiman bin Rahimi
Muhammad Faridzuan Faiz bin Said
Muhammad Firdaus bin Jaafar

Percetak:
(Nama Company)
(Alamat Company)

110

Anda mungkin juga menyukai