Anda di halaman 1dari 6

TARIKH : 11.02.

2018
HARI : AHAD
MASA : 8.30 pagi
TEMPAT : padang,
sjk(t) Ldg. henrietta,
pdg. ser
LAPORAN TEMASYA SUKAN TAHUNAN YANG KE-32 SJK(T)

LADANG HENRIETTA, PADANG SERAI.

Pada 11 Februari 2018 Temasya Sukan Tahunan SJK(T) Ladang Henrietta


Ke-32 telah berlangsung dengan jayanya di padang sekolah bermula jam 8.30 pagi
dengan ketibaan tetamu khas En.Chandrasegaran (YDP PIBG) dan En.Riyas Khan
Bin Liquat Ali (Pengusaha Restoran Al-Ameen)

Pada hari kejohanan, guru-guru dan peserta telah berkumpul dan bersedia di
padang sekolah seawal jam 8:00 pagi. Pada jam 8:30 pagi, kejohanan telah
dimulakan dengan perbarisan lintas hormat oleh kontijen rumah sukan yang segak
bergaya dengan kostum rumah sukan masing-masing. Semua peserta
perbarisan berkumpul di padang setelah selesai melakukan lintas hormat . Acara
diiteruskan dengan bacaan ikrar dan nyanyian lagu Negaraku.

Seterusnysa, guru besar SJK(T) Ladang Henrietta memberikan ucapan


aluannya. Seterusnya, upacara perasminan iaitu menyalakan obor dilangsungkan
diikuti dengan ucapan perasminan oleh tetamu khas, Selepas itu, kontijen-kontijen
rumah sukan balik ke khemah masing-masing.

Pasukan gimrama telah mempersembahkan persembahan mereka.


Sekumpulan murid telah mengambil bahagian dalam persembahan tersebut dengan
menggunakan pom-pom dan gelung getah. Seterusnya, pertunjukan seni
pertahanan diri taekwondo dipersembahkan oleh ahli-ahli taekwondo sekolah.
Acara larian 50m lelaki bagi tahun 1 merupakan acara pertama kejohanan balapan
dan padang yang dilangsungkan diikuti dengan larian 50m perempuan tahun 1.
Acara 75m lelaki dan perempuan dilangsungkan untuk murid tahun 2 dan tahun 3.
Murid-murid yang dipilih dalam tahun 4, 5 dan 6 telah mengambil bahagian dalam
acara larian 100m.

Seterusnya acara kumpulan dimulakan. Sebahagian daripada acara telah


selesai dilaksanakan sebelum hari sukan. Antaranya ialah, larian 200m, larian
berganti –ganti, lompat jauh , lompat tinggi, lontar peluru, acara lari letak dan
mengambil bola, acara bowling padang, acara kasut gergasi, acara lari dalam guni ,
acara menjatuhkan tin dan acara lari halangan. Pada hari sukan, acara lari lipan,
acara lari mengundur sambil bawa bola , acara menyusun tin, acara lari bawa bola
ping pong dengan bat, acara mengelecek bola hoki dan acara tarik tali diadakan
bagi murid-murid mengikut tahun masing-masing. Makanan dan minuman telah
dibekalkan kepada semua murid mengikut kumpulan masing-masing.

Acara bekas murid dan acara ibu dan bapa juga diadakan. Majlis
penyampaian hadiah berlangsung dari masa ke semasa. Tetamu-tetamu khas
memberikan hadiah kepada para pemenang.

Yang berhormat Dr.Suraess Muthusamy MD (Polyclinic GY) turut hadir


untuk penutupan sukan tahunan SJK(T) Ladang Henrietta yang ke-32. Secara
keseluruhannya, Rumah Biru telah mendahului rumah-rumah sukan yang lain dan
muncul sebagai johan. Naib johan pula dimenangi oleh Rumah Ungu. Rumah
Kuning dan rumah Merah mendapat tempat ketiga dan keempat masing-masing.
Bagi acara perbarisan, Rumah Biru berjaya dianugerahkan tempat pertama
manakala Rumah Ungu memenangi tempat kedua. Yogenesvar dari Rumah Ungu
dan Thanggeshwari dari Rumah Biru masing –masing diumumkan sebagai
olahragawan dan olahragawati Kejohanan balapan dan padang Ke-32.
Seterusnya, Penolong Kanan Kokurikulum menyampaikan ucapan terima
kasih kepada semua yang menunjukkan kesungguhannya bagi menjayakan
Temasya Sukan Tahunan ini. Para hadirin disediakan jamuan makanan. Ahli-ahli
PIBG berganding bahu membersihkan kawasan padang. Temasya Sukan Tahunan
SJK(T) Ladang Henrietta yang ke-32 mencapai penghujungnya pada pukul 1.00
tengah hari.

Disediakan oleh, Disemak oleh, Disahkan oleh,

_____________

(Pn.M.Kanaga)

Anda mungkin juga menyukai