Anda di halaman 1dari 2

Jawatankuasa Penaja

Persatuan/Kelab Keselamatan Jalan Raya (KEJARA),


SMK Seri Sinar, Rujukan Tuan :
Jalan Kubong, Rujukan Kami : KKJR/2019/1
98700 Limbang, Sarawak. Tarikh : 07 Jan 2019

Pengetua,
SMK Seri Sinar,
Jalan Kubong,
98700 Limbang, Sarawak.

Melalui:
Pemimpin Jawatankuasa Penaja Persatuan/Kelab Keselamatan Jalan Raya
(KEJARA) SMK Seri Sinar

Tuan,

PERMOHONAN PENUBUHAN PERSATUAN/KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA


(KEJARA) SMK SERI SINAR, LIMBANG

Saya dengan segala hormat dan takzimnya merujuk perkara di atas.

2. Saya sebagai wakil daripada Jawatankuasa Penaja Persatuan/Kelab KEJARA,


berdasarkan kepada Peraturan (4) dalam Warta Kerajaan bertarikh 21hb Mei 1998 P.U.(A) 196,
yang berkait dengan seksyen 130, Akta Pendidikan 1996 dengan ini memohon untuk
menubuhkan PERSATUAN/KELAB KESELAMATAN JALAN RAYA (KEJARA) SMK SERI
SINAR mulai 14hb January 2019.

3. Bersama-sama ini disertakan:


2.1 Draf perlembagaan dan peraturan-peraturan persatuan
2.2 Senarai ahli jawatankuasa penaja
2.3 Draft Aktiviti Tahunan

4. Jasa baik pihak tuan meluluskan permohonan ini amatlah dihargai dan disanjung tinggi.
Sekian, terima kasih.

“BERKHIDMAT UNTUK NEGARA”

Saya yang menjalankan amanah,

…………………………..
( Siti Ayu Bt Amri )
Setiausaha,
b.p. Jawatankuasa Penaja
Persatuan/Kelab Keselamatan Jalan Raya (KEJARA)
SMK Seri Sinar, Limbang

s.k. 1. Penolong Kanan Kokurikulum


2. Fail Persatuan/Kelab Keselamatan Jalan Raya (KEJARA) SMK Seri Sinar

Anda mungkin juga menyukai