Anda di halaman 1dari 1

bincangkan keistimewaan pendidikan yang diterima oleh para sahabat dengan merujuk buku "Pertunjuk

Sepanjang Jalan" oleh al-Syahid Sayed Qutub.


Anda boleh juga merujuk buku-buku yang lain untuk perbincangan lanjut yang bersesuaian.

Para sahabat merupakan orang yang paling rapat dengan Rasulullah SAW kerana para sahabat
inilah yang banyak menyokong serta membantu dakwah yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW atas
perintah Allah SWT. Pada zaman Rasulullah dan Sahabat, al-Quran merupakan sumber rujukan yang
paling utama dan juga sebagai sumber dakwah yang memberi petunjuk kepada umat manusia agar
mengikuti apa yang diperintahkan oleh Allah SWT dan meninggalkan segala larangan-Nya. Merujuk
didalam bukuk “PetunjukSepanjang Jalan” oleh al-Syahid Sayed Qutub ada meyatakan bahawa sumber
pokok yang diambil oleh generasi pertama iaitu generasi para sahabat ialah Al-Quran. Hadis Rasulullah
SAW adalah semata-mata merupakan pentafsiran kepada sumber utama itu. Ketika Assaiyidah `Aisyah
Radhiallahu'anha ditanya mengenai kelakuan, perangai dan perjalanan hidup Rasulullah SAW maka
beliau menjawab: yang bermaksud: “kelakuan dan perjalanan hidup beliau [Rasulullah SAW] itu ialah
Al-Quran” (hadis riwayat Nasai’).
Tujuan Rasulullah SAW mengarahkan supaya sumber panduan dan pengajaran generasi
pertama iaitu generasi para sahabat hanya terbatas kepada al-Quran sahaja supaya jiwanya melurus ke
arah jalan yang diredhai oleh Allah SWT. Hal ini juga bertujuan untuk membentuk satu generasi yang
bersih hatinya, bersih pemikirannya, bersih pandangannya, bersih perasaannya dan murni jalan hidupnya
mengikut lanadasan ilahi yang terkandung di dalam al-Quran.
Antara keistimewaan pendidikan yang diterima oleh para sahabat adalah dengan hanya
menerima panduan daripada sumber yang tunggal itu sahaja iaitu sumber daripada al-Quran. Oleh
kerana itulah generasi itu telah berhasil membentuk sejarah gemilang di zamannya. Para sahabat di
dalam generasi pertama itu tidak mendekatkan diri mereka dengan Al-Quran dengan tujuan hanya untuk
mencari pelajaran, ilmu dan bahan bacaan semata-mata, bukan juga dengan tujuan mencari hiburan.
Bahkan mereka pelajari Al-Quran itu dengan maksud untuk mempelajari bagaimanakah arahan dan
perintah Allah SWT dalam urusan kehidupan peribadi dan hidup bermasyarakat. Mereka belajar untuk
dilaksanakan serta merta seperti seorang tentera yang menerima, “arahan harian” atau “surat pekeliling”
bagi dilaksanakan perintah dengan serta merta. Cara penerimaan pendidikan sebeginilah yang
menambah luasnya ma'rifat dan pengalaman mereka dari ajaran Al-Quran.
Oleh itu, sistem atau cara penerimaan pendidikan yang diterima oleh para sahabat boleh
dijadikan sebagai panduan kepada kita dengan mengambil contoh para sahabat yang mendekatkan diri
dengan al-Quran bukan bertujuan untuk mendapatkan pelajaran dan ilmu semata-mata tetapi bertujuan
untuk mengetahui tentang arahan dan perintah Allah SWT serta mengaplikasikan dengan serta merta
apa yang telah mereka pelajari di dalam kehidupan mereka.