Anda di halaman 1dari 4

‫مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية األفـظ‬

Berdasarkan kaedah ini, antara situasi yang berkaitan dengan kaedah ‫مـقـاصـد الـلـفـظ عـلى نـية‬
‫ األفـظ‬adalah tentang talak. Hal ini kerana, dalam kaedah ini ada menyebutkan tentang sesuatu lafaz
berdasarkan niat orang yang mengucapkannya. Sesuatu lafaz atau perbuatan yang dilakukan oleh
seseorang akan menjadi terbatal jika lafaz atau perbuatan tersebut tidak sama atau selari dengan
apa yang diniatkannya.

Perkara tersebut ada dinyatakan di dalam hadis berkaitan segala perkara yang dilakukan
haruslah berdasarkan niat khususnya dari segi amalan yang dilaksanakan.

‫ “إنَّ َما‬:‫ّللاه يَقُو ُل‬


َّ ‫سو َل‬ َ :‫ب قَا َل‬
ُ ‫س هم ْعت َر‬ ‫طا ه‬ ُ ‫ين أَبهي َح ْفص‬
َّ ‫ع َم َر ْب هن ا ْل َخ‬ ‫ع َْن أ َ هم ه‬
َ ‫ير ا ْل ُم ْؤ هم هن‬
‫سو هل هه‬ َّ ‫ فَ َم ْن كَا َنتْ هه ْج َرتُهُ إلَى‬،‫ام هرئ َما نَ َوى‬
ُ ‫ّللاه َو َر‬ ْ ‫ َو هإنَّ َما هلك هُل‬،‫ْاْل َ ْع َما ُل هبالنهيَّاته‬
ُ‫ام َرأَة يَ ْن هك ُح َها فَ هه ْج َرتُه‬
ْ ‫ َو َم ْن كَانَتْ هه ْج َرتُهُ هل ُد ْنيَا يُ هصيبُ َها أ َ ْو‬،‫سو هل هه‬
ُ ‫ّللاه َو َر‬ َّ ‫فَ هه ْج َرتُهُ إلَى‬
‫”إلَى َما َها َج َر إلَ ْي هه‬

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: “Aku
mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu
adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa
yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya.
Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang
perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan.’
(hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Berdasarkan hadis di atas telah dinyatakan tentang niat adalah penting untuk membezakan
antara ibadat dengan adat. Niat itu penting untuk membezakan antara amalan yang ditujukan
kepada Allah SWT atau kepada selain Allah SWT. Ibadah seperti solat dan puasa wajib diniatkan
kepada Allah SWT agar diterima-Nya.
Perkara atau amalan yang diharuskan oleh syara’, jika ditujukan kepada Allah SWT akan
menjadi amalan ibadah, menghampirkan seseorang dengan-Nya dan akan diberi pahala oleh-Nya.
Contohnya makan minum, memberi nafkah kepada keluarga dan bergaul dengan isteri . Semua itu
dikira ibadah sekiranya dilakukan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT.

Berbalik kepada situasi tadi, apabila seorang wanita mempunyai nama seperti thaliq yang
bermaksud talak ataupun nama lain yang mempunyai maksud sama seperti talak. Jika suami
kepada wanita tersebut memanggilnya dengan menyebut “Thaliq” tanpa ada niat untuk
menceraikannya, maka talak tersebut tidak jatuh. Hal ini berlainan pula jika suaminya memanggil
nama isterinya Thaliq dengan niat untuk menceraikannya, maka talak tersebut jatuh dan lafaz talak
tersebut sah kerana lafaz dan niat mempunyai matlamat atau tujuan yang sama.

Selain itu, jika seorang suami berkata kepada isterinya “awak sudah tiada hubungan dengan
saya” atau “ awak keluar dari rumah ini selama-lamanya” atau seumpamanya. Lafaz-lafaz
seumpama ini dianggap sebagai lafaz kinyah (kiasan) yang mana lafaz-lafaz tersebut menunjukkan
suami mahu menceraikan atau menjatuhkan talak kepada isterinya. Jika niat adalah untuk
menceraikan isterinya, maka terjatuhlah talak manakala jika suami tidak berniat untuk
menceraikan isterinya , maka talak tersebut tidak jatuh.

Begitu juga jika seseorang lelaki berkahwin dengan niat tidak mahu menyerahkan mahar
kepada isterinya, maka kebanyakkan ulama’ menyatakan perkahwinan tersebut terbatal kerana
lafaz dan perlakuan yang dilakukan tidak sama dengan apa yang diniatkan. Ia berdasarkan hadis
yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah r.a: Rasulullah SAW bersabda: "Barang siapa yang
menikahi seorang wanita dengan mahar tertentu, sedangkan ia berniat untuk tidak menyerahkan
mahar tersebut kepadanya, maka ia adalah penzina". (riwayat al Bazzar dan al-Baihaqi).

Daripada Abu Hurairah rahimahullah berkata: "Nabi SAW menganggap pembeli (orang yang
berhutang) dan lelaki yang menikah bila keduanya berniat untuk tidak menunaikan kewajipannya bagaikan
orang yang berzina dan mencuri, sehingga dosanya sama besarnya dengan dosa penzina dan pencuri".
(rujuk Al Fatawa Al Kubra 6/59).
Ibnu Taimiyyah r.h berkata: "Sesungguhnya niat dan keyakinan sentiasa diperhitungkan
dalam setiap perbuatan dan tradisi, sebagaimana keduanya sentiasa diperhitungkan dalam setiap
amal ibadah.

"Niatlah yang menjadikan suatu perkara halal atau haram, sah atau rosak/ batal, atau sah
dari satu sisi dan batal dari sisi lain. Sebagaimana niat dalam amalan ibadah menjadikannya wajib,
atau sunah atau haram atau sah atau rosak/batal". (rujuk Al-Fatawa Al-Kubra 6/54)

Perkara tersebut sangat bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW iaitu :

ُ‫ع َم َل هل َم ْن الَ نهيَّةَ لَه‬


َ َ‫هإنَّهُ ال‬
Maksudnya : Sesungguhnya tidak dikira amalan sesiapa yang tidak berniat.

(Hadis riwayat al-Baihaqi dlm Sunan al-Baihaqi).

Dalam situasi ibadah pula, niat dan lafaz perlu ada persamaan ataupun membawa kepada
matlamat dan tujuan yang sama. Jika seseorang itu mengeluarkan zakat tetapi dalam penyerahan
wang tersebut, dia telah meniatkannya untuk sedekah dan bukan untuk zakat. Maka ibadah zakat
tersebut tidak sah dan ia hanya dianggap sebagai sedekah sahaja. Hal ini kerana lafaz atau
perbuatan yang dilakukan dengan apa yang diniatkan itu tidak bersangkutan. Tujuan dan matlamat
haruslah sama dan saling bersangkutan antara lafaz dan niat. Jika seseorang mengerjakan suatu
ibadah dengan niat murni untuk mendapatkan dunia. Misalnya menjadi muazin dengan niat agar
diberi wang atau menjadi imam masjid agar digaji semata-mata tanpa ada niat langung kerana
Allah SWT, maka orang yang seperti ini batal (tidak diterima) ibadahnya dan terjatuh ke dalam
syirk qasd (syirk dalam hal tujuan),perkara tersebut ada dinyatakan dalam ayat quran :

“Barang siapa yang menghendaki kehidupan dunia dan perhiasannya, niscaya Kami
berikan kepada mereka Balasan pekerjaan mereka di dunia dengan sempurna dan mereka di dunia
itu tidak akan dirugikan.--Itulah orang-orang yang tidak memperoleh di akhirat, kecuali neraka
dan lenyaplah di akhirat itu apa yang telah mereka usahakan di dunia dan sia-sialah apa yang
telah mereka kerjakan.” (terjemah Huud: 15-16).
Walaubagaimanapun, jika Seseorang yang dalam ibadahnya bertujuan untuk taqarrub
kepada Allah namun ada juga tujuan duniawi yang hendak diperolehnya, maka ia dibolehkan.
Sepatutnya setiap apa berbuatan atau amalan yang dilaksanakan haruslah bertujuan kerana Allah
SWT supaya lafaz atau perbuatan yang kita laksanakan tidak menjadi sia-sia, bahkan kita bukan
sahaja mendapat nikmat di dunia malah mendapat juga nikmat di akhirat kelak. Misalnya, Ketika
melakukan thaharah (bersuci), disamping niatnya beribadah kepada Allah, ia juga berniat untuk
membersihkan badan.

Daripada Umar bin al-Khattab RA, aku mendengar Nabi SAW bersabda:

‫ت‬ ‫إهنَّ َما اْلَ ْع َما ُل به ه‬


‫النيَا ه‬

Maksudnya: “Sesungguhnya setiap amalan itu bergantung pada niat”.

(Riwayat al-Bukhari).

Berdasarkan hadis ini, kita maklum bahawa niat merupakan perkara yang amat penting
kerana ia yang akan menentukan tujuan amalan tersebut. Sebagaimana niat memberi kesan dalam
ibadah dan munakahat, ia juga turut berperanan dalam muamalat dan perniagaan. Contohnya ialah
pemberian harta kepada orang lain sekalipun perbuatannya nampak sama tetapi penilaiannya
adalah berbeza berdasarkan niat si pemberi. Pemberian itu ada berbagai tujuan di antaranya
ialah hibah, zakat, sedekah, kafarah dan sebagainya. Kaedah ini memberi kefahaman bahawa niat
menjadi syarat utama sah atau batalnya sesuatu perkara itu atau diberi pahala ataupun dosa. Untuk
itu amalan yang tidak disertai dengan niat tidak mendatang apa-apa kesan.