Anda di halaman 1dari 1

Ruj. Kami : 500-FKK (HEP .

24/6/2)
Tarikh : 15 Mac 2019

YBhg. Prof. Dr. Hj. Azizan Abdullah


Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar
Universiti Teknologi MARA (UiTM)

YBhg. Prof.

PENGLIBATAN PELAJAR FAKULTI KEJURUTERAAN KIMIA DALAM PROGRAM


GLOBAL YOUTH MODEL UNITED NATION 2019 (GYMUN’19)

Perkara di atas adalah dirujuk.

2. Dua orang pelajar daripada Fakulti Kejuruteraan Kimia yang bernama Nur Ain binti M
Johan (2017986201) dan Mohd Yashfi bin Mohd Yunus (2016238952) akan mewakili Fakulti
Kejuruteraan Kimia dan Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke persidangan antarabangsa
Global Youth Model United Nation 2019 pada ketetapan berikut:

Tempat : Sunway Putra, Kuala Lumpur


Tarikh : 19-22 Ogos 2019
Wakil Delegasi : Dua orang

3. Program secara asasnya adalah program tahunan bagi pihak penganjur dan pada tahun ini
Malaysia menjadi tuan rumah bagi program ini. Fakulti amat berbesar hati kerana dua orang
pelajar ini telah terpilih bagi menyertai program bertaraf antarabangsa ini sekaligus membawa
nama UiTM.

4. Oleh yang demikian, pihak Fakulti ingin memohon peruntukan daripada pihak YBhg.
Prof untuk yuran penyertaan termasuk bajet makan bagi dua orang delegasi Global Youth Society
adalah sebanyak RM 2564.48 .

5. Sehubungan dengan itu, besarlah harapan Fakulti agar pihak YBhg. Prof dan Jabatan Hal
Ehwal Pelajar (HEP) UiTM Shah Alam dapat meluluskan permohonan ini sekaligus memberikan
peluang dan sokongan sepenuhnya bagi mereka menempa nama dan mengharumkan nama
fakulti, universiti dan negara tercinta ini.

Kerjasama dan perhatian pihak YBbg. Prof. berhubung perkara ini didahului dengan ucapan
terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

PROF. Ts. DR. NORAZAH ABD RAHMAN


Dekan

Anda mungkin juga menyukai