Anda di halaman 1dari 1

Rujukan : UITMSA/MPP/01

Tarikh : 01.10.2018

YBhg. Prof. Dr. NORAZAH ABDUL RAHMAN


Dekan Fakulti Kejuruteraan Kimia
Universiti Teknologi MARA (UiTM)
Shah Alam

YBhg. Prof.

USULAN

Dengan penuh takzimnya perkara di atas dirujuk.

2. Bahawa saya Mohd Yashfi bin Mohd Yunus daripada Majlis Perwakilan Pelajar
Fakulti Kejuruteraan Kimia sesi 2017/2018 mendapati beberapa aduan mengenai tagging
atau penanda bilik-billik kuliah yang kurang jelas dan mengelirukan.

3. Aduan ini dibuat oleh para pelajar terutamanya pelajar baharu yang keliru dan
kurang yakin apabila melihat tagging di bilik-bilik kuliah fakulti. Secara tidak langsung ini
dapat memakan masa para pelajar apabila mahu mencari dan memasuki ke kelas-kelas
mereka.

4. Sehubungan itu saya dengan rendah dirinya berharap pihak fakulti dapat
mengambil tindakan yang selanjutnya bagi mengatasi masalah ini.

Kerjasama dan perhatian pihak YBbg. Prof. berhubung perkara ini didahului dengan
ucapan terima kasih.

Sekian.

Yang benar,

MOHAMED YASHFI BIN MOHAMED YUNUS


Fakulti Kejuruteraan Kimia,
Caretaker Majlis Perwakilan Pelajar,
Sesi 2018/2019.

Anda mungkin juga menyukai