Anda di halaman 1dari 2

KUMPULAN 6

Abdul Rashid bin Hamid - SK Haji Nyak Gam


Bakri bin Awang Ahmad - SK Sidam Kiri
Faizul Insani bin Ahmad - SK Kota Kuala Muda
Ishak bin Hassan - SK Taman Intan
Jamilah binti Abdullah - SK Bandar Baru Sungai Lalang
Laila binti Mohamad - SK Bukit Meriam
Norhana binti Md Zin - SK Khir Johari
Siti Zaiton binti Saad - SK Berapit, Tikam Batu
Zaleha binti Mohd - SK Permatang Buluh

Tajuk : Ukuran Panjang

Sub Topik : Mengukur panjang objek menggunakan unit bukan piawai.

Tempoh Masa : 30 minit

Objektif : 1. Diakhir pelajaran murid-murid dapat menggunakan unit bukan piawai


untuk menguji panjang 5 objek yang diberikan.

Pendekatan : Konstruktivisme

Bahan : butang baju, batang mancis, klip kertas, pensil dan penyedut minuman.

Set Induksi : - Guru menyediakan simulasi bagi menarik perhatian murid untuk
pengenalan ukuran panjang.
(Murid menarik tali dari dalam kotak hitam)
- Murid diminta meneka ukuran panjang tali.
(Panjang atau pendek)

Langkah 1

Guru mengaitkan aktiviti set induksi dengan aktiviti mengukur tali tadi dengan
menggunakan butang baju, batang mancis, klip kertas, pensil dan penyedut
minuman.

Langkah 2.

1. Murid dibahagikan kepada tiga kumpulan.


2. Murid dikehendaki membuat cabutan tugasan (terdapat arahan untuk mengukur objek
di dalam kelas)
Contoh : Panjang meja guru dengan menggunakan penyedut minuman.
Meja murid dengan menggunakan pensel
Buku teks dengan menggunakan klip kertas dan sebagainya.
Langkah 3

• Murid diminta memberi maklumat tentang aktiviti yang dijalankan.


Contoh : panjang meja guru sama dengan berapa batang penyedut minuman.

Langkah 4

• Murid membuat aktiviti bertulis di lembaran kerja

Penutup

Perbincangan jawapan tentang lembaran kerja tersebut.