Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan
yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan :
Bersyukur kepada Allah SWT kerana dengan limpah kurnia-Nya, kerja kursus ini dapat
disiapkan mengikut masa yang telah ditetapkan. Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi
penghargaan dan ucapan terima kasih kepada pensyarah pembimbing saya iaitu Datin
Khaziah binti Abd Karim atas bantuan, bimbingan, teguran dan nasihat yang telah beliau
berikan sepanjang saya menyiapkan tugasan saya. Saya juga mengucapakan terima kasih
kepada ahli keluarga yang amat saya kasihi terutamanya ayah saya, iaitu Abd Khadir Bin
Ismail dan ibu saya, iaitu Nazira Binti Man yang banyak memberi galakan, dorongan semasa
saya menyiapkan tugasan ini.
Selain itu, terima kasih juga diucapkan kepada kawan-kawan sekuliah terutama rakan
sekumpulan yang telah sama-sama berkolaborasi dalam mencari bahan, membuat rakaman
dan menyiapkan tugasan. Kerjasama kalian amat saya dihargai dan diharap kerjasama ini
akan terus berkekalan. Atas kerjasama kalian tugasan ini telah dapat sama-sama kita
sempurnakan.
Sekali lagi saya mengucapakan terima kasih atas semua pertolongan yang telah
diberikan kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam membantu
saya menjayakan kerja kursus ini. Moga dengan jasa baik yang telah dicurahkan akan
mendapat ganjaran daripada Allah SWT.
Santun menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (1984), hal 1115 bermaksud halus budi bahasa
atau budi pekerti, beradab atau sopan.Berbahasa dengan santun ialah menggunakan bahasa
secara halus, nilai rasa yang baik, penuh kesopanan dan berusaha menghindari konflik antara
penutur dengan pendengar dalam proses komunikasi. Kesantunan menurut Kamus Dewan
(1984): perihal (sifat dsb) santun, kesopanan, kehalusan (budi bahasa atau budi pekerti).
Dengan perkataan lain, perkataan santun dikaitkan dengan gerak geri ataupun perilaku dan
bahasa yang digunakan oleh seseorang dalam komunikasi. Oleh itu, jika berbahasa, individu
yang santun akan menggunakan bahasa yang halus, sopan dan mengandungi nilai-nilai
hormat yang tinggi. Hal ini secara tidak langsung mencerminkan ketinggian budi orang yang
bercakap ataupun orang yang disapa.
Dalam konteks Masyarakat Malaysia, kesantunan amat penting diamalkan demi menjaga
perpaduan yang telah lama wujud agar terus terpelihara dan tidak tergugat. Hal ini kerana
adalah penting untuk setiap ahli masyarakat mengamalkan kesantunan berbahasa yang
terangkum dalamnya sifat santun dalam gerak geri dan perilaku serta penggunaan bahasa.
Tidak semestinya bahasa yang puitis dan gramatis diperlukan cukup sekadar penggunaan
bahasa yang sopan, teratur dan disenangi sama ada secara lisan mahupun tulisan.
Masyarakat Malaysia telah mewarisi satu budaya daripada generasi terdahulu iaitu budaya sopan dan santun.
Budaya sopan dan santun ini masih kekal sehingga ke hari ini dan telah menjadi amalan serta cara hidup
yang melambangkan identiti hidup bermasyarakat. Kecantikan yang sebenar bukanlah terletak pada wajah
dan pakaian semata-mata namun kecantikan yang sebenar ialah keelokkan adab dan ketinggian ilmu
seseorang. Oleh hal yang demikian, apakah yang dimaksudkan dengan kesantunan yang sebenarnya?
Gambar 1
Asmah Haji Omar (2000) telah mendefinisikan kesantunan mengikut perspektif Melayu
iaitu penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan kegusaran, kemarahan dan
rasa tersinggung daripada pendengar. Beliau turut menyatakan kesantunan ialah kaedah atau
strategi yang digunakan oleh penutur untuk mencapai tujuan tertentu dengan tingkah laku dan
tutur kata yang santun. Asmah Hj. Omar (2000), telah membahagikan kesantunan kepada
dua jenis iaitu:
a) Kesantunan asas
Kesantunan asas ialah kesantunan yang sedia ada dalam masyarakat yang dijadikan
sebagai pedoman dalam pergaulan seperti yang diberi penekanan dalam ajaran
agama.
b) Kesantunan berkala.
Kesantunan berkala pula merujuk kepada kesantunan yang menggambarkan ucapan
yang dilakukan dalam masyarakat berdasarkan situasi tertentu misalnya laras dan
tempat berlainan dan pangkat seseorang. Sebagai contohnya, rakyat biasa dengan
raja, rakyat dengan pemimpin, anak murid dengan guru dan lain-lain.
Gambar 2
Awang Sariyan (2007) memberi definisi kesantunan sebagai penggunaan bahasa
yang baik, sopan dan beradab, memancarkan peribadi mulia, dan menunjukkan
penghormatan kepada pihak yang menjadi teman bicara. Malah, kesantunan turut
didefinisikan sebagai peraturan perlakuan yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh
sesuatu masyarakat tertentu sehingga menjadi prasyarat dalam masyarakat tersebut.
Gambar 3
Hamka atau nama sebenar beliau Haji Abdul Malik Karim Amrullah (2002) telah
menyatakan bahawa kesantunan merujuk kepada adab dan ketinggian ilmu seseorang, bukan
terletak pada wajah dan pakaian seseorang. Menurutnya lagi, kesantunan meliputi kata-kata
yang lemah dan beradab hingga dapat melembutkan hati seseorang. Malah, bertambah kuat
kepercayaan kepada agama, bertambah tinggi darjatnya di dalam pergaulan hidup, dan
bertambah baik tingkah laku dan akal budinya.
Indirawati Wahid (2012) pula mempunyai pandangan yang lebih mendalam tentang
konsep kesantunan. Menurut beliau, kesantunan melibatkan pengguna dan konteks, iaitu
pengguna ialah penutur dan pendengar, manakala konteks pula ialah situasi berlansungnya
sesuatu aktiviti ataupun interaksi Antara ahli masyarakat. Dengan perkataan lain, kesantunan
merupakan lakuan Bahasa yang diterima pakai dalam masyrakat yang mana setiap
masyarakat penutur di dunia ini mempunyai norma tertentu yang menentukan gaya hidup
yang diamalkan.
Sementara itu, Zaitul Azma Zainon Hamzah (2012) pula menyatakan bahawa
kesantunan merujuk kepada penggunaan Bahasa yang halus dan santun yang dapat
melambangkan nilai social dan budaya sesuatu masyarakat. Kesantunan turut diklasifikasikan
sebagai etika sosial, iaitu sesuatu yang asas dan perlu diamalkan untuk mewujudkan
keramahan dan penhormatan kepada tetamu.
Takrifan menurut pandangan barat pula, J. Ferguson dan Das Gupta (1968),
menyatakan yang kesantunan itu berlaku apabila penutur dan pendengar mengikuti semua
peraturan dalam perbualan. Tambah mereka lagi, kesantunan berlaku apabila terdapat
komunikasi dan hubungan yang harmoni antara penutur dan pendengar.
Gambar 4
Menurut Thomas (1995), kesantunan adalah kesedaran tentang jarak sosial. Perkara
ini bermaksud bahawa seseorang penutur perlu sentiasa mengamalkan sikap sopan apabila
berhubung dengan orang lain kerana adanya had antara seorang penutur yang lain. Dengan
maksud lain, darjah kesopanan perlu mengambil kira jarak sosial misalnya, perbualan dengan
seseorang yang rapat pasti berbeza dengan seseorang yang baru dikenali. Takrif lain tentang
kesantunan turut dikemukakan oleh Lakoff (1977), iaitu perlakuan yang mengurangkan
pergeseran dalam sesuatu interaksi.
Mengikut kajian oleh University Michigan bertarikh Febuari 2014, Malaysia menduduki
tempat ke 17 teratas dalam kadar kematian di jalanraya di dunia, dengan 30 kematian pada
setiap 100,000 penduduknya. Ini menunjukkan bahawa negara kita mempunyai kadar
kematian yang tinggi di jalan raya. Hal ini merupakan perkara yang negatif kerana ianya dapat
memburukkan nama Malaysia di mata dunia. Oleh itu kita hendaklah mengetahui faktor-faktor
yang menyebabkan kemalangan di jalan raya supaya
Antara punca-punca kemalangan jalan raya ialah sikap pemandu itu sendiri. Kebanyakan
kes kemalangan jalan raya berlaku disebabkan sikap pemandu yang tidak mematuhi
peraturan jalan raya yang ditetapkan. Kebanyakan pemandu cenderung untuk memandu laju
iaitu melebihi had laju yang ditetapkan oleh kerajaan. Terdapat juga pemandu yang
melanggar lampu isyarat merah di persimpangan jalan dan memberhentikan kenderaan di
tempat yang dilarang. Sikap negatif pemandu ini bukan sahaja menyusahkan dirinya apabila
berlaku kemalangan, malah dia juga turut menyusahkan pengguna jalan raya yang lain. Ini
juga menunjukkan yang pemandu itu tidak mempunyai kesantunan dalam memandu.
Sebab seterusnya berlaku kemalangan jalan raya ialah keadaan jalan raya yang kurang
baik. Jalan raya yang kurang baik membuatkan pemandu kenderaan terpaksa memberikan
sepenuh perhatian apabila melalui jalan tersebut. Selain itu, pemandu kenderaan juga mesti
lebih berhati-hati apabila melalui jalan tersebut pada waktu malam. Antara ciri-ciri jalan raya
yang kurang baik ialah terdapat banyak selekoh tajam, jalannya tidak rata serta berlubang.
Oleh itu, pemandu kenderaan mestilah mematuil had laju yang ditetapkan apabila melalui
jalan berbahaya.
Rajah 3.1.2 keratan akhbar kemalangan
Faktor cuaca juga boleh menjadi penyebab kepada berlakunya kemalangan jalan raya.
Di Malaysia, cuaca hujan sering menyebabkan jalan raya basah dan licin. Dalam keadaan
yang sedemikian, kemalangan jalan raya banyak berlaku khususnya dl lebuh raya kerana
pemandu tidak sempat membrek apabila kenderaan di hadapan tlba-tiba memperlahankan
kenderaannya. Hujan yang turun juga boleh menyebabkan pemandangan pemandu kabur
dan terhad. Sewajarnya pengguna jalan raya berhati-hati apabila memandu dalam keadaan
cuaca hujan dan jalan raya licin.
Rajah 3.1.3 Punca- punca kemalangan jalan raya.
Banyak impak dan kesan akan berlaku jika ianya terjadi antaranya ialah kadar kematian
meningkat dan meragut nyawa manusia yang tidak berdosa. Negara akan mengalami
kerugian tenaga kerja penting sekiranya mereka yang terlibat itu mempunyai ilmu dan
kemahiran yang diperlukan oleh negara. Keluarga juga akan kehilangan ahli keluarga yang
tersayang yang mungkin ketua keluarga mereka.
Seterusnya, kemalangan turut menyebabkan kerosakan harta benda dan harta kerajaan.
Kemalangan akan menyebabkan kenderaan terbabit rosak dan perlu dibaiki serta keadaan
jalan raya juga turut rosak yang akan menyusahkan pengguna-pengguna jalan raya yang lain.
Keluarga juga turut menanggung beban menjaga dan mengurus hal-hal tuntutan insurans dan
berbincang dengan pihak yang terlibat. Ibu bapa terpaksa menanggung kos rawatan anak dan
pembayaran ganti rugi.
Oleh hal demikian, imej negara juga terjejas. Nama baik negara turut buruk kerana kadar
kemalangan jalan raya yang tinggi yang mencerminkan sikap rakyat yang tidak berhemah dan
tidak bertamadun di jalan raya. Akhir sekali, kerajaan banyak mengeluarkan kos. Kerajaan
juga terpaksa berbelanja lebih untuk mengurus dan menyelenggara sistem jalan raya.
Kempen secara besar-besaran terpaksa diadakan untuk mengingatkan pengguna jalan raya
agar berhati-hati di jalan raya.
Kecacatan
anggota tubuh
badan
Kadar Keluarga
kematian menanggung
meningkat beban
Walaupun dikatakan malang tidak berbau, kita masih boleh mengambil beberapa langkah
yang proaktif dalam memastikan angka kemalangan maut tidak terus meningkat. Langkah-
langkah utama yang perlu diberi perhatian adalah Jabatan Kerja Raya menerusi Kementerian
Kerja Raya wajar mengenal pasti keadaan jalan raya yang sering menjadi punca kemalangan.
Kemudahan jalan raya perlu diperbanyakkan seperti jejantas, lampu isyarat, melebar jalan
raya dan memasang lampu di tempat-tempat yang perlu.
Kurikulum sekolah-sekolah memandu perlu dipertingkat dan dipantau ketat oleh kerajaan,
terutamanya Jabatan Pengangkutan Jalan Raya (JPJ). Kecekapan memandu wajar diuji
dengan sebaik-baiknya agar pengguna kenderaan dapat mengawal kenderaan dengan baik.
Selain itu, penguatkuasaan undang-undang yang lebih ketat oleh pihak polis dan JPJ.
Rondaan dan sekatan jalan raya serta pemantauan yang kerap patut dijalankan setiap hari
agar pengguna jalan raya dapat mendisiplinkan diri. Penggunaan kamera litar tertutup (CCTV)
juga patut diperluas agar dapat mengesan pemandu yang melebihi had laju.
Seterusnya, anjakan pemikiran pengguna jalan raya itu sendiri. Pengguna jalan raya perlu
sedar akan keselamatan mereka ketika berada di jalan raya. Mereka perlu berhati-hati
sekiranya ingin sampai ke destinasi dengan selamat. Jika semua pengguna jalan raya
mempunyai sikap dan pemikiran yang sama iaitu mempunyai kesantunan, kemalangan jalan
raya pasti dapat dihindari.
Akhir sekali, badan-badan Bukan Kerajaan (NGO) dan kerajaan sendiri perlu
memperbanyak kempen keselamatan jalan raya yang boleh dilaksanakan menerusi pelbagai
media yang ada di negara ini. Melalui brosur-brosur dan risalah-risalah yang dapat membuka
mata pengguna di jalan raya.
4.0 BROSUR
Brosur, buku kecil, atau pamflet adalah terbitan bukan berkala yang dapat terdiri dari satu
hingga sejumlah kecil muka surat, tidak mempunyai perkaitan dengan terbitan lain, dan
selesai dalam sekali terbit. Halamannya sering dijadikan satu (antara lain dengan pengokot,
benang, atau kawat), tapi tidak menggunakan jilid keras. Menurut takrifan UNESCO, brosur
adalah terbitan tidak berkala yang tidak dijilid keras, lengkap (dalam satu kali terbitan),
memiliki paling sedikit 5 halaman tetapi tidak lebih dari 48 halaman, di luar perhitungan
halaman sampul. Di England dari abad ke-16 hingga abad ke-18, istilah pamphlet digunakan
untuk risalah singkat dan berkontroversi mengenai topik-topik terkini, umumnya berhubungan
dengan agama atau politik.
Apabila terdiri daripada satu halaman, brosur umumnya dicetak pada kedua sisi, dan
dilipat dengan pola lipatan tertentu hingga membentuk sejumlah panel yang terpisah. Pamflet
yang hanya terdiri dari satu lembaran/halaman sering disebut lembar iklan (bahasa Inggeris:
leaflet, flier, atau flyer). Selain itu, brosur yang memuatkan maklumat tentang barangan
disebut juga sebagai katalog produk atau sering hanya disebut katalog.
Brosur atau pamflet memuat maklumat atau penerangan tentang suatu produk,
perkhidmatan, syarikat, sekolah, kemudahan umum, atau dimaksudkan sebagai kemudahan
pengiklanan. Maklumat dalam brosur ditulis dalam bahasa yang ringkas, dan dimaksudkan
untuk mudah difahami dalam waktu yang singkat. Brosur juga direka agar menarik perhatian,
dan dicetak dengan menggunakan kertas yang baik dalam usaha memberikan kesan yang
baik terhadap produk tersebut.
Buku kecil sering memiliki sampul, halaman judul, dan dijilid, dan memiliki jumlah muka
surat yang lebih banyak dari pamflet. Bentuknya sering kelihatan seperti buku ukuran kecil.
Berbeza dengan pamflet, buku kecil tidak sesuai untuk pengiklanan.
Sejumlah barangan seperti barang elektronik, sering menyertakan buku kecil yang
mengandungi perincian produk atau penjelasan cara penggunaan. Buku kecil yang disertai
barang elektronik kadang-kala memiliki jumlah halaman yang banyak dan tidak habis dibaca
sekali. Album rekaman, seperti kaset atau CD sering menyertakan buku kecil yang berisi lirik
lagu, foto, dan nama-nama artis.
5.0 kesimpulan
Intihanya, kesantunan ketika berada di jalan raya amat penting untuk semua pengguna jalan
raya. Apabila seseorang itu mempunyai kesantunan, etika dan moral dalam diri nescaya tidak
akan terjadi kemalangan akibat daripada diri sendiri. Tidak semestinya kemalangan terjadi
kerana diri sendiri. Mungkin faktor faktor yang telah dijelaskan seperti sebelum ini. Maka,
semua pihak mesti berganding bahu seperti aur dengan tebing dalam usaha mengelakkan
kemalangan dan menjadikan jalan raya tempat yang selamat kerana jalan raya di Malaysia
terkenal sebagai Pembunuh Nombor 1 Negara.
Oleh itu, semua pihak harus memainkan peranan masing-masing dan tidak hanya
menuding jari sesama sendiri seperti yang terdapat dalam lagu rakyat "Bangau Oh Bangau"
kerana sikap ini tidak menguntungkan sesiapa malah hanya membuang masa. Selain itu, kita
juga mestilah melakukan anjakan paradigma dengan mengubah persepsi yang salah bahawa
tanggungjawab menangani kemalangan jalan raya tergalas di bahu pihak kerajaan semata-
mata. Sebaliknya, semua individu itu mestilah saling membantu untuk menjayakan pelbagai
usaha yang telah dijalankan oleh pihak kerajaan seperti kempen Sifar Kemalangan Jalan
Raya.
Hal ini demikian kerana, sebanyak manapun usaha yang dijalankan oleh pihak
kerajaan tetapi jika anggota masyarakat tidak mahu bekerjasama menjayakannya sudah pasti
semua usaha itu menjadi sia-sia. Hal ini bertepatan dengan analogi yang mengatakan
bahawa, kita boleh memaksa lembu turun ke sungai tetapi kita tidak dapat memaksanya untuk
minum air. Setiap pengguna jalan raya mestilah mempunyai kesedaran kendiri yang tinggi
untuk mengubah sikap-sikap negatif yang ada di dalam diri mereka dan bekerjasama
menjayakan pelbagai inisiatif yang dilaksanakan. Dapatlah kita katakana bahawa setiap
pengguna jalan raya perlu mempunyai sikap kesantunan dan etika untuk mengelak dan
mengurangkan kadar kemalangan di jalan raya.
6.0 REFLEKSI
Syukur ke hadrat ALLAH S.W.T kerana dengan izin-Nya saya telah diberikan ruang dan
peluang untuk menyiapkan tugasan kerja kursus ini. Tajuk bagi tugasan kerja kursus ini ialah
Kesantunan Masyarakat Malaysia GSB1012. Sepanjang menjalankan tugasan kerja kursus
ini, pelbagai cabaran dan halangan telah saya hadapi serta saya ingin berkongsi tentangnya.
Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya
menyiapkan tugasan ini. Banyak pihak yang telah membantu terutama pensyarah saya iaitu
Dr Faiziah binti Haji Shamsudin kerana beliau sangat banyak membantu dan menolong saya
hingga ke saat ini.
Pertama sekali menerima tugasan ini, persoalan utama yang berlegar-legar dan muncul di
kotak minda saya ialah mampukah saya menyiapkan tugasan kerja kursus ini memandangkan
pada masa yang sama terdapat beberapa tugasan kerja kursus yang lain yang perlu disiapkan
dalam tempoh yang sama. Keadaan ini sedikit sebanyak memberi tekanan dan menguji daya
tahan saya untuk melaksanakan tugasan tersebut. Walau bagaimanapun, saya tetap tidak
mengambil mudah memberi alasan dan helah untuk tidak menyiapkan tugasan ini dalam
tempoh yang telah diberikan. Sebaliknya, saya menyahut cabaran ini dengan melaksanakan
tugasan ini mengikut arahan yang telah diberikan. Hal ini disebabkan, saya memikirkan
bahawa soalan tugasan yang diberikan tidaklah begitu sukar memandangkan tajuk-tajuk yang
dibincangkan bukanlah tajuk yang masih baru dan asing bagi saya. Malah, tajuk ini juga telah
menjadi polemik dalam kalangan masyarakat bukan sahaja di Malaysia bahkan di luar negara.
Selain itu banyak kekangan yang saya lalui untuk menyiapkan tugasan ini, antaranya
kelajuan talian internet, masa untuk berbincang dengan pensyarah dan tugasan yang
bertimpa-timpa dari mata pelajaran lain. Selain itu perisian word yang tidak sama juga
menyukarkan saya untuk membuka fail yang dikirim oleh rakan-rakan. Virus dari pen drive
luar masih menjadi musuh utama dalam menyiapkan kerja dengan komputer riba saya.
Bagi mengatasi kekangan dan kesukaran yang saya nyatakan di atas, saya telah
mengambil inisiatif berbincang dan berkolaborasi dengan rakan-rakan dan pensyarah
pembimbing. Perbincangan dan kolaborasi ini sesungguhnya sangat membantu saya
menyiapkan tugasan ini dengan sempurna kerana saya berpeluang untuk bertanya kepada
rakan-rakan dan pensyarah tentang cara-cara melaksanakan tugasan selain mendapatkan
hasil yang sangat memuaskan. Perbincangan dan kolaborasi tersebut sebenarnya juga telah
saya mulakan semasa penyediaan bahan-bahan pada setiap minggu lagi. Kolaborasi-
kolaborasi tersebut antara lain ialah pemilihan bahan yang tepat dan baik, perkongsian idea,
pengetahuan dan kemahiran dan pertukaran bahan-bahan dengan rakan. Kolaborasi
seumpama ini telah banyak membantu saya menyiapkan tugasan dengan baik.
Selepas menyiapkan tugasan ini dengan jayanya, saya telah mengambil beberapa
perkara sebagai iktibar dan panduan kepada diri saya untuk menempuhi cabaran pendidikan
yang mendatang. Melalui pelaksanaan tugasan dan amali-amali dalam subjek ini, saya
mempelajari bahawa seseorang guru haruslah menguasai dan mempunyai kemahiran yang
tinggi terhadap penggunaan komputer. Hal ini kerana, secara keseluruhannya amali dan
tugasan yang perlu dilaksanakan menggunakan komputer selaras dengan era globalisasi
masa kini. Oleh itu, sebagai pendidik guru mestilah melengkapkan diri dengan kemahiran
menggunakan komputer dengan baik. Jika seseorang guru boleh menyediakan kemahiran
asas ini, kemahiran-kemahiran yang berikutnya sudah pasti dapat dilaksanakan dengan lebih
mudah.
Manakala, dari segi nilai-nilai murni yang dapat saya pelajari sepanjang pelaksanaan
tugasan ini, saya belajar untuk lebih menghargai masa yang ada dalam melaksanakan
tugasan ini. Maksudnya di sini ialah, apabila sudah mendapat soalan tugasan daripada
pensyarah, saya haruslah bertindak lebih proaktif dengan melaksanakan tugasan ini dengan
seberapa langsung. Hal ini kerana, jika saya dapat melaksanakan tugasan ini lebih awal lagi,
saya akan dapat mengelakkan untuk melaksanakan tugasan pada saat-saat akhir bagi
memastikan tugasan yang saya hasilkan adalah benar-benar berkualiti dan menepati
standard atau piawai yang telah ditetapkan. Pada masa yang sama juga, saya akan dapat
menguruskan masa dengan baik dan berkesan seterusnya mengelakkan budaya kurang sihat
seperti tidur lambat hanya semata-mata untuk menyiapkan tugasan ini.
Awang Sariyan, 2007. Santun Berbahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Fishman, J. A., Ferguson, C.A. dan Das Gupta, Jyotirindra, 1968. Languange
Problems of Developing Nations. New York: John Wiley.
Lakoff, R. T., 1977. “What you do with words: Politeness, pragmatics and performatives”
dalam Andy Roger, Bob Well dan John, P. M.., Proceedings of the Texas Conference
On Perfomantives, Presuppositions and Implicatures, 79-105. Arlington, TX: Center
of Applied Linguistic
Pragmatics Journal - Ebooks Pdf Download. (n.d.). Retrieved August 27, 2015, from
http://ebookall.biz/pdf/title/pragmatics-journal.html
Kemalangan di Jalan Raya Malaysia: Ke 17 terburuk di Dunia. (2014, March 14). Retrieved
August 25, 2015, from https://dahalmi.wordpress.com/2014/03/14/kemalangan-di-
jalan-raya-malaysia-ke-17-terburuk-di-dunia/
Jaafar, T., Mustafa, M., Kemin, S., & Kasiran, R. (2003). Kemalangan Jalan Raya: Analisis
Data Membabitkan Pengguna Motosikal. Jurnal Teknologi.
Lampiran
Aristotle (gambar 4)
Rajah 3.1.1 keratan akhbar Berita Harian