Anda di halaman 1dari 6

BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1

Tugasan 1: (25%)
Penulisan Esei 1

Ilmu semantik ialah bidang yang mengkaji makna dalam sesuatu bahasa sama ada secara
lisan mahupun tulisan. Kajian makna ini dapat dilakukan pada peringkat kata, frasa ataupun
ayat. Ilmu semantik telah hadir sejak zaman Yunani lagi. Walau bagaimanapun,
perkembangan semantik di Malaysia mula rancak pada tahun 1980-an.
Secara individu anda dikehendaki membincangkan sejarah perkembangan ilmu semantik
dan kelewahan dalam makna bahasa Melayu berdasarkan pelbagai sumber yang sahih.
Panjang tugasan anda ialah 1000 patah perkataan.
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1

1.0 Pendahuluan

Perbincangan pada kali ini menyentuh tentang sejarah perkembangan ilmu semantik yang
berlaku sejak zaman Yunani sehinggalah berkembang di Malaysia. Pertumbuhan ilmu
semantik ini membawa kepada penciptaan sejarah yang baharu sebagai salah satu lagi
cabang ilmu linguistik selain bidang morfologi, sintaksis dan fonotik. Melalui sejarah
perkembangan semantik inilah wujudnya teori-teori dan pendekatan semantik dalam
merungkai makna yang berbentuk tulisan mahupun ujaran. Jadi, berdasarkan teori dan
pendekatan yang muncul dalam bidang semantik dapat menghuraikan kelewahan dalam
makna bahasa Melayu. Kelewahan sering terjadi apabila penutur atau penulis
menyampaikan sesuatu yang tentunya mempunyai makna tersendiri. Kelewahan dalam
makna bahasa Melayu ini telah dinyatakan oleh Trask (1996) dalam Zaharani Ahmad (2016)
iaitu suatu keadaan yang berlebih-lebihan yang melibatkan pengulangan atau penambahan
unsur bahasa yang tidak diperlukan. Oleh itu, kewujudan ilmu semantik terdahulu membawa
kepada penciptaan sejarah perkembangannya dan unsur kelewahan makna dalam bahasa
Melayu dapat dirungkai dengan menggunakan ilmu semantik.

2.0 Sejarah Perkembangan Ilmu Semantik

Titik permulaan sejarah perkembangan bidang semantik berlaku dengan kemunculan


perkataan daripada kata kerja bahasa Yunani yang membawa maksud “menandai” atau
“melambangkan”. Istilah ini diperkenalkan dalam bidang semantik oleh Michael Brail (1883)
menerusi S. Nathesan (2016). Istilah semantik kemudiannya telah diperluas menjadi satu
kajian tentang makna dan telah diserap masuk sebagai salah satu cabang linguistik.
Asalnya, perkembangan bidang semantik ini hanya dikaji pada peringkat harfiah yang
meliputi perihal makna dan kepentingannya oleh kebanyakan ahli falsafah seperti Socrates,
Aristotle, Gorgias dan Phytagoras. Contoh jelas dapat dilihat kajian yang dilakukan oleh
Plato (Faridah Nazir dan Faiziah Shamsuddin, 2016) bahawa bunyi-bunyi bahasa secara
implisit mengandungi makna-makna tertentu menerusi karyanya yang bertajuk Crafylus.

Namun, semantik mula dititikberatkan pada awal abad ke-19 dan ke-20 dengan memberi
penekanan kepada kajian terdahulu yang mementingkan perubahan makna kepada
masalah deskriptif dan struktur dalaman semantik. Seterusnya, ilmu makna ini mencapai
kemuncaknya dengan penghasilan karya Gustaf (1931) menerusi S. Nathesan (2016) yang
bertajuk “Meaning and Change of Meaning with Special Reference to the English Language”
yang mengemukakan tentang analisis faktor semantik pada peringkat asas. Kebanyakan
kajian makna dipelopori oleh ahli falsafah pada ketika itu kerana ahli bahasa beranggapan
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1

bahawa pengertian makna tidak dapat dikaji secara terus berasaskan fakta sebenar seperti
yang berlaku pada bidang fonologi, sintaksis dan morfologi. Maka, sebarang pendekatan
atau teori semantik tidak dapat dikembangkan pada masa itu.

Seterusnya, pada selepas tahun 1950, banyak penyelidikan dan kajian makna telah
diperluas sama ada di luar mahupun dalam negara. Misalnya, pada tahun 1951 di Nice,
Perancis, keputusan telah dibuat untuk menempatkan semantik di bawah disiplin linguistik
dan bukannya di bawah bidang falsafah. Hal ini membawa maksud bahawa pendekatan
yang digunakan banyak menyentuh tentang perbendaharaan kata dalam mentafsir makna
kerana ingin memberi ruang kepada bidang semantik untuk berkembang maju.

Walau bagaimanapun, perkembangan bidang semantik agak lambat di Malaysia berbanding


dengan bidang linguistik yang lain seperti morfologi, fonologi, fonetik dan sintaksis (Nor
Hashimah Jalaluddin, 2014). Hal ini kerana kajian berkenaan dengan bidang semantik
kurang dilaksanakan tidak seperti bidang-bidang linguistik yang lain. Keadaan tersebut
berkait rapat dengan perkembangan bidang semantik di luar negara. Perbezaan pendapat
mengenai skop bidang semantik turut mempengaruhi perkembangan bidang tersebut secara
amnya. Farizah Nazir dan Faiziah Shamsuddin (2016) turut menyatakan bahawa ketiadaan
pakar dalam bidang semantik seperti mana dalam bidang morfologi dan sintaksis
menyebabkan usaha untuk memperkembang bidang tersebut mengalami kesukaran.

Usaha-usaha dalam memperkenalkan ilmu semantik di Malaysia ini banyak diketengahkan


oleh pakar linguistik tanah air iaitu Nor Hashimah Jalaludin (1994) dalam kajiannya yang
menyatakan bahawa tahap perkembangan semantik di Malaysia terbahagi kepada dua
peringkat iaitu semantik falsafah dan semantik linguistik. Peringkat pertama iaitu semantik
falsafah banyak dijalankan oleh ahli falsafah seperti Ogden, Richard, Carnap dan Korzybski
yang memberi penekanan makna dari sudut falsafah. Manakala, semantik linguistik pula
dipecahkan kepada empat peringkat yang bermula dengan Semantik Struktural, Semantik
Generatif dan Interpretif, Semantik Formal dan terakhir sekali Semantik Sistem Penuh.
Setiap peringkat memperlihatkan kelebihan dan kelemahan tersendiri sehingga tiba ke
peringkat terakhir iaitu Semantik Sistem Penuh menghubungkaitkan ilmu semantik dan
pragmatik bagi memperoleh makna yang lebih sempurna. Jadi, dapat dilihat bahawa
perkembangan semantik di Malaysia sejajar dengan perluasan ilmu semantik di luar negara
yang semakin mantap dari aspek pemberian makna.

3.0 Kelewahan Makna dalam Bahasa Melayu

Kelewahan ialah berlebih-lebih sehingga tertambah perkara, hal dan sebagainya yang tidak
perlu. Sering kali kelewahan terjadi sama ada dalam pertuturan atau penulisan. Menurut
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1

Hasnah Mohd Saleh (2017), bahawa hal ini berlaku demikian kerana pengguna tidak
menyedari bahawa dalam bahasa Melayu terdapat beberapa perkataan yang mengandungi
makna “banyak”, iaitu lebih daripada satu orang, benda, perkara atau sebagainya. Maka,
kelewahan makna dalam bahasa Melayu boleh terjadi dalam bentuk pengulangan
perkataan, penggunaan imbuhan yang tidak diperlukan dan kehadiran kata sendi nama
secara berturutan.

Kelewahan yang pertama dapat dilihat dalam akhbar Metro bertarikh 28 Ogos 2018 iaitu
‘Demi untuk generasi hari ini tidur lena.’

Berdasarkan ayat tersebut, jelas wujud unsur lewah dalam kata sendi nama yang hadir
secara berturutan. Nik Safiah Karim, Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood
(1997) mengatakan bahawa kata sendi nama demi yang bermaksud tujuan tidak boleh
digabungkan bersama kata sendi untuk yang juga membawa maksud yang sama. Oleh itu,
untuk menjadikan ayat tersebut gramatis, salah satu kata sendi nama mesti digugurkan
menjadi seperti berikut:
a. Demi generasi hari ini tidur lena.
b. Untuk generasi hari ini tidur lena.

Kelewahan yang seterusnya melibatkan penghasilan karya tulisan Farid Poniman, Indrawan
Nugroho dan Jamil Azzaini (2010) bertajuk Menjadi Pemimpin Super iaitu
‘Apabila wadah bersih, langkah seterusnya adalah memperbesarkan wadah kita.’

Fenomena kelewahan makna yang berlaku dalam ayat di atas ialah aspek makna leksikal
(makna kamus) yang merujuk kepada kata kerja memperbesarkan. Gandingan imbuhan per-
kan telah membawa kepada terbitan yang lewah. Menurut Nik Safiah Karim, Farid M. Onn,
Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood (1997) juga menyatakan bahawa kata terbitan
memperbesarkan dianggap tidak gramatis kerana bersifat lewah. Jadi, untuk menjadikan
struktur ayat tersebut gramatis, salah satu imbuhan per- atau –kan hendaklah digugurkan
menjadi seperti berikut:

a. Apabila wadah bersih, langkah seterusnya adalah membesarkan wadah kita.


b. Apabila wadah bersih, langkah seterusnya adalah memperbesar wadah kita.

Selain itu, kelewahan kata nama yang hadir secara serentak yang membawa makna
klewahan.
Banyak karenah-karenah

4.0 Kesimpulan

Natijahnya, dengan kewujudan ilmu semantik sebagai sebahagian disiplin linguistik telah
membawa kepada perkembangan sejarah semantik mengikut zaman dan peringkat-
peringkat tertentu. Penemuan teori dan pendekatan semantik dihasilkan menerusi
kesepakatan tokoh-tokoh linguistik yang banyak membuat penyelidikan diperingkat dalam
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1

dan luar negara. Disamping itu, penemuan unsur kelewahan makna dalam bahasa Melayu
juga merupakan sebahagian subdisipilin dalam bidang semantik yang boleh membawa
fenomena kelewahan makna apabila diujarkan atau dalam bentuk penulisan. Zaharani
Ahmad (2016) juga bersetuju bahawa penggunaan bahasa yang lewah itu dianggap tidak
gramatis dan gejala itu menyalahi peraturan dan sistem tatabahasa bahasa Melayu. Oleh
itu, ilmu semantik wajar diketengahkan dan diangkat sebagai salah satu bidang linguistik
yang mempunyai kepentingan tersendiri dalam bahasa Melayu daripada aspek pemaknaan.
BMMB 3123 SEMANTIK DALAM BAHASA MELAYU TUGASAN 1

RUJUKAN

Farid Poniman, Indrawan Nugroho & Jamil Azzaini. (2010). Menjadi Pemimpin Super.
Selangor: PTS Professional Publishing Sdn. Bhd.

Faridah Nazir & Faiziah Shamsuddin. (2016). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu.
Petaling Jaya, Selangor: Sasbadi Sdn. Bhd.

Hasnah Mohd Saleh. (2017). Frasa: Elakkan Penggunaan yang Lewah. Majalah Pendidik.

Nathesan S. (2016). Teori Semantik dan Kajian Kepustakaan Terhadap Semantik Leksikal.
Jurnal Bahasa. 109.

Nik Safiah Karim & Farid M. Onn, Hashim Musa & Abdul Hamid Mahmood. (1997).
Tatabahasa Dewan Edisi Baharu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Nor Hashimah Jalaluddin. (1994). Bahasa Jual Beli dalam Perniagaan Runcit: Satu Analisis
dan Pragmatik. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Nor Hashimah Jalaluddin. (2014). Semantik dan Akal Budi Melayu. Universiti Kebangsaan
Malaysia.

Palmer F.R. (1992). Semantik, Penterjemah: Abdullah Hassan. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Zaharani Ahmad. (2016). Perubahan Morfologi dalam Tiga Edisi Kamus Dewan. Jurnal
Bahasa. 421.

Zaliza Mohamad Nasir. (2017). Kesalahan Tatabahasa Bahasa Melayu dalam Penulisan
Karangan Pelajar. Jurnal Antarabangsa. 4(1).