Anda di halaman 1dari 3

Maklumat Rangkaian Sistem GPS Aktif Malaysia (MASS)

Rangkaian Sistem GPS Aktif Malaysia (MASS) Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia
terdiri daripada 18 stesen yang di tempatkan di beberapa kawasan strategik di seluruh Malaysia.
Kesemua stesen MASS dilengkapkan dengan sistem alat penerima GPS jenis Trimble 4000SSi
dan antenna jenis Choke Ring atau TR Compact L1/L2.  Peta lokasi stesen MASS yang
menunjukkan kedudukannya.

Stesen MASS mencerap data 24 jam sehari dan data-data boleh didapati untuk setiap jam.
Data-data dalam format RINEX   yang boleh di dapati adalah: 

 Data-data Cerapan
 Data-data Navigasi
 Data-data Metereologi
GPS UNTUK PENGAWASAN /PEMBINAAN BANGUNAN TINGGI

Deformasi dalam kejuruteraan struktur akan memastikan ukuran mengikut peringkat untuk
menjamin struktur yang dipamerkan supaya dalam keadaan selamat.

Biasanya ukur pengawasan dalam pembinaan bangunan tinggi dapat diawasi dengan
menggunakan alat geodetic seperti “GLOBAL POSITIONING SYSTEM (GPS)”.

Contohnya Bangunan KOMTAR merupakan bangunan yang tinggi di Pulau Pinang dimana
bangunan ini dipilih untuk dijadikan bangunan kajian untuk menjalankan ukur deformasi.Tinggi
bangunan ini adalah 245 m dengan jumlah 65 tingkat.

Jumlah enam titik kawal dibuktikan dimana 4 titik kawal diambil di bahagian atas bangunan
itu sendiri dan 2 titik kawal di kawasan Komtar Plaza. Ukuran padang telah dilakukan di dua masa
yang berlainan.Ukuran pertama dijalankan pada bulan Oktober 2000 dan ukuran seterusnya pada
bulan Febuari 2001.

Dengan tinjauan dan deformasi GPS dimana data-data yang diperolehi diproses dan
dianalisa dengan menggunakan perisian SKI TM dan GPSSAD 2000.Keputusannya menunjukan
tiada anjakan terjadi di bangunan KOMTAR tersebut.
GPS DALAM PEMANTAUAN KEJADIAN TSUNAMI

Negara kita telah digemparkan dengan gempa bumi dan akibat ombak tsunami yang
berlaku pada 26 Disember 2004, di perairan Sumatra berhampiran dengan Aceh telah
mengakibatkan kematian ratusan ribu orang di sepuluh negara di Asia. Dengan kekuatan 9.0 pada
skala Richter, iaitu yang keempat terkuat sejak 1900, telah menyebabkan gegarannya dirasai sejauh
ratusan kilometer. Bagi Malaysia, ini adalah yang pertama dalam sejarah di mana kesannya telah
turut meragut nyawa rakyat negara ini.

Dengan kaedah geodetik, kesan dan trend yang terhasil dari proses gempa bumi di
perairan Sumatera telah pun dimodelkan. Bagi tujuan analisis permulaan kesan tersebut ke atas
stesen-stesen GPS MASS dan RTK NET, data-data daripada stesen berkenaan telah digunakan.
Analisis ini telah dijalankan dengan menggunakan data-data GPS bagi tempoh 19 - 30 Disember
2004, dengan pemprosesan dan analisis dilakukan di dalam dua peringkat. Peringkat pertama
adalah analisis stesen RTK NET relatif kepada stesen MASS.
Hasil daripada analisis awalan yang dilakukan bagi mengesan pergerakan ke atas stesen MASS
dan RTK menunjukkan bahawa terdapat anjakan maksimum sekitar 18 sm ke arah barat daya
di bahagian utara Semenanjung dan anjakan semakin mengecil di bahagian selatan dan pantai timur
iaitu lebih kurang dua sm. Bagi Sabah dan Sarawak, stesen-stesen merekodkan anjakan yang
kecil iaitu sekitar dua sm. Penggunaan data daripada 19 Disember 2004 (12 hari) adalah tidak
mencukupi, lebih-lebih lagi dengan gegaran susulan masih berlaku selepas tarikh 30 Disember
2004. Dengan itu, pemprosesan dan pemantauan berterusan perlulah dilakukan. Walaupun masa
yang lebih lama dan data-data tambahan diperlukan untuk meneliti kesan anjakan yang lebih
menyeluruh, hasil analisis awal menunjukkan pergerakan yang berlaku, iaitu sekitar 18 sm di
sebelah barat laut Semenanjung Malaysia adalah besar. Anjakan ini dan kesan tsunami itu
sendiri memberikan implikasi ke atas Penentuan Titik Pangkal Negara, Koordinat GDM 2000 dan
Rangkaian Aras Jitu

Anda mungkin juga menyukai