Anda di halaman 1dari 3

PERANAN GURU MUSLIM DALAM MENANGANI ISU AKIDAH - KHURAFAT

1. Memperkenalkan sunnah, melaksanakannya dan


memperkembangkannya dalam kehidupan masyarakat
Hanya dapat dilakukan dengan guru memberi pendidikan dan pengajaran secara
formal atau tidak formal kepada masyarakat supaya mereka dapat mengenal sunnah
dan mengamalkan serta menghayatinya dalam kehidupan seharian mereka.
Contohnya, guru mengadakan kelas-kelas atau kuliah-kuliah yang berkaitan amalan
dan akidah seperti tajuk “bahaya amalan khurafat”. Melalui kelas atau kuliah yang
diadakan guru dapat memperjelaskan dengan terperinci kepada masyarakat akan
perkara-perkara khurafat yang boleh menyebabkan akidah dan iman seseorang rosak
seterusnya guru memberikan contoh atau alternatif yang sepatutnya digunakan dalam
masyarakat apabila berkaitan dengan sesuatu amalan yang salah itu. Sebagai contoh,
jika masyarakat percaya bahawa bomoh atau dukun mampu menyembuhkan penyakit,
guru perlu menerangkan dan meyakinkan masyarakat, sesungguhnya hanya Allah
yang berkuasa menyembuhkan segala penyakit. Seharusnya, masyarakat
banyakkan berdoa disamping berikhtiar dengan cara yang hanya dibenarkan oleh
syarak seperti berubat secara moden dengan berjumpa doktor ataupun bertemu
dengan pengamal perubatan islam. Dan jika kesembuhan berlaku, ia adalah dengan
izin Allah, bukan kerana doktor atau pengamal perubatan Islam. Melalui pengisian
ilmu ini, ianya dapat menyedarkan masyarakat tentang perkara yang benar dan batil
dalam Islam.

2. Berusaha untuk menghalang setiap pendapat tentang akidah atau


kepercayaan yang meragukan yang ditimbulkan oleh masyarakat

Guru sebagai da`ie perlu berusaha menghalang orang awam daripada


mengeluarkan pendapat tentang persoalan yang berkaitan agama. Guru juga perlu
berhati-hati menyatakan sesuatu pendapat atau mengeluarkan sesuatu hukum
walaupun terhadap perkara yang dianggap kecil atau remeh. Ini kerana setiap apa
yang dikeluarkan ditakuti akan menimbulkan rasa taksub kepada yang tidak benar
seterusnya boleh memecahbelahkan masyarakat. Dalam hal ini guru perlu
mempertahankan kesucian agama islam daripada dicampur adukkan dengan amalan
khurafat dengan memberikan dalil-dalil yang sahih daripada al-Quran dan Hadis.
Sebagai contoh, untuk menghalang pemahaman masyarakat yang percaya bahawa
terdapat kesialan pada hari Rabu dan bulan Safar.

3. Mendidik masyarakat dengan menunjukkan contoh teladan yang baik.

Dalam persoalan khurafat, masalah akhlak merupakan perkara asas bagi membina
masyarakat. Akhlak yang mulia dan terpuji adalah tunjang kekuatan sesebuah
masyarakat. Contohnya, Rasulullah s.a.w diutus untuk menyempurnakan akhlak
mulia. Tidak dinafikan, sesetengah amalan masyarakat merupakan adat kebiasaan
yang telah berakar umbi umpama darah daging.Justeru itu, guru da`ie perlu
menunjukkan teladan dan akhlak yang baik dalam masyarakat. Guru perlu berani
memperbetulkan akhlak masyarakat yang terpesong dari landasan Islam dengan
pendidikan kerohanian dan pendekatan secara berhikmah Guru perlu mendampingi
masyarakat dan melibatkan diri dalam aktiviti mereka. Seterusnya, jika terdapat aktiviti
yang agak meragukan tanpa ada nas syarak, guru perlu memperbetulkannya dengan
menunjukkan amalan sebenar yang dibenarkan dalam agama.Contohnya, dalam adat
meninggal dunia selepas kematian. Terdapat dalam masyarakat yang mengamalkan
meletakkan gunting di atas mayat yang baru meninggal dunia, kemudian mengadakan
kenduri 7 hari selapas kematian, 14 hari, 40 hari dan 100 hari dengan niat dan tujuan
yang bertentangan dengan syarak. Guru da`ie perlu memperbetulkan dan
menunjukkan contoh yang betul iaitu dengan menjelaskan bahawa memperbayakkan
sedekah bacaan ayat al-Quran untuk si mati adalah lebih utama

4. Pentarbiyahan melalui konsep ‘melentur buluh biar dari rebungnya’

Kanak-kanak merupakan generasi pelapis kepada anggota masyarakat.


Pentarbiayahan awal tentang persoalan akidah dan ibadat dari usia muda sangat
penting dalam memastikan mereka benar-benar memahami cara hidup Islam sebenar.
Sebagai guru di sekolah rendah atau menengah, guru perlu mendidik mereka dengan
kefahaman yang jelas tentang perkara-perkara yang dibenarkan dan perkara-perkara
yang dilarang dalam Islam. Guru perlu memberikan contoh-contoh yang jelas dan
yang berlaku hampir dengan mereka. Contohnya, pelajar diajar dan diperjelaskan
tentang konsep beriman dengan Qada` dan Qadar. Pelajar dapat memahami dengan
baik bahawa setiap sesuatu sama ada baik atau buruk merupakan ketetapan dari
Allah dan tiada istilah sial atau malang Keadaan ini akan membantu mereka
memahami, menghayati, meyakini dan mengamalkan hanya apa yang disarankan
dalam agama Islam. Jika asas ini diterap dari awal, masalah kekeliruan atau
percampuran amalan antara yang benar dan salah dapat diatasi. Asas yang kukuh ini
perlu diteruskan keperingkat seterusnya seperti di Institut Pengajian Tinggi agar lebih
mapan dan mantap. Insya Allah, pentarbiyahan berterusan ini mampu menjadi
benteng yang ampuh bagi anggota masyarakat dari terjerumus ke kancah khurafat.

Program pemantapan akidah

a) Membuat kajian dan mengenalpasti amalan khurafat atau yang menjurus ke


arahnya
serta perkara-perkara yang berkaitan dengan amalan adat resam untuk
membolehkan
langkah-langkah dan pendekatan-pendekatan terbaik diambil bagi membanteras
amalan adat resam yang bertentangan dengan syariat Islam mengadakan majlis ilmu,
seminar dan perbincangan secara bersiri bagi menyebarkan maklumat dan memberi
pengetahuan berkaitan dengan ajaran dan syariat Islam agar kegiatan atau amalan
yang telah dijalankan dapat dinilai dan memikirkan cara serta langkah terbaik bagi
menangani kekurangan dalam amalan-amalan tersebut pada masa
akan datang

b) Memberi pendedahan kepada ibu bapa dan menekankan kepentingan mempelajari


serta menuntut ilmu supaya mereka dapat memantau kegiatan anak-anak mereka. Ini
secara tidak langsung menjadikan mereka orang yang berpengetahuan dan menjadi
tempat tauladan bagi anak-anak mereka

Kempen kesedaran
a) Kempen mempertingkatkan kesedaran masyarakat Islam terhadap kepentingan
memelihara kesucian akidah serta memberi dorongan untuk melibatkan diri dalam
aktiviti pemurnian dan pengukuhan akidah mengikut cara dan kemampuan
masing-masing.

b) Berusaha menyeru ahli keluarga masing-masing dan jiran yang berdekatan agar
sama-sama mengimarahkan dan memanfaatkan institusi masjid sebagai
pusat penyebaran ilmu Islam dan juga pemantapan akidah.

Anda mungkin juga menyukai