Jelajahi eBook
Kategori
Jelajahi Buku audio
Kategori
Jelajahi Majalah
Kategori
Jelajahi Dokumen
Kategori
0 Pengenalan
Persoalan mengenai pembentukan jati diri seseorang rakyat Malaysia sering menjadi tanda
tanya, kita tidak dapat lari daripada menjawab beberapa persoalan utama. Pertama, apakah
definisi jati diri? Kedua, bagaimanakah yang dikatakan jati diri acuan Malaysia? Ketiga,
bagaimanakah jati diri sesebuah Negara terbentuk dan boleh berubah?
Definisi Jati diri secara amnya membawa maksud rangkuman nilai, budaya, bahasa,
pegangan, fahaman, dan pandangan jagat sesuatu kaum. Manifestasi dari nilai-nilai tersebut
membentuk watak dan sifat peribadi, cara berfikir, cara hidup dan penampilan diri yang
melambangkan tradisi bangsa dan jati diri kaumnya. Harapan pemupukan jati diri boleh
dicapai kerana kita sudah sedia ada negara, bahasa, nilai, minat dan perlakuan yang sama
mengikat seluruh negara. Bersesuaian dengan taraf sebagai sebuah negara yang merdeka
dan berdaulat, sepatutnyalah Malaysia mempunyai budaya dan identiti sendiri yang sesuai
dengan negara ini.
Namun krisis yg berlaku pada tahun 1969 (peristiwa 13 Mei) mencerminkan rakyat
Malaysia belum mempunyai suatu budaya nasional yang menjadi asas bersama walaupun
sebelum kemerdekaan telah wujud permuafakatan di antara rakyat di negara mewujudkan
perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi negara. Setiap pembentukan sebuah
matlamat tidak akan dapat dicapai tanpa menempuhi cabaran yang mendatang. Seperti
peribahasa yang selalu diungkap, kalau tidak dipecahkan ruyung,manakan dapat sagunya.
Peribahasa ini bermaksud, tidak akan tercapai maksudnya kalau tak mahu berusaha dan
bersusah payah.
Cabaran dalam membentuk jati diri di kalangan rakyat Malaysia adalah disebabkan
perbezaan budaya yang terdapat pada kaum di negara ini. Masing-masing mahu
mengamalkan budaya sendiri tanpa menghiraukan sensitiviti kaum lain. Sikap tidak
menghormati kaum lain, berlainan penggunaan laras bahasa yang sesuai boleh
meninggalkan perspektif yang negatif terhadap kaum tersebut. Dan ini menyukarkan proses
perpaduan antara kaum di Malaysia. Melalui proses sosialisasi, kita memperolehi budaya
masyarakat di mana kita dibesarkan. Bahasa merupakan asas kepada setiap budaya
masyarakat. Memandangkan bahasa merupakan asas sesebuah budaya, maka
penguasaan beberapa bahasa dilihat sebagai penting dalam perhubungan di antara
pelbagai bangsa.
2
Sebaik-baik jalan penyelesaiannya adalah kita haruslah berusaha untuk memupuk
kesedaran dan minat dalam diri anak-anak muda sekarang akan betapa pentingnya jati diri
kita sebagai seorang warganegara Malaysia. Jati diri yang mantap,baik meningkatkan
semangat patriotisme,iaitu semangat cintakan negara di dalam diri setiap rakyat Malaysia.
Bayangkan jika tiada jati diri, bagaimana kita mahu mempertahankan kemerdekaan yang
sudah 57 tahun dikecapi oleh negara. Bukanlah suatu angka yang kecil, tapi jika tidak
dipertahankan oleh setiap rakyat, tidak mustahil kita akan dijajah semula. Mungkin negara
kita secara fizikalnya tidak dijajah, tetapi jika tiada jati diri juga dianggap dijajah. Jika kita
mempunyai asas jati diri yang kuat, bukan setakat mental dan fizikal kita turut menjadi kuat,
bahkan ikatan perpaduan kita akan menjadi semakin utuh, sekaligus memudahkan kita
untuk mempertahankan agama, bangsa dan Negara kita daripada ancaman anasir-anasir
luar yang tidak pernah senang melihat keamanan Negara kita, Malaysia.
3
Usaha yang lebih mantap bagi memperkasakan Bahasa Kebangsaan perlu
digerakkan dengan mewujudkan sasaran yang jelas, pendekatan yang menyeluruh dan
koordinasi antara badan penggerak utama bahasa. Usaha ini amat penting untuk memupuk
perasaan cintakan Bahasa Kebangsaan kerana ia merupakan identiti unik Bangsa Malaysia.
Selain itu, usaha ini juga bertujuan untuk memperkukuh kedudukan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan, bahasa rasmi, bahasa perpaduan, bahasa ilmu dan bahasa
komunikasi moden. Matlamatnya adalah untuk melahirkan generasi masa depan Bangsa
Malaysia yang fasih, menghormati dan berbangga dengan bahasa yang menjadi identiti
mereka sehingga dapat mempromosikannya di mana sahaja mereka berada. ( Ghazalie
Shafie, 1983)
Walaupun begitu, rakyat Malaysia perlu meletakkan kesetiaan yang tidak berbelah
bagi kepada negara. Reaksi masyarakat terhadap konsep negara bangsa mahupun bangsa
Malaysia kerap menimbulkan pelbagai perbahasan yang menarik. Dari segi konseptual, ada
yang menganalisis ‘bangsa Malaysia’ secara legalities dengan menghubungkannya dengan
konsep ‘warganegara’ manakala ada yang melihatnya sebagai ‘ras’. Abdul Rahman Embong
( 2006 ) dalam Negara-Bangsa: Proses dan Perbahasan mendefinisikan bangsa sebagai
satu komuniti politik yang terbentuk dalam sejarah yang ditautkan melalui perkongsian
wilayah, budaya dan bahasa serra perasaan sebangsa. Beliau turut membicarakan
perbezaan pengalaman pembinaan negara bangsa di Eropah dengan Malaysia.Namun
begitu, pembentukan negara bangsa di Malaysia bukanlah sesuatu yang baru. Proses ke
arah itu, dikatakan telah bermula sejak era penjajahan British.
4
3.0 Rumusan
5
4.0 Rujukan
Abdul Rahman Embong (2006) Negara-bangsa : proses dan perbahasan. Bangi : Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Chamil Wariya (2010) Asas pembinaan Negara Bangsa, Institusu Pemerintahan, Lambang
Kebangsaan. Petaling Jaya : SPC Printing.
Ghazalie Shafie. (1983) Malaysia: Nilai Politik dan Budaya. Kuala Lumpur : Penerbitan
Pustaka Antara.
Mahathir Mohamad, Tun Dr. (1991). Malaysia Melangkah Ke Hadapan. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka & Institusi kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia
(ISIS)
Ruatam A Sani. (1993). Melayu Baru dan Bangsa Malaysia, Tradisi Cendekia dan Krisis
Budaya. Kuala Lumpur : Utusan Publications and Distributors.