Anda di halaman 1dari 1

KELAB DOKTOR MUDA

SMK POKOK SENA, 13200 KEPALA BATAS

PENDAHULUAN
Program Doktor Muda adalah satu program mempromosikan kesihatan murid sekolah rendah melalui
konsep empowerment. Kesihatan serta berperanan sebagai agen mempromosikan kesihatan yang baik
untuk rakan-rakan sebaya, masyarakat sekolah serta ahli keluarga.

MATLAMAT
Menjana minda murid kearah bidang kedoktoran disamping mewujudkan agen kesihatan kepada
masyarakat sekolah, keluarga dan masyarakat

MISI
Memastikan ilmu kesihatan dan kebersihan yang disampaikan berkesan dan memberi pengalaman baru
kepada murid untuk diaplikasikan dalam kehidupan harian dan menyampaikannya kepada orang lain.

VISI
Menyediakan aktiviti bersesuaian dan melibatkan ahli dalam program kelab samada dalaman atau
gabungan sekolah, pihak kesihatan dan masyarakat.

OBJEKTIF
Objektif program ini adalah untuk memperkasa minda murid-murid sekolah rendah dengan pengetahuan
dan kemahiran kesihatan supay mereka dapat meningkatkan taraf kesihatan diri dan rakan mereka serta
:

1. Membolehkan murid membantu diri sendiri, rakan dan anggota keluarga kearah mengamalkan
cara hidup sihat.
2. Membolehkan murid menjadi pembimbing dan contoh kearah gaya hidup sihat.
3. Membolehkan pelajar membantu anggota kesihatan dan pihak sekolah dalam menjalankan
aktiviti kesihatan di sekolah.
4. Memperkukuhkan penglibatan guru serta warga sekolah lain dalam usaha meningkatkan
kesihatan murid.
5. Menggalakkan ibu bapa supaya memberi perhatian wajar kepada kesihatan murid.
6. Meningkatkan usahasama antara Jabatan Kesihatan dengan Jabatan Pendidikan dalam
menggalakkan amalan kesihatan yang baik di kalangan murid.

Anda mungkin juga menyukai