Anda di halaman 1dari 2

LAPORAN TAHUNAN RUMAH MERAH 2017

1.0 PENDAHULUAN

Sukan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan individu. Selaras dengan
dasar “1 Murid 1 Sukan”, setiap ahli pasukan diberikan peluang untuk menonjolkan bakat dan
minat dalam setiap aktiviti yang dijalankan. Melalui kegiatan sukan, murid-murid bukan sahaja
dapat mencapai kecemerlangan di bidang sukan, malahan juga dalam pengalaman lain seperti
sosial, kepimpinan serta disiplin diri.
Memandangkan hakikat tersebut yang mengharapkan kegiatan sukan di peringkat
sekolah-sekolah perlu dipertingkatkan dengan menggalakkan penglibatan secara menyeluruh
dalam kalangan murid. Pihak pengurusan sekolah perlu meningkatkan corak pengurusan sukan
di sekolah dengan mengadakan kegiatan sukan sepanjang tahun yang bertemakan majulah
sukan untuk semua. Jika dirancang dengan teliti dan menyeluruh, kegiatan sukan ini akan
dapat membendung sebahagian daripada usaha kita dalam mengatasi masalah sosial murid.

2.0 TEMA
Rumah Sukan Merah – “Merah Tetap Unggul”

3.0 TEMPOH PELAKSANAAN


Setiap hari Rabu – 3.10 – 4.10 petang (mengikut jadual yang disediakan kecuali hari-hari
tertentu atas sebab-sebab yang tidak dapat dielakkan)

4.0 TEMPAT
Padang Sekolah

5.0 OBJEKTIF
i) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam sukan olahraga.
ii) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.
iii) Dapat mencungkil bakat-bakat baru dalam kalangan murid dalam sukan olahraga.
iv) Melahirkan insan yang cergas dan cerdas dari segi mental dan fizikal.

6.0 AJK PELAKSANA


Lihat lampiran

7.0 AKTIVITI PELAKSANAAN


i.Pemilihan AJK Rumah Merah
ii.Latihan Rumah Merah setiap hari Rabu pada pukul 3.10 – 4.10 petang
iii Pemilihan wakil sukantara, olahraga dan perbarisan

8.0 KUMPULAN SASARAN


Murid-murid SJKC Shing Kok

9.0 IMPAK
Murid-murid dan guru-guru memberikan kerjasama dan komitmen penuh untuk menjayakan
program sepanjang latihan dan Hari Sukan.
10.0 LAPORAN
Rumah Merah telah membuat pemilihan ahli jawatankuasa yang diadakan di bilik darjah 6
Azam pada 11 Januari 2017 pukul 3.10 petang. Latihan rumah sukan telah diadakan mengikut
jadual sebagaimana yang ditetapkan oleh penolong Kanan Kokurikulum dan bertempat di
padang sekolah. Latihan pertama telah diadakan pada 20 Januari 2017 yang diadakan di
padang sekolah. Pemilihan dibuat bagi acara olahraga seperti lompat jauh, lontar peluru dan
100 meter.
Acara sukaneka telah diadakan pada hari sama dengan Kejohanan Sukan Tahunan
sekolah iaitu pada 28 Julai 2017 bermula dan melibatkan acara bawa bola ping pong dengan
sudu, bawa bola gergasi dan bawa bola tenis dengan raket untuk tahun 1, tarik bola dengan
gelung, bina bangunan dan sambut bola dengan bakul untuk tahun 2, tapak kaki gajah, bawa
dua bola dan pungut buah untuk tahun 3, skipping, kaki tempurung dan rakit darat untuk tahun
4, lari dalam guni, bawa bola besar dengan kayu hoki dan jalan atas bata untuk tahun 5, gelek
rim, tarik upih dan berjalan dengan gelung rotan untuk tahun 6. Acara 100 meter, lompat jauh
dan lontar peluru diadakan untuk murid tahap 2 manakala 80 meter, 160 meter, 4 X 50 meter,
lompat jauh dan lontar peluru diadakan untuk murid tahap 1.
Rumah merah telah menghantar wakil untuk setiap acara yang dipertandingkan. Acara
dimulakan dengan perbarisan hormat oleh kontijen yang bertanding. Pada tahun ini, rumah
Merah telah berjaya merampas kejuaraan keseluruhan yang dimenangi oleh rumah Biru pada
tahun lepas. Berikut adalah kedudukan akhir rumah-rumah sukan yang bertanding.
1. MERAH
2. BIRU
3. KUNING

11.0 PENUTUP
Kejohanan Olahraga ini diharapkan dapat memberikan peluang kepada semua murid Sekolah
Jenis Kebangsaan Cina Shing Kok merasai sendiri pengalaman menyertai sukan olahraga.
Selain itu, kejohanan ini juga diharapkan dapat meningkatkan semangat persaingan yang sihat
dalam kalangan murid serta menggalakkan mereka untuk mewakili sekolah dalam acara-acara
olahraga.

12.0 LAMPIRAN
i.Senarai nama murid Sukaneka
ii.Senarai nama atlet olahraga
iii.Senarai nama murid Rumah Sukan Merah

Disediakan oleh :

..........................................................
(TU HUI HUI)
GURU PENASIHAT RUMAH MERAH
SJK(C) SHING KOK

Anda mungkin juga menyukai