Anda di halaman 1dari 4

TEKS PENGACARA PROGRAM AL-QURAN DI HATIKU (1 MAC 2019)

‫بسم هللا الرحمن الرحيم‬


‫الحمد هلل رب العالمين والصلوة السالم على اشرف األنبياء والمرسلين‬
‫وعلى أله وصحبه أجمعين‬.
‫رب اشرح لي صدري ويسر لي امري‬
‫وحلل عقدة من لسلني يفقح قولي‬.

ASSALAMUALAIKUM SALAM SEJAHTERA


PEMBUKA KATA LIDAH BICARA
IZINKAN SAYA MULAKAN ACARA
SEMOGA MAJLIS DISAMBUT CERIA

Yang berusaha:
1. En Ismail bin Lobot, Penolong Kanan Pentadbiran merangkap pemangku Guru
Besar Sekolah Kebangsaan Tan Sri Datuk Dr Haji Sulaiman Daud,
2. Pn Janet ak John Samai, Penolong Kanan Hal Ehwal Murid
3. En Keron bin Mat , Penolong Kanan Kokurikulum
4. En Fathi bin Haji Sulaiman, Penolong Kanan Pendidikan Khas.
5. Guru-guru
6. Barisan pemimpin murid
7. Dan seterusnya murid – murid yang dikasihi sekalian.

Assalamualaikum...WBT dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, marilah kita sama-sama memanjatkan syukur ke hadrat Ilahi Tuhan


yang Maha Agung kerana dengan limpah kurniaNya jua maka kita diberikan luangan
waktu dan kesempatan, dianugerahkan kesihatan dan kewarasan akal, didorong dan
digerakkan minda dan deria rasa, untuk kita sama-sama berkumpul di dewan nan
permai ini bagi satu lagi majlis ilmu iaitu Program Al-Quran Di Hatiku. Program
yang dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Agama Islam dengan kerjasama Bahagian
Dakwah Unit Hal Ehwal Murid SK Tan Sri Datuk Dr Hj Sulaiman Daud ini bertujuan
menanam minat dan memperkasakan amalan membaca al-quran dalam kalangan
warga sekolah amnya dan murid-murid khusunya.

Hadirin hadirat sekalian,


Sebagai pembuka acara kita pada pagi ini, marilah sama-sama kita mendengar
alunan bacaan ayat suci al-Quran yang akan disampaikan oleh adik Azfar bin Idris
dari Tahun 5 Melur. Adik Azfar akan membaca ayat _____ dari Surah ________.
Dipersilakan.

**** Bacaan ayat al-Quran*******

Terima kasih diucapkan kepada adik Azfar bin Idris atas bacaan ayat suci al-quran
sebentar tadi. Untuk makluman sidang hadirin, adik Azfar akan mewakili sekolah
kita dalam pertadingan tilawah al-Quran dalam majlis Tilawah al-Quran peringkat
zon B yang akan diadakan pada 6 Mac 2019 bertempat di SK Buntal dan SK
Santubung.

Semoga adik Azfar dan peserta-peserta yang akan mewakili sekolah dalam acara
tilawah al-Quran perempuan, bercerita lelaki dan perempuan serta hafazan lelaki
dan perempuan dikurniakan kesihatan yang baik dan seterusnya memperoleh
kejayaan dalam pertandingan tersebut. Aaminn.

Hadirin-Hadirat sekalian,
Majlis ’Al-Quran di Hatiku’ diteruskan lagi dengan mendengar ceramah yang akan
disampaikan oleh penceramah jemputan kita. Marilah kita sama-sama
meminjamkan mata, telinga dan hati kita agar ilmu yang bakal disampaikan dapat
difahami dan dihayati bersama. Murid-murid diingatkan untuk memberikan
kerjasama dengan tidak membuat bising dan mendengar dengan teliti sepanjang
cermah berlangsung. Untuk itu, dipersilakan Al-Fadhil Ustaz Mohamad Razif bin
Mohamad Nawi untuk menyampaikan ceramah beliau yang bertajuk ’Kelebihan
Membaca al-Quran’.
****************** Ceramah **********************************

Terima kasih diucapkan kepada al-Fadhil Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad
Nawi di atas ceramah yang disampaikan sebentar tadi. Semoga mutiara ilmu yang
disampaikan sebentar tadi dapat dijadikan panduan dan pemangkin semangat kita
semua untuk memperkasakan amalan bacaan al-quran dalam kehiudpan seharian
kita. In Sya Allah.
Tidak dilupakan, ucapan tahniah kepada para pemenang kuiz spontan sebentar tadi.

Sidang Hadirin yang dirahmati Allah sekalian,


Tidak lengkap rasanya majlis kita pada pagi ini tanpa mendengar ucapan dari wakil
pentadbir.
DAUN SEMULUR DI PEKAN SARI,
BATANG JERAMI REBAH KE BUMI;
MADAH DIHULUR SEMBAH DIBERI,
KATA PERASMI HAJATNYA KAMI.

Baiklah, bagi menyempurnakan acara, majlis dengan sukacitanya ingin menjemput


EN ISMAIL BIN LOBOT selaku PENOLONG KANAN PENTADBIRAN
MERANGKAP PEMANGKU GURU BESAR SEKOLAH KEBANGSAAN
TAN SRI DATUK DR HJ SULAIMAN DAUD untuk memberikan ucapan dan
seterusnya merasmikan Pelancaran Program Dakwah Sekolah Kebangsaan Tan Sri
Datuk Dr Hj Sulaiman Daud bagi tahun 2019.

Majlis dengan segala hormatnnya mempersilakan.

******** UCAPAN PERASMIAN ******

Mohon En Ismail kekal di pentas.


Majlis merakamkan ucapan terima kasih atas ucapan dan pelancaran gimik
perasmian sebentar tadi. Semoga apa yang disampaikan oleh beliau sebentar tadi
dapat dijadikan pengajaran dan sempadan buat kita semua.

Hadirin dan hadirat sekalian,

Majlis diteruskan lagi dengan acara penyampaian hadiah dan cenderamata tanda
penghargaan kepada khalifah yaasin dan penceramah jemputan kita. Untuk itu, majlis
dengan segala hormatnya menjemput ENCIK ISMAIL
Dijemput Ustaz Romizi bin Ismail, khalifah bacaan yaasin naik ke pentas untuk
menerima hadiah.
Seterusnya, dijemput Ustaz Mohamad Razif bin Mohamad Nawi, penceramah kita
pada pagi ini untuk naik ke pentas.

Majlis dengan ini merakamkan ucapan jutaan terima kasih kepada EN ISMAIL BIN
LOBOT atas kesudian menyempurnakan acara penyampaian cenderahati itu tadi.

Hadirin dan hadirat sekalian, dengan berakhirnya acara penyampaian hadiah sebentar
tadi, maka berakhirlah program dakwah yang bertemakan ‘Al-quran Di Hatiku’ pada
pagi ini. Segala yang baik datangnya dari Allah dan kekurangan adalah dari
kelemahan saya sendiri. Saya memohon maaf jika ada tersalah bicara terkasar kata
sepanjang mengacarakan majlis pada pagi ini. Sekian, terima kasih dan
asslamualaikum.
Murid tahun 5 dan 6 diminta berdiri dalam keadaan senyap dan tertib.
Tahun 3 dan 4
Tahun 1 dan 2

Murid Tahun 5 dan Tahun 1 boleh naik ke kelas masing-masing dalam keadaan
senyap dan berdisiplin.

Anda mungkin juga menyukai