Anda di halaman 1dari 1

RUMUSAN

Kesimpulannya, kami sekumpulan telah mempelajari banyak teknik serta ilmu


pengetahuan melalui tugasan korelasi ini. Antara pengetahuan dan hasil yang kami
memperoleh ialah cara mendapatkan nilai pekali kolerasi Pearson dan menghasilkan gambar
rajah serak sama ada melalui perisian computer dan secara manual. Kami juga dapat
menentukan korelasi antara dua pemboleh ubah rawak X dan Y dengan cara memplot gambar
rajah serak dan menghitung pekali korelasi Pearson, r. Di samping itu, kami dapat
menginterpretasikan data yang dikumpulkan berdasarkan nilai pekali korelasi dan gambar rajah
serakan yang diplotkan. Seterusnya, dapat mengenali cara membuat interpretasi berdasarkan
gambar rajah serak dan nilai pekali korelasi Pearson, r. Kami juga memahami bahawa korelasi
dapat diaplikasikan dalam kehidupan seharian kita selepas kami menyempurnakan tugasan
kami statistik asas ini. Hal ini demikian kerana kumpulan kami telah menggunakan korelasi
untuk menemui sama ada jumlah masa pelajar tidur pada waktu siang akan menggurangkan
jumlah masa pelajar tidur pada waktu malam atau tidak. Jelaslah menunjukkan bahawa korelasi
dapat diaplikasikan dalam kehidupan kita untuk menunjukkan hubungan antara dua pemboleh
ubah kuantitatif. Sampai di sini, kami mendapati bahawa kami dapat mencapai objektif yang
diperlukan dalam tugasan korelasi ini.