Anda di halaman 1dari 6

1.

0 Pengenalan
Pengurusan masa bermaksud pembahagian masa dengan betul supaya aktiviti

harian seseorang dapat dijalankan dengan cekap. Menurut Debra (2003), masa

diibaratkan seperti wang. Hal ini bermaksud jika pelajar diberikan sejumlah wang,

dia harus menguruskan dengan bijak bagi memperoleh manfaat daripada

penggunaannya.
Manakala menurut William dan Terry (1994), setiap orang mahu

menguruskan masa dengan baik. Ramai pengurus dan ahli profesional telah

berusaha menguruskan masa mereka dengan berkesan. Malangnya, hanya

segelintir sahaja yang berjaya menguruskan masa itu dengan cemerlang.

Menurut Helen dan Mary (2011), orang ramai memberitahu kepada Benjamin

bahawa mereka tidak cukup masa dalam kehidupan seharian. Benjamin

kemudian menjawab soalan-soalan itu dengan menyuruh mereka berfikir dan

merancang sesuatu mengikut keutamaan pentingnya sesuatu perkara.


Pengurusan masa pelajar yang cemerlang dengan jelas dapat dilihat

daripada kata-kata Debra (2003) iaitu pengurusan masa yang betul dan terkawal

akan menjadikan seorang pelajar itu berjaya dalam hidup mereka. Bagi pelajar

yang bijak menguruskan masa mereka dengan sebaik mungkin, secara tidak

langsung mereka menjadi seorang pelajar yang berdisiplin. Hal ini disebabkan

pelajar tersebut telah berjaya mendisiplinkan diri mereka sendiri untuk

menguruskan masa supaya tidak terbuang begitu sahaja. Debra memaksudkan

bahawa pelajar tersebut mampu mendisiplinkan dirinya dengan membuat jadual

harian dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran. Jadual tersebut termasuklah

membaca buku atau mengulang kaji, bermain atau beriadah, menonton

televisyen, menyiapkan kerja sekolah, membantu ibu atau bapa dan bersama

rakan-rakan.
Ajaran islam turut menekankan kepentingan pengurusan masa. Ini jelas

dapat dilihat daripada firman Allah s.w.t., yang bermaksud “Demi masa,

sesungguhnya manusia itu sentiasa dalam kerugian, kecuali orang-orang yang

1
beriman dan beramal soleh dan berwasiat iaitu nasihat-menasihati dengan

kebenaran dan berwasiat dengan kesabaran.” (Surah al-Ashr 103: 1-3).


Oleh itu, umat islam diperintahkan supaya mengurus masa dengan

sempurna. Islam menegaskan kepada umatnya tentang kepentingan masa yang

seharusnya digunakan dengan amalan dan perbuatan bermanfaat sudah tentu

mendatangkan keuntungan kepada pelakunya, sebaliknya jika disia-sia atau

diabaikan begitu sahaja sudah tentu mendatangkan kerugian kepada pelakunya

kerana tidak mendapat apa-apa daripada masa yang berlalu itu.

2.0 Kelebihan pengurusan masa yang boleh meningkatkan kualiti

pembelajaran di Institut Pendidikan Guru.


Dalam kehidupan seharian sebagai seorang guru pelatih di Institut Pendidikan

Guru, pasti akan menghadapi halangan dan cabaran. Menurut William dan Terry

(1994), cabaran yang kuat untuk mengurus masa adalah bergantung pada

keazaman diri yang kuat dalam seseorang dan bagaimana bertindak untuk

menghadapi sesuatu perkara. Seseorang guru pelatih itu harus memandang dan

melihat dari aspek pengurusan masa dengan bijak kerana apabila mereka bijak

mengurus masa dan mendisplinkan diri mereka, mereka akan sedar tentang

kelebihan pengurusan masa dalam diri mereka sendiri.


Pengurusan masa yang baik boleh menjadikan seseorang guru pelatih itu

berdisiplin dalam hidup mereka. Guru yang gagal dalam aspek pengurusan masa

akan membazir dan lalai dalam pengurusan masa. Nelson Ian (1995)

menjelaskan bahawa kebanyakan guru mengadu masa 24 jam sehari tidak

cukup untuk melaksanakan tugas mereka dengan sempurna. Guru pelatih harus

efektif dan pandai mengurus masa dan kerja supaya kelak apabila menjadi guru,

mereka tidak akan mudah mengeluh dan bijak membahagikan masa. Sebagai

pelajar dan juga yang digelar guru pelatih, sememangnya kita tidak lari daripada

tugasan-tugasan yang diberikan oleh pensyarah. Oleh itu apabila pelajar

mengendalikan masa mereka dan membuat jadual waktu, mereka akan sentiasa

melihat jadual waktu tersebut dan mengikut waktu yang telah ditetapkan. Hal ini

2
akan membuatkan pelajar lebih berdisiplin dan tidak berasa tertekan dengan

tugasan yang banyak dalam kehidupan seharian mereka.


Kelebihan pengurusan masa yang boleh meningkatkan kualiti pembelajaran

di Institut Pendidikan Guru bagi seseorang pelajar ialah mereka akan berasa

selesa dan profesional dalam menguruskan masa. Memang diakui sebagai

seorang pelajar, kita menghadapi masalah kekangan masa, iaitu tidak cukup

masa tetapi masa yang diberi oleh Tuhan memang adil untuk semua manusia.

Ianya terpulang kepada individu untuk menggunakan masa dengan berkualiti dan

berfaedah kepada diri sendiri dan juga pelajar. Pelajar boleh mengisi log masa

(time-log) supaya boleh menggunakan masa dengan baik dan berkesan serta

tidak berbual kosong tanpa tujuan seperti duduk di kafe terlalu lama dari pukul

8.00 hingga 10.00 malam seperti yang dilakukan oleh individu yang suka

membazir masa. Seseorang pelajar juga perlu mengelakkan daripada berbual

tentang hal orang lain yang tidaak ada kena mengena dengan diri sendiri dan

mengenal pasti rakan yang suka membazir masa dan mengelakkan diri

daripadanya.
Seterusnya, kelebihan pengurusan masa ialah seseorang guru pelatih itu

dapat merancang dengan berkesan dan memberi fokus kepada perkara-perkara

yang patut diberi keutamaan. Apabila seseorang pelajar itu merancang sesuatu

dan mempunyai perancangan lebih awal, maka perkara-perkara yang dirancang

itu dapat dijalankan dengan berkesan. Semasa merancang untuk jangka masa

panjang, ramai orang yang terlibat. Oleh hal yang demikian, perancangan itu

perlu dibuat dari masa ke masa dan perlu diadakan perjumpaan untuk

memastikan semua berjalan dengan lancar. Bagi merancang dalam jangka masa

pendek pula, pelajar perlu mencatatkan dalam diari atau buku nota berkenaan

kelas dan mesyuarat yang perlu dihadiri kerana ianya tidak akan membazir masa

untuk membuat perkara-perkara yang lain.


Kepentingan dalam pengurusan masa yang berkesan menggambarkan

kepada pengurusan kehidupan yang lebih baik untuk masa akan datang. Ini

3
kerana setiap pendekatan pengurusan masa yang diambil, akan menjurus

kepada perubahan pemikiran dan sikap seseorang. Kajian yang dilaksanakan

oleh Nurzatulshima (2012) mengenai tahap pengurusan pelajar dan pengurusan

masa dalam pengajaran amali Fizik, mendapati tahap pengurusan pelajar dan

pengurusan masa dalam pengajaran amali Fizik oleh semua guru adalah baik. Ini

membuktikan bahawa sekiranya masa diurus dan dirancang dengan baik akan

membantu seseorang individu itu menyelesaikan kerja dan tugasan dengan baik

dan menepati waktu. Pendapat ini disokong oleh kajian Hamizatun dan Norzaini

(2013), yang turut mendapati pengurusan masa dan pengurusan stress yang

baik memainkan peranan yang penting dalam kehidupan seorang mahasiswa

kerana ianya dapat membantu pelajar mencapai kejayaan di universiti. Hal ini

akan meningkatkan lagi kualiti pembelajaran seseorang pelajar kerana mereka

telah menerapkan nilai pengurusan masa ini.


Perancangan penggunaan masa yang berkesan sama ada secara harian,
mingguan atau jangka panjang untuk membenarkan masa digunakan dalam

aktiviti kuliah, belajar, riadah, tanggungjawab peribadi dan rehat Good (2006).

Salah satu kebaikan pengurusan masa kepada pelajar ialah mereka dapat

merehatkan diri dan mengelakkan daripada sifat malas yang membelenggu diri

sendiri. Sebagai seorang pelajar atau guru pelatih mereka telah didedahkan

begitu awal dengan tugasan dan aktiviti yang banyak kepada mereka.

Sebahagian besar pelajar-pelajar di IPG ini tidak mempunyai masa untuk

merehatkan diri dan minda mereka kerana waktu yang amat terhad dan padat,

Mereka tidak dapat beriadah di waktu petang bahkan waktu untuk menonton

televisyen juga tiada. Hal ini akan menyebabkan tubuh fizikal mereka berasa

penat dan malas untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang lain. Apabila pelajar

mengurus masa dengan bijak mereka dapat melakukan aktiviti seperti beriadah

bersama rakan-rakan, meluangkan masa dengan membaca buku serta

menghadiahi diri mereka sendiri dengan menonton televisyen atau program yang

mereka mahukan.

4
Sebelum mengakhiri wacana ini, semua manusia mempunyai masa yang

sama iaitu sebanyak 24 jam sehari. Jadi seharusnya kita sebagai penuntut di IPG

tidak patut mengeluh kerana ramai yang dapat mengendali masa dengan baik.

Menurut Suradi Salim (2002), gangguan pengurusan masa ialah tidak

mempunyai ketahanan diri, tiada matlamat hidup dan fizikal individu yang tidak

sihat. Oleh hal yang demikian, sebagai pelajar IPG kita patut menghindari

masalah-masalah yang mengganggu waktu atau masa kita. Dengan berbuat

demikian, pengurusan masa kita dapat berjalan dengan lancar dan teratur serta

mempunyai hasil yang produktif dalam apa-apa kerja sekalipun.

3.0 Rumusan
Secara konklusinya, dapat dirumuskan bahawa pengurusan masa adalah suatu

aktiviti yang memainkan peranan yang sangat penting dan mempunyai kebaikan

yang boleh miningkatkan kualiti pembelajaran di Institut Pendidikan Guru. Bagi

mencapai objektif, seseorang itu perlu mengurus masa dengan bijak. Masa yang

terlepas tidak akan kembali seperti kata pepatah ‘nasi sudah menjadi bubur’.
Setiap individu perlu mengetahui kualiti dan kuantiti masa dengan tidak

melakukan aktiviti-aktiviti tidak berfaedah. Seseorang itu boleh mengurus masa

dengan sempurna jika mereka dapat mengubah kepada sikap yang lebih positif

seperti tidak mengamalkan sikap malas, tidak melengahkan kerja dan memberi

tumpuan. Sikap-sikap sebegini memang ada pada semua individu tetapi

sesorang perlu mengubahnya kerana tidak ada sesiapa boleh mengubah kita

selain diri sendiri.


Perubahan ini akan memberi kejayaan pada masa hadapan. Salah satu

langkah yang bijak ialah membuat analisis sebelum dan selepas melakukan

sesuatu aktiviti, iaitu adakah aktiviti tersebut memberi kesan efektif. Seseorang

yang mengamalkan sikap seperti ini, akan dapat mengenalpasti kebaikan,

keburukan, pembaziran dan penggunaan masa yang efektif. Lama-kelamaan

sikap ini akan menjadi tabiat yang automatik, iaitu tidak lagi perlu membuat

analisis kerana dengan hanya mengetahui aktiviti yang dilakukan kita dapat

5
mengenalpasti kebaikan dan keburukannya.
Jika masa dinilai seperti emas, maka pengurusan masa akan menjadi emas.

Pastikan masa digunakan dengan sempurna mengikut kaedah-kaedah dan

langkah-langkah seseorang itu pasti dapat mengurus masa dengan efektif.


4.0 Rujukan

Brooks, W.T. dan S. W. Mullins. (1994). Pengurusan Masa Berkesan Hebat.


Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Debra, A. (2003). Time and work Load Management. Petaling Jaya: Pelanduk
Publications (M) Sdn. Bhd.

Good. C.K. (2006). Dictionary of Education. New York: Macgraw Hill.

Hamizatun dan Norzaini. (2013). Perkaitan Antara Pengurusan Masa dan Stress
Dalam Kalangan Pelajar Siswazah di IPTA. UKM. Vol.5 No 1. Hlm. 34-49.

Nurzatulshima Kamarudin. (2012). Tahap Pengurusan Pelajar dan Pengurusan


Masa Dalam Pengajaran Amali Fizik.

Reynolds, H. dan M. E. Tramel. (2011). Executive Time Management. Getting 12


Hours Work Out of An 8 Hour Day. United States: Prentice Hall, Inc.

Suradi Salim (2002). Tinjauan Sikap dan Tabiat Belajar Pelajar-pelajar Sek. Men.
Negeri Selangor. Jurnal Pendidikan, 3(2), 77-90.