Anda di halaman 1dari 5

1.

0 Pengenalan

Seni dalam pendidikan merangkumi 3 bidang iaitu Seni visual, Muzik dan
Pergerakan dalam pembelajaran dan perkembangan kanak-kanak. Oleh itu,
kefahaman dalam ketiga-tiga bidang ini boleh dicapai melalui penerokaan,
memperoleh pengalaman dan ekspresi. Aktiviti-aktiviti seni dalam pendidikan ini
kemudiannya diintergrasikan ke dalam mata pelajaran lain. Pada pendapat Howard
Gardner(1983) setiap insan berhak menerima pendidikan dan pemahaman tentang
seni tanpa mengira latar belakang, bakat atau kebolehan. Malah, Seni visual, Muzik
dan pergerakan meningkatkan perkembangan insan dan perkembangan secara holistik
dan juga membantu meningkatkan kreativiti dan ekspresi kendiri seseorang murid.
Seterusnya, teori kecerdasan pelbagai oleh Howard Gardner,(1983) telah menyokong
seni diberi peranan yang lebih penting dalam kurikulum. Hal ini demikian kerana,
manusia memperolehi pengetahuan melalui kecerdasan yang pelbagai. Di samping itu,
Quadrant Concept(1993) oleh Hermann menyatakan bahawa seni membantu
pemikiran rasional dan intuitif seseorang individu. Oleh itu, seni dalam pendidikan amat
mempengaruhi pembelajaran seseorang.

2.0 Teori Kecerdasan Pelbagai Dan Elemen Seni Dalam Pendidikan Dapat Membantu
Meningkatkan Pembelajaran Murid Pemulihan.

Klein,(1997). Teori Gardner ini telah banyak menerima kritikan yang


menyatakan ia terlalu luas untuk dirangka melalui kurikulum, Teori Kecerdasan
Pelbagai ini telah menimbulkan minat para pendidik dalam mempelbagaikan strategi
pengajaran dengan mengganbungkan elemen seni dalam proses pengajaran dan
pembelajaran dan memberi pelbagai gaya pembelajaran kepada pelajar apabila
menyelesaikan sesuatu masalah atau tugasan. Langkah ini telah meningkatkan
keberkesanan dan kesesuaian dalam melaksanakan Teori Kecerdasan Pelbagai
dengan elemen seni di dalam kelas pemulihan. Pada pendapat saya sebagai bakal
guru pemulihan, teori kecerdasan pelbagai dan elemen seni dalam pendidikan dapat
membantu meningkatkan pembelajaran murid pemulihan.
Pelbagai strategi atau kaedah pengajaran secara tidak langsung
menggunakan kecerdasan pelbagai murid-murid. Oleh itu, murid dapat peluang untuk
memperkembangkan kemahiran atau kebolehannya. Antara contoh aktiviti yang
digunakan oleh guru pemulihan dengan menggunakan kecerdasan pelbagai dan
elemen seni dalam proses pengajaran dan pembelajaran ialah guru membawa murid-
murid keluar dari bilik darjah untuk mengenali tumbuhan, haiwan dan alam
persekitarannya. Secara tidak langsung menggunakan kecerdasan naturalis murid-
murid. Menurut Johari, (2006). Mengatakan dalam bukunya asas seni visual apabila
kita berada di persekitaran yang dipenuhi dengan tumbuh-tumbuhan hijau, kita akan
berasa lebih segar, tenang dan damai.

Di samping itu, dalam kelas guru memberi latihan melukis gambar dan
mewarna tumbuhan dan haiwan yang dilihat dipersekitaran. Melalui aktivti ini, murid
dapat mengenali pelbagai jenis tumbuhan atau flora dan fauna, haiwan yang wujud
dalam ciptaan Tuhan. Selain itu, apabila berinteraksi dengan guru dan rakan-rakan
dalam sesi perbincangan murid-murid telah menggunakan kecerdasan verbal-linguistik
dan interpersonal untuk mendapatkan maklumat dan idea yang berkaitan dengan flora
dan fauna, Malah, dengan adanya elemen seni melukis dan mewarna secara langsung
menggunakan kecerdasan visual-ruang. Seseorang individu dapat berfikir dalam
bentuk gambaran dan bayangan serta secara tiga dimensi dan menggambarkan
pengalaman yang pernah dilalui. Aktiviti ini telah menarik minat murid untuk belajar
tentang alam semula jadi. Mereka akan lebih cenderung dan bermotivasi untuk
mendapat pengetahuan yang lebih mendalam tentang ciri-ciri haiwan dan
mengklasifikasikan flora dan fauna. Aktiviti ini akan mengembangkan perkembangan
kanak-kanak melalui peningkatan daya persepsi, estetika dan kreativiti murid-murid.
Hal ini demikian kerana kelebihan yang dimiliknya dihargai oleh semua orang. Malah
lebih yakin untuk melakukan sesuatu tugasan.

Selain itu, dalam kelas pemulihan guru yang membimbing membuat


boneka dapat mencungkil kecerdasan visual ruang darisegi menghasilkan watak
boneka yang diperlukan untuk sesuatu cerita dan kecerdasan logik-matematik pula
diperlukan untuk mengukur saiz boneka dengan tepat semasa menghasilkan boneka.
Unsur seni telah digabungkan iaitu ketika menghasilkan boneka yang berasaskan moif
haiwan, tumbuhan perlu dilukis dan harus diwarnakan dengan warna yang sesuai
.Aktiviti ini melahirkan murid pemulihan yang berpengetahuan dalam
bidang seni, iaitu mempunyai kemahiran mencipta sesuatu bahan dan juga
menekankan perkembangan imaginasi apabila menghasilkan sesuatu boneka.
Seterusnya, semasa sesi apresiasi, iaitu bercerita atau persembahan drama
kecerdasan muzik dan interpersonal digunakan untuk menghasilkan persembahan
yang menarik dan secara tidak langsung menggunakan elemen seni iaitu muzik pada
aktiviti ini. Melalui aktiviti ini murid akan seronok dan lebih minat untuk belajar. Pada
masa yang sama secara langsung mereka belajar Bahasa melayu dengan bertutur
iaitu bercerita atau persembahan drama. Murid-murid berpeluang untuk meningkatkan
kemahiran Bahasa dan kemahiran berkomunikasi. Mereka akan bergembira semasa
proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih seronok dengan mengadakan
pelbagai aktiviti seperti ini. Malah, murid pemulihan tidak ponteng kelas atau sekolah
dan berasa seronok untuk datang ke sekolah. Hal ini demikian kerana, dengan adanya
kecerdasan yang sesuai dengan diri pelajar, maka perasaan bosan untuk belajar dapat
diatasi dan tentunya tidak akan bosan lagi untuk belajar sebaliknya lebih minat untuk
datang ke sekolah kerana beranggap pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk
masa depan serta mereka lebih yakin untuk melaksanakan sesuatu tanggungjawap
atau tugasan yang diberikan oleh guru.

Seterusnya, prestasi murid dalam Bahasa Melayu akan meningkat dan


mereka akan terlibat sesuatu aktiviti dengan lebih aktif. Seterusnya, murid pemulihan
dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan mereka akan merasa
diri mereka dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf dan mereka dapat
membantu lagi untuk mengembangkan potensi yang ada pada diri mereka. Akhirnya,
mereka akan rasa lebih bersemangat dan keyakinan untuk belajar.

Selain itu, guru mengajar murid untuk menghasilkan doh dengan


menggunakan tepung. Secara tidak langsung murid menggunakan kecerdasan
kinestetik yang menekankan aspek kemahiran motor halus dan motor kasar. Semasa
menghasilkan doh murid-murid akan menambah warna terang iaitu warna primer
merah, kuning, hijau dalam doh untuk menjadikan ia lebih menarik. Menurut
Joahari,(2006) dalam bukunya asas seni visual mengatakan bahawa dalam bidang
psikologi seni, warna dapat mempengaruhi emosi seseorang.
Warna yang terang dan cerah menimbulkan perasaan riang dan gembira
serta hati juga menjadi lebih tenang dan damai. Aktiviti berwarna-warni ini
membuatkan kanak-kanak menarik minat murid-murid untuk terlibat secara aktif. Di
samping itu, guru memberi aktivti membentuk abjad dan bentuk haiwan. Aktiviti ini
akan membantu murid pemulihan untuk mengenal abjad, bentuk haiwan pada masa
yang sama doh mengguatkan motor halus dan motor kasar murid pemulihan. Howard
Gardner,(1983). Dalam kajian ‘seven ways of knowing’ mendapati Kefahaman
menerusi visual tentunya lebih mudah daripada penghafalan fakta menerusi catatan
berjela. Murid lebih cenderung melakukan aktiviti yang berkaitan dengan pergerakan
badan seperti menggunakan hujung jari iaitu motor halus dan motor kasar. Menurut
Khair,(2009). seorang pelajar yang mempunyai kecerdasan kinestetik yang tinggi
biasanya akan lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti yang banyak
menggunakan anggota badan dan ketahanan fizikal seperti berlari dan berenang.
Tidak mustahil mereka akan menjadi seorang atlit sukan sekolah mahupun negara
yang unggul jika menggunakan kecerdasan tersebut untuk melatih dirinya bersungguh-
sungguh.

3.0 Kesimpulan

Seseorang guru pemulihan boleh menjadikan teori kecerdasan pelbagai


dengan elemen seni sebagai panduan untuk mereka merancang teknik, kaedah dan
strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai mengikut jenis kecerdasan, bakat
dan potensi yang terdapat pada pelajar-pelajarnya. Menurut Khair Hidayati,(2003).
Kaedah ini membolehkan guru pemulihan mempelbagaikan cara pengajarannya
supaya proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan itu tidak berfokus pada
satu-satu jenis kecerdasan sahaja sehingga membosankan pelajar. Sebaliknya, guru
perlu menjalankan pengajaranya berdasarkan Sembilan kecerdasan yang disarankan
oleh Howard Gardner. Suasana pembelajaran sedemikian menjadikan pelajar lebih
bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untuk murid pemulihan. Secara
langsung ataupun tidak langsung, pendidikan yang menitikberatkan kecerdasan yang
pelbagai dan elemen seni pada pelajar juga menyokong dan membantu mewujudkan
pembelajaran bersepadu yang menyeluruh selaras dengan falsafah pendidikan
kebangsaan
4.0 Rujukan

Gardner, H.(1982). Art, mind, and brain : a cognitive approach to creativity.


NY:Basic Books.

Howard Gardner,(1983). Dalam kajian ‘seven ways of knowing’ Muat turun Pada:
https://www.scribd.com/doc/28374972/Teori-Kecerdasan-Pelbagai-Seni-
dalam-Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2008). Seni Dalam Pendidikan Sekolah


Rendah (Semakan). Kuala Lumpur: PPK.

Klein, P. D. (1997). Multiplying the problems of intelligence by eight: A critique of


Gardner’s theory. Canadian Journal of Education 22: 377-394

Khair hidayati binti mohd khair,(2009). Sumbangan Teori Kecerdasan Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran. Muat Turun Pada: 25 FEBRUARY 2017
http//SUMBANGAN%20TEORI%20KECERDASAN%20DALAM%
20PENGAJARAN%20DAN%20PEMBELAJARAN.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia,(2001).Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam


Pengajaran Dan Pembelajaran.Muat Turun Pada 20 February 2017
file:///C:/Users/Lenovo/Downloads/teori_kecerdasan.pdf

Khair Hidayati, (2003). Sumbangan Teori Kecerdasan Dlam Pengajaran Dan


pembelajaran Kuala Lumpur:Sasbadi

Mohd Johari Ab. Hamid, (2006). Asas Seni Visual. Tanjung Malim: Penerbit
Universiti Pendidikan Sultan Idris.