Anda di halaman 1dari 2

Terangkan 5 implikasi kecerdasan pelbagai murid kepada guru dalam proses p&p1.

Guru dapat
mengenalpasti kecerdasan murid mengikut tahap masing-masingdengan pengetahuan sedia ada guru
yang mengetahui kecerdasan muriddipengaruhi oleh pengalaman, budaya, dan juga faktor motivasi.
Jadi, ini akanmemudahkan para guru untuk menilai pelajarnya yang mempunyai kecerdasan
yangberbeza serta guru dapat mengembangkan bakat sedia ada murid semasamengaplikasikan
pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah.2.

Membantu guru untuk merancang pengajaran. Guru dapat merancang apa yangpatut diberikan kepada
murid tentang cara pengajaran, penekanan dan pemfokusansewaktu dalam sesi pengajaran dan
pembelajaran. Ini kerana guru dapatmengenalpasti potensi yang ada dalam diri murid dan
membolehkan gurumenjalankan pengajaran mengikut kecerdasan pelbagai ini.3. Guru dapat
membangunkan bukan sahaja kesemua bidang akademik malahmembangunkan ko-kurikulum pelajar.
Ini kerana, sebagaimana yang kita tahu,kecerdasan pelbagai bukan sahaja tertumpu kepada bidang
akademik tetapi jugamerangkumi bidang ko-kurikulum seperti kecerdasan kinestetik, kecerdasan
muzikdan beberapa kecerdasan lain.4. Guru dapat mempelbagaikan teknik pengajaran. Ia membolehkan
guru itu untukmenjadi lebih kreatif dalam mengembangkan kecerdasan dan potensi murid.Kecerdasan
pelbagai ini tidak mengehadkan guru ke atas cara pengajaran tertentutetapi ia membolehkan guru
mengaplikasikan pendekatan yang pelbagai. Ini akanmenjadikan pengajaran dan pembelajaran itu satu
proses yang seronok untuk dilaluioleh guru dan diikuti oleh pelajar. Oleh itu, suasana pembelajaran yang
sedemikianmenjadikan pelajar lebih bermotivasi, bersemangat dan berketerampilan untukpelajar
keadaan seperti ini boleh mewujudkan suasana yang kolaboratif di antaraguru dan pelajar di sekolah.5.
Guru juga dapat mengasah bakat pelajar dengan kefahaman yang kukuh terhadapteori kecerdasan
pelbagai ini. Guru boleh mengenal pasti cita rasa pelajar dengantepat untuk membantu membangunkan
daya kreativiti pelajar tersebut.

Kepada murid1.

Pelajar dapat memahami potensi yang ada pada diri mereka sendiri dan merekaakan merasa diri mereka
dihargai kerana kecerdasan yang ada pada diri diiktiraf.Selain itu, pelajar juga akan dapat memahami
kecerdasan yang ada pada individu disekeliling mereka yang dapat membantu lagi untuk
mengembangkan potensi dalamdiri mereka.2. Pelajar tidak akan rasa terasing dan rendah diri dengan
kecerdasan pelbagai. Inikerana, sesetengah kecerdasan hanya mengiktiraf kecerdasan dalam logikal-
matematik dan apabila seseorang pelajar itu tidak dapat menguasai kecerdasanlogikal-matematik maka
pelajar dikategorikan sebagai lemah. Sedangkan banyaklagi kecerdasan dan kekuatan lain yang ada pada
diri pelajar tidak diberi perhatian.Sebaliknya, kecerdasan pelbagai memberi perhatian terhadap
kecerdasan selainlogikal-matematik disamping kecerdasan logikal-matematik itu sendiri. Maka pelajar
akan rasa lebih bersemangat untuk belajar. Kecerdasan pelbagai ini dapat memberikeyakinan yang jitu
kepada pelajar. Ini kerana kekuatan mereka dalam kecerdasantertentu diberikan perhatian dan begitu
juga kelemahan mereka akan diperbaiki. Inidapat menaikkan lagi semangat dan keyakinan mereka untuk
memperkembangkanlagi kecerdasan mereka dan untuk memperbaiki kelemahan yang ada pada
dirimereka.3. Memberi peluang kepada semua individu untuk menonjolkan kecerdasan yang adapada
diri mereka dilihat sebagai satu bentuk penilaian kecerdasan yang adil. Inimembolehkan semua pelajar
mendapat layanan yang sama rata dan dapatmerasakan diri mereka mempunyai nilai dan
berkepentingan. Maka, semua pelajar akan berpeluang untuk bersama-sama berjuang untuk
mambagunkan diri dannegara.4. Dapat mengatasi masalah seperti gejala ponteng kelas dan ponteng
sekolah.Bagaimana teori kecerdasan pelbagai ini dapat membantu mengatasi masalah ini?Teori
kecerdasan pelbagai dapat mengatasi masalah ini kerana ia memberi ruanguntuk pelajar
mengembangkan potensi dalam diri mereka. Dengan itu minat untukbelajar dapat ditingkatkan kerana
apa yang mereka pelajari dapat merekakembangkan berdasarkan apa yang ada dan sesuai dengan diri
mereka.denganadanya minat, pelajar akan sanggup untuk melalui apa jua kesukaran
demimengembangkan potensi yang ada dalam diri mereka kerana telah timbul minatuntuk
menguasainya.5. Dapat mengatasi masalah bosan dengan sistem pembelajaran sedia ada di
sekolah.Minat untuk belajar memainkan peranan yang amat penting dalam pembelajaran. Ini

kerana jika pelajar merasa pembelajaran yang mereka sedang lalui tidak membawaapa-apa manfaat,
maka mereka akan merasa bosan untuk mengikuti kelas terbabit.Dengan adanya kecerdasan yang sesuai
dengan diri pelajar, maka perasaan bosanuntuk belajar dapat diatasi. Pelajar tentunya tidak akan bosan
lagi untuk belajar sebaliknya akan lebih berminat untuk datang ke sekolah kerana beranggapanbahawa
pelajaran itu menyeronokkan, berfaedah untuk masa hadapan mereka danbukannya sebagai satu
bebanan.6. Dalam konteks ini, kesan yang wujud ekoran daripada penerapan ataupun
apabilamengaplikasi kecerdasan pelbagai dalam pengajaran dan pembelajaran adalahdapat membantu
pelajar untuk memperoleh apa yang perlu untuk kehidupan di abadyang akan datang. Dalam hal ini,
pelajar-pelajar diberi pendedahan tentangkesemua kecerdasan pelbagai yang terdapat serta pelajar-
pelajar cuba aplikasikandengan menggunakan kemahiran berfikir untuk kehidupan harian mereka dan
untukhari yang akan mendatang. Justeru, pelajar dapat menjalani kehidupan harianmereka dengan lebih
bermakna.7. Selain itu, kesan terhadap diri pelajar yang seterusnya ialah dapat membentukpemahaman
tentang motivasi pelajar itu sendiri. Dalam konteks ini, apabila aplikasikecerdasan pelbagai dalam
pengajaran dan pembelajaran dapat berlangsungdengan baik maka, ini akan dapat memberi sedikit
sebanyak motivasi kepadapelajar untuk terus belajar