Anda di halaman 1dari 2

REFLEKSI

Saya bersyukur dan berasa gembira selepas saya dapat menyiapkan tugasan
menghasilkan kid pembelajaran. Semasa saya mendapat soalan tugasan itu, saya tidak pasti
tentang kehendak soalan yang diberikan. Dengan penerangan pensyarah saya iaitu Pn. Azlina
Binti Amad., saya memahami kehendak soalan tersebut dan akhirnya dapat menyiapkan
sebelum tarikh hantaran. Pensyarah saya memberi bimbingan kepada rakan sekelas saya dan
saya apabila kami mengalami cabaran dalam proses membuat kid pembelajaran tersebut.
Pensyarah saya banyak membantu kami dalam menyelesaikan kid pembelajaran saya.

Sebelum saya memulakan tugasan saya, saya mencari maklumat sama ada di internet
atau di pusat sumber institute pendidikan guru saya tentang aspek-aspek yang terdapat dalam
seni dalam pendidikan iaitu aspek pergerakan, seni visual dan seni muzik. Selain itu, saya juga
merancang bagaimana cara untuk menghasilkan satu kid pembelajaran yang sesuai untuk
murid pemulihan untuk mengatasi masalah kemahiran asas mengira. Semasa waktu kuliah,
pensyarah saya telah menerangkan cara-cara dan teknik-teknik yang penting untuk
menghasilkan satu bahan bantu pembelajaran yang berkesan untuk murid pemulihan
berasaskan bahan kitar semula supaya dapat menjimatkan kos disamping meningkatan amalan
kitar semula dalam kalangan pelajar.

Selain itu, saya juga berbincang dengan rakan-rakan saya supaya dapat pelbagai idea
yang baik dalam penghasilan kid pembelajaran. Sebelum mula membuat kid pembelajaran
saya, saya telah merancang isi-isi yang saya hendak menyampaikan dalam kid pembelajaran
saya iaitu operasi tambah dalam linkungan 10 bagi murid pemulihan. Sebagai bakal guru
pemulihan, saya hendaklah memenuhi diri saya dengan ilmu pengetahuan dan cara-cara yang
berkaitan dengan membuat sesuatu bahan bantu mengajar. Penggunaan bahan bantu
mengajar perlu berkaitan dengan sesuatu isi pelajaran. Oleh itu, saya telah membuat satu kid
pembelajaran roda impian daripada roda basikal yang telah dipakai. Roda impian saya
mempunyai pelbagai warna seperti merah, hijau, biru, kuning dan sebagainya. Tujuan
membuat roda impian saya dengan pelbagai warna adalah untuk menarik minat murid
pemulihan untuk belajar. Hal ini demikian kerana, warna berupaya menarik minat murid dan
juga dapat merangsang minda murid untuk belajar. Pada masa yang sama, murid berasa
gembira apabila melihat benda yang berwarna-warni.

Di samping itu, dalam kid pembelajaran saya iaitu roda impian terdapat aspek
pergerakan dari segi memutarkan roda. Aspek pergerakan ini dapat membantu murid dalam
pembelajaran mereka dari segi psikomotor ketika memuratkan roda impian tersebut. Hal ini
dapat menguatkan motor halus dan motor kasar mereka. Pada masa yang sama, mereka tidak
berasa bosan dan teruja menunggu giliran masing-masing untuk memutarkan roda impian. Hal
ini kerana, meraka tidak berduduk sahaja dan akan melibatkan dirinya secara aktif.
Seterusnya, saya telah meletakkan loceng bagi menghasilkan bunyi semasa murid
memutarkan roda. Unsur bunyi akan menarik minat murid-murid untuk memain roda impian.
Murid-murid akan berasa seronak dan bergembira ketika proses pengajaran dan pembelajaran
berlaku. Bahan bantu mengajar yang baik, memang boleh mengajar dengan berkesan kepada
murid-murid. Bahan bantu mengajar yang mempunyai ketiga-tiga aspek iaitu seni visual,
pergerakan dan muzik dapat menarik minat pelajar untuk belajar. Pada masa yang sama
mereka berasa seronok dan tidak bosan untuk belajar. Malah, mereka akan terlibat secara aktif
dalam proses pengajaran dan pembelajaran jika bahan yang digunakan oleh guru dapat
menarik minat murid.

Setelah menghabis membuat kid pembelajaran kami, kami diminta membentang di


hadapan kelas mengikut kumpulan kami. Semasa membentang kid pembelajaran kami didepan
pensyarah dan kawan-kawan saya, mereka telah memberi pendapat mereka tentang kelebihan
dan kelemahan kid pembelajaran yanh kami dihasilkan. Oleh itu, kami dapat memperbaiki
kelemahan yang terdapat dalam kid pembelajaran kami. Di samping itu, semasa kawan-kawan
saya membentang saya telah dapat banyak ilmu pengetahuan tentang kid pembelajaran dan
idea-idea baru untuk menghasilkan sesuatu kid pembelajaran.

Akhirnya, saya berasa penghasilan kid pembelajaran yang saya pilih iaitu roda impian
adalah sesuai dan berkesan kepada murid-murid pemulihan, khasnya, berwarna-warni,
pergerakan dan unsur bunyi. Ia dapat membantu murid pemulihan yang sukar untuk menguasai
kemahiran asas mengira. Dengan menggunakan kid pembelajaran roda impian murid-murid
akan senang memahami isi pelajaran yang diajar oleh guru dengan keadaan menyeronokan
dan lebih mudah. Pada masa yang sama, murid akan mengingat pada bila-bila masa. Hal ini
demikian kerana, penggunaan warna dalam proses pengajaran dan pembelajaran akan
merangsang minda murid dan murid akan mengingat pada bila-bila masa. Murid akan lebih
bersemangat dan akan memberikan sepenuh tumpuan masa sesi pengajaran dan
pembelajaran. Kid pembelajaran yang digunakan oleh saya adalah berpusatkan kepada murid-
murid. Murid-murid akan cergas mengambil bahagian dalam pembelajaran. Kekuatan kid
pembelajaran ini ialah dapat digunakan secara efisien dalam pengajaran dan pembelajaran
bagi operasi tambah, tolak bagi mengubah persepsi murid terhadap Matematik.

Anda mungkin juga menyukai