Anda di halaman 1dari 6

1.

0 PENGENALAN
Professional Learning Community (PLC) adalah usaha para pendidik yang komited dan
bekerja secara kolaboratif serta berterusan untuk membuat inkuiri atau kajian tindakan bagi
mencapai prestasi yang lebih baik untuk murid-murid mereka (DuFour, Eaker, & Many, 2006).
Istilah komuniti pembelajaran professional atau professional learning community (PLC) wujud
dalam kalangan penyelidik seawal tahun 1960an. Rosenholtz (1989) membuat kajian di 78
buah sekolah dan mendapati bahawa peningkatan dalam pengajaran dan pembelajaran berlaku
secara kolektif dan bukan secara individu. Little & McLaughlin (1993) juga melaporkan bahawa
sekolah dan panitia yang paling berkesan ialah sekolah yang melaksanakan komuniti
pembelajaran yang mantap. Prinsip asas PLC adalah berdasarkan kepada tiga idea utama iaitu
memastikan pembelajaran murid, budaya koleberatif dan fokus kepada pencapaian.

Pemilihan PLC sebagai salah satu inisiatif dalam meningkatkan kualiti guru adalah
berdasarkan trend dan perkembangan pendidikan di negara-negara maju dimana pemantapan
komuniti pembelajaran profesional dalam kalangan pendidik dlihat sebagai usaha yang dapat
meningkatkan profesionalisme guru. Konsep komuniti pembelajaran profesional di negara-
negara maju merangkumi aktiviti-aktiviti kolaboratif antara pihak sekolah dengan pihak di luar
komuniti sekolah. Sekolah boleh membawa masuk pihak berkepentingan dari luar sekolah ke
dalam bilik darjah untuk menterjemahkan kurikulum dan penyampaian kurikulum, serta aktiviti
kolaboratif antara pihak berkepentingan dengan pihak sekolah untuk memantapkan
penyampaian pendidikan bagi meningkatkan pencapaian pelajar. Oleh itu, PLC merupakan
koleksi aktiviti akademik secara bersepadu berteraskan lima strategi utama sebagai usaha
menyokong dan memperbaiki pencapaian murid dan sekolah. PLC akan menjadi simbol usaha
secara komprehensif dan cita-cita besar KPM bagi mencabar, memotivasi serta membantu
sekolah meningkatkan pencapaian.

2.0 STRATEGI-STRATEGI DALAM PLC SERTA AKTIVITI PENGAJARAN DAN


PEMBELAJARAN UNTUK MENINGKATKAN PROFESIONALISME GURU.

PLC adalah satu pendekatan pembudayaan sekolah dimana ia mengalakkan


pembelajaran guru secara kolabortif untuk melaksanakan penambahbaikan. Oleh hal demikian,
beberapa strategi telah diwujudkan untuk meningkatkan profesionalisme seseorang guru.
Antara strategi adalah seperti kolaborasi, penswastaan amalan, dialog reflektif, fokus secara
kolektif terhadap pembelajaran serta norma dan nilai dikongsi bersama. Dalam keadaan ini,
salah satu daripada strategi tersebut memainkan peranan yang mustahak untuk meningkatkan
profesionalisme guru iaitu “lesson study”.
2.1 Lesson study

Menurut Kamus Dewan, (2007), “Lesson study.” membawa maksud penyelidikan atau
penelitian terhadap pengajaran guru dalam bilik darjah. Strategi lesson study mampu
meningkatkan dan melestarikan kualiti pengajaran seseorang guru dan pembelajaran murid
pada jangka masa yang panjang. Hal ini demikian kerana, lesson study menyediakan suatu
wacana atau peluang untuk menignkatkan profesionalisme seseorang guru. Hal ini kerana,
lesson study mempunyai ciri-ciri seperti ia berfokus kepada pembelajaran pelajar, satu usaha
yang kolaboratif dalam kalangan guru. Seterusnya, melalui strategi lesson study ini guru yang
terlibat melihat diri mereka menyumbang kepada perkembangan pengetahuan mengenai
pengajaran dan juga perkembangan professional diri sendiri. Oelh itu, saya telah memilih
lesson study salah satu strategi yang paling efektif untuk mrningkatkan profesionalisme
keguruan.

Kitaran pertama dalam penghasilan lesson study adalah menentukan goal dan objektif
pengajaran. Mula-mula guru mengkaji kandungan kurikulam dan sukatan pelajaran iaitu
merujuk dokument standard kurikulam pembelajaran dan sukatan pelajaran murid tahun 1. Hal
ini demikian kerana, guru ingin merancangan rancangan pengajaran harian murid tahun 1
khususnya kepada murid pemulihan. Setelah guru merujuk DSKP iaitu standard pembelajaran
dan kandungan yang ada dalam DSKP beliau telah mengkaji masalah pembelajaran murid
yang dihadapi oleh murid tahun 1 supaya dapat merancang aktiviti pengajaran dan
pembelajaran yang berkesan dan dapat membantu murid pemulihan untuk mencapai obejktif
pembelajaran yang ditentukan. semasa guru menkaji masalah pembelajaran murid didapati
kedua-dua kumpulan murid belum menguasai kemahiran V+KVK dan KV+KV. Oleh itu, guru
telah memilih beberapa perkataan mengikut kemahiran pemulihan tersebut dengan merujuk
buku teks tahun 1. Murid pemulihan tahun 1 adalah seramai 6 orang murid. Tiga orang murid
telah dikategorikan dalam kumpulan sederhana dan tiga orang lagi dikategorikan dalam
kumpulan murid pandai.

Kitaran kedua mengikut lesson study ialah bina rancangan mengajar. Dalam proses
membina rancangan pengajaran harian (RPH) guru telah memilih tajuk yang hendak diajar iaitu
bertema “sayangilah keluarga” berdasarkan buku teks murid tahun 1 bagi sesi pengajaran dan
pembelajaran. Semasa membina rancangan pengajaran harian guru telah menggunakan
pelbagai aktiviti dan strategi untuk menarik minat murid untuk belajar. Antara teknik dan strategi
yang digunakan adalah dalam set induksi guru telah menggunakan slaid power point yang
mempunyai gambar yang kabur sehingga tidak boleh nampak gambar sebenar dan pada masa
itu guru menggunakan teknik soal jawab dengan menyuruh murid untuk meneka gambar yang
ditunjukkan. Setelah murid menjawab soalan tersebut guru mengaitkan tajuk pengajaran
berdasarkan jawapan murid.

Seterusnya, dalam langkah pertama guru telah menggunakan pelbagai bahan bantu
mengajar seperti slaid power point yang mempunyai gambar animasi dan mengajar cara
mengeja perkataan KV+KV dengan betul dan diminta murid untuk menulis perkataan-perkataan
yang dibelajar di atas penutup kotak yang telah berisi dengan garam. Tujuan meletakkan
garam disitu adalah supaya menguatkan motor halus dan motor kasar murid pemulihan.
Manakala, bagi kumpulan yang lagi satu, guru menggunakan teknik hiburan iaitu mengadakan
satu permainan “moving cups” dan “magic cube” di mana murid perlu mencari suku kata yang
betul dalam tempoh masa yang ditentukan. Bagi “magic cube” pula, murid perlu menyelesaikan
gambar puzzle supaya ia menjadi satu gambar yang lengkap dengan perkataan. Di samping itu,
bagi langkah dua pula, guru telah mengaplikasikan teknik atau unsur seni dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran. Misalnya, guru menyediakan gambar donut yang telah menulis
perkataan dengan menggunakan lilin.putih Murid perlu mewarnakan gambar donut tersebut.
Setelah mewarna perkataan akan timbul di atas permukaan gambar donut dan murid perlu
menghias gambar donut tersebut dengan menggunakan manik yang berwarna-warni mengikut
kreativiti masing-masing. Aktiviti ini dapat mengekalkan minat murid untuk belajar dan pada
masa yang sama murid akan terlibat secara aktif dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Sambungan daripada itu, guru menggunakan teknik VAKT dalam aktivit pengajaran dan
pembelajaran melalui bahan bantu mengajar iaitu buku “pop up”. Buku “pop up” yang
digunakan mempunyai unsur warna-warni, mempunyai gambar yang berwarna – warni dan saiz
yang besar dan juga guru telah membentuk gambar perkataan yang hendak diajar dengan
menggunakan kain fabrik supaya murid boleh merasa permukaan bentuk tersebut dengan
menyentuh menggunakan hujung jari. Bahan bantu tersebut dapat menarik perhatian murid
untuk belajar. Kepelbagaian penggunaan bahan bantu belajar dapat meningkatkan
keseronokan dan tumpuan mereka dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Seterusnya,
bagi langkah ketiga adalah guru telah menyediakan tiga jenis lembaran kerja bagi kedua-dua
kumpulan murid. Kesemua aktiviti yang telah dirancang adalah mengikut keupayaan dan
kebolehan murid.
Kitaran ketiga dalam lesson study adalah ajar atau perhati pengajaran iaitu proses
pelaksanaan pengajaran. Dalam proses pelaksanaan pengajaran guru akan melaksanakan
rancangan pengajaran harian yang telah dibina dalam kelas tertentu yang telah dipilih pada
peringkat awal seperti yang terdapat dalam RPH yang disediakan. Menurut Judith Warren Little
(1990), beliau menyatakan bahawa menambah himpunan idea, bahan dan cara mengajar
adalah amat penting. Dengan ini, seseorang guru perlulah mewujudkan satu suasana kolabatif
dengan rakan sejawat secara bersemuaka ataupun tidak bersemuka agar perancangan pdpc
yang berkesan dapat diaplikasikan dalam kelas. Salah satu strategi yang sangat bagus adalah
melalui pelaksanaan aktiviti dalam kalangan guru iaitu aktiviti ‘Monitoring Each Other Session’.
Strategi ini, membantu seseorang guru untuk memperbaiki dan meningkatkan kaedah
pengajaran, pelaksanaan kurikulum terhadap strategi dan juga pengolahan idea rancangan
harian lebih kualiti. Aktiviti ini melibatkan lebih daripada dua guru yang bekerja bersama untuk
meyelia dan membimbing antara satu sama lain. Apabila proses pelaksanaan pengajaran
dilaksanakan guru tersebut perlu menjemput rakan yang bekerja bersama denganya atau guru
yang lebih berpengalaman untuk membuat penilaian berdasarkan pengajarannya supaya guru
tersebut dapat mengambil tindakan yang tertentu pada masa yang sesuai.

Kitaran yang keempat dalam lesson study ialah sesi refleksi pengajaran. Dalam
keadaan ini guru yang main peranan, harus menyediakan borang penilain atau penyeliaan
supaya guru yang membantu menilaikannya dapat memberi komen-komen untuk meningkatkan
atau memperbaiki cara pengajaran. Bukan itu sahaja, dalam aktiviti ini juga seseorang guru
dapat mengkritik cara pengajarannya melalui peneguhan positif untuk membina dan
menambahbaikkan kemahiran yang digunankan dalam pdpc. Usaha ini menerangkan bahawa,
guru akan dapat berkongi pengalaman pengajaran dan pengetahuan dengan hati yang terbuka.
Hal ini demikian kerana, melalui aktiviti ini seseoarng guru akan mendapat idea untuk
memahirkan cara pengajarannya dengan profesional. Kemudian, guru tersebut juga perlu
bekerjasama antara satu sama lain untuk melaksanakan aktiviti ini supaya mereka bersama-
sama dapat berkongsi teknik pengajaran mereka semasa pdpc. Dengan adanya aktiviti ini
dalam elemen ini, seseorang guru dapat menggunakan pelbagai pendekatan semasa
melaksanakan pdpc. Bertitik tolak daripada itu, kitaran yang kelima adalah penambahbaikan
rancangan pengajaran harian dan pengajaran semula. Ia adalah satu sesi perbincangan perlu
diadakan bagi membuat penambahbaikan rancangan pengajaran harian berdasarkan hasil
yang diperolehi daripada sesi refleksi.
Guru perlu memikirkan secara kreatif dan kritis bagaimana RPH yang talah dibina perlu
ditambahbaik bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang telah dikenalpasti dalam sesi
pengajaran yang lepas. Sesi perbincangan ini harus dilaksanakan secara kolaboratif antara
guru dan guru yang membantu menilaikan sesi pengajaranya supaya menentukan samada
pengajaran semula RPH yang telah ditambahbaik dilaksanakan kepada kelas yang sama atau
tidak. Akhir sekali, dalam konteks lesson study, orang yang lebih mahir atau yang
berpengalaman memaiankan peranan yang sangat penting sebagai pakar rujuk dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Peranan utama mereka adalah untuk memberikan pandangan
dan idea terhadap pengajaran guru dan juga memberi cadangan penambahbaikan untuk
meningkatkan hasil penghasilan rancangan pengajaran harian dan hasil pembelajaran murid.

3.0 PENUTUP

Kesimpulannya, PLC adalah satu pendekatan dalam perlaksanaan PdPc yang unik di
dalam bilik darjah untuk membangunkan dan menambahbaik pengajaran guru-guru di
sekolah. Komitmen guru yang komited dan boleh bekerjasama secara kolaboratif secara
berterusan dalam membuat inkuiri dan kajian tindakan telah memantapkan penghasilan PdPc
yang kreatif dan penyampaian pendidikan yang jelas untuk meningkatkan pencapaian murid-
murid dalam kurikulum.
Rujukan

DuFour, R., Eaker, R., & Many (2006). Learning by doing: A Handbook For Professional
Learning Communities At Work. New York: Teachers College Press.

Hajah Noresah bt. Baharom. (2007). Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Judith Warren Little.(1990). The Persistence of Privacy: Autonomy and Initiative in Teachers’
Professional Relations. Berkeley :University of California.

Little, Judith Warren & McLaughlin, Milbrey (1993). Teachers‟ Work: Individuals, Colleagues,
and Contexts. New York: Teachers College Press.

Rosenholtz, Susan (1989). Teachers‟ workplace: The social organization ofschools. New York:
Longman.