Anda di halaman 1dari 7

i

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA


KRITIKAN JURNAL
TAJUK : THE LEARNING METHOD OF AL-QURAN FOR EARLY
CHILDHOOD

AHMAD SHAFIE BIN MOHAMAD


GP06542
SARJANA PENDIDIKAN ISLAM

GGGC6463
METODOLOGI PENGAJARAN PENDIDIKAN ISLAM
PROF MADYA DR ADERI CHE NOH

FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA
43600 BANGI, SELANGOR DARUL EHSAN

2018
1

KAEDAH PEMBELAJARAN AL-QURAN UNTUK KANAK-KANAK

1.0 PENGENALAN

Jurnal yang bertajuk “Learning Method of Al-Quran For Early ChildHood” adalah ditulis oleh
Zaenal Mutaqien dari Universiti Pendidikan Indonesia. Tujuan jurnal tersebut ditulis adalah
untuk memberi pendedahan mengenai kaedah pembelajaran Al-Quran untuk kanak-kanak dan
karakter pendidikan awal kanak-kanak dalam mempelajari Al-Quran.

Kajian ini berbentuk kualitatif yang melibatkan kajian perpustakaan dengan membuat
penelitian dokumen seperti jurnal dan buku. Melalui cara ini isi keilmuan dapat dihuraikan dan
dirumuskan dengan lengkap. Selain itu dengan kaedah ini, gambaran secara holistik dapat
diperolehi daripada kajian tersebut.

Jika dilihat pada abstrak, penulis cenderung untuk membuat penelitian secara induktif.
Melalui cara ini, penulis akan mengaitkan hal-hal yang umum berkaitan dengan kanak-kanak,
termasuk keupayan kognitif dan tahap umur yang sesuai untuk diimplementasikan kaedah ini. Di
samping itu, beberapa kajian yang dilakukan oleh pakar psikologi juga turut dinyatakan bagi
melihat pada usia manakah kanak-kanak benar-benar bersedia untuk menyerap dan memahami
konten pembelajaran yang akan disampaikan dengan dengan lebih efektif.

2.0 PENILAIAN

Berdasarkan penulisan artikel, penilaian dapat dibuat dalam beberapa perkara seperti berikut :

2.1 Tajuk

Pemilihan tajuk merupakan permulaan awal kepada para pengkaji untuk menjalankan kajian.
Namun begitu, sebelum suatu tajuk dipilih, pengkaji perlu jelas tentang masalah kajian. Hal ini
kerana daripada masalah kajianlah, tajuk kajian akan dibentuk dan dirumuskan dengan berkesan
(Mohd Anuar (2015). Berdasarkan penelitian terhadap jurnal ini, tajuk yang dipilih oleh penulis
jelas dan ringkas. Di samping itu, tajuk yang dipilih serba sedikit memberi gambaran awal
kepada penghuraian yang lebih mendalam.
2

2.2 Abstrak

Berdasarkan artikel ini juga, penulis menyatakan pendahuluan mengenai apa yang ingin
didedahkan dengan jelas dan ringkas. Hal ini kerana, abstrak merupakan ringkasan pendek
daripada sebuah karya ilmiah (Anon (2014). Dengan hanya membaca abstrak, pembaca sudah
boleh memahami apa yang ada dalam sesebuah penulisan (Fuad Mohamed Berawi (2017).
Namun begitu, penulis tidak menyatakan secara jelas latar belakang kajian, metodologi
penyelidikan mahupun pernyataan masalah di dalam abstrak.

Dalam penyelidikan, metodologi merupakan salah satu konsep yang penting dalam
menentukan pencapaian kajian tersebut kerana pengumpulan data-data ini memerlukan kaedah
yang betul, tepat, jitu dan benar. Metodologi merujuk kepada kaedah yang paling sesuai untuk
digunakan bagi menjalankan penyelidikan dan menentukan tatacara yang efektif bagi menjawab
permasalahan kajian. (Ang Kean Hua. (2016).

2.3 Pengenalan

Dari segi pengenalan, penulis lebih cenderung kepada menyatakan kajian ahli psikologi secara
umum mengenai potensi kanak-kanak dalam persediaan mereka untuk menceburi alam
persekolahan. Berdasarkan artikel ini juga, penulis menghuraikan lebih mendalam mengenai
perkembangan kanak-kanak dari segi kognitif mereka. Di samping itu, turut dinyatakan
kecenderungan kanak-kanak pada setiap peringkat umur. Namun begitu, penulis kurang
menekankan bagaimanakah proses yang tepat dalam pembelajaran Al-Quran.

Menurut penulis, kebolehan kanak-kanak untuk menguasai Al-Quran secara asas seperti
sebutan hijaiyah ialah selari dengan teori yang mengatakan bahawa kecerdasan dalam bahasa
atau kecerdasan linguistik adalah di antara kesediaan yang perlu ada pada kanak-kanak.
Tambahan pula, menerusi kaedah yang sesuai dengan kanak-kanak akan memudahkan kanak-
kanak untuk mempelajari sebutan huruf hijaiyah, membaca ayat-ayat pendek dan menghafal,
seterusnya dapat memastikan kanak-kanak dapat membaca Al-Quran dengan baik. Namun
3

begitu, bukan semua kanak-kanak sesuai dengan kaedah begini, termasuk menghafal.
Memandangkan prosesnya yang bergantung kepada guru yang mahir dan metod pembelajaran
serta digabungkan dengan kaedah-kaedah yang baik dan pelaksanaannya yang sistematik. Hal ini
kerana keberkesanan satu-satu kaedah harus diuji terlebih dahulu untuk melihat kesesuaiannya
kepada kanak-kanak. Hal ini penting, jika kanak-kanak telah didedahkan dengan kaedah-kaedah
yang biasanya berkesan kepada kanak-kanak tertentu, tetapi tidak berkesan kepada sebahagian
kanak-kanak yang lain, kesannya menyebabkan akan berlaku pemaksaan dan kekerasan untuk
memastikan kaedah tersebut mesti digunakan walaupun tidak bersesuaian dengan keupayaan
pemikiran kanak-kanak tersebut. Kesannya, akan menyebabkan kanak-kanak tersebut akan
hilang minat dan jemu untuk meneruskan pembelajaran Al-Quran.

2.4 Perbincangan

Di antara perkara yang dibincangkan dalam artikel ini, penulis mengemukakan isu kanak-kanak
yang tidak boleh membaca. Menurut penulis, masalah ini harus diatasi sejak dari kanak-kanak
berada di pra-sekolah lagi. Hal ini kerana, keupayaan membaca merupakan suatu kemahiran
yang amat bernilai dan merupakan proses yang dinamik, iaitu memerlukan komunikasi yang
aktif dan bermakna antara pembaca dengan penulis. Membaca juga dikatakan sebagai keupayaan
seseorang mengecam bentuk visual dan menghubungkan antara bentuk dengan bunyi dan
melalui pengalaman serta berupaya mentafsirkan maksudnya (Abdul Rasit Jamian (2011).
Justeru, keupayaan dan potensi kanak-kanak untuk mahir dalam membaca terutama Al-Quran
dapat diperkembangkan melalui kaedah ansur maju dari satu tahap ke tahap yang lebih tinggi.

Perbahasan mengenai kaedah al-Nahdliyah yang diketengahkan oleh penulis dalam


artikel ini, penulis lebih menumpukan kepada asas pembentukan kaedah ini seperti menyatakan
nama pengasas, pelaksanaan kaedah dan bagaimankah kaedah ini diperluaskan. Di samping itu,
penulis juga turut mengetengahkan konsep pembelajaran dalam kaedah ini. Namun begitu,
penulis hanya menyatakan perihal kaedah secara asas sahaja dan sangat minima. Penerangan
sebegini kurang mengupas tajuk secara mendalam. Hal ini kerana, pada peringkat awal tajuk
adalah bertindak sebagai pemberi gambaran awal mengenai apa yang akan dibincangkan. Oleh
4

itu, perbincangan yang ringkas akan menyebabkan apa yang telah gambarkan oleh tajuk tidak
kesampaian.

Mengenai huraian kaedah Iqro pula, penulis turut menyatakan mengenai latarbelakang
kaedah ini. Selain itu, penulis lebih fokus kepada konsep yang dibawakan oleh kaedah ini.
Penulis menyatakan secara implisit bahawa kaedah Iqro merupakan gabungan kepada
komponen-komponen yang terdapat dalam kaedah lain dan disepadukan dalam kaedah Iqro. Di
samping itu, turut digambarkan asas kaedah Iqro sebagai pendedahan awal mengenai kaedah ini.

3.0 KEKUATAN DAN KEKUATAN ARTIKEL

Di antara kekuatan dan kelemahan yang boleh diteliti daripada artikel ini ialah :

3.1 Kekuatan Artikel

Penulis menyatakan fakta-fakta yang berkaitan dengan perkembangan kanak-kanak. Melalui


perkaitan ini penulis telah mengetengahkan teori-teori berkenaan dengan kemampuan kanak-
kanak mengikut tahap usia sejak daripada lahir dan pertumbuhan tisu-tisu otak kanak-kanak
mengikut tahap usia. Di samping itu, penulis juga turut menyatakan teori Gardner bahawa
melalui proses pembelajaran akan mengubah dan membuktikan kepintaran seseorang.

Hujah yang dibawakan oleh penulis akan mengukuhkan pendirian bahawa kanak-kanak
memiliki kepintaran yang berbeza. Kelebihan dan kekurangan kanak-kanak dapat dinilai dan
akan melalui perubahan jika diisi dan dipupuk melalui proses pembelajaran, terutama dalam
memfokuskan kepada tajuk iaitu, pembelajaran Al-Quran kepada kanak-kanak.

3.2 Kelemahan Artikel

Di antara kelemahan yang ada pada artikel ini ialah, penghuraian yang sangat ringkas mengenai
kaedah-kaedah yang dinyatakan. Penulis amat cenderung kepada menghuraikan perkembangan
kognitif kanak-kanak berbanding huraian yang mendalam terhadap kaedah-kaedah pembelajaran
Al-Quran.
5

4.0 SUMBANGAN KESELURUHAN ARTIKEL

Berdasarkan pendedahan yang ringkas mengenai dua kaedah yang telah dinyatakan oleh penulis
iaitu kaedah al-Nahdliyah dan kaedah Iqro, sekurang-kurangnya dapat memberi manfaat kepada
individu-individu yang baru meneroka dan tercari-cari kaedah yang baik dalam pembelajaran Al-
Quran khasnya kepada kanak-kanak.

Selain itu, dengan memanfaatkan kaedah-kaedah yang telah sedia ada dan telah diuji
keberkesanannya akan menghindarkan sikap cuba dan jaya yang mungkin akan melambatkan
proses pembelajaran Al-Quran. Walaubagaimanapun, kaedah seperti al-Nahdliyah dan Iqro
mestilah berpandukan teknik yang betul agar pembelajaran Al-Quran terhadap kanak-kanak
menepati kehendak kaedah seperti mana yang telah digariskan.

5.0 KESIMPULAN

Secara keseluruhannya, artikel ini memberikan gambaran terhadap perkembangan kognitif


kanak-kanak dan hubungkaitnya dengan persedian kanak-kanak menyerap ilmu dan maklumat.
Di samping itu, faktor luaran juga memberikan kesan kepada perkembangan sosial, emosi,
kognitif dan rohani kepada kanak-kanak. Hal ini kerana, di antara faktor-faktor perubahan kanak-
kanak ialah pengaruh persekitaran. Oleh itu, di saat kanak-kanak sudah mencapai tahap umur
yang sesuai untuk menyerap maklumat yang sepatutnya, minda kanak-kanak khasnya yang
beragama Islam harus didedahkan dengan pembelajaran Al-Quran. Oleh itu pengisian kanak-
kanak terhadap pembelajaran Al-Quran dengan kaedah yang baik seperti kaedah al-Nahdliyah
dan kaedah Iqro akan memudahkan proses pembelajaran Al-Quran.

Artikel ini juga turut menghuraikan secara ringkas mengenai kaedah-kaedah tersebut.
Tujuannya adalah untuk memberi pendedahan secara asas mengenai kaedah-kaedah tersebut.
Namun begitu, untuk mendapatkan maklumat terperinci mengenai kaedah-kaedah ini, bahan
ilmiah yang lain diperlukan untuk menghuraikan lebih mendalam kaedah pelaksanaan, tempoh
dan sebarang elemen yang berkaitan dengan kaedah tersebut.
6

6. RUJUKAN

Abdul Rasit Jamian. 2011. Permasalahan Kemahiran Membaca Dan Menulis Bahasa Melayu
Murid-Murid Sekolah Rendah Di Luar Bandar. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu. ISSN:
2180-4842, Vol. 1, Bil. 1 (Mei 2011): 1-12.
Anon. 2014. Panduan Penulisan Skripsi.Fakultas Pertanian. Fakultas Pertanian Universitas
Hasanuddin. Universitas Hasanuddin, hlm 13.
Ang Kean Hua. 2016. Pengenalan Rangkakerja Metodologi dalam Kajian Penyelidikan: Satu
Kajian Literatur. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJ - SSH) Volume
1, Issue 2, April 2016 e-ISSN : 2504-8562.
https://figshare.com/articles/Pengenalan_Rangkakerja_Metodologi_dalam_Kajian_Penyeli
dikan_Satu_Kajian_Literatur/3362656/files/5202325.pdf.
Fuad Mohamed Berawi. 2017. Metodologi Penyelidikan : Panduan Menulis Tesis. UUM Press.
ISBN 978-967-2064-33-6, hlm 283.
Mohd Anuar Ramli . 2015. Pemilihan dan Pembentukan Tajuk Kajian.
https://www.academia.edu/16926483/Panduan_Pemilihan_dan_Pembentukan_Tajuk_Kajia
n.

Anda mungkin juga menyukai