Anda di halaman 1dari 5

Kebangkitan Islam

Isu Agama

Penyebaran agama Islam di Filipina

Penganut agama Islam mempunyai bilangan yang sedikit di Selatan Fillipina. Dalam
Jurnal ini memperjelaskan bilangan yang sedikit ini telah menjadikan minoriti bilangan
yang menganut agama Islam. Oleh itu, berlaku penindasan dan juga mereka harus
menentukan nasib mereka. Masyarakat minoriti ini perlu membuat komuniti mereka
sendiri untuk melangsungkan kehidupan.

Masalah berlaku apabila kemasukan Kolonial Spanyol dari Eropah, peralihan kuasa dan
pasca kemerdekaan telah menjadikan pemberontoakan kelompok Abu Sayyaf.
Kolonial menindas dan ingin menghapuskan pengaruh Islam di Filipina. Pelbagai cara
untuk dilaksanakan agar dapat menghapus pergerakan Islam di Filipina. Akibat
daripada itu, komuniti muslim menjadi terdesak, miskin, penuh diskriminasi dan tidak
diperhatikan oleh pemerintahan Filipina.1

Negara Amerika mulai mengambil alih akan pentadbiran di Wilayah Filipina. Amerika
tidak mendesak akan soal agama. Amerika kurang berminat dengan urusan agama
kerana lebih bercirikan ekonomi. Untuk mendapatkan perhatian Mindanao dan Sulu,
Amerika telah dijadikan satu wilayah dan digelar sebagai Wilayah Propinsi
MOROLAND.

Pada tahun 1950 -1060, masyarakat muslim MORO merasakan satu penindasan
secara halus’ berlaku kerana masyarakat non-muslim bergerak berramai -ramai ke
arah Utara dan mendapat hak milik tanah. Ssekali lagi hak MORO tertindas dan
merasakan komuniti mereka semakin mengecil.

1 https://www.scribd.com/document/256242736/Konflik-Selatan-Filipina
Gerakan MNLF di kenali sebagai :

Pergerakan orgnaisasi ini lebih mencerminkan akan peradaban kristian dan berlaku
kejadian yang mengarah kepada pembentukan Moro National Liberation Front ( MNLF)
antara tujuannya ialah:

1) Mengembalikan rasa percaya diri kaum muslimin.

2) Menyatukan kaum Muslimin berdasarkan pemahaman yang jelas terhadap islam

3) Membebaskan negeri-negeri Islam dari semua kekuasaan asing.

Nur Misuari merupakan militer ketenteraan gelombang pertama dalam penentangan


ini. Nur Misuari membangkitkan Bangsamoro dengan beridentitikan agresif dengan
bergerak secara berpasukan dan bersenjata. Simbol MNLF mewakili keharmonian
bangsamoro iaitu hati, pikiran dan tubuh.

Kebangkitan agama Islam Rohinya

Sebagai sistem kepercayaan, agama hanya mempunyai dua corak. Ada dua pilihan
ketika seseorang diajak oleh agama “mempercayai” atau “mengingkari”. Secara
logiknya memang tidak logik untuk mengingkari akan ajaran agama. Agama harus di
tuntut. Agama bukanlah atas dasar paksaan malah untuk membentuk nilai norma,
peraturan, kesucian beragama, nilai keterbatasan dalam beragama dan banyak lagi
konsepi agama yang harus didokong untuk menegakkan keadilan beragama.

Kebelakangan ini, kebangkitan Islam menjadi satu isu yang tidak kurang pentingnya.
Yakni menjadi tekanan kepada penganut agama. Agama sudah mulai diketepikan oleh
setengah golongan seperti yang kita lihat suku bangsa Rohinya yang tertindas akibat
daripada tekanan masalah suku kaum. Malah agama tidak dihormati di letak pada nilai
yang rendah. Hari ini, kita lihat akan kesusahan dan menderitanya masalah kaum
Rohinya yang tertindas. Sejurus dengan itu, bangsa tertindas, agama turut tertindas.
Mereka seolah -olah tidak mendapat hak dalam kehidupan mereka. Malah tiada
tempat mengadu.

Agama dalam catatan Karen Armstrong, “akhir abad ke-20, agama akan menjadi
kekuatan yang harus dipertimbangkan. Dewasa ini, kita tengah dipertontonkan
kebangkitan agama yang menyebar luas, padahal sebelumnya kisaran tahun 1950 dan
60-an oleh banyak orang, khususnya kaum sekuler cenderung menganggap agama
sebagai takhayul primitif yang -kembangkan oleh manusia rasional dan beradab.2

Munculnya penganut pahaman radikal atau biasa dikenal juga dengan


fundamentalisme merupakan salah satu penyebab konflik tersebut. Menurut Karen
Amstrong berpendapat fundamentalisme adalah suatu bentuk ‘Iman’ yang bersifat
politik, dan sebilangan masyarakat melihat bahaya yang bakal mengancam dunia.
Justru itu berlaku penindasan terhadap Rohinya dan tragedi kemanusiaan yang
“parah”. Namun, situasi yang terjadi sekarang di Myanmar kalau kita kaji secara
mendalam, seperti yang di tuliskan dalam pernyataan GP Ansor di NU Online (Nasib
Rohingya, Arakan, Rakhine, Myanmar)Pada tahun 2017berlaku peristiwa kemanusiaan
keji di Myanmar semenjak tahun 2013, 20163

Rohingya sudah menjadi sasaran khusus (covered operation) secara kekerasan


dan terancang oleh pihak pemerintahan untuk mengelakkan penyebaran berleluasan
agama Islam berlaku . Pelbagai cara termasuk membakar al-Qur’anmerosakkan
Masjid, mengancam dan mencedarakan bangsa Rohinya untuk penindasan bangsa ini.
Yang turut tertindas ialah Agama Islam itu sendiri. Jika dilihat dari analisis panjang
tersebut, tindakan keji di Rohingya memang patut mendapat kutukan oleh Dunia
sebagai unsur keganasan sejarah manusia. Sikap Suu Kyi yang terkesan
mendiamkan kekerasan militer terhadap orang Rohingya juga mengundang
kekecewaan. Yusril mengatakan Suu Kyi mestinya malu dengan nobel perdamaian

2 http://www.nu.or.id/post/read/81000/agama-rohingya-dan-masa-depan-kemanusiaan
3
Office of the High Commissioner for Human Rights(OHCHR) –
yang pernah ia terima. “Sebagai pemegang Hadiah Nobel Perdamaian, sikap Suu Kiyi
yang membiarkan kekejaman di Myanmar adalah sikap yang memalukan,”4

Bagaimana kebangikitan Islam dalam hal ini? Bantuan dan tuntutan kembangkitan
Islam sukar dilaksanakan kerana bangsa Rohinya ini tidak mempunyai kerajaan yang
boleh dituntut akan hak mereka. Maka dengan itu, hanya simpati daripada komuniti
Islam seluruh dunia. Bantuan dihulur untuk membantu bangsa ini. Banyak negara
terlibat dalam bantuan ini

Kebangkitan Islam di Thailand

Tak Bai ialah satu tempat antara Pattani dengan Narathiwat di Selatan Thailand, Tak
Bai terletak di pinggir Pantai yang Indah. Kejadian sembilan tahun yang lalu 25
Oktober 2004 puluhan mayat bergelimpangan di pantai itu, penganut agama Islam
yang sedang berpuasa ditembaki, diseret dan ditumpuk di dalam truk. Kejadian ini
amat menyedihkan. Peristiwa ini bermula di desa kecil (Tak Bai) ketika 6 anggota
Pertahanan Sipil diantaranya termasuk empat orang ustadz ditangkap dengan
tuduhan menyerahkan senjata kepada kelompok pejuang Patani. Masyarakat
menuntut pembebasan keenam warga itu. Mereka mengatakan senjata anggota
pertahanan sipil itu memang benar-benar hilang dicuri orang. Namun aparat
keamanan Thailand membantah tuntutan masyarakat tersebut.5

Kebangkitan Islam di Thailand menuntut akan hak mereka. Menurut Haji Sulong bin
Abdul Kadir Pengerusi Majlis agama Islam di pattani mengemukakan tuntutan kepada
kerajaan Thailand untuk mendapatkan hak beragama setelah berbincang dengan
ahli agama dan orang -orang kenamaan pada 1 April 1947.

Terdapat lapan tuntutan yang dilakukan :

4 https://tirto.id/suara-indonesia-untuk-rohingya-cvLs
5 Choirul Fuad Yusuf,Dinamika Islam Filipina, Burma, dan Thailand,2013.Universiti California
I) Hendaklah melantik penguasa Siam yang berkuasa penuh yang mempunyai hak
dalam melantik, memecat, menggantung atau menggantikan pegawai terlibat jika
melakukan tugas bercangah dari hak tugas sepatutnya.

II) 80 Peratus pegawai mestilah beragama Islam

III) Bahasa Melayu dan bahasa Siam menjadi bahasa urusan rasmi dan membenarkan
pegawai memakai pakaian tradisi melayu

IV) Bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar di sekolah -sekolah

V) Undang -undang Islam menjadi sandaran dalam urusan rasmi di mahkamah


Agama Islam

VI) Hasil pendapatan akan digunakan di kesemua wilayah tersebut

VII) Urusan mengenai Agama Islam diurus di dalam kerajaaan Negeri.

VIII) Tuntutan hari Jumaat merupakan hari cuti, bukan hari berkerja dan menuntut
agar menubuhkan kolej Islam di Bangkok6

6 Mohd Roslan Mohd Nor ,et al. Konflik Selatan Thailand Peranan Malaysia Sebagai Negara Jiran, Penerbitan UKM
press,Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai