Anda di halaman 1dari 1

KAEDAH MENYEDIAKAN LARUTAN BAJA FERTIGASI AB

Baja AB yang dibekalkan adalah di dalam bentuk serbuk dan diasingkan di dalam dua bungkusan plastik
yang berlainan. Oleh itu, sekiranya tiada alat penyukat EC Meter, maka bancuhan secara manual boleh
dilakukan seperti berikut :-

A B

Penyediaan Pati Baja AB :-


1. Sediakan 2 bekas yang berasingan.
2. Isikan 10 liter air ke dalam kedua-dua bekas tersebut.
3. Bekas A : Masukkan serbuk A dan kacau sehingga
sebati. Kemudian masukkan pula bungkusan kecil yang
berwarna kuning dan kacau sehingga sebati.
4. Bekas B : Masukkan serbuk B dan kacau sehingga
sebati. Kemudian masukkan pula bungkusan kecil yang
berwarna kebiruan dan kacau sehingga sebati.

10L 10L

Penyediaan Baja AB untuk siraman :-


1. Sediakan bekas tangki simpanan air baja ketiga iaitu
bekas C (poly-tank).
2. Isikan 10 liter air ke dalam bekas C.
3. Masukkan 100ml Pati Baja dari bekas A dan 100ml Pati
Baja dari bekas B ke dalam bekas C yang berisi 10 liter
air. (Nisbah = 1/100)
4. Kacau sehingga sebati.
5. Selesai dan sedia untuk digunakan sebagai siraman
kepada tanaman. (Bacaan = 1.5EC)

NOTA :-
1. Sekiranya muatan poly-tank adalah 80 gelen air (300 liter),
maka anda perlu campurkan sebanyak 3 liter Pati Baja A
dan 3 liter Pati Baja B ke dalam Bekas C.
2. Sukatan ini adalah sesuai untuk anak pokok yang berusia
1 hari~3 minggu (di dalam polibag).

PATI AB AIR BACAAN EC


1 400 0.5
1 200 1.0
1 100 1.5
Nisbah Bancuhan
1 80 1.8

10L
Pati AB dan Air
1 70 2.0
1 60 2.5
1 50 2.8

Romatech Agro (Tel : 019-226 2125)


http://romatechagro.blogspot.com

Anda mungkin juga menyukai