Anda di halaman 1dari 1

Nazeri Bin Abdul Hadi,

No. 165, Persisiran Kota 5/5,


Kota Baling Jaya, 09100, Baling,
Kedah Darul Aman.

Pengetua,
Sekolah Menengah Kebangsaan Baling,
Jalan Kulim Baling, 09100, Baling,
Kedah Darul Aman. 02 Januari 2019

Puan,

PERMOHONAN PERTUKARAN KELAS / ALIRAN

Dengan segala hormatnya merujuk kepada perkara di atas,

2. Saya Nazeri Bin Abdul Hadi (No. KP: 640803025785) adalah bapa kepada Umi Raiydah Binti
Nazeri (No. KP: 030612021038) merupakan pelajar Tingkatan 4 Sains Tulen ingin memohon
pertukaran aliran bagi pihak anak saya iaitu daripada aliran Sains Tulen kepada aliran Lukisan
Kejuruteraan.

3. Permohonan ini diajukan atas beberapa sebab seperti berikut:

a) Kecenderungan dan minat anak saya terhadap subjek Lukisan Kejuruteraan dan Pendidikan Seni.
b) Kesungguhan anak saya untuk mendalami ilmu kejuruteraan dan teknik lukisan kejuruteraan.
c) Mengelakkan daripada sebarang sekatan terhadap anak saya untuk memilih haluan yang diminati.
d) Bakat anak saya akan lebih terserlah sekiranya dia memilih haluan yang dikehendakinya.
e) Memberi peluang kepada anak saya untuk menceburi bidang teknikal kelak.

4. Saya berharap agar permohonan saya ini dapat dipertimbangkan oleh pihak Puan. Segala kerjasama
dan sokongan pihak Puan akan dapat membantu kami sekeluarga meningkatkan motivasi anak saya untuk
terus memberikan yang terbaik.

Sekian, terima kasih

Yang benar,

…………………………
(Nazeri Bin Abdul Hadi)