Anda di halaman 1dari 2

JURNAL MINGGUAN

Minggu ke : ( 1 )

Tarikh : 10 Feb hingga 14 Feb 2019

Tajuk : SUKAR MEMAHAMI ARAHAN GURU

1. Masalah :

Saya telah ditugaskan untuk mengajar di Sekolah Menengah Ugama (Arab) Al-Falah,
Kampung Siram, 17000 Pasir Mas. Alhamdulillah, saya telah mula menyesuaikan diri
dengan budaya di sekolah ini. Pada minggu ini, masalah yang saya hadapi adalah
kesukaran murid menerima arahan guru. Minggu pertama saya di sekolah ini lebih
mencakupi ruang lingkup penyesuaian diri dengan suasana praktikum di sekolah. Ini
termasuklah, pencarian maklumat berkaitan sekolah secara terperinci, perbincangan dengan
guru pembimbing, menjalankan pemerhatian berkaitan kaedah pengajaran guru di dalam
bilik darjah. Namun begitu, saya sempat mengesan masalah dalam kalangan murid iaitu
masalah dalam menerima arahan guru.

2. Perkembangan isu yang difokuskan :

Setelah beberapa pemerhatian dibuat sama ada di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik
darjah, saya membuat andaian bahawa murid akan berasa teruja dengan aktiviti
pembelajaran yang saya sediakan. Namun, sangkaan saya sebaliknya. Murid agak lama
mendiamkan diri dan saling melihat antara satu sama lain.

3. Analisis Masalah:

Masalah ini mungkin berpunca daripada perbezaan tahap penerimaan murid terhadapaP
arahan guru. Terdapat dua ketegori kelas tingkatan empat yang mana tahap penerimaan
mereka adalah berbeza. Bila mana saya melakukan aktiviti yang sama pada kelas yang
berbeza, aktiviti saya agak tergendala pada kelas kedua. Saya perlu perjelaskan dan ulang
arahan beberapa kali untuk memastikan murid dapat melaksanakan aktiviti seperti yang
dirancang. Selain itu, ada juga beberapa aktiviti yang perlu diulang kembali disebabkan
tersilap memahami arahan.

4. Cadangan untuk memperbaiki:


a) Merangka aktiviti yang sesuai mengikut tahap kemampuan murid.
b) Saya akan menggunakan arahan dengan bahasa yang paling mudah difahami
c) Mengingatkan murid agar bersedia menerima arahan sebelum aktiviti dilaksanakan.

5. Tempoh masa:

1 minggu

6. Penilaian kejayaan:

Saya akan meminta pandangan dari pensyarah pembimbing untuk memberi penilaian dan
komen tentang tahap penilaian kejayaan saya agar saya akan dapat memperbaiki segala
kelemahan dari semasa ke semasa.

7. Tindakan susulan:

Pada waktu pengajaran akan datang saya akan memastikan murid-murid dapat memahami
dan mengikuti arahan saya dengan cepat semasa pembelajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) di kelas.Saya juga akan menggunakan pendekatan yang berbeza-beza bersesuaian
dengan tahap murid pada hari-hari berikutnya.

Disediakan oleh : Disahkan oleh :

_________________ _________________
Mohd Fathi Auni BinTarmizi Ustaz YM Raja Abdullah Bin Raja Ismail
Guru Pelatih DINI

Tandatangan Guru Pembimbing :

_________________
Suria Binti Ismail

Anda mungkin juga menyukai