Anda di halaman 1dari 1

FORMAT ANALISIS JURNAL

Langkah pertama ialah membaca dan memahami penulisan tersebut. Soalan-soalan berikut harus
ditanya: Apakah idea pusat, atau idea utama, atau tesis (central idea or thesis) penulisan itu?
Apakah yang cuba digarap oleh penulis. Apakah isu-isu pentingnya. Adakah ia menggunakan
sesuatu teori atau falsafah tertentu? Apakah kupasannya jelas dan menarik? Adakah ia mudah
difahami? Adakah wujud kesebatian dalam penulisannya – dari awal hingga akhir? Adakah
penulisan itu menolong anda memahami isu yang diperkatakan?

1.0 Maklumat Artikel: (Menurut Gaya UKM)

Seyed Mohd Sajjadi. (2004). A comparative study of the principles of moral education: Islamic
points of views vs post-modernism. Journal of Muslim Education Quarterly, 21(1&2): 18-30

Cuthbert, P. F. (2005). The student learning process: Learning styles or learning approaches.
Teaching in Higher Education, 10(2): 235-249

2.0 Ringkasan Artikel


Pengenalan secara ringkas, laporkan sinopsis artikel (sekadar membolehkan orang lain ketahui
kandungan artikel)

3.0 Penilaian
 Tonjolkan beberapa isu/isi yang penting dan menarik dalam penulisan itu dan berilah
ulasan bagi setiap isu/isi yang dikemukakan (dikaitkan antara teori, pendapat dan amalan).
 Penjelasan hujah penulis artikel sebelum anda mengkritik dan menilai.
 Menyokong kritikan anda dengan bukti daripada teks atau daripada tulisan-tulisan yang
lain yang berkaitan

4.0 Kekuatan dan kelemahan artikel


Nyatakan kekuatan dan kelemahan artikel yang dibaca

5.0 Sumbangan keseluruhan artikel


Contoh dari sudut pembangunan ilmu, teori, metodologi atau praktikal

6.0 Penutup :
Apakah penilaian keseluruhan anda terhadap artikel tersebut?

RUJUKAN
(jika anda mengambil rujukan lain dalam mengemukakan ulasan di bahagian 3.0 Penilaian)

* Tugasan Analisis Jurnal – tidak melebihi 6 muka surat termasuk rujukan

Anda mungkin juga menyukai