Anda di halaman 1dari 6

Muka depan

Bil Isi kandungan Halaman

1. Penghargaan

2. Alat berfikir

3. Pengenalan

4. Implikasi pengaplikasian alat berfikir

5. Penutup

6. Lampiran

7. Rujukan
Penghargaan

Bersyukur ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnia-Nya,saya dapat menyelesaikan tugasan ini
dengan jayanya. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua pihak yang telah membantu saya
melaksanakan tugas ini.

Jutaan terima kasih juga ditujukan buat Encik Ahmad bin Omar selaku pensyarah subjek Kemahiran
Belajar ini di atas bimbingan serta tunjuk ajar yang telah diberikan. Saya juga ingin menyampaikan
ucapan terima kasih buat ibu bapa yang telah memberikan dorongan dan juga kepada semua rakan
di atas bantuan yang diberikan sepanjang menyelesaikan tugasan ini.

Saya juga ingin memohon maaf sekiranya terdapat kekurangan atau kesilapan yang terdapat dalam
tugasan saya.
Pengenalan

Peta minda ialah satu rajah yang mempunyai tajuk atau tema di bahagian tengahnya serta terdapat
beberapa garisan yang dikembangkan di sekelilingnya untuk memberi gambaran tentang isi – isi
penting yang diperoleh daripada satu topik yang mempunyai huraian yang padat. Peta minda
merupakan medium berfikir yang sangat sesuai digunakan untuk membuat nota bagi sesuatu topik
dalam setiap mata pelajaran berdasarkan prinsip penggunaaannya. Peta minda turut bertujuan
untuk membolehkan pelajar mencatat nota , mengingat dengan mudah di samping menggabungkan
serta menyeimbangkan penggunaan otak kiri dan kanan ketika kita belajar.

Peta minda boleh diaplikasikan kepada pelbagai penggunaan seperti pendidikan , perniagaan ,
merumuskan serta menjelaskan pemikiran secara umum. Sebagai contoh , seseorang itu dapat
memberikan fokus ketika sesi kulliah sambil mencatat isi dan kata kunci dengan menggunakan peta
minda. Selain itu peta minda digunakan sebagai satu teknik menguatkan memori dan turut bertindak
sebagai satu medium untuk mengeluarkan idea yang kompleks .

Peta minda adalah satu teknik membina rajah yang berpengaruh besar untuk membekalkan kunci
universal ke atas potensi pemikiran seseorang. Ia berupaya untuk mengumpul kepelbagaian
kemahiran berkaitan dengan penggunaan salah satu bahagian otak iaitu korteks yang melibatkan
perkataan , imej , nombor , logik , muzik serta kepekaan ke atas ruang dengan berkesan.

Anda mungkin juga menyukai