Anda di halaman 1dari 14

Isi Kandungan Mukasurat

1. Pendahuluan dan Pengertian 2

2. Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid 3

3. Kepentingan dan Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajiwd 5

4. Biodata Tokoh Ilmyu Tajwid, Kejayaan dan Sokongan 7

5. Program Peningkatan Pencapaian Murid dalam Ilmu Tajiwd 10

6. Masalah dan Cara Mengatasinya 12

7. Kesimpulan 13

8. Rujukan 14

1
1. Pendahuluan dan Pengertian

Al-Quran merupakan satu kitab yang mengandungi firman-firman Allah s.w.t yang membawa
mesej ketuhanan, hukum atau undang-undang dan juga pencerahan kepada umat manusia bagi
meyakinkan kejahilan manusia itu bahawa al-Quran merupakan dari Allah s.w.t, Sang Pencipta
dan bukanlah himpunan kata-kata manusia seperti buku-buku syair dan kisah cerita.

Dari segi bahasa, kalimah al-tajwid merupakan masadar atau kata terbitan bagi kalimah jawwada
yang memberi makna mencantikkan dan mengelokkan. Asal bagi kalimah ini adalah ‫ جود‬iaitu
lawan kepada hodoh dan buruk.

Definisi tajwid dari sudut istilah pula adalah memberikan huruf haknya daripada sifat-sifatnya
yang sedia ada(lazim) dan sifat-sifatnya yang mendatang dan huruf-huruf ini dilafazkan secara
sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau.

Manakala daripada segi Istilah,tajwid sepertimana yang di fahami daripada al-Muqaddimah al-
Jazariah merujuk kepada amalan pembacaan yang menunaikan hak-hak huruf daripada sifat-
sifatnya yang sedia ada (lazim)dan sifat-sifatnya yang mendatang (aridah),dan huruf-huruf ini
dilafazkan secara sempurna tanpa berlebih-lebihan dan melampau-lampau.

Al-Mirsofi menjelaskan dalam kitabnya bahawa hak huruf adalah sifat-sifat yang lazim seperti al-
jahr, as-Syiddah, al-qalalah, al-isti‟la; dan al-itbaq dan mustahak huruf pula adalah sifat-sifat yang
mendatang hanya dalam keadaan tertentu seperti al-tarqiq, al-tafhim, al-izhar, al-idgham, al-iqlab
dan sebagainya.

2
2. Hukum Mempelajari Ilmu Tajwid

Hukum mempelajari ilmu tajwid adalah fardhu kifayah, akan tetapi membaca al-Quran dengan
tajwid adalah fardhu Ain. Bahkan, ulama menjelaskan bahawa membaca al-Quran tanpa tajwid
yang betul adalah berdosa.(Murtada Zabidi, 2007)

Para ulama mengkategorikan hukum mempelajari ilmu tajwid kepada dua;

i. Mempelajari secara teori

Hukum mempelajari hukum hakam dan kaedah-kaedah ilmu tajwid secara teori dan memahaminya
hukum-hakam tersebut adalah fardhu kifayah.

ii. Mempelajari ilmu tajwid melalui secara amali

Adapun beramal dengan hukum tajwid dalam membaca al-Quran hukumnya adalah fardhu Ain ke
atas semua pembaca al-Quran samada lelaki atau perempuan dengan kadar kemampuannya,
pengetahuan dan keupayaan pembaca.

Kesimpulannya, setelah mengetahu semua dali-dalil yang menunjukkan kewajiban membaca al-
Quran dengan tajwid yang betul sebagaimana ia diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w, dapat
disimpulkan bahawa membaca al-Quran dengan tajwid yang betul adlah fardhu ain bagi setiap
umat Islam samada lelaki atau perempuan yang mukallaf. Justeru, hukum mempelajari ilmu tajwid
pada asalnya adalah fardhu kifayah telah menjadi wajib dengan tuntutan tersebut.

Terdapat banyak dalil daripada al-Quran dan Sunnah serta ijma Ulama mengenai hukum membaca
al-Quran secara bertajwid. Di antara dalil-dalil tersebut yang menunjukkan kewajiban membaca
al-Quran dengan bertajwid adalah;

i. Dalil daripada al-Quran

‫أ َ ۡو ِز ۡد َعلَ ۡي ِه َو َر ِت ِل ۡٱلقُ ۡر َءانَ ت َ ۡر ِت ا‬


٤ ‫يًل‬
Bermaksud, “dan bacalah olehmu(Muhammad) Quran itu secara tartil”. – Surah Muzammil,
ayat 4

Pendalian di dalam ayat tersebut merujuk kepada kalimah warattil yang membaca makna suruhan
di dalam ayat ini, di mana ia menunjukkan kewajiban dan tiada nas yang memalingkan perintah

3
wajib tersebut kepada hukum sunat. Maka sabitlah membaca al-Quran dengan tajwid itu
hukumnya adalah wajib.

Imam Tabari menjelaskan di dalam tafsirnya berkaitan dengan kalimah ini, dengan menngatakan
bahawa ayat tersebut bermaksud menjelaskan bacaan al-Quran dalam menyebut huruf-hurufnya.

Menuruf al-Dani, suruhan Allah s.w.t tidak hanya datang secara kata kerja suruhan bahkan
dikuatkan lagi dengan kata terbitan sebagai mengagungkan bacaan al-Quran secara bertajwid dan
menggalakkan manusia mendapatkan pahala dengan membacanya.

ii. Dalil daripada Sunnah

Terdapat banyak hadith yang menyatakan wajib membaca al-Quran secara bertajwid. Di antaranya
adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tabarani di dalam al-Mu‟jam al-Kabir. Iaitu di mana Ibny
Mas‟ud r.a menegur seorang lelaki yang diajar olehnya membaca al-Quran. Lelaki tersebut
membaca lafaz ‘lilfuqara’ pada ayat 60, surah al-Taubah tanpa mad. Maka Ibnu Mas‟ud menegur
lelaki tersebut dengan berkata, „bukan begini Rasulullah s.a.w mengajarkannya kepadaku‟. Maka
lelaki tersebut berkata, „jika begitu, bagaimanakah cara bacaan wahai Abu Abd al-Rahman‟. Maka
Ibnu Mas‟ud membaca ayat tersebut tadi dengan meletakkan mad pada bacaanya.

iii. Dalil daripada Ijma

Adapun dalil ijma, ianya telah disepakati oleh ummat di zaman turunnya al-Quran sehinggalah
zaman ini dengan cara wajib membaca al-Quran dengan tajwid. Terpelihara dari sebarang
kesilapan, bebas daripada sebarang tambahan dan pengurangan dan meraikan apa yang
sepatutnyadi dalam bacaan al-Quran dengan hukum tajwid di dalamnya sehingga tiada khilaf di
kalangan orang Islam mengenainya.

3. Kepentingan dan Kelebihan Mempelajari Ilmu Tajiwd


4
Ilmu tajwid bukanlah ilmu penambah terhadap mempelajari dan mengimani al-Quran, tetapi ia
adalah satu ilmu yang menjadi pelengkap kepada mempelajari al-Quran. Oleh itu, terdapat banyak
kepentingan dan kelebihan di dalam mempelajari ilmu tajwid. Antara kepentingan mempelajari
ilmu tajwid;

3.1.Memelihara daripada Kesalahan

Al-Quran adalah kitab yang suci, oleh itu membacanya mestilah mengikuti hukum-hukum yang
tertentu. Dengan mempelajari ilmu tajwid, seseorang itu boleh menjauhi dari kesilapan di dalam
membaca al-Quran yang nyata boleh merosakkan bacaan al-Quran tersebut. Bahkan firman Allah
s.w.t di dalam surah Muzammil, ayat 4 menegaskan bahawa mestilah membaca al-Quran dengan
bacaan yang betul dan bukannya sesuka hati.

3.2.Menyebut Huruf dengan Tepat Mengikut Sifat dan Makhraj

Pada asasnya, makhraj huruf dikategorikan kepada dua jenis iaitu muhaqqaq dan muqaddar.
Kedua-dua jenis ini merujuk kepada tempat keluar suara sama ada ia dikenal pasti tempat
keluarnya ataupun sebaliknya.

Makhraj Muhaqqaq atau boleh dikenali sebagai “huruf konsonan” ialah makhraj yang dapat
dikenal pasti tempat keluarnya seperti suara huruf yang keluar daripada lidah (al-lisan), dua bibir
(al-shafatan) dan tekak (al-halq). Muqaddar atau boleh dikenali sebagai “huruf vokal” ialah
makhraj yang tidak dapat ditentukan dengan tepat tempat keluarnya. Makhraj yang tergolong
dalam makhraj muqaddar ialah rongga mulut (al-jawf) dan pangkal hidung (al-khaisyum).

Pada masa yang sama, terdapat beberapa kelebihan dari mempelajari ilmu tajiwd, iaitu;

3.3.Kedudukan Mulia

Orang yang mampu membaca al-Quran dengan tajwid yang betul akan mendapat rahmat dan diberi
kedudukan yang mulia di sisi agama. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;

‫الماهر في القرآن مع السفرة الكرام البررة والذي يقرأ القرآن ويتتعتع فيه وهو عليه شاق له أجره مرتين‬

Bermaksud, “Orang yang mahir membaca al-Quran, dia akan bersama dengan malaikat safarah
yang menghitung amalan kebaikan lagi yg berbuat kebajikan. Manakala sesiapa yg membaca al-
Quran dalam keadaan tergagap-gagap dan sukar, maka dia akan memperolehi dua ganjaran”.

5
3.4.Kebaikan di Dunia dan Akhirat

Sesungguhnya setiap amalan manusia akan dihisab, tidak kira perbuatan itu tidak diperintah atau
dilarang oleh Allah s.w.t. apatah lagi aktiviti membaca al-Quran semestinya akan mendapat rahmat
dan kebaikan di dunia dan di akhirat, sebagaimana firman Allah s.w.t di dalam surah al-Fatir, ayat
29-30;

‫ب ٱّللِ َوأَقَا ُمواْ ٱلصلَ َٰوة َ َوأَنفَقُواْ ِمما َرزَ ۡق َٰنَ ُه ۡم ِس ّٗرا َو َع ًَل ِن َي ّٗة َي ۡر ُجونَ ِت َٰ َج َر ّٗة‬ َ َ ‫ِإن ٱلذِينَ يَ ۡتلُونَ ِك َٰت‬
٣٠ ‫ور‬ ٞ ‫ش ُك‬َ ‫ور‬ ٞ ُ‫ض ِل ِهۦ ِإنهۥُ َغف‬ ۡ َ‫ور ُه ۡم َو َي ِزيدَ ُهم ِمن ف‬ َ ‫ ِليُ َوفِ َي ُه ۡم أ ُ ُج‬٢٩ ‫ور‬ َ ُ‫لن تَب‬
Bermaksud, “Sesungguhnya orang-orang yang selalu membaca Kitab Allah dan mendirikan solat
dan menafkahkan sebahagian dari rezeki yang kami anugerahkan kepada mereka dengan diam-
diam dan terang-terangan, mereka itu mengharapkan perniagaan yang tidak akan merugi. Agar
Allah menyempurnakan kepada mereka pahala mereka dan menambah kepada mereka dari
karunia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Mensyukuri”

4. Biodata Tokoh Ilmyu Tajwid, Kejayaan dan Sokongan

4.1.Syeikh Abdullah Al-sanquri

6
Nama lengkap Syeikh Abdullah Senggora adalah Abdullah bin Muhammad Qasim dan lebih
dikenali sebagai Syeikh Abdullah bin Muhammad Qasim al-Fiqhi al-Sanquri (1850an-1930)3.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ulama Melayu yang bertanggungjawab dalam
mengembangkan syiar Islam di Nusantara. Beliau juga lebih dikenali panggilan Tok Senggora. Al-
Sanquri adalah nisbah kepada tempat kelahiran beliau iaitu Senggora.

Di kalangan ulama-ulama tersebut dan para ulama selainnya, Tok Senggora juga merupakan di
antara tokoh yang tidak terlepas dalam menghasilkan karya bermutu. Secara khususnya karya
beliau dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu karya asli dan karya celupan (bukan asli). Antara
karya asli beliau yang paling masyhur adalah Mawrid al-Zam’an fi ma Yata‘llaq bi Tajwid al-
Qur’an atau lebih dikenali dengan panggilan “Mawrid al-Zam‘an” yang merupakan sebuah
karangan khusus membicarakan berkaitan ilmu tajwid. Karya tersebut menjadi karya tunggal yang
asli hasil penulisan beliau sendiri. Bahkan, disebut bahawa karya atau kitab ini sebagai kitab Ilmu
Tajwid paling tebal dan paling sempurna berbanding kitab-kitab Tajwid yang lain serta berada
sebaris dengan karya-karya Tajwid yang dihasilkan sebelumnya seperti Mir’ah al-Qur’an karya
Syeikh ‘Abd al-Mu‘ti bin Muhammad Salih yang diselesaikan penulisannya pada 1193H/ 1779M
dan lain-lain lagi.

Berkaitan dengan karya beliau yang lain, selain kitab Mawrid al-Zam‘an, tiada sumber yang
menyenaraikan atau menyebutkan tentang karya-karya tersebut. Kemungkinan, Syeikh Abdullah
Senggora tidak banyak menulis ataupun tidak ada sumber yang menyebutkan tentang perkara ini.
Namun, demikian, tidak bermakna beliau tidak terlibat dalam dunia penulisan atau penghasilan
karya selain daripada karya tersebut. Ini kerana, selain daripada menulis, beliau mendapat
perhatian sebagai pentaqriz atau sebagai pemberi pengakuan kesahihan kandungan sesebuah karya
yang dikarang oleh ulama-ulama lain. Peranan beliau tersebut merupakan salah satu sumbangan
dan usaha dalam menghasilkan karya penulisan walaupun bukan ditulis sendiri. Antaranya;

i. Milhah al-Tajwid fi Ahkam al-Qur’an al-Majid karya Muhammad bin


Muhammad Salih al-Kalantani
ii. Tamrin al-Lisan fi Ma‘rifah Tajwid al-Qur’an karya Syeikh Hasan bin Haji Yahya
al-Jawi al-Jambi

7
4.2.Syeikh Nuh Jamaluddin Al-Kelantani

Nama penuh beliau ialah Syeikh Nuh bin Haji Jamaluddin bin Haji Abdul Qadir bin Senik al-
Kelantani. Beliau dilahirkan pada tahun 1896. Tarikh tepat tentang kelahirannya tidak dapat
diketahui dari mana-mana rujukan. Beliau merupakan adik kepada Haji Ahmad Hafiz25.
Bondanya bernama Hajah Maryam binti Pak Maras, manakala ayahnya Haji Jamaluddin yang
merupakan seorang guru pondok yang berjasa di Mukim Paya Mengkuang, daerah Perupuk
Bachok, Kelantan. Ayahnya juga berjaya mendidik dan melahirkan ramai guru agama pelapis
termasuk Haji Seman Sering atau dikenali dengan Syeikh Uthman Jamaluddin al-Kelantani.

Pendidikan awalnya sebelum brangkat ke Mekah ialah beliau berguru dengan Tok Kenali di
Pondok Kubang Kerian. Beliau tidak sempat berguru dengan ayahnya sendiri kerana ayahnya
meninggal dunia. Tidak dapat dipastikan beliau menghafaz al-Quran pada usia berapa tahun.
Beliau berangkat ke Mekah pada tahun 1919 Masihi dan menetap dan berguru di sana selama 30
tahun. Beliau belajar dengan beberapa orang guru, termasuk Tok Senggora dan beliau berjaya
mendapat ijazah Qiraat Tujuh dan Sepuluh. Selain dari itu beliau juga turut berguru dengan Tok
Shafie Kedah di dalam Ilmu Tasawuf. Beliau merupakan tokoh Qurra’ dan guru tahfiz di Mekah
sekitar tahun 30-an sehingga 40-an. Beliaulah yang menyambung khidmat keguruan Tok Senggora
selepas kematian gurunya itu. Mulai tahun 1944, beliau telah dilantik menjadi guru tahfiz di
Madrasah Dar al-Ulum al-Diniah. Beliau berkhidmat sehingga akhir hayatnya iaitu selama lebih
kurang empat tahun. Di antara anak-anak muridnya ialah Dato’ Ismail Yusof, Haji Ismail Qurra’
Kubang Kaki Rantau Panjang, Haji Ismail Qurra’ Kampung Dagar Pasir Mas, Haji Ismail Mahmud
Hadyai, Pak Su Haji Ismail Kota Bharu, Haji Hasan Hafiz Kuala Sungai Baru29, Haji Hasan
Qurra’ Besut, Haji Hasan Pondok Ketereh, Haji Wan Hasan Alor Keladi Besut, Dato’ Haji Mohd
Nor Ibrahim30 dan lain-lain lagi. Tokoh ini meninggal dunia di Mekah pada usia 53 Tahun di
Kampung Shi’ab Ali pada waktu azan Subuh sedang berkumandang iaitu pada 21 Rejab 1367
Hijrah bersamaan 29 Mei 1948.

Syeikh Nuh Jamaluddin al-Kelantani merupakan tokoh ulama hebat di dalam bidang Ilmu Tajwid
dan Qiraat. Selain beliau mengajar di masjid bertalqqi dan bermusyafahah, beliau telah
mengahasilkan dua buah kitab iaitu sebuah kitab tajwid dan sebuah kitab qiraat yang lengkap.
Kitab tajwidnya bertajuk Tuhfatul al-Sibyan fi Tajwid al-Quran dan kitab qiraatnya bertajuk al-
Durrah al-Muntakhabah fi Riwayat Syu’bah.

8
Kitab ini siap dicetak kali pertama pada tahun 1935 dengan beberapa syarikat penerbitan. Tarikh
ini diambil di bahagian hadapan halaman kitab beliau. Pada tangan penulis ada tiga buah kitab
beliau yang dicetak oleh percetakan al-Ma’arif Sendirian Berhad, Percetakan Achin Sabtariyyah
Pulau Pinang dan Maktabah wa Matba’ah Muhammad al-Huda wa Awladuh. Ketiga-tiga buah
kitab mencatatkan tahun 1354 hijrah. Ia membawa maksud kitab ini dicetak adalah pada tahun
1354 hijrah bersamaan dengan tahun 1935 masihi dan mengandungi 25 muka surat bercetak tidak
termasuk halaman hadapan dan belakang

5. Program Peningkatan Pencapaian Murid dalam Ilmu Tajiwd

Terdapat pelbagai program yang mampu meningkatkan pencapaian murid di dalam ilmu tajwid.
Ada sesetengah program telah pun di dokumenkan dan dibuktikan akan keberkesanan mereka.
Dari itu, penulis mencadangkan dua program yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
pencapaian murid.

9
5.1.Program Visual dan Betuk

Proses pembelajaran dan pengajaran pada masa kini telah maju. Di mana pelbagai bentuk
pengajaran dan pembelajaran boleh dilakukan. Di dalam konteks ini, penulis mencadangkan untuk
melancarkan program pengajian ilmu tajiwd dan al-Quran melalui alat bantuan visual dan audio
serta tidak terhad kepada bantuan ICT dan sebagainya. Program ini adalah berdasarkan Multimedia
Mod Integrasi (MMI) sebagaimana yang telah dicadangkan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia.

MMI juga menggabungkan semua unsur multimedia. Perbezaan MMB dan MMI adalah teks atau
kalimah yang dibaca oleh qari berada di dalam video bacaan qari. Terdapat juga unsur perubahan
warna teks mengikut bacaan qari. Elemen perubahan warna teks dimasukkan kerana menurut
Kothari (2008), ciri ini dapat membantu menyelesaikan masalah membaca dalam kalangan murid
yang buta huruf.

Sebagaimana yang dijelaskan oleh Nor Ashikin Arbain (2015), keadah pengajaran perlu
diperbaharui mengikut kemampuan dan kesesuaian teknologi yang mampu diguna oleh guru pada
ketika itu. Daripada ini, program visual dan bentuk akan menggunakan pembelajaran al-Quran dan
tajiwd melalui paparan visual al-Quran dan audio yang jelas untuk membantu murid-murid untuk
membaca mengikut tajwid yang betul – dibantu oleh audio al-Quran tersebut.

Terdapat pelbagai contoh yang boleh diambil untuk program sebegini, seperti yang dilakukan di
Universiti Antarabangsa Madinah, apabila mereka melancarkan kelas transformasi pembelajaran
al-Quran melalui sistem teknologi dan kaedah tradiosional seperti talaqqi dan sebagainya.

5.2.Program Membudaykan al-Quran

Program membudayakan al-Quran termasuklah program mendekati al-Quran. Program ini


bertujuan untuk membiasakan murid dengan al-Quran dan aktiviti membacanya. Ini kerana, tidak
kira sebagus mana proses pembelajaran dan pengajaran tetapi tidak diikuti oleh latihan dan amalan
oleh murid proses tersebut akan menjadi kurang berkesan. Oleh itu, program membudayakan al-
Quran adalah bertujuan untuk menangani masalah tersebut.

Antara aktivit yang dilakukan di dalam program ini adalah;

10
i. Aktiviti membaca al-Quran pada setiap pagi iaitu sebahagian ayat dari al-Quran
untuk murid-murid sama-sama membaca di dalam kelas dipimpin oleh guru al-
Quran atau guru yang lain.
ii. Mengadakan majlis qiraat al-Quran pada waktu tertentu untuk setiap kelas – dipilih
oleh guru kelas masing-masing
iii. Menjemput ibu-bapa menghadiri majlis tilawah dan tadarrus al-Quran bagi
membolehkan murid-murid membudayakan al-Quran di rumah.

6. Masalah dan Cara Mengatasinya

Di dalam menjalankan program tersebut, melalui analisis penulis mendapati terdapat beberapa
masalah di dalam usaha meningkatkan pencapaian murid di dalam ilmu tajwid. Antara masalah
dan cara mengatasinya adalah;

11
6.1.Sikap Pelajar

Walaupun mempunyai guru yang mahir dan pakar di dalam ilmu tajwid, sekiranya terdapat
kekangan dan halangan dari pelajar sendiri akan menyebabkan segala usaha menjadi sia-sia.
Daripada kajian dan perbincangan, antara sikap pelajar yang membantutkan usaha ini adalah sikap
malu dan malas.

Daripada kajian, kebanyakan murid kurang faham akan hukum tajwid, dan ini berpunca daripada
tiadanya model yang memberi bacaan yang betul. Pengajaran oleh guru hanya mampu
menyampaikan maklumat kepada murid yang fokus sahaja, sedangkan ada di kalangan murid yang
mempunyai daya fokus yang rendah dan ini menjejaskan proses penerimaan maklumat mereka dan
menyebabkan mereka tidak faham konsep dan hukum. Pada masa yang sama, sikap murid yang
tidak ingin bertanya kepada guru disebabkan takut diejek oleh rakan sebaya.

Untuk mengatasinya, penulis mencadangkan usaha untuk memberi motivasi dan menimbulkan
rasa minat terhadap membaca al-Quran dan mempelajari hukum tajwid. Sebagaimana program
kedua iaitu membudayakan al-Quran adalah khusus untuk menangani masalah sebegini. Untuk
membolehkan murid tidak rasa janggal atau malas, mestilah murid mempunyai minat terhadap al-
Quran, dan manusia kurang mempunyai minat terhadap perkara yang tidak jelas kepada mereka.

6.2.Kelemahan Guru

Tidak dinafikan, guru memainkan peranan yang penting di dalam proses P&P iaitu pengajaran dan
pembelajara, walaubagaimanpun mendesak para guru untuk mejadi kreatif adalah susah kerana
perkara tersebut memerlukan kepada kemahiran kritikal dan bakat. Proses pengajaran tajwid
selalunya melibatkan proses talaqqi dan musyafahah.

Kaedah Talaqqi dan Musyafahah adalah kaedah pengajaran dan pembelajaran yang disarankan
dalam pembelajaran al-Quran (KPM, 2002) tetapi dari segi pelaksanaannya kaedah ini
menghadapi masalah kekangan masa dan ruang (Norasikin et al., 2005). Kajian ini mengukuhkan
lagi kajian Ab. Halim et al. (2004) yang mendapati Guru Pendidikan Islam kurang melakukan
aktiviti talaqqi dan musyafahah semasa pengajaran Tilawah al-Quran. Akan tetapi, kaedah ini
menghadapi kekangan masa dan tenaga, oleh itu bagi membantu guru di dalam proses P&P ilmu
tajwid adalah dengan adanya bantuan alat bantuan mengajar khusus untuk subjek al-Quran dan
tajwid.

12
Proses P&P yang menggunakan kaedah lama iaitu melalui cetakan nota dan papan hitam atau putih
tidak lagi memberi kesan yang tinggi, oleh itu alat bantu mengajar (ABM) mampu mengisi
kelemahan guru. ABM yang khusus untuk proses P&P al-Quran dan tajwid mampu membantu
guru di dalam pengajaran mereka.

7. Kesimpulan

Ilmu tajiwd merupakan satu ilmu yang menjadi keperluan bagi mereka yang mahukan kemampuan
untuk membaca al-Quran dengan baik. Selain daripada itu, kepentingan mempelajari ilmu tajwid
adalah bertujuan untuk mengelakkan pembaca dari melakukan kesalahan dan menyempurnakan
bacaan dengan sebutan huruf dan makhraj yang betul. Melalui penguasaan ilmu tajwid, seseorang
itu akan mendapat kelebihan yang dijanjikan oleh Nabi s.a.w dan juga Allah s.w.t.

Tanpa golongan terdahulu, ilmu tajwid tidak akan diketahui dan disebarkan dan diajarkan kepada
golongan kemudian. Tokoh-tokoh ilmu tajwid seperti Syeikh Nuh Jamaluddin al-Kelantani dan
sebagainya, memainkan peranan yang penting di dalam menyebarkan dan mengajarkan ilmu
tajwid kepada umat Islam di Tanah Melayu dan Nusantara. Di sekolah, terdapat pelbagai cara
untuk meningkatkan kemahiran murid di dalam ilmu tajwid, seperti program visual dan bentuk
untuk murid. Walaubagaimanapun, terdapat cabaran yang akan dihadapi, dan cabaran tersebut
boleh dicapai melalui perbincangan dan kerjasama semua pihak termasuklah ibu-bapa.

8. Rujukan
1. Azarudin Awang et.al. 2011. Tahap Pembacaan al-Quran di Kalangan Pelajar UiTM
Terengganu. UiTM Terengganu. AJTLHE Vol. 3, No.2, 83-100
2. Mohd Zainul Arifien bin Mohd. 2006. Kaedah Pembelajaran Tajwid dan Hafazan al-
Quran. Fakulti Pendidikan: UKM.

13
3. Mohd Faisal, Mohammad Zawawi & Rahimi. 2008. Celik al-Quran: Cabaran dan Realiti
dalam Pendidikan Islam di Sekolah. Universiti Malaya: Kuala Lumpur.
4. Khairul Anuar Mohamad. 2007. Al-Tajwid. Open University Malaysia
5. Abu Mardiyyah .2004, Tajwid al-Quran, C.1, Kuala Lumpur: al-Jenderaki Enterprise.
6. Ahmad Fathy al-Fatani .2002. Ulama Besar dari Patani, Bangi: Universiti Kebangsaan
Malaysia.
7. Ismail Che Daud .2007. Tokoh-Tokoh Ulama Semenanjung Melayu (2), Kelantan, Majlis
Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu.
8. Daud Ismail et.al. 2014. Perkembangan dan Masalah Pembelajaran al-Quran dalam
Program j-QAF di Malaysia. Jurnal Islamiyyat
9. Zabedah, Irfan Naufal Umar. 2014. Keberkesanan Perisian Khusus Multimedia
Pembelajaran Tajwid. Jurnal Talian Pendidikan Islam.
10. Rashidah Md Hasan et.al. 2016. Kaedah Pembelajaran Serentak dalam Meningkatkan
Pencapaian Kelancaran Bacaan, Fasohah dan Hukum Tajwid Murid Sekolah Rendah.
Pusat Pengajian Ilmu Pendidikan Universiti Sains Malaysia

14

Anda mungkin juga menyukai