Anda di halaman 1dari 14

Isi Kandungan Mukasurat

1. Pengenalan 3
2. Pengertian Riba 4
3. Illah Pengharaman Riba 7
4. Justifikasi Pengharam Riba 9
5. Isu Berkaitan Riba oleh Ulama 11
6. Rumusan 14
7. Rujukan 14

1
1. Pengenalan

Di dalam urusan muamalat ataupun perniagaan, Islam telah meletakkan garis panduan serta
peraturan yang harus diikuti dengan terang dan jelas, kegagalan untuk mengikuti kesemua
peraturan akan menyebabkan kontrak ataupun transaksi tersebut tidak sah lalu menjadikan harta
yang diperdagangkan itu haram untuk dimakan dan sebagainya.

١٨٨ َ‫ٱۡل ۡث ِم َوأَنت ُ ۡم تَعۡ لَ ُمون‬ ِ َّ‫َو ََل ت َۡأ ُكلُ ٓواْ أَمۡ َٰ َولَ ُكم بَ ۡينَ ُكم ِب ۡٱل َٰبَ ِط ِل َوت ُ ۡدلُواْ ِب َها ٓ ِإلَى ۡٱل ُح َّك ِام ِلت َۡأ ُكلُواْ فَ ِر ٗيقا ِم ۡن أَمۡ َٰ َو ِل ٱلن‬
ِ ۡ ‫اس ِب‬

Yang bermaksud;” Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di
antara kamu dengan jalan yang salah dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi
rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta
manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).

Tugasan ini akan membincangkan tentang salah satu elemen yang menjadikan sesuatu kontrak di
dalam Islam haram – riba. Penulis akan membincangkan tentang pengertian riba, seterusnya
menjelaskan tentang ‘illah pengharaman riba dan kemudia menghuraikan ‘illah pengharaman riba
bagi barangan al-nuqud dan barangan al-at’imah. Penulis juga akan menganalisa beberapa isu
utama berkenaan riba yang telah dibahaskan oleh sebahagian ulama berserta contoh
pengaplikasiannya.

2
2. Pengertian Riba

Riba secara mudahnya adalah lebih, lebihan dari sesuatu tanpa asas perkembangan dagangan.
Konsep riba adalah bertentangan dengan pelaburan, di mana untuk sesuatu itu mendapat lebihan
memerlukan pengambilan risiko oleh pemilik harta dan sebagainya. Di dalam bahagian ini, penulis
akan cuba membincangkan pengertian riba.

2.1.Riba dari Sudut Bahasa dan Syarak

Riba di dalam bahasa Arab bermaksud ‘bertambah’ atau berkembang. Ini terjadi apabila keadaan
sesuatu itu bertambah dalam bentuk yang sama atau lebih baik tetapi dalam kategori yang sama.
Abadi (1998) menjelaskan bahawa riba adalah bertambah dan tumbuh. Saeed (1996) pula
menjelaskan bahawa riba mempunyai pelbagai maksud seperti tumbuh, tambah, menyuburkan,
mengembang, dan menjadi besar dan banyak lagi.

Dari sudut syarak pula, riba bermaksud mengikut tradisi Arab adalah tambahan kepada pulangan
disebabkan penangguhan waktu. Pada ketika ini, riba ini lebih khusu kepada riba hutang. Sebagai
contoh, A meminjam dari B sebanyak RM400 dan akan memulangkan sebelum hari ke-20. Setiap
hari sebelum sampai hari ke-20 akan dikenakan denda atau bunga kepada peminjam iaitu A
sebanyak RM10.00, disebabkan itu hutang yang A akan pulangkan kepada B adalah sebanyak
RM400+(10 x jumlah hari ditangguh).

Mengikut definisi Keputusan Majlis Penasihat Syariah Suruhanjaya Sekuriti, dari segi Syara’ riba
bermaksud, “tambahan atau lebihan yang diperolehi oleh salah satu pihak daripada pihak yang lain
tanpa mendapat imbalan yang wajar”.

Al-Jaziri (1972) menjelaskan bahawa riba adalah melebihkan keuntungan (harta) dari salah satu
pihak terhadap pihak lain dalam transaksi jual beli atau pertukaran barang yang sejenis dengan
tanpa memberikan imbuhan terhadap kelebihan tersebut. Pada masa yang sama, Muslim (2005)
menjelaskan riba adalah pembayaran hutang oleh orang yang berhutang dengan nilai lebih besar
daripada jumlah pinjaman.

3
2.2.Hukum Riba

Riba adalah haram tanpa ragu. Ini kerana dijelaskan di dalam ayat al-Quran, surah al-Baqarah ayat
275;

َّ ‫ٱلربَ َٰو ْۗاْ َوأَ َح َّل‬


‫ٱَّللُ ۡٱلبَ ۡي َع‬ َٰ ِّۚ ِ ‫طنُ ِمنَ ۡٱلم‬
ِ ‫س ذَ ِلكَ بِأَنَّ ُه ۡم قَالُ ٓواْ إِنَّ َما ۡٱل َب ۡي ُع ِم ۡث ُل‬ َ َ َٰ ‫ش ۡي‬
َّ ‫طهُ ٱل‬ُ َّ‫ٱلربَ َٰواْ ََل يَقُو ُمونَ ِإ ََّل َك َما يَقُو ُم ٱلَّذِي يَتَ َخب‬ ۡ
ِ َ‫ٱلَّذِينَ يَأ ُكلُون‬
ٓ َٰ َ ‫ٱلربَ َٰو ِّۚاْ فَ َمن َجا ٓ َء ۥهُ َم ۡو ِع‬
٢٧٥ َ‫ار ه ُۡم فِي َها َٰ َخ ِلدُون‬ ِ ِۖ ‫ٱَّللِ َو َم ۡن َعادَ َفأ ُ ْو َلئِكَ أَصۡ َٰ َحبُ ٱل َّن‬ ِۖ َّ ‫ف َوأ َ ۡم ُر ٓۥهُ إِلَى‬ َ ‫ة ِمن َّربِِۦه فَٱنت َ َه َٰى فَلَ ۥهُ َما‬ٞ ‫ظ‬
َ َ‫سل‬ ِ ‫َو َح َّر َم‬

Terjemahan : “Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti
berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang
demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual beli itu sama
dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba. Orang-orang
yang telah sampai kepadanya larangan dari Tuhannya, lalu terus berhenti (dari mengambil riba),
maka baginya apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum datang larangan); dan urusannya
(terserah) kepada Allah. Orang yang mengulangi (mengambil riba), maka orang itu adalah
penghunipenghuni neraka; mereka kekal di dalamnya.”

Ulama mutaqaddimin umumnya sepakat tentang keharamannya. Bahkan, mereka bersepakat


tentang haramnya riba pada enam barang yang disebutkan dalam hadits Ubadah bin Shamit
sebagaimana berikut;

‫عن عبادة بن الصامث قال قال رسول هلل صلي هلل عليه وسلم الذهب بالذهب والفضة بالفضة والبر بالبر والشعير بالشعير والتمر‬
‫بالتمر والملح بالملح مثال بمثل سواء بسواء يدا بيد فاذا اختلفت هذه اَلصناف فبيعوا كيف شئتم اذا كان يدا بيد‬

)At-Tirmidzi, 1964: 354(

Bermaksud, ‘Daripada `Ubadah bin al-Samit katanya, Rasulullah s.a.w bersabda: Emas dengan
emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, tamar dengan tamar, garam
dengan garam (sekiranya berlaku pertukaran, maka hendaklah) sama jenisnya, sama sukatannya
dan berlaku secara terus. Walau bagaimanapun, sekiranya berbeza antara barangan tadi, maka
berjual belilah kamu seperti yang kamu semua kehendaki, jika ia adalah jualan tunai’

2.3.Jenis Riba

Riba mempunyai pelbagai jenis, yang mana setiap jenis riba ditentukan berdasarkan struktur
kontrak, syarat kontrak dan elemen-elemen kontrak. Sebagai contoh, kontrak urusan jual beli yang
membolehkan pembeli membayar secara ansuran tetapi dikenakan denda sekiranya lewat adalah

4
riba. Walaupun pada asalnya, kontrak jual beli adalah sah, tetapi disebabkan ada ciri riba,
menjadikan kontrak itu batal dan haram. Berikut adalah jenis-jenis riba di dalam Islam;

i. Riba Al-Buyu

Riba al-buyu’ ialah riba yang berlaku dalam akad jual beli barang ribawi dan berlaku dalam dua
keadaan. Keadaan yang pertama ialah jual beli atau pertukaran antara barang ribawi yang sama
jenis dengan berbeza kadar berat atau kuantiti. Keadaan yang kedua adalah jual beli atau
pertukaran di antara barang ribawi yang berlainan jenis tetapi sama illah ribanya secara tertangguh
(bukan dalam satu masa). Sepertimana dinyatakan di dalam hadis riwayat Muslim dalam syarat
pertukaran barang ribawi.

ii. Riba ad-Duyun

Riba al-duyun ialah riba yang berlaku dalam akad pinjaman hutang. Riba jenis ini juga berlaku
dalam dua keadaan. Keadaan yang pertama berlaku apabila kadar atau manfaat tambahan yang
disyaratkan atas pemberian jumlah pinjaman pokok. Keadaan kedua berlaku apabila kadar atau
manfaat tambahan lebih dari jumlah pinjaman pokok yang dikenakan akibat si peminjam gagal
membayar jumlah pinjaman yang ditetapkan pada tempoh yang dipersetujui.

5
3. Illah Pengharaman Riba

Setiap hukum di dalam Islam mempunyai sebab, keadaan dan sebagainya. Akan tetapi, illah tidak
boleh didefinisikan sedemikian kerana sekiranya illah itu adalah sesuatu ciri yang menjadikan
sesuatu perkara, perbuatan dan sebagaianya haram di sisi Islam. Mengikut Majmuah al-Fawaid al-
Bahiyyah (1/112), Illah dari segi bahasa bermaksud: Suatu penyakit yang mengganggu. Manakala
dari sudut istilah pula illah bermaksud: Suatu ciri yang meliputi hikmah yang membawa kepada
pensyariatan sesuatu hukum.

Illah utama di dalam riba adalah barang ribawi, barang ribawi adalah barangan al-nuqud, iaitu
merujuk kepada emas dan perak dan juga mata wang; dan barangan al-at`imah iaitu barangan
makanan, khususnya makanan asasi seperti beras, gandum dan sebagainya. Ini berdasarkan hadis
Baginda s.a.w.

3.1. Wang / al-Nuqud

Illah seperti yang dijelaskan sebelum ini adalah ciri, antara ciri-ciri sesuatu kontrak atau perjanjian
walaupun syarat kontrak dipenuhi tetapi mempunyai illah menjadikan ianya haram dilaksanakan
dan dilakukan. Di dalam kes ini, wang atau an-Nuqud menjadi illah kepada riba menjadi haram.
Illah yang dimaksudkan di dalam perbincangan ini adalah emas dan perak, ini kerana pada ketika
zaman Baginda s.a.w dan sebelum itu, matawang dihasilkan daripada emas dan perak. Oleh itu,
kontrak jual beli emas dengan emas seperti emas buatan Mekah dijual dengan menerima bayaran
dalam bentuk Emas buatan Madinah mestilah tidak boleh ditangguh penerimaan barangan dan
pembayaran.

Akan tetapi, bagi Mazhab Hanafi illah al-Nuqud adalah termasuk barangan ribawi yang boleh
diukur kuantiti dan jenis – iaitu timbangan bagi sama jenis. Komoditi lain seperti besi, tembaga,
arang adalah tertakluk kepada barangan ribawi. Pada masa yang sama, riba al-fadhlu yang
berdasarkan dua unsur iaitu kuantiti dan jenis sedangkan riba an-Nasiah adalah satu satu daripada
kuantiti dan jenis komoditi (Ab. Mumin, 1999).

Walaubagaimanapun, bagi sesetangah Hanafiah, Syafei dan Maliki, illah adalah kedua-dua
barangan ribawi itu iaitu perak dan emas merupakan timbangan nilaian sesuatu barangan lain atau
konsep matawang. Dalam pendapat ini, ada yang menolak wang kertas sebagai barang ribawi dan
ada yang menerima (Ab. Mumin, 1999).

6
3.2.Al-At’imah / Makanan

Makanan ruji bagi setiap manusia seperti beras, gandum, dan sebagainya adalah dikira sebagai
barangan ribawi. Akan tetapi, bagi mazhab Hanafi kesemua barangan dibawi ini yang berbentuk
makanan asasi menjadi barangan ribawi adalah disebabkan komoditi ini adalah sama jenis
(makanan asasi) dan ukuran atau sukatan.

Bagi mazhab Maliki, illah bagi barangan ribawi adalah makanan asasi. Tidak kira samada boleh
diukur, disukat atau tidak. Lebih jelas lagi, setiap makanan asasi di tempat tersebut yang boleh
disimpan dikira sebagai barangan ribawi dan kontrak melibatkan barangan ini mestilah
dilaksanakan pada tempat dan masa yang sama.

Mazhab Syafei terkenal dengan dua pendapat iaitu pendapat lama dan baru, pendapat lama
menjelaskan barangan makanan yang bersukat dan bertimbang menjadi illah bagi barangan ribawi.
Pendapat kedua menjelaskan apa bentuk barangan makanan asasi samada disukat atau tidak, boleh
disimpan atau tidak adalah illah kepada barangan ribawi (Ab. Mumin, 1999). Ulama menjelaskan
bahawa mazhab Maliki berpendapat barangan makanan itu termasuklah selain dari empat jenis
yang dinyatakan iaitu gandum, barli, tamar, garam, selagi ianya makanan asasi dan boleh
disimpan. Bagi Syafi`i pula, ianya tertakluk kepada makanan yang dijual secara sukatan atau
timbangan meliputi semua jenis makanan tanpa sebarang syarat.

7
4. Justifikasi Illah Pengharaman Barangan Ribawi

Allah s.w.t tidak meletakkan sesuatu hukum pada sesuatu tanpa sebab, ini kerana Allah s.w.t tidak
menyerupai makhluk dan makhluk sentiasa melakukan perkara yang sia-sia. Islam meletakkan
kesamarataan dan keadilan di dalam apa jua perkara setiap penganutnya, daripada hal sosial,
muamalah dan syariat. Begitu juga di dalam urusan harian manusia seperti urusan jual beli dan
kontrak. Berikut adalah justifikasi illah pengharaman barang ribawi iaitu al-Nuqud dan al-At’imah.

4.1.Kemerosotan Ekonomi

Sistem ekonomi manusia dicipta dengan tujuan untuk menggalakkan pengumpulan,


perkembangan dan kesejahteraan harta di kalangan masyarakat. Akan tetapi, dengan adanya sistem
ekonomi berdasarkan riba akan menjejaskan ekonomi sesuatu masyarakat dan negara. Ini kerana,
tidak semua proses ekonomi seperti pengumpulan harta boleh dilakukan dengan penyimpanan
harta semata-mata tetapi boleh dilakukan dengan instrumen pelaburan dan sebagainya. Instrumen
pinjaman di dalam sebuah sistem ekonomi membantu ahli masyarakat untuk menaik-taraf
kehidupan dan kemampuan mereka untuk menjana pendapat yang lebih baik dan lebih tinggi
nilainya. Akan tetapi, sekiranya instrumen pinjaman yang digunakan adalah berdasarkan konsep
riba dan bunga, menyebabkan instrumen tersebut menjadi penyebab kepada kemerosotan dan
kerosakan ekonomi anggota masyarakat.

Mereka yang berhutang akan dikenakan bunga yang menyebabkan hutang mereka sentiasa
bertambah atau bertambah kepada jumlah yang tidak adil bagi peminjam bahkan memberi
keuntungan tanpa sebab kepada pemiutang. Walaupun sistem ekenomi dibina di atas tujuan
mencari keuntungan, tidak bermaksud sistem ekonomi tersebut boleh menyebabkan anggota
masyarakat dicengkam. Lihat kepada kejatuhan ekonomi Amerika Syarikat pada tahun 2005,
apabila Wall Street dibebani dengan apungan hutang melalui instrumen gadaian dan pinjaman
yang tidak dapat dibayar oleh pelanggan bank menjadikan hutang tersebut tidak bernilai dan
menyebabkan beberapa institusi kewangan mengalami kerugian sehingga kerajaan Amerika
Syarikat perlu menjamin jalan keluar bagi mereka.

4.2.Keruntuhan Sistem Sosial

Dari sudut kemasyarakatan, riba boleh merenggangkan dan merosakkan perhubungan di antara
orang kaya pemakan riba dengan orang miskin seterusnya akan menimbulkan kekacauan di dalam

8
masyarakat dan negara. Maka timbullah dari situ rompakan, pembunuhan, tekanan terhadap
golongan kurang mampu dan lenyapnya keadilan dalam urus niaga. Sebagai contoh, negara kita
digemparkan dengan pelbagai jenayah yang dilakukan oleh Ah Long iaitu ceti haram atau pemberi
pinjaman wang tidak berlesen terhadap penghutang. Akibat penghutang tidak membayar hutang
mereka sanggup menyerang, mengurung, merantai, memotong tangan, membunuh, dan melakukan
pelbagai kezaliman lain terhadap para penghutang dan keluarga mereka.

Sistem sosial yang mana anggota sistem tidak mampu berfungsi disebabkan masalah sebegini akan
mencetuskan keruntuhan dan ini boleh menganjur kepada jenayah dan sebagainya.

4.3.Keadilan dan Kesamarataan

Pihak yang memakan riba akan bertambah kaya dan senang, hasil gandaan dan percambahan wang
yang dipinjamkan. Golongan kaya yang mampu memberi pinjaman akan bertambah kaya dari hari
ke hari, manakala golongan yang meminjam wang akan terus miskin akibat percambahan riba dari
pinjamannya. Pengharaman riba atau apa-apa saja nama lain bagi riba adalah untuk mengelakkan
penindasan pihak yang mempunyai wang ke atas orang yang memerlukan. Perkara ini jelas
bercanggah dengan kepentingan kemanusiaan kerana peminjam tiada pilihan melainkan terpaksa
membayar lebih dari apa yang diperolehi dalam pertukaran.

4.4.Keruntuhan Moral dan Nilai Sosial

Hilang nilai-nilai kebajikan, tolong menolong dan kerjasama dalam masyarakat. Hal ini berlaku
akibat kesan daripada ketamakan manusia mengejar wang yang disuburkan melalui sistem riba.
Mereka sanggup menindas insan lain untuk kekayaan sendiri. Akibat dari itu manusia saling
bermusuhan sehingga menghilangkan nilai kebajikan dan tolong menolong antara masyarakat.

9
5. Isu Berkaitan Riba

Setiap urusan dan aktiviti ekonomi dikelilingi perkembangan teknologi dan sebagainya. Elemen
sebegini mampu mempengaruhi kontrak harus pada asalnya menjadi haram disebabkan kewujudan
illah di dalam kontrak menjadikan ianya riba dan seterusnya haram dilaksanakan. Berikut beberapa
isu yang dibincangkan oleh ulama;

5.1.Interest atau Faedah di dalam Pembiayaan Islamik

Antara isu popular yang dibincangkan oleh Ulama adalah mengenai kewujudan faedah di dalam
pembiayaan pembelian rumah secara islamik. Ini menjadikan tanggapan masyarakat bahawa
sistem perbankan islam adalah sama dengan konvensional.

Mufti Wilayah Persekutuan, Dr. Zulkifli al-Bakri menjelaskan bahawa di dalam perbankan
pula,umumnya masyarakat Malaysia diberi pilihan sama ada menggunakan perbankan
konvensianal atau perbankan Islam dalam pembiayaan dan pinjaman yang dibuat. Justeru, sebagai
umat Islam, kita perlu berusaha untuk menjauhkan diri kita dari muamalah riba’ dalam apa jua
keadaan sekalipun. Ini sebagai mematuhi ajaran agama serta perintah Allah s.w.t semata-mata.

Antara perbezaan ketara yang ramai masyarakat terkeliru berkaitan kedua-dua perbankan ini ialah
dari sudut kontak yang digunakan. Bagi perbankan konvensional, kontrak yang digunakan ialah
kontrak pinjaman, dimana keuntungan dibuat berdasarkan kepada faedah di atas transaksi
pinjaman. Hal seperti ini adalah dilarang sama sekali oleh syarak. Manakala, bagi perbankan Islam,
kontrak yang digunakan ialah Bai’ Bithaman Ajil (BBA) atau kontrak Musyarakah Mutanaqisah
(MM). Justeru keuntungan yang diperolehi adalah daripada jualan atau pajakan yang dilakukan
oleh bank.

Sememangnya akan terdapat juga cas-cas yang dikenakan ke atas peminjam dalam setiap
pembiayaan atau pinjaman yang dilakukan. Hal ini kerana:

a. Kewujudan perbankan Islam ini adalah berlesen dan berdaftar yang juga
bermatlamatkan keuntungan dalam memajukan agensinya ke arah yang lebih baik.
Namun, khidmat kewangan yang ditawarkan adalah produk-produk serta akad yang
dibenarkan syarak sahaja. Keberadaannya bukanlah sebagai satu badan kebajikan dan
agensi percuma semata-mata.

10
b. Perbankan Islam juga mempunyai pelabur-pelabur dalam setiap sektornya. Justeru
keuntungan dalam pelaburan perlu diraih bagi menjana kekuatan ekonomi serta
mengekalkan pelabur-pelabur yang ada.
c. Perbankan Islam turut mempunyai pekerja-pekarja dalam menguruskan kerja-kerja
syarikat dan bukanlah dilakukan oleh mesin. Setiap pekerja-pekarja ini perlulah
dibayar gaji sebagai balasan terhadap kerja yang dilakukan. Justeru, keuntungan
syarikat amat penting bagi mengekalkan pekerja yang berkualiti dan berdaya saing.
d. Perbankan Islam juga menanggung kos-kos operasi yang dijalankan seperti sewa
bangunan, peralatan dalam mengendala operasi syarikat, bil-bil dan lain-lain. Oleh itu,
jika bank Islam tidak mencapai keuntungan yang disasarkan, bank-bank islam tidak
mampu untuk beroperasi seterusnya bersaing dengan bank konvensional yang sedia
ada.

5.2. Pembiayaan Pembelian Kereta

Kontrak bay bithaman ajil mempunyai elemen yang menyerupai riba iaitu pembayaran balik secara
ansuran. Dan pembayaran itu mempunyai peningkatan berbanding dengan harga jual kereta itu
pada mulanya. Al-Bai’ Bithaman Ajil (BBA) adalah berasal daripada perkataan bahasa Arab iaitu
al-bai’ yang bermakna jual; bi bermakna dengan; thaman bermaksud harga; dan ajil bermaksud
tertunda atau bertangguh (Abd. Wahab, 2005). Umum mengetahui bahawa BBA adalah
merupakan jual beli dengan bayaran secara beransur atau bertangguh. Al-Zuhayli (1997),
mendefinisikan BBA sebagai jual beli beransur sebagai pertukaran atau jual beli barangan yang
ada, disempurnakan penyerahan barang yang dijual secara tunai, dan ditangguhkan penjelasan
harga atau pembayarannya, kesemuanya atau sebahagiannya, kepada suatu tempoh yang diketahui
pada masa hadapan.

Mengikut Rahman (2009), Ulama bersepakat akan keharusan BBA disebabkan keumuman ayat
al-Qur’an di dalam surah al-Baqarah ayat 275 mengenai jual beli yang bermaksud “dan Allah
menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba”. Meskipun begitu, tidak dinafikan di sebalik
kesepakatan ulama mengenai keharusannya namun majoriti ulama sedunia tidak membenarkan
BBA dijadikan sebagai produk perbankan Islam ini adalah kerana wujudnya elemen bai’ al-‘inah
di dalamnya.

11
5.3.Pembelian Emas tanpa Pemilikan Fizikal

Terdapat beberapa aktiviti ekonomi di mana, seseorang boleh membeli emas dari satu syarikat dan
kemudian syarikat tersebut akan mengeluarkan satu surat atau rekod pemilikan yang ditunjukkan
di dalam akaun pembeli. Ini bermaksud, emas tersebut tidak berada di tangan pembeli akan tetapi
hanya rekod sahaja.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia
Kali Ke-96 yang bersidang pada 13-15 Oktober 2011 telah membincangkan mengenai Parameter
Pelaburan Emas, dan membuat keputusan, antara lain seperti berikut:

Penyerahan barang belian (emas) hendaklah berlaku secara penyerahan hakiki ataupun
kaedah muktabar yang boleh menggantikan penyerahan hakiki. Penyerahan barang belian
yang muktabar akan membawa kesan sama seperti penyerahan hakiki, iaitu:

i. Berpindah dhaman (tanggungjawab jaminan) daripada penjual kepada


pembeli;
ii. Kemampuan pembeli untuk mendapatkan barang beliannya pada bila-bila
masa tanpa ada halangan.

5.4.Pertukaran Emas dengan Nilai Kurangan diganti dengan Wang

Di dalam hal ini, berlakunya pertukaran emas di antara A dan B. Akan tetapi, emas A adalah
rendah nilainya berbanding emas B. Oleh itu, A menambah nilai dengan wang untuk mencukupkan
sama rata nilai di antara barang tukaran.

Ulama menjelaskan bahawa Yadan bi yadin”. Ini merujuk kepada pensyariatan taqabudh, yakni
penyerahan antara dua barang. Penyerahan itu sah sama ada secara hissi, yakni fizikal dan terus
antara dua orang, ataupun hukmi, contohnya dengan perwakilan. Pada masa yang sama, “Mithlin
bi mithlin.” Ini pula merujuk kepada sama berat dan sebanding. Ini bermaksud, hendaklah emas di
antara A dan B sama bagi membolehkan pertukaran berlaku.

Walaubagaimanapun, sekiranya pertukaran berlaku di tempat dan masa yang sama, ianya
diharuskan (al-Kafi al-Fatwai : 272).

12
6. Rumusan

Riba di dalam Islam adalah haram, dan tidak dinafikan riba wujud di dalam setiap bentuk di dalam
aktiviti sosial dan ekonomi manusia. Riba terbahagi kepada beberapa jenis seperti riba jual-beli
dan riba hutang. Setiap pengharaman riba adalah bersebab, dan sebab boleh dikenalpasti melalui
kefahaman tentang illah pengharaman riba. Dan riba diharamkan adalah bertujuan yang mulia
bukanlah sia-sia.

Aktiviti ekonomi orang Islam mestilah menuruti hukum Islam. Oleh itu, penglibatan orang Islam
di dalam aktviiti riba mestilah ditentang dan mencuba untuk keluar daripada kepompong sebegitu.
Sedarilah betapa besarnya dosa riba, dan muhasabahlah diri kita dan pengurusan kewangan kita
sebaiknya. Untung di dunia tidak berguna jika seksa di alam barzakh dan di akhirat yang amat
panjang tempohnya menanti.

2920 patah perkataan

Rujukan

1. Ab. Mu’min Ab Ghani. 1993. Jurnal Syariah ‘Bunga Dan Kaitannya Dengan Riba Yang
Diharamkan’ . Jilid 1 Bil 2. Julai 1993;
2. Afzal ur Rahman. 1994. Doktrin Ekonomi Islam. Zaharah Salleh (ter). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka Universiti Pertanian Malaysia.;
3. Azlan Khalili Shamsudin. 1988. Banking And Public Finance In Islam. Kuala Lumpur :
Pustaka Fajar;
4. Daud Baharum. 2006. Fatwa Menempuh Kehidupan Moden. Gading Kreatif: Petaling
Jaya.;
5. Dr. Falih Hasan Khalaf. 2006. Al-Bunuk Al-Islamiah. Amman Jordan;
6. Dr. Yusuf Qardhawi. 2005. Fatwa-fatwa Kontemporer, Jilid 1, Cetakan IV. Penerbit Darul
Ma’rifah, Beirut Lubnan.;
7. Hj. Abd Razak Hj. Muhammad. 1997. Fiqh. Kuala Lumpur : Pustaka Hj. Abd Majid;
8. Imam Abi Bakar Bin Saud al-Kasani. 1996. Bada’i al- Sana’i fi Tartib al-Syara, Jilid 7.
Darul Fikir, Beirut Lubnan;
9. Keputusan Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama
Islam Malaysia. 2009. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Bahagian Pengurusan Fatwa;

13
10. Muhammad Abd. Rahman al-Murashliy kemaskini oleh Ahmad Muhammad Syakir
Rahimahullah. 1997. Al- Muhalla Dar Ehia al- Turathi al- Arabi. Beirut Lubnan ;
11. Muhammad Kamal Azhari. 1993. Bank Islam Teori Dan Praktik. Kuala Lumpur : Dewan
Pustaka Pelajar;
12. Muhammad Rawas. 1999. Al-Muamalat Al-Maliah Al-Muasirah Fi Al-Fiqh Wa As-
Syariah. Beirut Lubnan : Dar An-Nafaes;
13. Muhammad Rawas. 2000. Fiqh Al-Muamalat Al-Mushjir. Beirut Lubnan : Dar An-Nafaes;
14. Syeikh Imam Muafiquddin Abi Muhammad Abdullah Bin Ahmad Bin Qudamah. Al-
Mughni Wa Syarah Kabir. 1997. Beirut Lubnan;
15. Zaharuddin Abd. Rahman. 2010. Riba dan Isu Kewangan Semasa. Telaga Biru: Kuala
Lumpur.

14

Anda mungkin juga menyukai