Anda di halaman 1dari 14

Isi Kandungan Mukasurat

Pendahuluan 3
Definisi Pengurusan Organisasi 4
Peranan Konsep Pengurusan 7
Model Perancangan Strategik 10
Bentuk Perubahan Budaya Berlandaskan Syariat Islam 13
Kesimpulan 15
Rujukan 16

1
1. Pendahuluan

Kehidupan manusia di muka bumi ini secara fitrahnya memerlukan antara satu sama lain untuk
mencapai tahap kehidupan yang sempurna Ini kerana kebolehan manusia itu sangat terbatas dan
memerlukan kepada satu kelompok atau organisasi untuk menampung kelemahan secara bersama.
Pada zaman kini, manusia tidak boleh menafikan akan kepentingan organisasi terhadap
kelangsungan hidup manusia sama ada organisasi itu bersifat kecil ataupun besar.

Islam adalah agama yang mulia lagi dihormati. Ia mencakupi seluruh tatacara hidup manusia sama
ada yang bersifat personel mahu pun yang bersifat umum. Pegangannya jika dihayati secara tulus
akan menghasilkan suasana hidup yang tenteram di dunia dan di akhirat. Inilah kebenaran Islam
sehingga agama suci ini telah dinobatkan sebagai satu tatacara hidup. Keperihatinan Islam
merangkumi semua bidang hidup termasuklah kepemimpinan dalam mengurus sesebuah
organisasi. Manusia dijdikan Allah S.W.T. untuk menjana segala macam sumber di bumi supaya
mereka dapat hidup dengan makmur dan tenteram.

Oleh itu, pengurusan organisasi mengikut Islam mempunyai ciri-ciri yang digariskan oleh al-
Quran dan Sunnah itu sendiri lantas memenuhi keperluan dan kemahuan manusia di dalam
menguruskan organisasi mereka.

Di dalam tugasan ini, akan dibincangkan mengenai definisi pengurusan organisasi menurut
seorang pandangan sarjana Islam dan bukan Islam serta perbezaan di antara mereka. Seterusnya,
akan membincangkan konsep pengurusan dalam sesebuah organisasi besertakan dalil, kemudian
memberikan model perancangan strategik yang pernah dilakukan oleh pemimpin Islam terdahulu.
Tugasan juga akan menghuraikan bentuk-bentuk perubahan budaya yang berlandaskan syariat
Islam dan mengakhiri dengan kesimpulan.

2
2. Definisi Pengurusan Organisasi

Teori pengurusan mula diperkembangkan oleh Barat pada pertengahan kurun ke-19, ketika
masyarakat di sana mula menjurus kepada bidang perindustrian berbanding bidang pertanian
sebelum ini (Abusin 1991). Walau bagaimanapun, pada hakikatnya Islam telah lama mendahului
segala bidang kehidupan manusia termasuk pengurusan, kerana Allah yang menciptakan manusia
dan alam ini telah menurunkan kitab al- Quran dan al-sunnah al-nabawiyah sebagai panduan
sepanjang zaman. Sejak 1400 tahun yang lalu, Rasulullah s.a.w manjadi model seorang pemimpin,
pengurus dan pentadbir terbaik mengikut acuan Islam sehingga baginda s.a.w telah disenaraikan
di tangga teratas oleh pengkaji Barat moden antaranya Michael H. Hart dalam bukunya The 100 A
Ranking of The Most Influential Persons in History sebagai tokoh paling berpengaruh dalam sejarah dunia
(Panel Akademi Pengurusan Yapeim 2011).

a. Definisi Pengurusan Organisasi Mengikut Sarjana Muslim & Bukan Muslim

Azman Che Omar (2001) menjelaskan pengurusan sebagai satu proses melakukan kerja dan
menyempurnakan kerja melalui fungsi-fungsi pengurusan secara fitrah melalui dan bersama orang
lain dalam usaha untuk mencapai objektif kerja secara berkesan dan menggunakan sumber-sumber
organisasi dengan cekap dalam persekitaran yang dinamik dan sentiasa berubah bagi mencapai
objektif organisasi demi mancapai al-falah di dunia dan di akhirat.

Manakala, Mary Parker Follet (1933) menjelaskan bahawa pengurusan adalah suatu seni untuk
mencapai sesuatu matlamat melalui proksi. Pada masa yang sama ia boleh difahamkan sebagai
tindakan untuk mengukur sesuatu kuantiti pada tempoh yang tetap dan berdasarkan kepentingan,
mengubahsuai mengubahsuai rancangan asal untuk mencapai suatu matlamat’.

b. Perbezaan di antara Dua Sarjana

Perbezaan di sini, bukanlah perbezaan pada keturunan sarjana dan sebagainya, tetapi perbezaan
pada bagaimana dua sarjana mendefinisikan pengurusan. Dalam definisi Azman Che Omar (2011)
jelas menunjukkan kejayaan di dunia dan akhirat, iaitu elemen tauhid, sedangkan definisi dari
Mary (1933) tidak ada elemen kepercayaan dan sebagainya. Perbezaan ketara boleh diletakkan
pada satu huruf iaitu akidah. Pengurusan Islam adalah berdasarkan akidah, dan ciri-ciri akidah itu
boleh dilihat melalui perinsip-prinsip tertentu seperti prinsip tauhid, khalifah, ihsan dan kebenaran.

i. Tauhid

3
Akidah atau prinsip tauhid di dalam pengurusan Islam meletakkan satu dasar yang kuat bagi
menjaga kejituan dan keberkesanan pengurusan, dan jika dilihat kepada pengurusan konvensional
ianya mudah diubah dan dimanipulasi oleh manusia. Sedangkan dengan adanya ciri-ciri akidah di
dalam pengurusan Islam mencegah ia dari kemudharatan dan sebagaianya. Nilai atau prinsip iman
sangat penting untuk memastikan setiap amalan mendapat keredaan Allah SWT. Abdul Ghaffar
(2007) menjelaskan bahawa ‘tunjang atau paksi kepada kualiti seseorang insan adalah bergantung
kepada sifat ketaqwaan dan keimanan sejati yang dihayati dengan erti kata sebenarnya tunduk
patuh hanya kepada Pencipta yang Maha Berkuasa iaitu Allah SWT’.

ii. Istikhlaf

Asmahan Mokhtar (2013) mendefinisikan istikhlaf sebagai;

“Istikhlaf ialah suatu istilah yang bermakna ketetapan manusia yang ditugaskan dan diwakilkan
oleh Allah SWT untuk membangun dan memakmurkan dunia. Penugasan ini dikuatkuasakan
Allah dengan mengangkat manusia sebagai wakil-Nya(khalifah) dan pemegang amanahNya untuk
mentadbir dan memajukan kehidupan dunia. Dalam erti kata lain istikhlaf merupakan satu prinsip
dengan jelas dan tegas menzahirkan penugasan Ilahi ke atas manusia iaitu untuk menjadi pengurus
dunia.”

Kedudukan ini meletakkan individu untuk menjaga semua kurniaan Allah S.W.T dalam keadaan
keadaan yang baik. Khalifah bermaksud penjaga khazanah, dan penjaga itu hendaklah memelihara
alam dan kehidupan berdasarkan akidah dan syariah Islam. Tidak boleh sama sekali memberi
kemudharatan kepada manusia dan alam.

iii. Kebenaran

Ab Mumin (2006) menjelaskan akan kebenaran di mana;

“Jikalau segala ciptaan adalah atas asas kebenaran, maka manusia yang tergolong dalam
penciptaan ini juga harus menegakkan kebenaran. Oleh itu tentulah kebenaran ini menuntut
supaya pengurusan itu dilaksanakan atas kebenaran juga. Implikasinya ialah, segala fakta yang
dikemukakan haruslah benar. Harus wujud keterbukaan atau ketulusan dalam pengurusan, tidak
ada orang yang harus menolak kebenaran walaupun menjejaskan kedudukan atau perasaan
mereka. Segala perkaraharus diteliti dengan halus supaya kebenaran akan timbul, dan bukan boleh

4
diselindung atau “disapu di bawah tikar”. Kebenaran harus dituntut atau dicari walaupun ia akan
memakan masa, belanja, atau tenaga yang banyak”.

iv. Ihsan

Ihsan dari segi bahasa berasal daripada perkataan Bahasa Arab ( ‫ ) أحسن‬yang terbina daripada huruf
ha, sin dan nun ( ‫ ) ح س ن‬yang membawa maksud ‘berbuat baik, memperbaikkan binaannya, tekun
melaksanakannya’ (al-Mu’jam al-Wasit). Ihsan meliputi setiap perbuatan manusia. Al-Zuhaili
(2011) mentafsirkan perkataan ihsan iaitu;

‘berbuat baik dalam ayat di atas kepada ihsan terhadap ibu bapa iaitu dengan mentaatinya dalam
perkara kebaikan, berkhidmat untuknya, menunaikan hajatnya, dan tidak menyakitinya. Ihsan
terhadap kerabat dengan menyambung tali silaturrahim. Ihsan terhadap anak yatim dengan
berlemah lembut dan mendidik mereka. Ihsan terhadap orang miskin dengan bersedekah dan
menyantuni mereka. Ihsan terhadap jiran yang juga mempunyai hubungan persaudaraan adalah
dengan membina kerjasama dan hubungan yang bahagia.’

5
3. Peranan Konsep Pengurusan

Sebuah organisasi perlu mempunyai satu matlamat yang betul dan matlamat tersebut semestinya
berkenaan dengan syariat dalam islam. Matlamat tersebut harus menepati prinsip di dalam islam.
Setiap perkara bagi orang Islam pada umunya mesti mematuhi prinsip tertentu, dan di dalam Islam
ia dikenali sebagai maqasid syariah. Secara jitunya, tujuan pengurusan Islam adalah berlandaskan
kepada maqasid syariah, antaranya ialah;

a. Menjaga Keselamatan Agama

Segala kegiatan yang dilaksanakan hendaklah dijaga agar tidak bercanggah dengan ajaran yang
berteraskan fahaman tauhid serta tidak menggugat akidah yang dianuti seseorang. Di dalam
pengurusan Islam, segala aktiviti dan tatacara seharusnya menjaga pegangan akidah ahli organisasi
tersebut Sebaliknya kegiatan yang meningkatkan keimanan dan keteguhan akidah perlu
dibudayakan.Menjaga keselamatan agama bermakna menjaga agama seseorang muslim itu supaya
tidak berubah atau tidak terjejas disebabkan anasir-anasir luar. Pada masa yang sama, menjaga
agama juga bermaksud menjaga akan kesucian dan ketinggian agama Islam. Sebagaimana firman
Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa, ayat 125;

َّ َ‫يم َحنِ ٗيف ۗا َوٱت َّ َخذ‬


ُ‫ٱّلِل‬ َ ‫ِن َوٱت َّ َب َع ِملَّةَ ِإب َٰ َر ِه‬ٞ ‫س ُن د ِٗينا ِم َّمن أَسلَ َم َوج َههۥُ ِ َّّلِلِ َو ُه َو ُمحس‬
َ ‫َو َمن أَح‬
١٢٥ ‫يم َخ ِل ٗيٗل‬َ ‫ِإب َٰ َر ِه‬
Bermaksud, “Dan siapakah yang lebih baik agamanya dari pada orang yang ikhlas menyerahkan
dirinya kepada Allah, sedang diapun mengerjakan kebaikan, dan ia mengikuti agama Ibrahim
yang lurus?”

b. Menjaga Keselamatan Nyawa

Salah satu tujuan atau maqasid al-syariah ialah menjaga dan memelihara jiwa (nyawa) serta tubuh
badan manusia. Ia meletakkan kewajiban ke atas seseorang itu untuk memelihara nyawanya sendiri
dan juga nyawa orang lain. Ini sejajar dengan firman Allah yang berbunyi;

6
َ َ‫سا بِغَي ِر نَف ٍس أ َو ف‬ َ َۢ ‫ي إِس َٰ َٓر ِءي َل أَنَّهۥُ َمن قَت َ َل نَف‬ َٰ
‫ض‬ ِ ‫س ٖاد فِي ٱۡلَر‬ ٓ ِ‫ِمن أَج ِل ذَ ِل َك َكتَبنَا َعلَ َٰى بَن‬
ِ َ‫سلُنَا ِبٱل َب ِي َٰن‬
‫ت‬ ُ ‫يع ۚا َولَقَد َجا ٓ َءت ُهم ُر‬
ٗ ‫اس َج ِم‬ َ َّ‫يعا َو َمن أَح َياهَا فَ َكأَنَّ َما ٓ أَح َيا ٱلن‬ ٗ ‫اس َج ِم‬َ َّ‫فَ َكأَنَّ َما قَت َ َل ٱلن‬
ِ ‫ث ُ َّم ِإ َّن َكثِ ٗيرا ِمن ُهم َبعدَ َٰذَ ِل َك فِي ٱۡلَر‬
٣٢ َ‫ض لَ ُمس ِرفُون‬
Bermaksud, “Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) yang demikian itu, Kami tetapkan atas
Bani Israil, bahawasanya sesiapa yang membunuh seorang manusia dengan tiada alasan yang
membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi,maka
seolah-olah dia telah membunuh manusia semuanya, dan sesiapa yang menjaga keselamatan
hidup seorang manusia, maka seolah-olah dia telah menjaga keselamatan hidup manusia
semuanya”.

Jelas di atas bahawa, prinsip pengurusan Islam seharusnya berpaksikan kepada maqasid syariah,
dan salah satunya memelihara nyawa seseorang tidak kira agama dan sebagainya. Tidak boleh
sama sekali tatacara atau praktis organisasi menjejaskan akan kesejahteraan agama kecuali unsur
darurat wujud di dalam hal itu.

c. Menjaga Akal

Menjaga akal dan pemikiran merupakan salah satu daripada matlamat syariah Islam. . Melalui
keistimewaan inilah manusia diberikan status sebagai khalifah untuk memakmurkan bumi
bersesuaian dengan ketentuan dan perintah Allah s.w.t. Melaluinya manusia dapat mengeksploitasi
segala anugerah alam untuk kesejahteraan manusia. Bersesuaian dengan tujuan ini dan agar akal
dapat berfungsi dengan sewajamya, syariah Islam telah menegaskan mengenai kepentingan untuk
menuntut dan menguasai ilmu pengetahuan. Firman Allah s.w.t.

١ َ‫ٱق َرأ ِبٱس ِم َر ِب َك ٱلَّذِي َخلَق‬


Bermaksud, “"Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah mencipta. . .”

Oleh itu, akal dan pemikiran perlu dijaga kerana merupakan anugerah Allah yang paling berharga
kepada manusia. Akal dan pemikiran juga merupakan keistimewaan daripada Allah SWT yang
membezakan manusia dan makhluk yang lain. Akal bukan sahaja perlu dijaga, tetapi perlu
disuburkan fungsinya pembacaan demi kebaikan umat sejagat. Syariah Islam juga dalam usahanya

7
menjamin kewarasan dan kekuatan berfikir telah mengharamkan sebarang bentuk perlakuan yang
boleh untuk menjejaskan fungsi akal.

d. Menjaga Harta

Menjaga dan memiliki harta merupakan salah satu tujuan atau maqasid syariah. Tt Tidak dapat
dinafikan bahawa kehidupan yang sempuma bagi sesorang manusia juga amat berkait rapat dengan
pemilikan dan penguasaan terhadap harta. Menyedari hakikat inilah, syariah Islam telah
menggariskan peraturan, hukum dan undang- undangnya yang tersendiri dalam soal kehartaan.
lanya dibincangkan secara meluas di dalam displin dan bidangnya yang tersendiri yang dikenali
sebagai Fiqh Muamalat Umumnya, bidang ini telah menggariskan prosedur-prosedur tertentu
bermula sejak dari usaha untuk memiliki, menguasai dan membelanjakan sesuatu harta. Firman
Allah s.w.t di dalam surah al-Maidah, 38;

ٌ ‫ٱّلِلُ َع ِز‬
٣٨ ‫يم‬ٞ ‫يز َح ِك‬ ۗ َّ َ‫سبَا نَ َٰ َك ٗٗل ِمن‬
َّ ‫ٱّلِلِ َو‬ َ ‫طعُ ٓوا أَي ِديَ ُه َما َجزَ آ َۢ َء بِ َما َك‬
َ ‫ارقَةُ فَٱق‬
ِ ‫س‬َّ ‫ار ُق َوٱل‬
ِ ‫س‬َّ ‫َوٱل‬
Bermaksud, “Dan orang lelaki yang mencuri dan orang perempuan yang mencuri maka
(hukumnya ) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan dengan sebab apa yang telah mereka
telah usahakan ,(juga sebagai)suatu hukuman pencegahan daripada Allah, dan (ingatlah ) Allah
Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana”

4. Model Perancangan Strategik

Pengurusan strategik di dalam Islam menerima elemen kefleksibelan yang bersifat murunah (anjal)
demi mencapai maqasid syariah. Ahmad al-Raysuni (1995) menjelaskan maqasid syariah adalah
matlamat yang mahu dicapai oleh syariat Islam untuk kepentingan hamba-hambanya ketika

8
mensyariatkan sesuatu. Islam agama yang mudah, meskipun Islam telah menetapkan pelbagai
hukum dan batasan yang wajib diikuti oleh umat Islam, namun terdapat rukhsah (kelonggaran)
pada perkara furu‟ (cabang) mengikut kesesuaian masa dan keadaan. Dengan itu, sifat fleksibel
ini diterima di dalam Islam dan telah diamalkan sejak zaman kegemilangan Islam dahulu.

Ini menunjukkan, model perancangan strategik menurut Islam mestilah merangkumi beberapa
perkara seperti di dalam Maqasid Syariah iaitu;

a. Kelonggaran atau Rukhsah


b. Menjaga Maqasid keseluruhan
c. Menjaga Maslahah

Sebagai contoh tindakan Khalifah Umar Ibn al-Khattab mengadakan satu mesyuarat khas bagi
kesemua pemimpin dan pemerintah di dalam wilayah Islam semasa musim haji untuk memberi
peluang kepada rakyat menyatakan aduan atau mengemukakan kezaliman yang dilakukan oleh
pemerintah tanpa perasaan takut dan tindakan akan dikenakan ke atas pemerintah tersebut
(Nazrudin Hashim, 1998). Ini menunjukkan menjaga maqasid keseluruhan.

Islam juga menerima elemen keberkesanan kos pengurusan demi meningkatkan produktiviti dan
hasil kerja demi mengelakkan pembaziran (IKIM, 2009). Usaha ini akan tercapai apabila setiap
pihak yang terlibat di dalam bidang itu memiliki ilmu yang berkaitan sehingga mampu
meningkatkan mutu kerja di mana kos di sini adalah ilmu dan kemahiran. Hal ini berdasarkan hadis
sahih riwayat Muslim, Rasulullah SAW bersabda, mafhumnya : “Kalian lebih mengetahui tentang
urusan dunia kalian.”. Hadis ini berkaitan kisah penanaman kacukan pokok kurma yang dilakukan
oleh para sahabat dan Rasulullah SAW membiarkan urusan yang berkenaan terhadap pihak yang
mahir tentangnya bagi mendatangkan keuntungan.

Selain itu, elemen kerasionalan turut diterima oleh Islam supaya objektif dan tindakan tidak
berlawanan dengan hukum syarak serta mampu dilaksanakan oleh umat Islam (Sharifah Hayaati,
2010). Islam tidak akan membebankan umatnya melebihi kemampuan yang dimiliki berdasarkan
firman Allah SWT di dalam Surah al-Baqarah ayat 185;

‫ٱّلِلُ ِب ُك ُم ٱليُس َر َو ََل يُ ِريد ُ ِب ُك ُم ٱلعُس َر‬


َّ ُ‫يُ ِريد‬

9
Maksudnya : “Allah mengkehendaki kamu beroleh kemudahan dan ia tidak mengkehendaki kamu
menanggung kesukaran.”.

Elemen rasional di dalam Islam turut merancang dan meramal untuk jangka masa panjang
bersesuaian dengan keupayaan yang dimiliki. Sebagai contoh tindakan para sahabat
mengumpulkan al-Qur'an ke dalam beberapa mashaf bermula zaman Sayidina Abu Bakar (Che
Mohd. Azam, 1998). Rasionalnya tindakan ini dilakukan demi menyelamatkan al-Qur’an daripada
hilang dan berlakunya sebarang bentuk penyelewengan yang sudah tentunya akan menyusahkan
seluruh umat Islam masa hadapan.

Seterusnya, penekanan terhadap maslahah ammah di dalam perancangan strategik. Maslahah


ammah adalah hasil daripada kaedah masalih mursalah yang tidak terdapat sebarang hukum syarak
yang menjelaskan sama ada mengharuskannya atau mengharamkannya (Selamat Hashim, 2010).
Penggunaan kaedah ini melibatkan urusan seharian kehidupan manusia yang tidak terdapat dalil
yang menerima atau menolak selaras dengan matlamat syarak untuk memberi manfaat dan
keselesaan kepada manusia.

Pengabaian ke atas hak tersebut dikenali sebagai mafsadah (kerosakan). Maslahah yang ingin
dicapai itu juga mestilah sesuatu yang jelas dan bukannya sekadar sangkaan semata. Justeru setiap
perancangan yang dilakukan semestinya untuk memberi manfaat dan menegah kemudaratan serta
tidak dilakukan dengan sia-sia dan mampu dilaksanakan (Abd Karim Zaidan, 1994

5. Bentuk Perubahan Budaya Berlandaskan Syariat Islam

Budaya atau adat yang dilakukan oleh sesuatu umat atau kaum itu kadang-kadang bercanggah
dengan Islam. Namun, di dalam pengurusan organisasi dan perkara lain Islam tidak pernah

10
mengetepikan golongan wanita, bahkan menggalakkan mereka melibatkan diri. Oleh itu, terdapat
beberapa budaya yang memerlukan perubahan berdasarkan syariat Islam.

a. Pergaulan

Pergaulan antara lelaki dan perempuan di dalam Islam adalah dibataskan. Samada majlis sosial
dan sebagainya. Di dalam konsep pengurusan organisasi, bermesyuarat atau berbincang adalah
perkara yang sering terjadi – satu budaya yang sememangnya wujud. Oleh itu, budaya ini
memerlukan perubahan untuk membolehkan ianya dilakukan berlandaskan syariat. Di dalam
pergaulan di dalam sesebuah organisasi, komunikasi antara lelaki dan perempuan tidak dapat
dihalang. Oleh itu, Islam meletakkan landasan yang tetap untuk dijadikan panduan di dalam
pergaulan di antara lelaki dan perempuan di dalam sesebuah organisasi. Sebagaimana sabda
Rasulullah s.a.w, HR Tabarni;

“Jauhilah berkhalwat dengan perempuan. Demi (Allah) yang diriku berada dalam
genggaman-Nya, tidaklah berkhalwat seorang laki-laki dengan seorang perempuan kecuali
syetan akan masuk di antara keduanya.”

Imam Muslim meriwayatkan;

“Tidak dibolehkan seorang laki-laki melihat aurat (kemaluan) seorang laki-laki lain, begitu
juga seorang perempuan tidak boleh melihat kemaluan perempuan lain. Dan tidakboleh
seorang laki-laki berselimut dengan laki-laki lain dalam satu selimut baju, begitu juga seorang
perempuan tidak boleh berselimut dengan sesama perempuan dalam satu baju.” (HR.
Muslim).

Untuk membolehkan komunikasi di antara lelaki dan perempuan di dalam sebuah organisasi, garis
panduan syariat mesti dipatuhi dan budaya komunikasi yang sedia ada mesti mematuhi syariat.

b. Suara Wanita

Di dalam komunikasi antara lelaki dan perempuan, suara perempuan tampil lunak berbanding
lelaki dan ianya boleh menimbulkan fitnah,. Budaya bercakap sebegini mesti diubah, walaupun
Islam membenarkan komunikasi antara lelaki dan perempuan, terdapat perkara-perkara yang mesti
dibataskan. Ibnu Kathir berpendapat;

11
perempuan dilarang melakukan tindakan apa saja yg dapat mempengaruhi dan
membangkitkan syahwat lelaki dan oleh kerana itu perempuan dilarang memakai wangi-
wangian ketika keluar rumah, dalam hal ini nabi bersabda : “setiap pandangan mata adalah
zina dan perempuan apabila memakai wangi-wangian lalu dia berjalan melalui majlis
(lelaki) maka ia demikian dan demikian (berzina)”.

Budaya melaram oleh wanita di organisasi perlu dibataskan, cukup sekadar menutup cacat cela
dan tidak menarik perhatian kaum lelaki, dan pada masa yang sama lelaki mestilah tidak mata
keranjang.

c. Karenah Birokrasi

Tidak dinafikan, karenah birokrasi wujud di mana-mana. Budaya dalam organisasi adalah sesuatu
yang difaktor kan kepada ahli organisasi, oleh itu karenah birokrasi adalah hasil dari manipulasi
ahli terhadap sistem birokrasi untuk kepentingan diri sendiri. Di dalam Islam, wujdu birokrasi
tetapi berlandaskan prinsip yang telah dijelaskan oleh Allah s.w.t di dalam surah an-Nisa, ayat 58;

‫اس أَن تَح ُك ُموا ِبٱل َعد ۚ ِل‬


ِ َّ‫ت ِإلَ َٰ ٓى أَه ِل َها َو ِإذَا َح َكمتُم بَينَ ٱلن‬ِ َ‫ٱّلِلَ يَأ ُم ُر ُكم أَن ت ُ َؤدُّوا ٱۡل َ َٰ َم َٰن‬ َّ ‫۞ ِإ َّن‬
٥٨ ‫ص ٗيرا‬ ِ َ‫س ِمي َۢعَا ب‬ َ َ‫ٱّلِلَ َكان‬ َّ ‫ظ ُكم بِ ۗ ِ ٓهۦ إِ َّن‬
ُ ‫ٱّلِلَ نِ ِع َّما يَ ِع‬
َّ ‫إِ َّن‬
Bermaksud, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak
menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu
menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik baiknya
kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”

Oleh itu, budaya birokrasi boleh wujdu di dalam sesebuah organisasi tetapi mestilah berubah
mengikut acuan Islam.

d. Kehormatan Mengikut Pangkat

Di dalam sebua organisasi, wujud ahli yang mempunyai pangkat tersendiri. Ada yang mempunyai
pangkat yang tinggi dan ada yang mempunyai pangkat yang rendah. Jika dilihat kepada budaya
organisasi di Jepun, Korea Selatan dan China, mereka yang mempunyai pangkat yang tinggi
dihormati dan mereka iaitu ahli bahawan dipermainkan. Sedangkan di dalam Islam, budaya
sebegini tidak wujud kerana ianya melanggar prinsip Islam itu sendiri. Pangkat bermaksud beban,

12
dan bukanlah kelebihan. Oleh itu, budaya sebegini perlu melalui perubahan sebagaimana hadis
Rasulullah s.a.w;

.))‫ظ ُر إِلَى قُلُوبِ ُكم َوأَع َما ِل ُكم‬


ُ ‫ص َو ِر ُكم َوأَم َوا ِل ُكم َولَ ِكن يَن‬ ُ ‫ّللاَ َلَ يَن‬
ُ ‫ظ ُر إِلَى‬ َّ ‫ ((إِ َّن‬:‫ّللاِ صلى هللا عليه وسلم‬ ُ ‫ قَا َل َر‬:‫َعن أَبِى ه َُري َرة َ قَا َل‬
َّ ‫سو ُل‬
‫رواه مسلم‬

Bermaksud, “Dari Abu Hurairah ia berkata, Rasulullah bersabda: “Sesungguhnya Allah tidak
melihat kepada rupa kalian dan harta kalian akan tetapi Dia melihat kepada hati-hati kalian dan
perbuatan-perbutan kalian.” (HR. Muslim)

6. Kesimpulan

Konsep pengurusan Islam adalah berbeza dengan konsep pengurusan konvensional. Ini kerana,
pengurusan konvensional adalah berdasarkan dasar-dasar ciptaan manusia yang penuh dengan
kecacatan – manusia adalah makhluk yang tidak sempurna. Ia dipenuhi lubang-lubang yang
memberi peluang kepada kezaliman dan manipulasi demi kepentingan individu, sedangkan
pengurusan Islam adalah berdasarkan akidah dan berprinsipkan maqasid syariah yang jelas tidak
boleh ditolak mahupun diubah sesuka hati.

Konsep pengurusan Islam adalah berdasarkan prinsip maqasid syariah yang menjaga kesejahteraan
nyawa, agama, akal, harta benda sebagainya. Ia adalah bertepatan dengan kehendak Allah SWT.
Pada masa yang sama, ciri-ciri akidah di dalam pengurusan Islam memberi kelebihan kepada
pengurusan Islam untuk diubahsuai mengikut keperluan tetapi tidak lari dari jalan yang benar.

2924 Patah Perkataan

7. Rujukan
1. Ab. Mumin Ab. Ghani, 2006. ‘Sistem Pengurusan Islam: Tinjauan Menyeluruh dari Aspek
Konsep,’ dalam Dimensi Pengurusan Islam: Mengurus Kerja dan Mengurus Modal Insan,
ed. Ab. Mumin Ab. Ghani dan Fadillah Mansor;

13
2. Abdul Ghafar Don, 2007, Berhanundin Abdullah dan Zulkiple Abd. Ghani, Dakwah dan
Pengurusan Islam di Malaysia: Konsep dan Pelaksanaan (Bangi: Penerbit UKM;
3. Abdul Halim Ismail, 1987, ‘Penerapan Nilai-Nilai Islam dalam Pentadbiran dan
Pengurusan,’ Jurnal Dakwah 3;
4. Wan Liz Ozman, 1996, Pengurusan Islam Abad Ke-21, Utusan Publication
5. Izzaty Ulya Munirah binti Abd Aziz dll, 2015, Ihsan Dalam Pengurusan Organisasi Islam,
Prosiding Seminar Pengurusan Islam: Ke Arah Pemantapan Ummah;
6. Azman Che Omar, 2002, Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka;
7. Ahmad Ibrahim Abu Sin, 1991, Pengurusan dalam Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka;
8. Bahagian Hal-Ehwal Islam, Jabatan Perdana Menteri. 1990. Beberapa Konsep Tentang
Nilai-Nilai Islam: Rancangan Penerapan Nilai-Nilai Islam Siri 1. Kuala Lumpur: BAHEIS

14