Anda di halaman 1dari 12

Perbandingan Tamadun Melayu, Cina dan India

Dari Sudut Sosio Budaya, Ekonomi dan Pendidikan

di Malaysia

1.0 Pengenalan

Dalam bahasa Arab, terdapat beberapa perkataan yang menunjukkan maksud tamadun.
Ibnu Khaldun telah menggunakan perkataan ‘umran yang bermaksud “sifat-sifat tamadun”. Ibnu
Khaldun juga menggunakan istilah hadharah yang bermaksud “kehidupan menetap” (Mohd Nor
Jusoh, 2011)1

Tamadun ialah perkembangan dan pencapaian manusia mengikut arus peredaran


zaman. Setiap tamadun itu mempunyai keistimewaan tersendiri bahkan mampu memberikan
sumbangan kepada teknologi dunia pada hari ini. Muhammad Said Ramadhan (2004) 2
menyatakan tamadun adalah suatu hasil tindak balas antara manusia dengan alam dan
kehidupan. Sejurus perkara ini bermaksud bagaimana inisiatif manusia menjalani kehidupan
mereka di dunia. Penerangan bagaimana manusia berinteraksi dengan alam bagi meneruskan
kemandirian hidup, maka dari sini bermulanya tamadun.

Malaysia satu-satunya negara yang terkenal dengan masyarakatnya yang majmuk yang
terdiri daripada pelbagai kaum seperti Melayu, Cina dan India. Oleh itu, Malaysia kaya dengan
kepelbagaian budaya, seni dan kesusasteraan.

Wujudnya tamadun Melayu ini apabila tibanya Islam ke Alam Melayu. Ramai ahli sejarah
mengkaji tentang sejarah kedatangan Islam namun tidak mendapatkan bukti secukupnya.
Terdapat tiga pendapat utama mendebatkan mengenai punca arah kedatangan agama Islam
iaitu dari tanah Arab, China dan India.

Tamadun Cina merupakan salah satu tamadun tertua selepas tamadun Mesopotamia dan
tamadun Mesir. Warisan peninggalannya masih memberi kesan kepada kepada perkembangan
tamadun Cina pada masa kini. Tertubuh tamadun ini adalah disebabkan kawasannya

1
Mohd Nor Jusoh, (2011), Tamadun Islam dan Tamadun Asia, Kuala Lumpur, Sarjana Media. hlmn 11
2
Al-Buti, Muhammad Said Ramadan, (2004), Islam Hadhari: Dalam Pembangunan Insan. Terj. Muhammad Ramzi
Omar, Putrajaya: Yayasan Islam Hadhari.

1
berhampiran lembah Sungai Hwang Ho dan mereka mengamalkan pertanian. Sumber pertanian
tersebut menampung kestabilan ekonomi tamadun Cina.

Dalam tugasan ini, saya menghuraikan serba sedikit mengenai tamadun Melayu, Cina
dan India dari segi sosio budaya, ekonomi dan pendidikan.

2.0 Sosio budaya

Sosiobudaya merupakan satu gaya hidup bagi sesuatu masyarakat berdasarkan


pegangan hidup mereka bagi mencapai pembangunan dalam sesebuah masyarakat. Permulaan
tamadun Melayu ini berlaku setelah kewujudan tamadun Islam. Oleh itu, Islam menjadi jiwa dalam
keseluruhan sosial dan budaya orang Melayu (Zainal Kling, 1980)3.

Masyarakat di Tanah Melayu sebelum Kesultanan Melayu Melaka hidup beragamakan


kepercayaan Animisme dan Hinduisme. Ali Mohammad (2011) 4 menyatakan bahawa agama
Hindu boleh dikatakan menjadi anutan kebanyakan masyarakat atasan seperti golongan istana
kerana ianya amat sesuai untuk menjaga kepentingan sosial dan politik mereka sendiri.
Manakala, rakyat biasa selalunya menganut dan berpegang kepada kepercayaan Animisme.
Maka, tidak hairanlah sekiranya terdapat percampuran adat Hinduisme dan Animisme dalam
kalangan Melayu.

Noriati (2005)5, menyatakan nilai dalam masyarakat Melayu mempunyai tiga penjuru iaitu
hubungan manusia dengan Tuhan, manusia dengan manusia dan manusia dan alam. Dari ketiga-
tiga ini, Melayu sangat mementingkan hubungan manusia dan Tuhan. Tuhan telah menyatakan
apa yang baik dan apa yang buruk bagi manusia. Mereka menuruti sahaja perintah Allah. Oleh
itu, nilai dalam kehidupan orang Melayu bersandarkan al-Quran dan Hadith (Wan Abd Kadir,
2000)6.

3
Zainal, K. (1980, Mac 10-11). Sistem Nilai Tradisi Melayu. Kertas Kerja Dalam Seminar Nilai Dan Norma
Masyarakat Melayu.hlmn 3
4
Ali, M. (2011). Sumbangan Tamadun Islam Dalam Kehidupan Masyarakat di Alam Melayu Hingga Abad ke-17M.
Al-Tamaddun, 3(1), 68-84.
5
Noriati, A. R. (2005). Nilai Kesantunan Dalam Konteks Sosiobudaya Masyarakat Melayu. Jurnal Pengajian Melayu,
15, 232-253.
6
Wan Abdul Kadir, M. (2000). Tradisi Budaya Melayu Berteraskan Islam. Jurnal Pengajian Melayu, 8, 82-97.

2
Nilai-nilai sangat ditekankan dalam masyarakat Melayu misalnya nilai berbahasa dan nilai
menghormati orang tua. Dalam meningkatkan sistem nilai, orang Melayu menggunakan konsep
malu, harga diri dan maruah (Wan Abd Kadir, 2000)7. Ketinggian martabat bangsa Melayu dahulu
adalah terletak pada ketinggian akhlak dan tatasusilanya. Menurut Shuhairimi Abdullah (2004)8,
kebanyakan penulisan sarjana Melayu turut mengatakan faktor kegemilangan peradaban Melayu
disebabkan masyarakat pada ketika yang mencapai kehalusan tatasusila dan kebudayaan yang
luhur.

Dari sudut sistem sosial kemasyarakatan Melayu didapati sistem ini menggariskan setiap
manusia itu mempunyai taraf yang sama dan hanya iman dan takwa membezakan mereka.
Rahimin Affandi (2005) 9 , menyatakan bahawa punca utama Islam diterima oleh masyarakat
Melayu adalah disebabkan kesucian dan kesempurnaan ajaran Islam yakni cakupan agama
Islam tidak bersifat perkauman yang terhad kepada sesuatu bangsa semata-mata, tetapi
merangkumi kesemua ras manusia sedunia yang dibina di atas asas persaudaraan (ukhuwah).
Asas persaudaraan ini juga tidak menerima segala bentuk pembahagian kasta manusia yang
mengakui semua manusia adalah sama martabatnya di sisi Allah.

Dalam sistem kekeluargaan masyarakat Melayu telah berlaku perubahan seperti


perkahwinan. Hukum syarak memainkan pengaruh yang besar dan dicatat dalam Hukum Kanun
Melaka. Misalnya, menetapkan adanya wali bagi pengantin perempuan dinyatakan dalam Fasal
25.1 dan upacara ijab kabul Fasal 25.2 (Azmah Abdul Manaf, 2001).10 Tanggungjawab suami
isteri, tanggungjawab ibu bapa dan tanggungjawab anak-anak terhadap ibu bapa turut diterap
dalam membentuk keluarga yang harmoni.

Sosiobudaya tamadun Cina berpegang kepada fahaman Konfusiusisme. Ririn Darini


11
(2008) menyatakan Fahaman ini mengusulkan manusia berfikir sendiri. Dalam fahaman ini
sangat menekankan pendidikan moral dan antara dasarnya budi pekerti, perikemanusian,

7
Ibid.hlmn 84
8
Shuhairimi, A. (2004). Konsep Asas Pembinaan Tamadun Islam Dalam Menjana Masyarakat Hadhari. Pencetus
Warisan Minda.hlmn.31
9
Rahimin Affandi Abd. Rahim. 2005. Citra Islam dalam pembentukan manusia melayu moden di Malaysia: satu
analisa. Dlm. Jurnal Pengajian Melayu. Jil 15. Penerbit: Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti
Malaya.
10
Azmah, A. M. (2001). Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia. Kuala Lumpur: Lohprint Sdn. Bhd.
11
Darini, R. (2008). Pendidikan Dalam Pemikiran Konfusius.Diperoleh daripada
http://staff.uny.ac.id/system/files/penelitian/Ririn%20Darini,%20SS.,M.Hum./PENDIDIKAN%20DALAM%20PEMIKI
RAN%20KONFUSIUS.pdf

3
manusia bijak dan bakti anak.Dalam hierarki sosial masyarakat Cina menganggap para ilmuwan
dan petani golongan tertinggi.12(Ahmad Nasir, t.t.)

Dalam sistem kekeluargaan, masyarakat Cina lebih mengiktiraf kuasa sebelah bapa.
Sekiranya terdapat pembahagian harta maka anak lelaki akan lebih diutamakan berbanding anak
perempuan. Mereka turut menekankan adab dalam keluarga misalnya anak perlu menghormati
ibu bapa.

Dalam kemasyarakatan tamadun India mempunyai hierarki dalam sosial. Budaya


masyarakat India ialah pengamalan kehidupan berkasta. Terdapat empat peringkat kasta iaitu
Brahmin, Ksatriya, Vaisya dan Sudra. Dalam falsafahnya, setiap golongan mempunyai peranan
masing-masing. Kegagalan dalam memainkan peranan akan menunjukkan kelemahan dalam
masyarakat. Di Malaysia, sistem ini sudah tidak digunapakai oleh masyarakat India kerana
dianggap tidak relevan. Namun masih terdapat minoriti yang masih mengamalkannya.

Wanita dalam kalangan masyarakat India telah dihadkan kepada aktiviti rumahtangga.
Mereka tidak dibenarkan terlibat dalam pendidikan. Mereka yang kematian suami dianggap tidak
berhak untuk hidup dan harus dibakar bersama mayat suami.

Tamadun Perbezaan Persamaan


Melayu - Menjalani kehidupan - Anak mesti menghormati
berasaskan akidah yang ibu bapa.
benar. - Mengutamakan waris
- Bersumberkan Al-Quran sebelah bapa
dan Sunnah - Sangat mementingkan
- Semua manusia adalah akhlak dalam pembinaan
sama hanya iman yang masyarakat bertamadun
membezakannya.
Cina - Mempunyai hierarki
dalam sosial masyarakat

12
Ahmad Nasir, M. Y. (t.t). Tamadun India (Konsep Tamadun India). Didapatkan Mac 25, 2017, daripada
http://www.vodppl.upm.edu.my/uploads/docs/Bab%209%20TI%20(Konsep%20Tamadun%20India).pdf

4
- Menggunakan fikiran
untuk melakukan
perubahan
- Tiada ibadat khusus dan
menekankan kepada
pendidikan moral
India - Mengamalkan sistem
kasta
- Martabat wanita
dipandang rendah

Jadual 1

3.0 Ekonomi

Marshall mengatakan ekonomi adalah ilmu yang bergandingan dengan mempelajari


usaha-usaha individu dalam ikatan pekerjaan-pekerjaan kehidupan manusia, bagaimanapun ia
memperolehi pendapatan bagaimana pula ia mempergunakan pendapatan itu (Mohd Nor Jusoh,
2011).13

Hasanuzzaman dalam Mohd Nor Jusoh (2011) 14 mentakrifkan ekonomi Islam sebagai
ilmu pengetahuan dan pengggunaan perintah peraturan syariat demi melindungi ketidakadilan
dalam perolehan sumber asli bagi tujuan memenuhi kepuasan manusia dan bagi membolehkan
mereka melaksanakan tanggungjawab terhadap Allah dan masyarakat seluruhnya.

Kaum Melayu dahulu sangat terkenal dengan kemahirannya dalam perniagaan. Para
pembesar juga turut terlibat dalam perniagaan. Menurut Mohd Koharuddin (2005)15, Kehebatan
dan kecekapan masyarakat Melayu berdagang menyebabkan pedagang Eropah sendiri sukar

13
Mohd Nor Jusoh, op. cit. hlmn 155
14
Ibid.hlmn 154
15
Mohd Koharuddin Mohd Balwi, Peradaban Melayu, Jurnal Pengajian Melayu, Jilid 15, 2005

5
untuk bersaing dengan mereka menyebabkan mereka telah bertindak menyerang dan merampas
perdagangan alam Melayu ini melalui kuasa ketenteraan.

Kejayaan masyarakat Melayu dalam perniagaan disebabkan pengamalan terhadap


muamalat Islam. Misalnya dalam Hukum Kanun Melaka Fasal 30 (lampiran A) menyatakan
berkenaan hukum dan tatacara berniaga. Syarat sah berjual beli dan barangan yang sah serta
haram diperniagakan. Pengharaman pengambilan riba. (Muhammad Yusoff Hashim, 1990)16

Islam turut menggalakkan amalan saling membantu dalam kehidupan masyarakat


misalnya pembayaran zakat, sedekah dan wakaf. Amalan-amalan ini akan mewujudkan sifat
tanggungjawab, kasih dan timbang rasa terhadap setiap individu dalam masyarakat. Baitulmal
turut diwujudkan bagi membantu perkembangan ekonomi negara melalui sumber kutipan cukai
daripada golongan bukan Islam. Tujuannya bukan sekadar kegiatan pembangunan negara
bahkan untuk kebajikan orang-orang yang memerlukan. (Mohd Nor Jusoh, 2011)17

Kemahiran masyarakat Cina dalam perniagaan tidak dapat dinafikan kehebatannya


sehingga kini. Menurut Rusdi Omar (2006)18, China kini sedang mengalami perubahan ekonomi
pantas. Kebanyakan pelaburan asing berfokus di China. Mereka mendapat untung yang banyak
hasil daripada perniagaan.

Namun begitu, mereka tidak jujur dan mempunyai banyak taktik untuk menipu semasa
urusan perniagaan dijalankan. Oleh itu, dalam susunan hierarki sosial dalam tamadun Cina
meletakkan pedagang pada tahap paling rendah kerana mereka gemar menipu dalam
perniagaan.

Kegiatan ekonomi tamadun India berasaskan pertanian dan perusahaan. Pada awal
kemunculan tamadun, mereka menanam kapas di Lembah Indus. Kemudian beralih kepada
perusahaan (Nik Hassan Suhaimi dll, 2002)19 Mereka turut menjalinkan hubungan perdagangan
dengan tamadun lain seperti tamadun Cina.

16
Muhammad Yusoff Hashim, 1990, Kesultanan Melayu Melaka, Kajian Beberapa Aspek Tentang Melaka abad ke-
15 dan abad ke-16 Dalam Sejarah Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.hlmn 394
17
Mohd Nor, J. op. cit.hlmn 140
18
Rusdi, O. (2006). China dan Kuasa Hegemoni Baru Ekonomi. IJMS, 1-38.
19
Nik Hassan Suhaimi dll, 2002, Buku Teks Sejarah Tingkatan 4, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

6
Tamadun Perbezaan Persamaan
Melayu - Pengharaman riba dan - Pengamalan sikap
menipu dalam meniaga keterbukaan.
- Membantu masyarakat - Menggunakan sistem
yang memerlukan melalui pertukaran wang.
zakat, sedekah dan wakaf - Menjalinkan hubungan
- Mewujudkan baitulmal antara tamadun-tamadun
bagi bagi membantu lain
perkembangan ekonomi
negara
Cina - Mengambil untung secara
berlebihan
- Menggunakan pelbagai
taktk untuk menipu
- Pedagang bermartabat
rendah dalam hierarki
masyarakat
India - Hanya golongan
bangsawan boleh
berdagang
Jadual 2

4.0 Pendidikan

20
Pendidikan penting dalam pembangunan ketamadunan. Awang Sariyan (2005)
menyatakan pendidikan merupakan proses kehidupan manusia yang sama tuanya dengan
kewujudan manusia itu sendiri.

Bahasa merupakan pendidikan pertama yang bermula bersama kewujudan manusia.


Ulama-ulama Islam dari zaman ke zaman mengistilahkan manusia sebagai haiwan natiq (rational

20
Awang Sariyan, (2005), Pendidikan, Bahasa dan Pendidikan Bahasa dalam Hubungannya dengan Pembinaan
Tamadun. DP, 1-23.

7
animal), dengan kata natiq itu, selain merujuk kepada akal, sebenamya turut merujuk kepada
pertuturan atau bahasa (al-Attas, 1991) 21. Dalam erti lain bermaksud kewujudan manusia ini
adalah disebabkan wujudnya akal dan kemampuan berbahasa.

Kedatangan Islam ke Tanah Melayu telah memberi kesan terhadap pendidikan. Sebelum
kedatangan Islam hanya golongan bangsawan menerima pendidikan. Selepas kedatangan Islam,
golongan bawahan mula diberi pendidikan. Permulaan sistem pendidikan hanya berlaku dalam
istana. Istana dijadikan perpustakaan dan tempat penterjemahan ilmu. Kemudian beransur-ansur
memberikan pendidikan kepada golongan rakyat seperti diadakan pengajian di rumah maulana,
madrasah, surau dan masjid. (Mahayuddin, 2000)22

Masyarakat Melayu mempunyai pendidikan melalui kesusasteraan. Dalam kesusasteraan


misalnya dalam pantun, syair dan hikayat memiliki unsur nasihat. Menurut Othman Puteh (1998)23
sastera remaja seharusnya memberikan pendidikan dan hiburan kepada masyarakat, bahan
yang terkandung juga dapat mengasuh dan mengasah kecerdasan penghayatan nilai-nilai
kemanusiaan, kemasyarakatan dan segala sesuatu yang berhubung dengan keperluan
kehidupan.

Semasa era penjajahan British, orang Melayu menuntut ilmu di pondok dan menfokuskan
kepada ilmu agama. Kemudian kemunculan kaum muda pada sekitar lewat abad ke-19
menyebabkan kesedaran terhadap kepentingan pendidikan dalam kalangan orang Melayu
semakin tinggi. Golongan wanita turut diberi peluang menuntut ilmu. Gerakan ini dipimpin oleh
Sayid Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Rashid Rida (Fadhulullah Jamil, 1997)24. Kamarul
Azmi (2007) 25 menjelaskan ideologi mereka adalah bersandarkan kemodenan Barat tanpa
mengenepikan Islam. Gerakan ini sangat aktif dalam penubuhan pondok dan madrasah sebagai
pusat pengajian.

Wan Mohd Nor, (t.t) menyatakan ilmu dalam pandangan masyarakat Cina, khasnya dari
fahaman Konfusiusme Baru dipengaruhi oleh penekanan kepada amal. Bagi pemikiran mereka,
amal adalah sangat penting berbanding ilmu.

21
al-Attas, Syed Muhammad Naquib. (1991). Tujuan dan objektif Pendidikan Islam. (ferjemahan
Shamsuddin Jaafar), Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
22
Mahayuddin, 2000, Tamadun Islam, Shah Alam: Fajar Bakti, hlm. 313
23
Othman Puteh. (1998). Tanggapan terhadap kesusasteraan remaja. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
24
Prof Madya Dr. Fadhlullah Jamil (1997), Islam Zaman Moden: Cabaran Dan Konflik, Thinker‟s Library, h. 117.
25
Kamarul Azmi Jasmi (2007), Pembaharuan Dalam Dunia Islam, Universiti Teknologi Malaysia, h. 98.

8
Oleh yang demikian, mereka kurang mempunyai falsafah formal seperti bidang logik dan
cara perolehan ilmu. Mereka hanya mengambil ilmu yang boleh diamalkan bertujuan kepentingan
diri. Kecenderungan terhadap amali inilah menyebabkan mereka banyak menyumbang kepada
perkembangan teknologi dalam tamadun mereka.

Masyarakat Cina sejak dahulu amat menitikberatkan sistem pendidikan dan golongan
intelektual sangat mereka hormati. Mereka menghargai pendidikan kerana matlamat utama
mereka untuk lulus peperiksaan awam kerajaan Kemungkinan disebabkan itu segelintir mereka
berjaya dengan cemerlang dalam peperiksaan hari ini.

Ketika era penjajahan British, disebabkan masyarakat Cina menyedari kepentingan


pendidikan, British tidak memberi pendidikan kepada anak Cina. Namun, masyarakat Cina sendiri
yang mendirikan sekolah menggunakan dana mereka dan tenaga pengajar dari China.

“The enthuasiasm for education which is no characteristic of post-revolutionary China


has been found an echo among Chinese of Peninsula…Since 1911, however, the
Chinese have founded many schools to give their children a modern education in their
own tongue. Some few free schools maintained by the sponsored of individual; others
run by District Societies.”

(Report in The Federated Malay Stateds, 1901 & Penyata Tahunan Residen-Jeneral,
Negeri-Negeri Melayu Bersekutu, 1901)

India pula lebih menekankan kepada ilmu paling abstrak. Kepentingan ilmu wujud adalah
disebabkan berkait keperluan dalam agama (Wan Mohd Nor, t.t.) 26 . Misalnya wujud ilmu
astronomi adalah disebabkan penyembahan kepada matahari, bulan dan bintang. Pemerhatian
dilakukan bertujuan mengenal tarikh bagi kesesuaian perayaan mereka.

Menurut Majumdar dalam Wan Mohd Nor (t.t.) 27 beberapa buah kitab Veda dijadikan
sebagai sumber ilmu mereka. Bagi mereka Dengan mempelajari ilmu-ilmu dalam kitab veda, ilmu
tersebut akan ditinggalkan pada usia tua dan mereka akan hidup dalam alam pertapaan untuk
mencapai tingkat nirwana.

26
Wan Mohd Nor Wan Daud. (t.t.). Budaya Ilmu Sebagai Asas Pembangunan Tamadun. Jurnal
Pendidikan Islam. 51-67.hlmn 58
27
Ibid.

9
Dari sudut sejarah Malaysia, India kurang kesedaran dalam bidang pendidikan. Hal ini
kerana mereka menetap di kawasan estet dan hanya berfokuskan kepada pekerjaan sara diri.
Faktor lain seperti pengamalan sistem kasta kemungkinan menjadikan masyarakat India ini
kurang kesedaran terhadap ilmu. Profesor P.T. Raju dalam Wan Mohd Nor (t.t.)28 menghuraikan
perkara ini seperti berikut: “Golongan dari kasta Sudra tidak dibenarkan membaca Vedas tetapi
digalakkan memahami ajarannya melalui karya sampingan.”

Namun, pihak British memberi bantuan dalam mendirikan sekolah.Menurut Khairi Arifin
(1985) 29 kemajuan ladang-ladang telah menyebabkan sekolah-sekolah kecil diwujudkan di
kawasan ladang berkenaan iaitu di Province Wellesley, Melaka dan Johor Utara merebak ke
seluruh bahagian Tanah Melayu apabila ianya diperlukan oleh masyarakat India (Persekutuan
Tanah Melayu, Annual report on Education for. 1954)

Tamadun Perbezaan Persamaan


Melayu - Mementingkan ilmu - Menghormati golongan
akidah sejak kecil ilmuwan
- Mempelajari kitab-kitab - Menerapkan akhlak dan
arab di pondok moral melalui
- Semua golongan wajib kesusasteraan.
mempelajari ilmu - Mementingkan ilmu
Cina - Menekankan amal keduniaan seperti
berbanding ilmu astronomi, matematik dan
- Mengamalkan sistem sains.
peperiksaan
- Mempelajari ilmu yang
mempunyai kepentingan
sahaja

28
Ibid.hlmn 59
29
Khairi, A., Mohd Kamal, K., & Adnan, J. (1985). Perbandingan Pendidikan Cina dan Pendidikan India Era British di
Tanah Melayu. Jurnal Perspektif, 29-38.

10
India - Golongan hamba tidak
boleh membaca veda
- Golongan wanita tidak
dibenarkan terlibat
dengan pendidikan
- Menuntut ilmu yang
berkaitan keperluan
agama.
Jadual 3

5.0 Kesimpulan

Berdasarkan maklumat di atas, pemerhatian yang dapat dibuat ialah setiap tamadun itu
mempunyai ciri keunikan tersendiri. Ketiga-tiga tamadun ini telah bertemu dari segi sosio budaya,
ekonomi dan pendidikan di Malaysia. Oleh itu, peluang ini perlu digunakan sebaik-baiknya untuk
membentuk sebuah tamadun Malaysia yang berjaya dan maju. Pada pengetahuan kita,
perbezaan ciri dalam sesebuah tamadun perlu dimanfaatkan kerana perkara ini saling membantu
menutup kecacatan yang terdapat dalam sesebuah tamadun menuju kepada kesempurnaan.
Misalnya interaksi antara Cina-India membolehkan mereka saling bertukar teknologi bagi
meningkatkan ekonomi masing-masing.

Inilah antara hikmah Allah mencipta manusia dalam pelbagai kaum, warna kulit dan
bahasa untuk berkenalan. Allah berfirman dalam surah Al-Hujurat ayat 13:

ُُّّۡ ُ ‫آُُ يًُُّّ۬ۚ ِإ َّن ُُّّأ َ ُّۡك َر َم‬


َ ‫اُّوَََٓايَ َلُّ ِلَ َ َع‬
َ ‫ً۬ا‬ ُ ُّ ۡ ُ ٰٰٰٓٓٓ‫ُّو َج َع ۡلنَ َـ‬
ٍ۬ ُ‫ُع‬ َ ‫ُّوأُنث َ َى‬
َ ‫اسُّ ِإنَّاُّ َخلَ ۡقنَ َـٰٰٰٓٓٓ ُ ُّ ِمنُّذَ َك ٍ۬ر‬ُ َّ‫يَ َـيٰٰٰٓٓٓ َيُّ َُّهاُّٱلن‬
ُّ ‫يرُّ۝‬ ٌُّ ٍ۬ ِٓ‫ُّٱَّللَُّ َع ِلي ٌ ُّ َخ‬
َّ ‫ُّٱَّللُِّأ َ ۡتقَ ََ ُ ُُّّۡۚإِ َّن‬
َّ َ‫ِعند‬
Maksudnya: Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan
perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu
berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-
mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih
keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam
PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

11
Dalam meningkatkan kualiti tamadun Malaysia perlu mempunyai persefahaman yang baik
antara ketiga-tiga kaum ini. Seharusnya amalan yang baik perlu diambil daripada sesebuah
tamadun bagi kemaslahatan negara seperti kesungguhan pengamalan ilmu dalam tamadun Cina
diaplikasikan dalam pendidikan di Malaysia.

Ideologi yang tidak relevan perlu disingkirkan daripada pemikiran seperti melarang
golongan-golongan tertentu menuntut ilmu. Sepatutnya dalam pembinaan tamadun yang hebat
perlu mementingkan aspek keilmuan dan perlu menolak aspek keturunan misalnya sistem kasta.
Hal ini tidak memberikan apa-apa faedah kepada negara bahkan memundurkan negara.

Penzaliman ke atas manusia dalam ekonomi sepatutnya dielakkan. Perkara ini tidak adil
dan berlaku penindasan yang teruk kepada golongan miskin. Golongan kaya akan terus manjadi
kaya dan golongan miskin akan terus menjadi miskin sehingga ke akhir hayat. Dari sudut kaca
mata lain seharusnya aspek perikemanusiaan harus ditekankan dalam peradaban tamadun
manusia.

12

Anda mungkin juga menyukai