Anda di halaman 1dari 7

MELAHIRKAN GURU BERKETERAMPILAN

Guru merupakan anak kunci kepada penghasilan pendidikan berkualiti kerana melalui guru atau pendidik di peringkat
sekolah,sesebuah negara boleh mencapai matlamat,aspirasi.visi dan misinya.Gurulah yang menjadi penggerak
pencapaian segala cabaran yang tersimpul dalam Wawasan 2020 dan era seterusnya.Negara kita perlu memerlukan
guru yang unggul bagi membolehkan menangani cabaran-cabaran masa depan.Bagi melahirkan guru yang berkualiti dan
berketerampilan seseorang guru perlu bersedia dan peka terhadap perkembangan pendidikan dari masa ke semasa.

2.0 Melahikan guru berketerampilan

2.1.Pengetahuan

Bagi melahirkan guru berketerampilan,seseorang guru itu perlu menguasai ilmu pengetahuan yang luas.Hal ini demikian
kerana,penguasaan ilmu sangat penting supaya apabila mengajar kelak dapat membantu guru dari segi persediaan
mental dan emosi.Antara perkara penting dari segi aspek pengetahuan untuk melahirkan guru yang berketerampilan
adalah pedagogi iaitu pengajaran dan pembelajaran,pengurusan dan pentadbiran,pengukuran dan penilaian iaitu
ditinjau dari penyelidikan tindakan serta aspek pembaharuan kurikulum.

2.1.1 Mempelbagai kaedah pedagogi

Pedagogi atau lebih dikenali sebagai pengajaran dan pembelajaran sememangnya sangat penting kepada setiap bakal
guru.Hal ini demikian kerana pedagogi adalah satu proses perancangan yang strategik kepada guru sebelum memulakan
pembelajaran.Antara perkara yang perlu diberi penekanan dalam proses pedagogi ini ialah guru perlu didedahkan dan
diberi peluang mencuba pelbagai kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya mereka dapat memahami
kesungguhan,kelemahan serta keberkesanan setiap kaedah berkenaan.

Setiap murid memiliki kemampuan yang berbeza,baik pendengaran, penglihatan mahupun berbicara.Ada yang lebih
senang membaca,ada yang lebih suka mendengar dan sebagainya.Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan
oleh guru semasa proses pedagogi untuk mengetahui setiap kelemahan dan kekuatan yang dimiliki oleh setiap
murid.Apabila guru menggunakan media bervariasi atau dalam menggunakan alat bantu mengajar,guru memerlukan
penyesuaian panceindera pelajar,menarik perhatian murid,memberi motivasi untuk belajar,mendorong untuk berfikir
dan meningkatkan kemampuan untuk berlajar.

2.1.1.1 Variasi media pandang

Antara kaedah tersebut adalah variasi media pandang,media dengar dan media taktil.Variasi media pandang dapat
diertikan sebagai penggunaan alat dan bahan pengajaran khususnya untuk komunikasi seperti
buku,majalah,globe,peta,televisyen,demonstrasi dan lain-lain.Penggunaan yang lebih luas dari alat-alat tersebut akan
memperoleh kelebihan misalnya,membantu berfikir secara konkrit dan mengurangi respon yang kurang bermanfaat.Di
samping itu,dapat menarik perhatian pelajar serta menambah keyakinan untuk mempelbagaikan kaedah belajar.

2.1.1.2 Variasi media dengar

Variasi media dengar pula adalah pada umumnya terlibat dalam proses interaksi pendidikan di dalam kelas.Suara guru
adalah alat utama dalam komunikasi.Variasi dalam penggunaan media dengar memerlukan kombinasi dengan media
pandang dan media taktil.Antara media dengar yang digunakan dalam proses pedagogi adalah perbincangan dengan
pelajar,rakaman bunyi dan suara,rakaman muzik,rakaman drama dan wawancara.Hal ini demikian dapat memiliki
kaedah pembelajaran yang efektif dan berkesan kepada pelajar.

2.1.1.3 Variasi media taktil

Variasi media taktil adalah penggunaan media yang memberi kesempatan kepada pelajar untuk menyentuh dan
memanipulasikan benda dan alat pengajaran.Hal ini akan melibatkan pelajar dalam kegiatan penyusunan atau
perbuatan model,yang hasilnya dapat disebutkan dan dilakukan secara individu ataupun kelompok kecil misalnya dalam
mata pelajaran Sejarah dapat membuat latar peta pada zaman Majapahit,manakala geografi dapat membuat model
lapisan tanah dan sebagainya.

2.1.1.4 Kaedah eksperimen


Selain yang diterangkan diatas,terdapat beberapa kaedah lain yang boleh dilakukan oleh guru untuk menarik minat
pelajar untuk belajar.Antaranya ialah kaedah eksperimen.Kaedah eksperimen ini adalah kaedah yang dijalankan secara
perseorangan ataupun berkumpulan.Kaedah ini dilakukan adalah untuk melatih melakukan suatu proses atau
percobaan misalnya melakukan penyelidikan,mengumpulkan data dan sebagainya.Tambahan pula, kaedah ini sekaligus
dapat mengembangkan sikap pelajar untuk menjelajahi tentang ilmu dan teknologi serta dapat memberi kesejahtaraan
kepada hidup manusia.

Hal ini demikian kerana mempelbagai kaedah pedagogi dapat mengelakkan pelajar menjadi bosan sekiranya guru bijak
dalam merancang aktiviti pembelajaran yang berbeza.Disamping itu,guru dapat mengetahui kelemahan pembelajaran
sekiranya berlaku kemerosotan prestasi pelajar.

2.1.2 Pengurusan dan pentadbiran

Kualiti sesebuah sekolah merupakan aset penting dalam meningkatkan prestasi sekolah.Hal ini demikian kerana,prestasi
sekolah yang baik disebabkan oleh adanya guru yang menaikkan prestasi sesebuah sekolah itu.Bagi meningkatkan
prestasi sekolah tidak kira dari segi akademik mahupun kokurikulum,seseorang guru atau pendidik itu perlu merancang
atau mentadbir sebuah pengurusan yang cekap bagi meningkatkan prestasi sekolah.Sebuah organisasi yang baik
bermula dengan sistem pentadbiran yang cekap.Antara sistem pentadbiran dan pengurusan yang baik adalah dengan
adanya insfrastuktur yang lengkap dan berteknologi.Hal ini memudahkan guru mengendalikan atau menggunakan
kemahiran yang sedia ada bagi menjalankan pengurusan dengan sempurna.

2.1.3 Penyelidikan tindakan

Pendidikan perguruan memainkan peranan penting bagi pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara.Oleh
itu,bagi meningkatkan dan melahirkan guru yang berketerampilan penilaian dan pengukuran tahap keberkesanan
pembelajaran perlu dipergiatkan melalui penyelidikan tindakan.Hal ini demikian kerana, program penyelidikan tindakan
ini bertujuan membiasakan guru membuat kajian berdasarkan masalah yang mereka hadapi sewaktu di sekolah.Sesuatu
masalah tidak akan dapat diatasi jika hanya berdasarkan kepada andaian.Penyelidikan tindakan ini adalah sangat penting
kepada guru kerana menerusi kajian tindakan yang dijalankan,guru-guru akan sentiasa mencari jalan terbaik bagi
menyelesaikan sesuatu kelemahan pelajar.Antara kebaikan daripada kajian ini adalah menggalakkan guru
belajar,berbincang dan mencari

idea-idea baru dalam pengajaran dan pembelajaran.Penyelidikan tindakan ini juga mendatangkan manfaat kepada guru
kerana organisasi pembelajaran yang wujud dalam kajian ini banyak membantu mempertingkatkan kualiti pendidikan
guru malahan kepada akademik pelajar.

2.1.4 Pembaharuan Kurikulum

Kurikulum pendidikan guru adalah dinamik dan sentiasa diubahsuai supaya guru dikemaskinikan dengan keterampilan
baru,pengetahuan baru dan sikap positif sejajar dengan pembentukan negara yang progresif.Pengubahsuaian kurikulum
menuntut para pendidik membuat peranjakan minda untuk melahirkan guru yang cekap dari segi teknologi dan yakin
menghadapi perubahan dalam menangani cabaran persekitaran semasa di sekolah.Latihan perguruan amat penting
kepada bakal guru kerana dapat mewujudkan suasana keseronokan dalam menuntut ilmu.Hal ini kerana dengan adanya
latihan perguruan,ini dapat meningkatkan nilai profesional dalam diri justeru melahirkan guru yang berketerampilan
dari segi intelektual dan sahsiah diri.

Tambahan pula,gurulah yang sebenarnya melaksanakan segala aspek pembaharuan sesuatu kurikulum.Tanggungjawab
perubahan ini perlu digalakkan dan usaha kearah menyediakan pengetahuan serta kemahiran menyelesaikan masalah
perlulah diperluas dan dipertingkatkan.Langkah ini adalah bertujuan supaya guru dapat mengenal pasti masalah-
masalah atau isi pendidikan di sekolah.

2.2 Kemahiran

Kemahiran dalam melahirkan guru berketerampilan amat penting.Hal ini demikian kerana dengan adanya kemahiran-
kemahiran tertentu seseorang guru itu boleh menggunakan kemahiran yang ada justeru dapat mempraktikkan semasa
proses pengajaran dan pembelajaran.
2.2.1 Kemahiran komputer

Selaras dengan perubahan era multimedia dan teknologi maklumat,guru perlu di reformasikan supaya benar-benar
mampu menjadi agen perubahan kepada budaya literasi teknologi,khususnya bagi melahirkan masyarakat yang celik
budaya.Guru yang tidak berkemahiran asas digalakkan menghadiri kursus sama ada yang dianjurkan oleh Jabatan
Pendidikan Negara atau Pejabat Pendidikan Daerah disamping kursus dalaman diperingkat sekolah.Guru yang mahir
komputer dijadikan fasilitator yang berfungsi secara langsung membimbing guru yang kurang mahir.

“Perkembangan pesat dalam bidang teknologi adalah di antara faktor yang telah mengubah bentuk dan tahap
kemahiran yang diperlukan untuk sesuatu pekerjaan.Perubahan akan terus berlaku dan jenis serta bentuk pekerjaan
yang akan wujud pada masa hadapan sukar diramal dengan tepat.Untuk menangani perubahan dalam dunia pekerjaan
ini,pendidikan guru teknologi memainkan faktor terpenting.Cabaran ini kepada guru teknologi ialah untuk melahirkan
tenaga manusia yang mampu menghadapi perubahan dalam dunia pekerjaan.”

(Rashidi Azizan,1995)

Cabaran kepada sistem pendidikan guru teknologi adalah besar sekiranya ingin mencapai tahap negara maju dalam
tahun 2020.Tidak dinafikan bahawa asas sudah ada dalam pendidikan guru teknologi yang akan membolehkan
merancang untuk menuju ke arah cita-cita tersebut.Namun,dengan persaingan yang guru akan hadapi pada tahun-tahun
akan datang,sumber manusia yang bakal dilahirkan oleh guru teknologi haruslah mempunyai daya saingan yang peka
kepada perubahan yang berlaku sekelilingnya.Mereka mestilah mempunyai kemahiran yang secukupnya dan menjadi
pendidik yang terbaik dan mempunyai moral dan beretika serta teguh dalam nilai agama dan kerohanian yang mantap.

Guru yang celek komputer menjadi satu keperluan dalam kehidupan seharian.Memandangkan keperluan
ini,Kementerian Pendidikan telah mengambil langkah mewujudkan pendidikan komputer di sekolah.Peranan komputer
bukan sahaja terbatas kepada penggunaannya sebagai alat memudahkan tugas-tugas pentadbiran sekolah,malah dapat
memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran melalui perisian-perisian pembelajaran terancang.Guru yang tidak
celek komputer akan menghadapi kesukaran melaksanakan beberapa tanggungjawab penting secara berkesan.

Hal ini demikian kerana guru yang tidak berkemahiran akan menyebabkan pemasalahan sewaktu proses pengajaran dan
pembelajaran.Disamping itu,faktor teknologi yang kian meningkat menyebabkan pelajar kini banyak menggunakan
kemudahan internet.Hal ini juga dapat mewujudkan hubungan antara guru dengan murid melalui penggunaan e-
mail.Pelajar dan guru boleh terus berhubung selepas waktu sekolah atau waktu cuti persekolahan bagi membincangkan
masalah dalam pelajaran melalui e-mail.Penduduk yang berorentasikan teknologi dan nilai-nilai terbaik akan
mengukuhkan ekonomi dan dari kekuatan ekonomilah terbinanya negara yang kuat dan akan dihormati di peringkat
antarabangsa.

2.2 2 Kemahiran bahasa dan komunikasi

Komunikasi sebagai aksi atau komunikasi satu arah menempatkan guru sebagai pemberi rangsangan dan pelajar sebagai
penerima rangsangan.Dinamik guru disediakan agar guru berteknologi memperolehi dan menguasai kemahiran yang
diperlukan untuk perkembangan diri selaras dengan pendidikan seumur hidup,mahir berkomunikasi serta sayang dan
cintakan negara dijelmakan dalam mata pelajaran yang diajar dalam komponen ini.Antara kandungan dalam dinamik
guru adalah kemahiran komunikasi.Kemahiran komunikasi memberi pendedahan kepada kefasihan bahasa,kemahiran
“interpersonal” dan kemahiran sosial yang diajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,Bahasa Inggeris dan Matematik.

Menurut Gardner (1993 dalam Ramlah Jantan,2004),interpersonal ialah keupayaan untuk memahami niat orang lain
dan mengenal pasti matlamat pendorong orang lain untuk bekerja.Oleh sebab itu,kemahiran interpersonal ini perlu ada
dalam diri seseorang guru.Hal ini demikian kerana,hubungan interaksi antara guru dengan pelajar sangat penting kerana
dapat guru merupakan orang yang hampir dengan pelajar disekolah serta gurulah tempat mereka rujuk sewaktu proses
pengajaran dan pembelajaran.

Kemahiran berkomunikasi juga penting dalam proses pedagogi yang melibatkan kaedah tanya jawab.Kaedah tanya
jawab ini memerlukan komunikasi yang baik antara guru dengan pelajar.Kaedah ini juga,ialah satu cara penyajian bahan
pelajaran melalui bentuk pertanyaan yang perlu dijawab oleh pelajar.Sekiranya kurang komunikasi antara guru dengan
pelajar,hal ini akan mendatangkan masalah semasa proses pembelajaran dan pembelajaran.
Kementerian juga telah meneruskan usaha untuk meningkatkan jaringan kerjasama dengan universiti-universiti
berprestij dalam dan luar negara sebagai salah satu usaha menaik taraf Institut Pendidikan Guru (IPG),malah
meningkatkan pembangunan kapasiti para pensyarah dan melahirkan guru siswazah yang berkemahiran.Bagi
melahirkan guru yang berketerampilan dari segi kemahiran bahasa ialah melatih guru atau menggalakkan guru
mempelajari bahasa antarabangsa seperti Bahasa Jermin,Bahasa Jepun,Bahasa Manderin dan sebagainya.Hal ini
demikian kerana,bagi memastikan pelajar berpeluang mempelajari bahasa lain selain bahasa Inggeris.Hal ini juga,dapat
memudahkan guru berinteraksi dengan guru yang datang dari luar negara.

2.2.3 Kemahiran motivasi

Seseorang guru itu juga harus mempunyai kemahiran motivasi.Hal ini demikian kerana,guru yang mempunyai sifat
dalaman yang tinggi dapat mampu menangani masalah pelajar dan meningkatkan semangat pelajar untuk belajar.Selain
itu,kemahiran motivasi juga penting kepada guru sendiri kerana sekiranya guru menerima kritikan orang atasan, ini
dapat dijadikan sebagai motivasi kepada diri sendiri dan semangat membina kepada guru tersebut.Antara kemahiran
yang boleh meningkatkan motivasi pelajar ialah menggunakan teknik bercerita dan mengemukakan soalan yang
mencabar.Tambahan pula,sekiranya bahan pelajaran yang disampaikan menarik,kemungkinan besar motivasi belajar
pelajar akan semakin meningkat.

Terdapat dua jenis motivasi yang boleh digunakan oleh guru iaitu motivasi yang datang dari dalam diri pelajar iaitu
‘motivasi instrisik’ seperti persaingan,autonomi,keinginan,cabaran dan usaha.Apabila melibatkan motivasi
instrisik,biasanya seseorang itu gemar dan bergembira dengannya manakala motivasi yang berada di luar diri pelajar
disebut ‘motivasi ekstrinsik’ seperti pemberian hadiah dan hukuman.Menurut Ryan dan Deci (2001 dalam Suppiah
N,2009),motivasi instrisik biasanya menghasilkan prestasi yang meningkat,kreativiti dan penghargaan kendiri.

Oleh hal yang demikian,guru perlu ada kemahiran motivasi ini dalam proses pedagogi dengan menggabungkan kedua-
dua motivasi bagi membantu pelajar melaksanakan tugasan dengan berkesan.Hal ini demikian kerana,dapat
membangkitkan rasa ingin tahu dan secara tidak langsung akan menggerakkan mereka untuk melibatkan diri secara
aktif.Kesediaan guru yang penuh motivasi dan mahir dalam ilmu pengetahuan subjek yang diajar merupakan faktor yang
harus dimilikinya.Mewujudkan motivasi adalah sangat penting untuk mengekalkan minat mereka semasa proses
pengajaran dan pembelajaran.

2.3 Personaliti pendidik

Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu haruslah mempunyai personaliti atau sahsiah diri yang
baik.Hal ini demikian kerana,personaliti ini perlu ditunjukkan dan dipraktikkan semasa proses pengajaran dan
pembelajaran. Tindakan dan perbuatan pendidik menjadi teladan bagi murid-murid.Bagi melahirkan guru yang berkesan
ialah individu yang dapat menghormati antara perkataan,ucapan,perintah serta larangan dengan tindakan yang dapat
dipandang dengan mata.Segala perbicaraan,saranan dan nasihatnya harus benar-benar dapat dipercayai,digunakan
sebagai pegangan dan pedoman serta gerak-geri diperhatikan dan dicontohi.

2.3.1 Bertanggungjawab dan ikhlas

Penyebar ilmu memainkan peranan penting dan memikul satu tugas berat kerana dianggap sebagai sebagai suatu
amanah Tuhan kepada manusia.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu perlu bertanggungjawab
dan amanah kepada tugas yang dipikul.Di samping itu,seseorang pengajar perlu ikhlas terhadap Allah S.W.T,tidak boleh
hanya mengharapkan upah pembalasan dan ucapan terima kasih daripada tugas.Oleh hal yang demikian,gaji atau
pendapatan bagi pendidik perlu diterima dan diharuskan,tetapi gaji bukan menjadi matlamat utama bagi bergelar
seorang guru.Menurut Iman Al-Ghazali (1996), niat memainkan peranan utama sebagai asas dalam proses pengajaran.

“Wajib membetulkan niat murid-murid,maka wajib juga membetulkan niat guru bahkan itu adalah lebih penting kerana
ibadat mengajar adalah lebih mulia daripada ibadat belajar”

(Abdul Salam Yussof,2003)

Selain itu,seorang pendidik perlu menilai tujuan dan perkhidmatannya untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T
semata-mata.Hal ini dipandang dari dua sudut.Pertama,guru ialah sebagai khalifah Allah S.W.T dan seterusnya tugas
beliau sebagai pelaksanaan ibadah kepada Allah S.W.T demi mencari keredhaan dan menghampiri diri kepada
Tuhan.Oleh hal yang demikian,keadaan seperti ini dapat memurnikan tugas mendidik dan membimbing murid-murid.

Sebaliknya,jika seorang pendidik itu menjalankan tugas mengajar hanya sekadar untuk mendapat gaji semata-mata atau
kelayakan pasti hal ini akan melunturkan nilai-nilai pendidikan bahkan merosakkan taraf sebagai seorang pendidik.Oleh
hal yang demikian,bagi melahirkan guru yang berketerampilan,seseorang guru itu tidak sepatutnya memandang bahawa
dia telah berjasa kepada muridnya.Sebaliknya guru perlu bersyukur dan menghargai murid-murid apabila telah berhasil
mendidik dan menyucikan jiwa mereka bertepatan dengan hidayah.

2.3.2 Komitmen

Menurut Slavin (1997),kesungguhan guru dalam proses keberkesanan pengajaran bergantung kepada empat faktor iaitu
kualiti pengajaran,aras pengajaran,insentif dan masa.Keempat-empat faktor tersebut perlu ada dalam diri guru bagi
memastikan pengajaran dan pembelajaran berkualiti dan berkesan.

Kualiti pengajaran sememangnya sangat penting semasa proses pembelajaran.Kualiti pengajaran merujuk kepada kualiti
maklumat dan kemahiran guru dalam mempersembahkan pengajaran supaya pelajar mudah memahami pelajarnya.Hal
ini demikian bermaksud,segala maklumat yang diperoleh sewaktu menyampaikan mestilah terbaharu dan
terkini.Disamping itu,isi kandungan pembelajaran mestilah mudah dan padat bagi memudahkan pelajar memahami
setiap isi pengajaran yang disampaikan oleh guru.

Aras pengajaran pula merujuk kepada kebolehan guru memberi makna kesesuaian pengajaran dengan kebolehan
pelajar dan kesediaan pelajar untuk belajar yang baharu.Hal ini bermaksud guru haruslah peka dan bijak dalam meneliti
setiap kebolehan pelajar.Hal ini demikian kerana,untuk menggelakkan prestasi pelajar merosot.Di samping itu,guru
perlu meneliti setiap tahap keberkesanan pengajaran yang diajar.Jikalau pengajaran yang diajar tidak sesuai dan
mendatangkan kesusahan kepada pelajar,guru perlu menukar dan mencari idea baru untuk memastikan setiap
maklumat sampai kepada pelajar.

Faktor insentif adalah merujuk kepada kebolehan guru yang memotivasi pelajar untuk terus belajar,menyiapkan kerja
rumah serta tugas lain.Hal ini merupakan salah satu faktor yang boleh menarik minat pelajar untuk terus
belajar.Kebolehan guru dalam memotivasikan pelajar akan meningkatkan kesedaran pelajar bahawa pentingnya ilmu
kepada kehidupan.

Faktor yang terakhir adalah masa.Masa sememangnya penting kepada guru dan juga pelajar.Guru yang menitikberatkan
soal masa merupakan guru yang sangat menghargai setiap masa yang diperuntukan.Setiap guru mestilah peka terhadap
masa yang telah diberikan semasa proses pengajaran dan pembelajaran.Hal ini demikian kerana,masa yang sesuai dapat
menjamin proses pedagogi berjalan dengan baik dan berkesan.Penentuan masa boleh mempengaruhi minat dan
meningkatkan tahap kecerdasan otak seseorang.Akal yang sihat terdapat pada tubuh yang sihat justeru itu,masa
pembelajaran yang akan dibentuk mestilah sesuai dengan keadaan pelajar dan pengajar terutama dari segi masa yang
bersesuaian dengan kecerdasan dan kesegaran otak.Guru yang berketerampilan adalah guru yang memanfaatkan setiap
masa yang ada dengan melakukan perkara yang boleh meningkatkan prestasi dan mutu pembelajaran.

2.4 Variasi gaya mengajar

Menurut Syaiful Bahri Djamarah (2000),variasi pada dasarnya meliputi variasi suara,variasi gerakan anggota badan dan
variasi perpindahan posisi guru dalam kelas.Bagi melahirkan guru yang berketerampilan,variasi-variasi tersebut perlu
ada pada diri seorang guru.Variasi tersebut dilihat sebagai sesuatu yang bertenaga,bersemangat dan memiliki relevan
yang baik.Perilaku guru seperti itu dalam proses interaksi edukatif akan menjadi dinamik dan mempertinggi komunikasi
antara guru dengan pelajar,menolong penerimaan bahan pengajaran dan memberi stimulasi.Terdapat beberapa variasi
gaya mengajar ini antaranya ialah variasi suara,penekanan,gerakan anggota badan dan pindah posisi.

2.4.1 Variasi suara

Variasi suara melibatkan suara guru dalam mengawal kelas.Antara variasi suara adalah intonasi,nada dan
sebagainya.Guru yang berketerampilan perlu menggunakan variasi tersebut dengan mengaitkan suatu peristiwa dengan
menunjukkan hal-hal yang dianggap penting.Hal ini demikian kerana,seseorang guru itu perlu melihat keadaan sekeliling
semasa proses pembelajaran berlaku supaya semasa mengajar guru tersebut mengetahui untuk bercakap secara
pelahan atau secara tajam dengan pelajar sekiranya mereka kurang memberi tumpuan sewaktu dalam kelas dan
sebagainya.

2.4.2 Variasi penekanan

Variasi penekanan pula amat penting kepada guru.Hal ini demikian kerana,adalah untuk memfokuskan perhatian pelajar
pada suatu aspek penting atau aspek kunci.Oleh sebab itu,guru perlu menggunakan penekanan secara verbal misalnya
“perhatian baik-baik!”,ini adalah bahagian yang sukar”.Penekanan seperti ini biasanya dikombinasikan dengan gerakan
anggota badan.Hal ini demikian kerana,dapat menarik perhatian murid semasa proses pembelajaran dan pengajaran
berlaku.

2.4.3 Gerakan badan

Seterusnya adalah gerakan anggota badan yang perlu diberi perhatian.Sememangnya pergerakan guru sangat penting
sewaktu dalam kelas.Hal ini demikian kerana,variasi gerakan anggota badan seperti mimik,gerakan kepala atau badan
merupakan bahagian yang penting dalam komunikasi.Gerakan anggota badan bukan hanya untuk menarik perhatian
sahaja,malah menolong menyampaikan erti pembelajaran yang disampaikan oleh guru.

2.4.4 Pindah posisi

Variasi pindah posisi dalam ruangan kelas pula amat penting kerana dapat membantu menarik perhatian pelajar dan
meningkatkan keperibadian guru.Perpindahan posisi dapat dilakukan dari muka ke bahagian belakang,dari sisi ke kanan
atau di antara pelajar dari belakang ke pelajar.Di samping itu,dapat juga dilakukan dengan posisi berdiri kemudian
berubah menjadi posisi duduk.Perubahan posisi ini harus ada tujuannya dan bukan sekadar mundar-mandir yang boleh
menggangu proses pengajaran dan pembelajaran.

2.5 Keterampilan mengelola kelas

Masalah utama yang dihadapi oleh guru baik permulaan mahupun yang sudah berpengalaman adalah mengelola
kelas.Pengelolaan kelas merupakan masalah yang kompleks.Pengelolaan kelas bermaksud suatu proses mengawal
tingkah laku pelajar serta memelihara keadaan pembelajaran yang optimal dan mengembalikan apabila terjadi
gangguan dalam proses interaksi edukatif.

Antaranya ialah penghentian tingkah laku pelajar yang menyeleweng perhatian di dalam kelas,pemberian ganjaran
sekiranya penyelesaian tugas disiapkan dalam tempoh yang telah ditetapkan atau penetapan norma kelompok yang
produktif.Oleh sebab itu,seseorang guru itu perlu bijak dalam mengelola kelas supaya proses pedagogi berjalan lancar
dan efektif.Terdapat beberapa pendekatan yang boleh dilakukan dalam mengelola kelas.Antaranya ialah pendekatan
kekuasaan,ancaman,kebebasan,pengajaran,pengubahan tingkah laku dan sosioemosi.

2.5.1 Pendekatan kekuasaan

Pendekatan kekuasaan merujuk kepada peranan guru sewaktu dalam proses ini adalah mencipta dan mempertahankan
situasi disiplin dalam kelas.Disiplin adalah kekuatan kepada pelajar untuk mentaatinya.Pendekatan ancaman pula
merujuk kepada pelaksanannya dilakukan dengan cara memberi ancaman misalnya,melarang,mengejek,menyindir dan
memaksa.Pendekatan kebebasan adalah suatu proses membantu pelajar untuk merasa bebas mengerjakan sesuatu bila
dan dimana sahaja.Peranan guru adalah perlu mengusahakan semaksimal mungkin kebebasan pelajar.

2.5.2 Pendekatan pengajaran

Seterusnya adalah pendekatan pengajaran.Pendekatan ini berdasarkan kepada suatu anggapan bahawa perancangan
dan pelaksanaan akan mencegah berlakunya masalah tingkah laku pelajar dan pemecahan diperlukan apabila masalah
tidak boleh dicegah.Pendekatan ini menggalakkan tingkah laku guru supaya dapat mencegah atau menghentikan tingkah
laku pelajar yang tidak baik.Oleh hal yang demikian,peranan guru mestilah merancang dan mengimplementasikan
pelajaran yang baik kepada pelajar.Pendekatan pengubahan tingkah laku lebih kurang sama ertinya dengan pendekatan
pengajaran iaitu mengembangkan tingkah laku pelajar yang baik dan mencegah tingkah laku yang kurang baik.
2.5.3 Pendekatan sosioemosi

Pendekatan sosioemosi dalam pengelolaan kelas merupakan suatu proses menciptakan suasana sosioemosi yang positif
dalam kelas.Selain itu,sosioemosi yang positif bererti adanya hubungan positif antara guru dengan pelajar,antara pelajar
dengan pelajar.Oleh hal yang demikian,guru adalah kunci terhadap pembentukan peribadi dan peranannya adalah
menciptakan hubungan positif yang baik.

Pengelolaan kelas ini memberi kebaikan kepada guru dan pelajar.Antara kebaikan kepada pelajar ialah mendorong
pelajar mengembangkan tanggjungjawab individu terhadap tingkah laku dan mengawal diri sendiri.Di samping
itu,membantu pelajar mengetahui tingkah laku yang sesuai dengan tata tertib kelas dan memahami bahawa teguran
guru merupakan suatu peringkatan dan bukan kemarahan.

Antara kebaikan kepada guru pula adalah dapat mengembangkan pemahaman dalam pengajian pelajaran dengan
pembukaan yang lancar dan kecekapan yang tepat.Di samping itu,dapat mempelajari cara merespon secara efektif
terhadap tingkah laku pelajar yang suka menganggu.Selain itu,guru dapat memiliki strategi yang lebih komprehensif
yang dapat digunakan dalam menyelesaikan masalah tingkah laku pelajar sekiranya berlaku semasa proses pengajaran
dan pembelajaran.Oleh hal yang demikian,untuk melahirkan guru yang berketerampilan,pendekatan-pendekatan yang
telah diterangkan di atas perlu ada pada setiap guru bagi menjana dan memperkasa pendidikan yang lebih berkesan.

Anda mungkin juga menyukai