Anda di halaman 1dari 4

RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

BAHASA MALAYSIA TAHUN 6

Tahun 6 Harapan

Tarikh 18 Julai 2018 / Rabu

Masa 08.30 Pagi – 09.30 Pagi

Kehadiran

Tema / Unit Keselamatan Diutamakan / (Fikir Sebelum Klik)

Tajuk Operasi Selamat


Standard 2.3 Membaca kuat pelbagai bahan bacaan dengan lancar, sebutan yang jelas dan
Kandungan intonasi yang betul
Standard 2.3.2 Membaca pelbagai bahan yang mengandungi ayat tunggal, dan ayat majmuk
Pembelajaran dengan pelbagai keterangan secara mekanis

Objektif Pada akhir pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) murid-murid dapat ;

1. Membaca secara mekanis dengan lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang
betul dan memahami ayat dalam petikan.

2. Mengenal pasti dengan menggariskan dan menyebut secara verbal sekurang-


kurangnya 3 ayat majmuk yang mengandungi kata hubung serta melengkapkan
peta bulatan.
Pengisian Ilmu : PKJR
Kurikulum/ Fokus : 2.4 Aliran lalu lintas
EMK HP : 2.4.3 Menerangkan waktu/ masa boleh mempengaruhi kesesakan trafik dan
keselamatan pengguna jalan raya.
Nilai : Prihatin, bertanggungjawab, berwaspada
KB : Mengenal pasti, menjana idea
BCB : Bacaan mekanis
KP : Interpersonal, Verbal-linguistik

Bahan Bantu Lagu Balik Kampung (Sudirman Hj. Arsad), Buku Teks Tahun Bahasa Melayu Tahun 6
Mengajar m/s 67, Buku Aktiviti Murid PKJR ms 9.
Bahan : Kertas mahjong, Lembaran contoh peta bulatan dan PKJR, gambarjalan raya
semasa perayaan, poster “Pandu Cermat Jiwa Selamat” dan “Ingatlah
orang yang Tersayang”.
Aktiviti 1. Murid diedarkan dengan lirik lagu “Balik Kampung” dan mendengar serta
menyanyikan lagu secara bersama dengan melakukan gaya pulang ke kampung.
Murid disoal secara rawak dan menyatakan pandangan verbal, kaitan lagu dengan
tajuk PdPc. (TMK) dan (didik hibur)

2. Murid membaca mekanis petikan “Operasi Selamat” secara berkumpulan dengan


lancar, sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan memahami ayat. (Buku Teks
BM ms 67)

3. Murid mengenal pasti dengan menggariskan dan menyebut secara verbal


sekurang-kurangnya 3 ayat majmuk yang mengandungi kata hubung serta
melengkapkan peta bulatan. (KBAT)

4. Murid secara berkumpulan mengecam dan menyenaraikan kata hubung pada


kertas mahjong menggunakan peta bulatan. (kolaboratif)
i. Kata hubung gabungan
ii. Kata hubung pancangan : relatif, komplemen dan keterangan

5. Murid dikaitkan topik “Operasi Selamat” melalui elemen PKJR bagi hasil
pembelajaran 2.4.3 (Buku BAM ms 9) dan murid membaca soalan yang diperolehi
dan menjawabnya.

6. Murid memurnikan jawapan dan membuat rumusan tentang pelajaran hari ini.

Penilaian / Membaca petikan yang mengandungi ayat tunggal dan majmuk secara mekanis.
Pentaksiran

Refleksi __ daripada __ orang murid mencapai objektif pelajaran.


__ daripada __ orang murid diberikan aktiviti pengayaan.
__ daripada __ orang murid diberikan aktiviti pemulihan.

Anda mungkin juga menyukai