Anda di halaman 1dari 12

SEKOLAH KEBANGSAAN BATU LINTANG

SK BATU LINTANG, JALAN KOLEJ, 93200 KUCHING, SARAWAK, MALAYSIA

KERTAS KERJA

PROJEK GUBAHAN LAGU SIFIR

PROJEK INTERNSHIP (INDIVIDU)


PISMP MATEMATIK 1 (SK) JUN 2015
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS BATU LINTANG

DI BAWAH KENDALIAN GURU PELATIH


UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL
PELAJAR PISMP MATEMATIK 1 (SK) JUN 2015
DENGAN KERJASAMA
PANITIA MATEMATIK
SK BATU LINTANG
1.0 PENGENALAN
Matematik merupakan suatu bidang ilmu yang melatih minda supaya berikir secara
mantik dan bersistem dalam menyelesaikan masalah dan membuat keputusan (Kurikulum
Standard Sekolah Rendah Matematik Tahun Dua, 2011). Ilmu Matematik digunakan
dalam kehidupan seharian. Pelbagai istilah dan konsep matematik digunakan dalam
kehidupan seharian sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja oleh semua
golongan masyarakat. Ilmu matematik juga membantu kanak-kanak memahami dunia
mereka di luar sekolah dan membantu mereka membina asas yang kukuh untuk kejayaan
di sekolah (NAEYC & NCTM, 2010).

Terdapat empat operasi asas dalam matematik iaitu tambah, tolak, darab dan bahagi.
Seseorang perlu menguasai keempat-empat operasi ini sebelum dapat menguasai
kemahiran, konsep atau topik matematik yang lain. Kadang kala, kemahiran yang
diperkenalkan atau dipelajari mempunyai istilah dan konsep yang sangat asing kepada
para penguna khususnya kepada murid sekolah rendah. Oleh yang demikian, guru perlu
memberi kefahaman yang secukupnya kepada murid supaya mereka benar-benar
memahami akan konsep berkenaan. Pemahaman yang penuh kepada sesuatu topik atau
kemahiran adalah penting kerana saling berkaitan dengan konsep atau kemahiran
matematik yang lain.

Daripada empat operasi asas dalam matematik tadi, fokus utama kertas kerja ini
adalah operasi darab di mana ia adalah salah satu kemahiran penting yang perlu dikuasai
oleh pelajar. Sifir adalah perkataan yang tidak asing lagi oleh murid malah jika tidak
dikuasai oleh mereka maka akan mendatangkan masalah untuk menyelesaikan soalan-
soalan yang melibatkan operasi darab. Oleh yang demikian, walaupun konsep sifir darab
ini dilihat mudah namun pemahaman terhadap konsep dan kemahiran mendarab perlu
ditekankan dan dikuasai oleh murid kerana mempunyai kaitan dengan kemahiran atau
topik matematik yang lain.

Fokus bidang matematik dalam pendidikan adalah proses pengajaran dan


pembelajaran matematik memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan
pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasikan konsep, prinsip dan proses
matematik yang dipelajari. Justeru, dalam kertas cadangan ini saya memilih teknik
nyanyian sebagai elemen yang digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran
matematik tahun empat dan difokuskan dalam meningkatkan penguasaan murid dalam
sifir 7.

Internship merupakan satu program latihan di lapangan yang bertujuan untuk


mengaitkan pengetahuan, kemahiran dan pengalaman sedia ada dengan amalan sebenar

2
tugas guru permulaan. Dalam hal ini, guru pelatih dikehendaki merancang, melaksana dan
menilai projek serta aktiviti yang berkaitan dengan pengajaran dan pemudahcaraan
(PdPc) di dalam dan di luar bilik darjah atau aktiviti rutin yang telah menjadi amalan dan
budaya sekolah. Bukan itu sahaja, Internship juga memberi peluang kepada guru pelatih
untuk meningkatkan keyakinan diri, jati diri, ketahanan diri, membentuk sifat
kepemimpinan dan memupuk nilai profesionalisme keguruan ke arah melahirkan guru
permulaan yang berkesan.

Sehubungan itu, projek gubahan lagu sifir ini dilakukan bagi memenuhi kehendak
aktiviti Internship yang berkaitan dengan inovasi. Malahan, projek ini dilakukan bagi
memberikan kaedah yang lain untuk menguasai sifir di sekolah di samping dengan
gubahan melodi dan lirik lagu yang catchy dan menarik. Diharapkan agar dengan adanya
gubahan lagu sifir ini, ia akan menjadikan murid-murid tahun 4 Biru, Sekolah Kebangsaan
Batu Lintang lebih bersemangat dan meminati subjek Matematik seterusnya dapat
meningkatkan penguasaan mereka dalam sifir darab.

Oleh hal yang demikian, teknik nyanyian dipilih kerana sifatnya yang mesra kepada
kanak-kanak serta dapat menarik perhatian dan menyenangkan kanak-kanak. Golongan
kanak-kanak merupakan golongan yang suka menyanyi dan bergerak. Justeru, kanak-
kanak mudah memahami sesuatu terutamanya pelajaran melalui aktiviti nyanyian.
Menurut Lestari (2012), kaedah yang kreatif dan inovatif adalah menggunakan nyanyian
kerana nyanyian adalah sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti
bermain. Walau bagaimanapun menurut Lestari (2012), nyanyian yang diberikan perlu
dibuat dengan gaya bahasa yang sederhana, lirik yang pendek dan sesuai dengan
perkembangan kanak-kanak kerana nyanyian mempunyai objektif yang tertentu. Justeru,
dalam kajian ini saya telah mengolah lirik lagu tentang sifir 7 dan disesuaikan dengan
gubahan melodi lagu kanak-kanak yang diminati ramai.

2.0 OBJEKTIF
Objektif yang ingin dicapai adalah:
a) Membantu meningkatkan minat murid dalam matapelajaran Matematik.
b) Membantu meningkatkan penguasaan murid Tahun 4 dalam penguasaan sifir 7
dengan menggunakan lagu sifir
c) Menambahbaik amalan PdPc saya sebagai seorang guru Matematik Tahun 4 dalam
membantu murid menguasai sifir 7 dengan menggunakan lagu sifir.

3
3.0 PERINCIAN PROJEK
Idea untuk mengubah lagu sifir ini adalah datangnya daripada pengalaman praktikum
II lepas di SK Batu Lintang sendiri di mana murid-murid saya pada masa itu suka menyanyi
dan menari. Mereka sangat tahu dan up to date dengan lagu-lagu dan trend semasa.
Maka bermula daripada situlah saya mula belajar bermain satu alat muzik iaitu ukulele
yang saya anggap agak sukar untuk mempelajarinya. Namun begitu, ia tidak mematahkan
semangat saya di mana saya mula dapat kuasai 1 hingga 2 chord lagu seminggu dan
saya mula berlatih semasa di sekolah mahupun di kolej kediaman.
Kerana minat saya sendiri dan kehendak murid, saya pada mulanya meminjam sahaja
ukulele daripada kawan dan saya anggap ianya tidak manis untuk menggunakan
kepunyaan orang dalam tempoh yang agak lama. Kerana sebab itulah saya mula
mengumpul duit sendiri dan membeli ukulele sendiri dengan harga RM200.
Melalui pengalaman dan pemerhatian yang telah saya buat, saya mendapati sebelum
memulakan PdPc iaitu topik darab, sebagai set induksi saya bertanyakan soalan sifir
secara rawak kepada murid sebelum mereka dibenarkan duduk semasa di dalam kelas.
Saya dapati bahawa murid yang sama sahaja yang mempunyai masalah dalam sifir dan
kaedah itu agak kurang sesuai untuk membantu murid kuasai sifir walaupun mereka
bersaing untuk menjawab soalan sifir supaya dibenarkan duduk. Oleh itu, saya ingin
mengambil peluang ini untuk mengubah sebuah lagu untuk memudahkan mereka
menghafal dan meningkatkan penguasaan murid dalam sifir darab.
Di kebanyakan sekolah, operasi darab merupakan satu operasi asas yang sukar
dikuasai murid. Masalah penguasaan operasi darab seterusnya menyebabkan murid
bermasalah dalam menguasai tajuk-tajuk Matematik yang melibatkan kemahiran
mendarab. Pada dasarnya, punca masalah ini adalah kerana murid bermasalah dalam
menghafal sifir. Cooper (1994) menyatakan

“The number facts of multiplication are more difficult for some students because the
patterns are less obvious and the number are larger. However, there are students who
count the addition facts but know the multiplication facts. This phenomena occurs
because the students are instruct to memorize the multiplication facts, but are allowed
to count the addition facts.”

Selalunya, murid-murid tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan tidak tahu bagaimana
menyelesaikan soalan yang melibatkan operasi darab kerana mereka lemah dalam sifir.
Menurut Cooper (1994), sesetengah pelajar mendapati corak adalah berguna dalam
mempelajari pendaraban. Oleh kerana itulah saya memilih sifir 7 kerana nombor 7 adalah
nombor prima di mana sifir 7 ini tiada kaitan dengan sifir lain sebelumnya. Contohnya

4
seperti sifir 4 adalah berkait rapat dengan sifir 2 di mana sifir 4 adalah gandaan daripada
sifir 2. Begitulah seterusnya sifir 8. Contoh lain adalah sifir 3 adalah berkait rapat dengan
sifir 9. Namun begitu sifir 7 adalah sifir yang paling sukar untuk diingat kerana nombornya
adalah bersifat berdiri sendiri agak asing berbanding dengan sifir lain.
Lanjutan itu, gubahan lagu sifir yang merangkumi muzik dan lirik lagu dilakukan
dengan rasionalnya agar selari dengan lagu-lagu semasa yang bersemangat dan mudah
diingati oleh guru dan juga murid. Contohnya, lagu kanak-kanak seperti If You Happy and
You Know It dan Are You Sleeping. Dengan kekangan masa kian mencemburui, malah
pengetahuan serta kemahiran yang terhad dalam mengubah lagu, saya bercadang untuk
membuat gubahan lagu dengan mengadaptasi lagu If You Happy and You Know It. Inovasi
yang akan saya lakukan adalah dengan mengubah lirik lagu tersebut sesuai dengan sifir
7 dengan kaedah skip counting dan menambah sedikit lirik yang menarik dan ringkas.
Selain itu, saya turut bercadang untuk mengubah sedikit melodi lagu If You Happy and
You Know It agar menjadi lebih rancak, menarik dan catchy.
Justeru dengan adanya gubahan lagu sifir ini, diharapkan ianya berupaya untuk
meningkatkan penguasaan murid dalam sifir 7 samping menarik minat murid dalam
mempelajari matapelajaran Matematik.

Lirik lagu Sifir 7 (Dinyanyikan dengan melodi “If You Happy and You Know It”)

7, 14, 21, 28,


35, 42 and 49,
56 and 63, the last one is 70,
counting seven is so fun, and easy,
Counting seven is so fun and easy,
Counting seven is so fun and….easy!

5
Aktiviti yang dicadangkan di mana akan dijalankan di dalam sesi PdPc yang menggunakan
teknik nyanyian lagu sifir adalah seperti berikut:

Fasa 1 (set induksi)


i. Guru menyanyikan lagu sifir kepada murid.
ii. Guru membaca kuat lirik lagu sifir.
iii. Guru menerangkan maksud setiap baris atau istilah yang terdapat dalam lirik
lagu.
Fasa 2
i. Murid diberikan lirik lagu oleh guru.
ii. Murid menyanyikan lagu sifir dengan bimbingan guru dengan memfokuskan
kepada ketepatan melodi lagu dan kaedah nyanyian lagu sifir.
iii. Murid menghayati lirik lagu dan memahami maksud setiap baris dalam lirik lagu
tersebut dengan bimbingan guru.
Fasa 3
iv. Dengan menggunakan slaid, guru membincangkan soalan topik darab dengan
murid serta perkaitannya dengan teknik nyanyian yang menggunakan lagu sifir.
v. Murid menjawab soalan dalam lembaran kerja yang diberikan.

Fasa 4
i. Guru menyimpulkan PdPc dengan meminta murid menyanyikan semula lagu sifir
dengan lirik dan tanpa lirik.

4.0 PENGANJUR
Guru pelatih yang menjalani Program Internship selama sebulan dengan kerjasama pihak
pentadbir sekolah, mentor serta guru-guru panitia Matematik, Sekolah Kebangsaan Batu
Lintang.

5.0 TARIKH DAN MASA

Tarikh : 8 Mac 2019 (Jumaat)

Masa : 8.10 pagi – 9.10 pagi

6
6.0 TEMPAT
Makmal Komputer, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

7.0 KUMPULAN SASARAN


Murid Tahun 4 Biru, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

8.0 JUMLAH PESERTA


29 Orang murid Tahun 4 Biru, Sekolah Kebangsaan Batu Lintang, Kuching, Sarawak.

9.0 SENARAI JAWATANKUASA


9.1 Jawatankuasa Induk
PENAUNG

PUAN SA’DIAH BINTI BAKAR

(GURU BESAR SK BATU LINTANG)

PENASIHAT I

ENCIK GANGGATHARUN A/L KUPPUSAMY

(PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SK BATU LINTANG)

PENASIHAT II

PUAN ROKIAH KEPLI

(PENOLONG KANAN KURIKULUM SK BATU LINTANG)

PENASIHAT III

PUAN FATIMAH BRAHIM

(PENOLONG KANAN HAL EHWAL MURID SK BATU LINTANG)

7
MENTOR

ENCIK UMPI BATIK

(GURU SK BATU LINTANG)

KETUA/ PELAKSANA PROJEK

UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL

(GURU PELATIH INTERNSHIP)

8
10.0 PELAN TINDAKAN
Berikut merupakan pelan tindakan dalam projek gubahan lagu sifir.

Jadual 1: Pelan tindakan projek gubahan lagu sifir


Bil Tarikh Aktiviti Tindakan

1. 19 Februari 2019 Berbincang dengan mentor mengenai Nasihat daripada


projek inovasi yang ingin dilaksanakan mentor dan
perbincangan
dengan rakan-rakan
guru pelatih

2. 20 Februari 2019 Memberi cadangan projek kepada barisan Kelulusan daripada


pentadbir sekolah (Guru Besar, Penolong pihak pentadbir
Kanan Kurikulum, Penolong Kanan sekolah dan mentor.
Kokurikulum) dan mentor berkenaan
projek gubahan lagu sifir

3. 21 Februari 2019 Membuat gubahan lagu sifir Bimbingan daripada


sehingga rakan-rakan guru
pelatih.
26 Februari 2019

4. 1 – 3 Mac 2019 Merancang RPH untuk melaksanakan Bimbingan daripada


projek rakan-rakan guru
pelatih dan mentor

4 – 7 Mac 2019 Meminta pandangan daripada mentor Kerjasama daripada


tentang lirik dan lagu dan RPH yang telah mentor
siap

5. 7 Mac 2019 Melaksanakan projek gubahan lagu sifir Kerjasama daripada


pihak pentadbir
sekolah, mentor,
dan murid Tahun 4
Biru SK Batu
Lintang

9
11.0 PENUTUP
Kesimpulannya, proses PdPc yang menggunakan teknik nyanyian dapat memberikan
impak yang positif kepada diri murid khususnya dan juga guru. Menurut Harriet et al.
(2013), muzik memberi kesan yang positif terhadap perhatian murid dalam bilik darjah.
Pengintegrasian muzik dan juga pergerakan dalam bilik darjah adalah mudah, murah
dan menyeronokkan. Di samping itu, pembelajaran matematik menggunakan elemen
muzik dapat memberikan kefahaman perlajar terhadap matematik dengan cara yang
menarik (An et al. 2008, 2011, 2013). Hal ini disokong dalam (An et al. 2013) iaitu guru
memainkan peranan yang penting dalam pembelajaran dan pengajaran matematik
dengan pengintegrasian muzik. Guru perlu bijak dalam menggabungjalinkan muzik
dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya dapat menarik minat serta
membantu murid untuk belajar matematik.

Di samping itu, Lestari (2012) menyatakan bahawa seseorang guru perlu bijak
menggunakan kaedah yang kreatif dan inovatif untuk digunakan dalam PdP. Salah satu
kaedah yang selalu digunakan ialah nyanyian. Ini kerana nyanyian merupakan
sebahagian daripada kehidupan kanak-kanak selain aktiviti bermain. Kaedah ini
bersesuaian dengan kanak-kanak kerana dapat mengembirakan mereka dan juga tidak
membosankan. Nyanyian diberikan kepada murid dengan cara mengajarkan nyanyian
yang sudah ada, mengganti lirik dari lagu yang sudah dikenal sebelumnya dengan lirik
lain atau membuat lagu baru dengan lirik yang sesuai dengan tujuan yang diinginkan.

Jika sesuatu maklumat itu menarik kepada diri seseorang, maka akan lebih mudah
maklumat itu diingat. Semakin mudah maklumat itu diingat, semakin mudah pula
maklumat itu dirakamkan ke dalam ingatan jangka panjang. Justeru, penggunaan unsur
muzik melalui kaedah nyanyian adalah amat bertepatan untuk membantu murid
meningkatkan daya ingatan mereka terhadap pelajaran. Projek inovasi internship yang
dijalankan ini diharapkan dapat menjawab mencapai objektif kajian yang ditetapkan.
Penguasaan murid tahun empat dalam topik sifir darab diharapkan akan meningkat
apabila teknik nyanyian digunakan sebagai intervensi semasa set induksi sepanjang
proses PdPc topik darab di dalam bilik darjah.

Sehubungan itu, bagi pihak guru pelatih, projek gubahan lagu sifir ini dapat dijadikan
satu pengalaman baru yang berguna sebagai bekalan ilmu ketika sudah menjadi guru
sebenar kelak. Pelaksanaan projek ini juga diharapkan dapat memberi impak kepada
konsep kendiri guru pelatih terutamanya dalam menambahbaik amalan PdPc saya
sebagai seorang guru Matematik Tahun 4 dalam membantu murid menguasai sifir 7
dengan menggunakan lagu sifir. Dengan ini, sokongan dan kerjasama daripada semua

10
pihak adalah diharapkan bagi kejayaan gubahan lagu sifir ini. Oleh itu, saya memohon
agar kertas kerja gubahan lagu sifir ini akan mendapat pertimbangan yang wajar dan
sepenuhnya daripada pihak sekolah.

12.0 RUJUKAN
Cooper, R. (1994). Alternative Math Techniques Instructional Guide. Dalam database ERIC Digital

Dissertations. [Online]. Available: http//www.eric.ed.gov.eserv.uum.edu.my/ERICWebPortal/


search/recordDetails.jsp?searchtype=keyword&pageSize=10&ERICExtSearch_SearchValue_
0=Alternative+Math+Techniques+Instructional+Guide&eric_displayStartCount=1&ERICExt
Search_SearchType_0=kw&_pageLabel=RecordDetails&objectId=0900019b8009ece4&accn
o=ED376355&_nfls=false. [2019, Feb 18].

An, S. A. & Capraro, M. M. 2011. Music-Math Integrated Activities For Elementary And Middle

School Students. Irvine, CA: Education for All. An, S. A., Kulm, G. O., & Ma, T. 2008. The
Effects Of A Music Composition Activity On Chinese Students’ Attitudes And Beliefs Towards
Mathematics: An Exploratory Study. Journal of Mathematics Education,1(1), 91-108.

An, S. A., Ma, T., & Capraro, M. M. 2011. Preservice Teachers’ Beliefs And Attitude About Teaching

And Learning Mathematics Through Music: An Intervention Study. School Science and
Mathematics Journal, 111, 235-247.

An, S., Capraro, M.M. & Tillman, D.A. 2013. Elementary Teachers Integrate Music Activities Into

Regular Mathematis Lessons: Effects On Students Mathematics Abilities. Journal for Learning
through the Arts, 9(1).

Andre Tuazon. 2015. Integrating Music in the Elementary Classroom. Ontario Institute for Studies in

Education of the University of Toronto.

Benson Charles Odongo Okongo. 2009. Promoting Child Development Through Music: A Comparison

Of Preschool Teachers’ Perspectives In Kenya And United States. BA, Kenyatta University,
Kenya.

Fortin Jennifer. 2013. Integrating Music into Samoan Primary Schools: Teachers’ Perceptions and

Potential Benefits. Independent Study Project (ISP) Collection. Paper 1713. Unpublished
Paper. Geist.

K. ,E.A. Geist & Kuznik. K. 2013. The Pattern Of Music Young Children Learning Mathematics

Through Beat, Rhythmdan Melody. The education of Young Children.

Hamisan Bin Salim. 2010. Penggunaan Muzik Dalam Pembelajaran Dan Pengajaran Kerja Amali

Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Universiti Teknologi Malaysia.

Muzaed Nur Yusrin. 2012. Peningkatan Aktivitas Belajar Siswa Melalui Musik Sebagai Media

Pembelajaran Matematika Yang Menyenangkan. Universitas Muhammadiyah Surakarta. Nik


Azis Nik Pa. 2014. PenghasilanDisertasiBerkualitiDalamPendidikanMatematik. Kuala
Lumpur: Penerbit Universiti Malaya.

11
Disediakan oleh, Disemak oleh,

………………………………………..... ……………………………………….....

(UMMIE SYUHADA BINTI ISMAIL) (ENCIK UMPI BATIK)

Guru Pelatih, Guru Matematik,

PISMP Matematik 1(SK) Jun 2015 Sekolah Kebangsaan Batu Lintang.

Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang.

Lulus/ tidakdiluluskan oleh,

……………………………………….....

(PUAN SA’DIAH BINTI BAKAR)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Batu Lintang.

12